Thursday, July 24, 2014

  Sorbet kuini

Pernah jumpa sorbet kuini? Tak ada jual di pasaran, species 'rare' ni haha....

Kebetulan buah kuini yang sangat banyak dan menjadi-jadi di kampung, setiap malam berdentum dentam luruh atas atap rumah nenek di kampung. Keesokan paginya kami kutip buah yang luruh tu.

Setakata makan sebiji dua tu boleh tahan lagi. Bila dah banyak macam ni pening juga kepala dengan bau semerbak yang menyucuk hidung. Buah kuini ni agak kuat juga baunya. Kadang Atuk buang begitu sahaja buah-buah yang tak habis dimakan ni. Nak bagi pada jiran-jiran pun, takde siapa yang mahu. Maklumlah di kampung ni hampir semua rumah ada pokok buah-buahan sendiri. Tak termakan! SubhanaAllah....rezeki Allah bagi melimpah ruah.

Cubaan pertama menghasilkan sorbet kuini memang mendapat sambutan luar biasa! Sangat sedap dan enak rasanya. Buah kuini ni saya blend kasar bersama sedikit gula pasir dan air. Kemudian bekukan di dalam bekas ais krim batang.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 23, 2014

  Buah salak

Ada orang tak pernah lihat buah salak. Dulu-duku saya tak pernah terfikir bahawa buah salak ada ditanam di Malaysia. Ingatkan buah salak ni hanya boleh dibeli dari Medan Indonesia.
Di kampung, mak saya tanam pokok salak ni. Sejak kecil saya memang nampak pokok ni ditanam di tepi pagar bahagian belakang rumah. Tapi tak perbah terfikir pokok ini akan berbuah. Agak lama jugalah baru nampak buahnya. Kalau tak silap saya dah lebih 10 tahun baru pokok salak ini berbuah.
Alhamdulillah buahnya besar dan manis!
Nampaknya tak perlu lagi ke Medan untuk menikmati buah salak. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 22, 2014

  Lagi menu bersahur yg ringkas

Waktu sahur memang sangat mencabar minda dan kesabaran ibu-ibu. Nak fikirkan menu bersahur, cabaran nak kejutkan anak supaya makan sahur.

Kat rumah ni menu sahur kebiasaannya menu sarapan pagi. Oleh kerana anak-anak saya menggemari masakan berkuah, menu yang biasa dihidangkan adalah mee berkuah, spageti, bubur lambuk dan sup cendawan. Sambil diselang selikan dengan mee goreng atau bihun. Kalau nasi goreng sambutan agak dingin.

Saya nak kongsikan menu sahur yang ringkas kegemaran anak-anak saya iaitu sup cendawan. Resepi boleh lihat di sini ye. Kadang ada roti garlic, kadang ada roti perancis, kadang roti gardenia sapu serbuk garlic. Yang penting sup mesti dimasak panas dan terus dihidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, July 21, 2014

  Bubur lambuk pantai timur

Sejak mengenali bubur lambuk pantai timur ni,anak-anak saya dah 'tak pandang' bubur lambuk lain. Malah bubur lambuk ni menjadi menu wajib ada terutama ketika bulan puasa begini. Kadang mereka sendiri tau waktu bila nak minta umi buatkan bubur istimewa ni...kena tunggu pucuk paku merah! Pucuk paku merah atau dikenali pucuk midin ini biasanya muncul ketika musim hujan yang diikuti dengan panas terik. Kebetulan di kawasan perumahan kami ada satu kawasan bukit yang ada tumbuh pucuk paku ni.
Anak-anak akan bersorak gembira bila saya kata nak buat bubur lambuk. Mereka akan bergotong royang siapkan bahan. Ok, jom tengok bahan-bahannya. Ini sukatan saya, mungkin berbeza dengan resepi orang lain ye.
Bahan:
1 cawan beras dimasak hingga beras kembang
3 ulas bawang merah atau 1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ekor ikan pelaling atau ikan kembung
1 cawan santan
Seikat daun pucuk paku merah
6 daun kaduk
Secekak daun kesum
1 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Ikan direbus dan diambil isinya. Kisar isi ikan.
2. Kisar bawang. Masukkan ke dalam beras yang sudah kembang tadi.
3. Daun kaduk dan kesum dihiris halus. Masukkan isi ikan, daun-daun. Biar nasi mendidih.
4. Masukkan santan, kerisik, lada hitam dan garam.
5. Siap!
Kami buat projek masak bubur lambuk seperiuk besar ini untuk diagihkan kepada kawan-kawan di pejabat yang belum pernah merasa makan bubur lambuk ni. Untuk seperiuk ini saya masak 6 cawan beras.
pek untuk kawan-kawan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 20, 2014

  Muffin pisang bercoklat

Sesuai untuk minum petang. Selalunya resepi ini sebagai pebyelamat pisang yang sudah terlalu ranum dan tak habis dimakan.
Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung 
2/3 cawan gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan yogurt asli
1 suduteh esen vanila
4 biji pisang dilecek
3/4 cawan choc chip




Cara membuatnya:
1. Campurkan sebati semua bahan kering.
2. Masukkan pula pisang, yogurt dan Minyak. Kacau secara kaup balik shaja jangan terlebih kacau.
3. Masukkan adunan ke dalam paper cup yang sesuai. Taburkan chop chip di atasnya.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 19, 2014

  Semangat Briged Al-Qassam

Video Hijjaz VIRAL di televisyen Gaza!
Alhamdulillah mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza. Kenalan Hijjaz di Gaza khususnya terkedu apabila mendengar lagu Al-Qassam ini dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza!
Watch "[Exclusive] Al-Qassam Nasyeed Video by Hijjaz" on YouTube - [Exclusive] Al-Qassam Nasyeed Video by Hijjaz: http://youtu.be/mGpm-HJlrUM
 
 Akibat menonton video ni brulangkali....imran paksa abi belikan baju askar ni. Dia nk jd askar plak... hr tu nk jadi bomba.  Aish...mana nk cari baju ni

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 18, 2014

  Luasnya rezeki kurniaan Allah

Untung duduk di kampung. Makan sayur yang ditanam sendiri tanpa racun serangga dan baja kimia. Ikan pun boleh ambil di kolam yang diternak. Ayam dan itik pun lebih sihat makan makanan semulajadi bukan disuntik hormon. Buah-buahan mewah sekeliling rumah tanpa mengira musim. Serai, lengkuas, halia, kunyit, daun-daun ulam dan herba penuh sekeliling rumah hanya petik sahaja.
SubhanaAllah. ..Maha Kaya Allah yang memberikan segala nikmat ini untuk kami nikmati. Benarlah...nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan?
Mak dan ayah saya memang suka berbakti dengan tanah. Mereka suka bercucuk tanam segala jenis sayur kontan seperti cili, terung, bendi, kobis bunga, tomato, timun, lobak putih, kacang panjang, sawi dan pelbagai lagi. Bukan sahaja untuk makan sendiri, malah sayuran ini turut dijual kepada jiran dan kenalan.

uhh..cemburunya saya! 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 15, 2014

  Sahur dengan aglio olio

Antara menu sahur kegemaran anak-anak saya Ramadhan 1435H kali ini ialah spageti aglio olio. Syukurlah resepi ni ringkas dan cepat disediakan.
Yang penting mesti ada minyak zaitun,  tomato ceri dan serbuk garlic, juga daun parsley sebagai penambah seri.

Kadang saya tambah udang. Jadilah seafood aglio olio.

Oh ya.... air Performance Drink tu wajib ada untuk bersahur.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com