Tuesday, March 31, 2015

  Quick breakfast with quick burger

Marah mat saleh kalau tengok cara orang Melayi makan burger. Bagi orang Amerika,  burger  ni sebagai makanan ruji mereka, lengkap dengan protein dan sayuran. Tapi orang Malaysia ni lagi kreatif! Ada burger sambal, burger bakar, burger tower, 5 tingkat, 6 tingkat dan macam-macam lagi. 

Ada satu restoran nama Big Hug Burger di Subang Jaya jual variasi burger; satay burger, nacho nacho burger pun ada. Hmm...bole cipta lagi ni...Burger sambal kerang bole eh?
Bagi anak-anak saya, burger ialah apa sahaja roti yang dilapis daging atau sosej atau nuget kemudian letak sedikit salad atau timun.

Kadang-kadang saya hidangkan burger ni untuk sarapan. Mencari kelainan selain daripada sarapan nasi lemak atau bihun goreng. Anak-anak pun suka.
Bahan yang saya guna biasanya adalah telur mata kerbau, gorengan nuget atau quickburger (lihat gambar) dan dihiasi salad serta hirisan timun.
Bun samada buat sendiri atau beli (sendiri) di kedai.  Hehee...

Panaskan kejap bun yang dibelah 2 ni supaya burger rasa garing. Kemudian sapu mentega pada permukaan dalam bun. Kemudian lapisi dengan daging atau burger tadi. Tambah salad, timun dan sos jika suka. Siap!

Jemput makan!
belah roti kepada 2 bahagian

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 30, 2015

  Teka warna uji minda

Viral sekarang di laman sosial dan media sosial...masing-masing duk sibuk meneka apakah warna baju yang ditunjukkan dalam gambar ini.
Ironinya...ia mencerminkan cara pemikiran anda!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, March 29, 2015

  Minuman untuk buang toksid

Persekitaran kita yang tercemar, makanan yang diproses turut tercemar, ditambah dengan amalan pemakan yang kurang sihat menyebabkan toksid berkumpul di dalam badan.

Bagaimana nak buang toksid dari badan?  Ada beberapa amalan pemakanan yang boleh membantu iaitu minuman detox.  Apa dia minuman detox ni? Menurut kajian, kita disarankan supaya mengamalkan minum  minuman detox setiap pagi sebelum sarapan. Ada 4 pilihan minuman yang dipercayai menurut kajian berupaya membantu proses detoksifikasi badan.  4 minuman tersebut ialah:

1. Mangga dan jus nenas
kedua-dua jus buahan ini kaya vitamin dan mineral. Ia juga berupaya menyingkirkan bahan bertoksid dan radikal bebas dari tubuh.

2. Teh hijau dan jus citrus
Kombinasi teh hijau dan jus citrus berupaya meningkatkan kadar metabolisme tubuh.  Ia sangat disarankan untuk mereka yang berusaha menurunkan berat badan dengan cara meningkatkan kadar metabolisme.

3. Jus tembikai
Jus tembikai berupaya mengurangkan panas badan terutama ketika cuaca panas begini.  Ia juga dipercayai membantu melancarkan fungsi buah pinggang dan hati dengan menyingkirkan ammonia dan bahan berbahaya dari tubuh.

4. Air lemon
 Bukan lemonade yang biasanya guna ais atau air dari peti sejuk, yang ni perahkan setengah biji lemon bersama 2 gelas air suam. Minum sebaik sahaja bangun tidur iaitu sebelum sarapan.  Amalkan selama 21 hari berturut-turut dan anda akan nampak kesannya. Minuman ini dapat bantu kempiskan perut jika istiqamah mengamalkannya.

kredit

Saya memilih minuman no 4 kerana ia sangat mudah disediakan.  Sesekali saya bertukar kepada pilihan no 2 kerana saya tahu saya ni jenis metabolisme rendah, sebab tu saya makan sikit pun badan mudah naik.  Alhamdulillah saya ada pilihan teh hiaju yang lebih sihat dan mudah iaitu Cinch Energy Tea oleh Shaklee.  Bukan sahaja mudah disediakan; hanya koyakkan sachet dan tuang ke cawan, ia boleh dibancuh samada dengan air panas atau air sejuk.  Tambah sedap bila dicampurkan dengan perahan jus lemon. Memang rasa lebih bertenaga lepas minum teh ini.


Saya sangat sarankan anda yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan dengan mengamalkan teh Cinch Energy Tea ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Taman di Pusat Sains Negara

Saya sendiri baru pertama kali menjejakkan kaki ke Pusat Sains Negara ni. Banyak penemuan dan eksperimen sains yang boleh dilihat, dicuba oleh pengunjung. Ada sudut matematik, fizik, biologi dan sebagainya. Cuma saya perhatikan kebanyakan pengunjung terutama anak-anak ni lebih suka mencuba 'suka suka' sahaja tanpa benar-benar mengambil manfaat dan pelajaran pun daripada penemuan sains tersebut.
Ok, sebenarnya saya lebih tertarik kepada taman yang disediakan di luar tempat pameran Pusat Sains tersebut. Ada taman rama-rama, ada taman air, taman permainan berasaskan fizik dan rekreasi. Seronok!
sumpah-sumpah
nampak tak ada budak tersepit?
nampak tak rama-rama yang cantik ni..?
akuarium
besarnya ikan ni...sama besar dengan Im!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bihun sup soto

Jemu makan nasi hampir setiap hari? Apakata sesekali tukar kepada menu yang lebih ringan.  Contohnya bihun sup. Kali ni saya mencuba rempah soto yang dibeli di pasar tani.
Jika anda rajin berkunjung ke pasar tani, pasti jumpa rempah ratus seperti rempah kari, briyani, soto dan pelbagai lagi. Kita boleh pilih banyak mana nak beli, harganya sudah tentu lebih murah daripada rempah yang dipek jual di pasaraya tu.
Kalau tak mahu bihun, boleh juga tukar dengan nasi impit. Kalau terlebih rajin, bolehlah siapkan begedil sekali ye!

