Friday, January 30, 2015

  Kek mentega lapis coklat

Saya dapat ilham ini lepas menjelajah ke blog http://nameeroslan.blogspot.com/2014/12/resepi-kek-butter-paling-senang.html

Resepi mudah sahaja, guna resepi kek mentega yang biasa anda gunakan. Saya ubah sikit resepi ni, saya guna tepung naik sendiri dan bukannya tepung gandum. Oleh kerana kemalasan melanda...malas nak keluarkan mixer hehe...jadi saya guna hand whisk sahaja.

Resepi kek mentega:
250g mentega
1c gula kastor
4 biji telur saiz A
Esen vanila
2c tepung naik sendiri
Coklat untuk lapisan

Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula biar gebu.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan putar lagi biar rata.
3. Masukkan esen vanila.
4. Gunakan senduk, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan biar sebati.
5. Loyang digris dan dilapik kertas minyak.
6. Tuang separuh adunan ke dalam loyang dan ratakan.
7. Susun coklat. Ikut suka nak susun macamana...nak berlapis atau bertingkat atau susun sepenuh permukaan adunan.
8. Tuang baki adunan kek menutupi coklat tadi.
9. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan 170 celsius selama 40minit atau hingga kek masak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Paprik

Masakan paprik ini lengkap ada sayur dan protein. Saya suka menu begini, ringkas dan lengkap dan juga sedap!
Paprik saya ringkas dan mudah sahaja. Selalunya saya intai resepi paprik di Internet. Kemudian saya permudahkan mengikut cara saya, ada bahan yang boleh skip dan ada juga yang saya tambah ikut selera tekak.

Contohnya menu paprik ni, saya tambah jus lemon untuk lebih perisa Thai. Yang penting, hidangan tersebut senang disediakan menggunakan bahan-bahan yang biasa sedia ada di dapur saya.
Jom...cuba paprik versi saya ni...!

Bahan:
2 keping isi ayam bahagian dada. Potong kecil.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
1 bawang besar (holland) potong panjang
Cili boh - ikut kepedasan disukai
1 sb sos tiram
1/2 sb kicap
Sayur kacang panjang
Lobak merah
Cauliflower
1 serai
1 sb jus lemon
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Air secukupnya ikut suka nak kuah byk mana. Saya guna 1/2c air.

Cara:
1. Goreng sebentar ayam biar putih isinya. Angkat dan ketepikan.
2. Mayang bawang dan halia.
3. Tumis bawang dan halia biar naik bau. Ketuk serai dan masukkan.
4. Masuk cili boh. Kacau biar naik minyak.
5. Masuk sos tiram dan kicap. Tambah air sebanyak mana kuah yang disukai.
6. Masukkan isi ayam tadi, sayur-sayuran (mula dgn lobak).
7. Masukkan jus lemon, daun limau purut dan garam secukup rasa. Gaul rata.
8. Angkat dan hidangkan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, January 19, 2015

  Bendi kena tongkat

Semai 3 biji benih bendi. Hanya 2 biji yang tumbuh, tapi 1 pokok tak bertahan lama akhirnya tersembam menyembah bumi akibat ditimpa hujan. Tinggallah 1 pokok sahaja yang survived.
Pokok tunggal ini agak galak berbuah. Sekejap sahaja keluar bunga, terus nampak putik buah. Saya dah petik 2 buah dan masih ada 2 yang sedang membesar di samping 4 buah yang sedang menampakkan diri.
Nampaknya pokok bendi saya perlu ditongkat, berat agaknya buah bendi ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, January 17, 2015

  Taman Tasik Perdana

Sudah lama tak berkunjung ke Taman Tasik Perdana. Saya bawa anak-anak ke sini sambil sarapan bekalan yang dibawa dari rumah. Kami tiba agak lewat iaitu hampir 10pagi. Sudah penuh kereta parking. Maklumlah...cuti krismas hari ni. ..ramai yang ambil peluang cuti sambil berkelah bersama keluarga.
Anak-anak seronok bermain gelongsor dan buaian..sambil saya sibuk menanda kertas ujian student saya. Huhu...tak boleh bercuti sangat selagi kerja tak siap!
Kat sini ada taman herba. Saya ambil sedikit benih pokok ulam raja! Hasilnya saya dah berjaya tambah koleksi tanaman herba di kebun bandar saya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, January 15, 2015

