Thursday, February 26, 2015

  Sup Ketam Ekstrem super sedap

Kali pertama saya menikmati sup ketam sebegini rupa. Sangat sedap, marvellous sehingga menjilat sudu!
Resepi sup ketam ini saya belajar dari Nurul Aini, dihidangkan waktu open house di rumahnya pada september 2014 lepas. Lain daripada sup ketam yang pernah saya nikmati. Memang sangat berbeza...


Bahan-bahan:
3 ekor ketam -dibersihkan
1 ulas bawang putih diketuk
sedijit kobis hiris halus
1 kiub pati ikan bilis
air untuk merebus ketam
tepung jagung
garam
minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Rebus ketam sebentar. Keluarkan dari periuk. Ketuk ketam dan korek isinya. Ketepikan sebentar.
2.Tumis bawang putih biar wangi. Masukkan air rebusan ketam.
3. Masukkan kobis, kiub bilis. Biar didih.
4. Masukkan isi ketam tadi. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Juga garam secukup rasa.
4. Siap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, February 14, 2015

  Cranberry cheese bun lagi

Kali ini saya dah dapat sukatan yg tepat untuk doh dan inti cheese seperti mana yang saya inginkan. Alhamdulillah...hasil eksperimen berkali-kali di dapur!
Tak sabar nak kongsi kat sini. Untuk rujukan anak cucu pada masa depan juga hahaa...

Doh
500g tepung roti
1 peket yis kering 11g
1c susu segar
1/2 c gula kastor
3/4c mentega
1 biji telur
Cranberry kering jika ada. Gaulkan bersama tepung.

1. Panaskan susu, gula dan mentega hingga mentega mencair sahaja. Biarkan sejuk sedikit.
2. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung dan yis.
3. Tuang adunan mentega dan telur. Kacau rata.
4. Uli doh hingga elastik. Boleh uli dengan tangan atau mesin penguli. Kalau uli tangan, masukkan doh ke dalam plastik besar dan uli dengan cara tumbuk plastik tadi selama 20 minit.  Jika guna penguli, setkan masa 30minit.
5. Rehatkan doh sebentar. Sementara itu boleh lah sediakan inti cheese.

Inti cheese.
300g cream cheese
70g gula ising
1. Kacau adunan hingga rata dan lembut.
Saya timbang doh 28g setiapnya dan masukkan 1 sudu inti cheese tadi,  bentukkan bulat. Letakkan doh berisi inti tadi ke atas mangkuk kertas. Ulang hingga habis adunan dan doh. Susun bun atas dulang dan kemudian tindihkan dengan dulang lain supaya bun menjadi leper. Saya letakkan pemberat lesung batu supaya bun tidak naik tinggi waktu dibakar.  Biarkan bun kembang dalam 15 minit sebelum dibakar.
Adunan ini menghasilkan 34 biji bun. 
Mudah kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Fish pie di Teapot Deli

Jika berkunjung ke SACC pasti saya tak lepaskan peluang singgah makan di The Teapot Deli yang terletak di tingkat 2 SACC.

Ada banyak pilihan menu western kegemaran saya. Ada lasagna, sheperd's pie, chicken pie, pelbagai dessert dan puddings.

Yang paling saya suka ialah fish pie.  Isi salmon bersama mushroom sup ditutup dgn kepingan puff pastry...dibakar rangup dan yummy...sungguh menyelerakan!

Kebiasaannya saya akan cuba adaptasi menu yang saya makan di sini bila balik ke rumah. Belum berkesempatan untuk mencuba buat fish pie ni huhu... InsyaAllah akan saya usahakan.

Satu lagi menu yang saya suka ialah cheese on toast. Roti bakar dengan topping telur dan cheese. Nampak mudah, boleh cuba buat di rumah hehee...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com