Ok...menu ringkas ini sesuai untuk lunch mahupun dinner. Lengkap dengan kandungan nutrisi, ada protein, karbohidrat dan fiber. Jom kita!

Bahan:
1 ekor ayam- bersihkan, potong 4
Bihun di rendam air panas supaya lembut
4 ulas Bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1 serai -diketuk
2 inci lengkuas -diketuk
3 sb serbuk rempah soto
1 pelaga
2 bunga lawang
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang, serai, lengkuas dan rempah ratus biar wangi.
2. Bancuh serbuk rempah soto dengan sedikit air dan maaukkan ke dalam tumisan tadi. Biar pecah minyak.
3. Masukkan air sebagai kuah sup.
4. Masukkan ayam. Rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam. Carikkan isi ayam. Tulang ayam dimasukkan kembali ke dalam kuah sup.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap.
Bahan rencah soto:
Kacang tanah digoreng
Suun goreng
Sambal lada kicap
Hirisan daun sup
Isi ayam yang dicarik tadi
Begedil
Bawang goreng
Taugeh

Hidangkan dalam mangkuk bihun bersama bahan rencah dan kuah sup soto. Yummy!

kenyang!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, March 27, 2015

  Kemaruk cinnamon rolls

Lagi dan lagi...permintaan sangat tinggi terhadap cinnamon rolls ini...sehingga tak menang tangan dibuatnya. Takpe...untuk pelanggan tetap di rumah aje..hehe...
Ok..saya salinkan resepi doh di sini supaya senang untuk anda yang ingin mencubanya. Resepi asal dari spendwithpennies.com

Bahan:
500g tpg roti
1 pek mauripan
1/2c gula kastor
1c susu segar
2/3 c mentega
1 telur saiz A
Sikit garam - saya tak letak sbb butter dah bergaram

1. Panaskan susu+gula+mentega biar suam je jangan didih. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar masukkan tepung +mauripan.
3. Curah adunan mentega cair tadi. Sebatikan.
4. Masuk telur. Kacau biar jadi doh.
5. Uli biar kenyal. Guna tangan or mesin.
6. Bila doh sudah elastik, terus bentukkan. Saya skip langkap 'proof' iaitu biar doh naik sekali ganda. InsyaAllah setakat ini menjadi walaupun tak biarkan doh naik sekali ganda.
Untuk proses membentuk cinnamon rolls, boleh rujuk langkah demi langkah seperti yang pernah saya post di dalam blog ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, March 21, 2015

  Kerutup kambing emergency

Masakan kerutup ini memang masakan popular Kelantan. Saya tak pernah masak kerutup ni, tak pernah juga beli rempahnya. Setau saya memang menu ini perlu rempah khas yang agak leceh untuk disediakan sendiri.

Oleh kerana nasi beriyani tengahari tadi masih berbaki (disediakan oleh caterer jamuan makan tengahari di SMIH) dan saya membawa balik nasi tersebut untuk makan malam. Malangnya lauk ayam dan dalca tadi sudah habis, tinggal acar timun sahaja.  Nampaknya kena masak lauk lain untuk dimakan bersama nasi yang masih berbaki ni.

Tetiba dapat idea nak makan kerutup kambing. Kebetulan memang ada daging kambing hampir 1 kg dalam freezer. Masalahnya rempah kerutup takde pulak. Hmmm....memang emergency macam ni. ..huhu...cuba aje la mudah-mudahan menjadi.

Ting..! Idea datang lagi hehehe.... apakata kita gabungkan rempah kari dengan rempah nasi beriyani? Agak-agak jadi tak rempah kerutup?

Jom kita cuba!

Bahan-bahan:
Daging/kambing 1 kg dihiris tebal
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
1sb rempah kari
1sb rempah briyani
Gula melaka
Kerisik
Santan  1 mangkuk
Asam keping
Gula
Garam
Kicap
Kismis

Cara membuatnya:
1. Separuh bawang dan halia dihiris halus, sebahagian lagi dikisar bersama rempah kari dan briyani.
2. Tumis hirisan bawang dan halia bersama kayu manis, bunga lawang dan pelaga . Biar wangi.
3. Masukkan bahan kisar. Biar naik bau dan keluar minyaknya.
4. Masukkan daging kambing. Tambah sedikit air. Kacau sesekali biar daging empuk.
5. Masukkan santan, kerisik, asam, kicap sedikit. Biar sehingga adunan agak kering.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah kismis dan kacau rata.

Senang aje kan? Lain kali boleh buat lagi menu ni. Makan dengan nasi putih pun sedap.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 9, 2015

  Anak tantrum

Fenomena yang biasa dilihat dan dialami oleh ibu bapa yang mempunyai anak jecil bawah umur 5 tahun. Kebiasaannya anak dibawah umur begini mudah tantrum atau bahasa mudahnya 'buat perangai'.

Beberapa panduan yang boleh diikuti bagi menangani anak tantrum. Saya jumpa dalam perkongsian di grup WA. Lupa pulak sumber asalnya dari mana...


maaf la ye...tak ikut susunan gambar ni. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 2, 2015

  Cucur kurma

Kalau ada kurma lama yang disimpan tak dimakan, lama kelamaan ia akan kering dan rosak juga. Elok kalau dibuat cucur sebelum ia rosak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com