  Misi Bantuan Banjir I-Bantu

Pada 10hb januari sabtu lepas kami bersama squad misi bantuan I-Bantu IKRAM Shah Alam telah berpeluang merasai sedikit sebanyak keperitan yang dialami oleh mangsa banjir. Kami bersama 5 kenderaan MPV membawa peralatan untuk membersihkan sisa tinggalan banjir di Sekolah Rendah Paloh Hinai, Pekan Pahang.

Bertolak seawal 7pagi dari Shah Alam, alhamdulillah telah ada sepasukan pelajar dari UNITEN Muadzam yang turut membantu membersihkan sekolah tersebut.  Memang agak parah kesan tinggalan banjir iaitu paras air naij sehingga ke tingkat 1 bangunan sekolah.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, January 12, 2015

  Hari pertama persekolahan 2015

Tahun 2015 mencatat sejarah apabila cuti persekolahan dilanjutkan seminggu akibat banjir yang melabda tanahair baru-baru ini. Memang banyak sekolah terjejas terutama di pantai timur semenanjung Malaysia. Sedih melihat keadaan mereka yang memulakan sesi persekolahan dengan keadaan sedemikian rupa. Ada yang sekadar berselipar ke sekolah, bersila di atas lantai simen, mesyuarat guru juga bersila di lantai.
Bersyukurlah dengan segala limpahan nikmatNya yang mengizinkan anak-anak kita memulakan sesi persekolahan dengan sempurna seperti biasa. Kenangilah mereka yang serba kekurangan namun tetap bersemangat untuk terus bersekolah.
Syakirah juga naik darjah 1 tahun ni.  Masih kekal di sekolah abang kakak iaitu Sek Ren Islam Hira', Batu Belah Klang.  Pagi tadi Imran nak ikut hantar kakak Syakirah masuk sekolah. Alhamdulillah Syakirah nampak bersemangat dan berani. Tersenyum sahaja bila muallimah panggil namanya.
kasihan anak-anak di kelantan..
guru-guru mesyuarat
walaupun serba kekurangan akibat banjir, tetap bersemangat ke sekolah

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sumbangan untuk mangsa banjir

Kami turut berkongsi kesedihan dan keperitan yang dialami mangsa banjir di Kelantan terutama di Kuala Krai dan Gua Musang.

Alhamdulillah ramai yang tampil memberi sumbangan. Tak kurang juga kami dapat bertemu dengan ramai dermawan di kalangan non muslims.

Antaranya pengurus gudang Summit Co. yang pemyrah memberi sumbangan diapers dan maternity diapers. Juga berus gigi, ubat gigi dan beberapa barangan keperluan bayi. Saya terkejut melihatkan diapers yang diberi...mulanya kami ingat hanya 1 pallet( yang sangat banyak lebih 200beg diapers) tapi 5 pallets! MasyaAllah. ..SubhanaAllah. ..

Ramai lagi tauke dan boss company yang pemurah seperti Jakel, Mydin, pembekal barangan kelengkapan sekolah dan pelbagai lagi. Tak tersenarai di sini...sumbangan melimpah ruah. Berulang kali saya mengangkut barang barang sumbangan ini dengan innova, malah kami terpaksa tempah lori untuk mengangkut barang tersebut.

Di rumah mak mertua, kami kerjakan pinggan mangkuk dan kelengkapan memasak di dapurnya. Anak-anak seronok tolong balutkan pinggan mangkuk kaca ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cheezy Cinnamon rolls

Saja nak mencuba resepi doh baru. Saya salin dari spendwithpennies.com

topping cream cheese

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com