Sunday, June 22, 2014

  Santai

Sambil saya membeli belah di Giant Seksyen 13 Shah Alam, anak-anak seronok bermain di kawasan permainan yang di sediakan di luar Giant.
Sudah semestinya dengan pengawasan orang dewasa ye.  Jangan sesekali biarkan anak-anak main sendiri walaupun di tempat awam.  Keadaan sekarang ni tak selamat macam dulu.  Di kawasan orang ramai tempat awam macam ni pun boleh berlaku penculikan.  Semestinya kita sebagai orang dewasa perlu ambil langkah berhati-hati dan awas dengan setiap pergerakan  anak-anak.

ada kawan baru nampaknya...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 21, 2014

  Marble choc cheese cake yang sentiasa di hati

Selain Victoria sandwich cake, kami menggemari kek marble choc cheese ni. Sesuai untuk minum petang minum bersama secawan teh panas. Ummph!
Resepi saya mudah je. Kali ini saya nak buat kek ni jadi berlapis cheese, bukan bercorak marble. Lebih sesuai dipanggil layered chocolate cheese cake!

Resepi saya boleh juga lihat di sini
Adunan coklat:
230g mentega (resepi lama guna 250g) * saya sengaja kurangkan mentega, tapi hasil masih OK
3 sb serbuk koko
3 telur 
150g gula kastor 
200g tepung naik sendiri
Adunan cheese:
200g cream cheese
100g gula kastor
1 telur
Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega
2. Sebatikan gula dan telur, masukkan ke adunan mentega
3. Ayakkan tepung dan serbuk koko, campurkan sebati ke dalam adunan mentega tadi.
4.Sebatikan adunan cheese dalam mangkuk lain pula dan biarkan seketika
5. Griskan loyang saiz 9inci dan lapikkan kertas minyak
6. Tuang separuh adunan coklat ke loyang tadi, tuangkan pula adunan cheese dan akhiri dengan baki adunan coklat. Boleh juga diselang selikan adunan coklat dan cheese ini mengikut kreativiti anda. Saya lebih suka jadikannya berlapis cheese di tengah. Juga boleh lorekkan adunan supaya menjadi corak marble.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 celsius selama 45minit atau sehingga kek masak
lapisan coklat
lapiskan dengan lapisan cheese
tutup dengan lapisan coklat
hasilnya...gabungan cheese dan coklat memang serasi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 20, 2014

  Cheesy bun ala ala The Loaf

Berjaya juga akhirnya buat cheese bun ni walaupun tanpa cranberry!

Sudah banyak kali saya mencuba nak dapatkan sukatan yang betul untuk filling bun ini. Kononnya nak tiru Cranberry Cheese Bun yang popular di bakery The Loaf tu.

Doh saya guna resepi yang biasa saya guna untuk doh bun. Filling saya adunkan 300g cream cheese dan 70g gula kastor bersama 70g gula aising.

Hasilnya....

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 19, 2014

  Biskut kacang rangup!

Biskut ni senang sangat nak dibuat, kegemaran ahli rumah saya. Rangup dan penuh dengan kekacang. Saya masukkan kacang badam, gajus, kuaci, biji labu.

Bahan-bahannya sama sahaja seperti resepi biskut chewy choc chip, cuma saya tambahkan sedikit shortening ke dalam adunan supaya biskut menjadi lebih rangup. Nak sedap lagi, tambahkan kekacang seperti badam, kuaci, biji labu dan gajus.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Trip ke Langkawi

Memang penat dan 'kerja gila' juga kalau pergi Langkawi balik hari!

Kebetulan cuti khas sempena hari Gawai, Air Asia pula ada buat promosi tambang murah ke Langkawi bulan Mac lepas. Apalagi...rebut la peluang bercuti ke Langkawi.  Saya pergi bersama suami sahaja tak bawa anak-anak. Memang takde perancangan nak berjalan melawat tempat menarik, kami cuma nak pergi bercuti berdua release tension sambil makan angin aje. Takde niat nak shopping sangat pun, rasanya barang murah pun takde la murah sangat-sangat.  Biasanya barang murah yang sinonim dengan Langkawi ni ialah coklat pelbagai jenama dan peralatan memasak, pinggan mangguk dan seumpamanya.

Penat juga berpusing- pusing sekitar bandar Kuah mencari lokasi kedai untuk shopping. Maklumlah melancung dalam negeri tak kan nak upah tourist guide pulak kan? Haruslah redah dan ikhtiar cari sendiri.

Berpandukan maklumat dan pengalaman kawan- kawan yang pernah ke Langkawi, kami mencari sendiri lokasi untuk makan dan shopping. Katanya laksa power yang popular tu ada di Pantai Chenang. Sampai kat kawasan bahu jalan pantai Chenang (bersebelahan airpost) rupanya gerai Laksa Power belum beroperasi. Kami pun makan laksa dan cendul pulut kat gerai lain. Tak dapatlah nak merasa Laksa Power.

Sempat juga la kami beli coklat. Kena belek- belek baca ingredients, banyak yang tak halal. Sejak isu penemuan DNA babi dalam coklat Cadbury, memang kena lebih berhati-hati. Cadbury tak laku sekarang ni walau ada promosi jualan murah!
Dalam perjalanan balik, suami tanya ' puas hati dapat jalan ke Langkawi?' Saya hanya senyum sambil jawab 'not bad...but this is the first and the last kut datang sini'. Hehe....saya ni bukan jenis suka jalan melawat tempat-tempat sejarah seperti Makam Mahsuri tu semua. Shopping pun bukannya murah benar atau banyak sangat pilihan. Jadi Langkawi bukan pilihan saya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 13, 2014

  Pizza dengan buah zaitun

Biasanya kalau beli pizza di Pizza Hut, hanya ada sikit sahaja cebisan buah zaitun. Maklumlah buah zaitun ni mahal. Sekeping pizza saiz besar hanya ada maksima 6 biji buah zaitun.
Kali ini saya nak makan buah zaitun sepuas hati. Letak banyak-banyak atas pizza.
Uli doh seperti biasa membuat doh roti. Tapi saya tak tunggu doh mengembang 2 kali. Cukup ia mengembang sekali ganda, terus saya lenyek keluarkan angin. Uli biar rata dan letak di atas loyang pizza. Kemudian bakar eoti pizza selama 5 minit sahaja cukup unruk roti mengembang dan masak.
Seterusnya saya sapu sos pizza. Aturkan cheese mozarella biar penuh permukaan pizza. Kemudian baru taburkan sosej hiris dan sayuran. Tak dilupakan hirisan buah zaitun!
Bila pizza masak, sosej dan sayuran tadi tenggelam dalam taburan cheese. Memang sedap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 10, 2014

  Spageti aglio olio

Anak-anak saya sangat gemarkan spageti aglio olio ni. Biasanya kalau makan di kedai western food, sepinggan aglio olio ni sekurang-kurangnya RM10 yang biasa kami makan di cafe Zai Gemilang Jalan Platinum seksyen 7.

Saya mencuba resepi spageti ini, hasil selidik di blog resepi popular MyResipi.com cuma saya ubah suai ikut bahan yang ada di dapur.

Bahan-bahan:
1/3 peket spageti direbus dan ditoskan
15 ulas bawang putih diracik halus
6 biji cili (rujuk gambar) dihiris kasar
1/2 biji capsicum kuning
Beberapa biji tomato cherry
1/3 cawan Minyak zaitun utk menumis
sedikit serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Daun parsley jika ada

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih biar wangi.
2. Masukkan cili, tomato cherry dan capsicum.  Kacau rata.
3. Masukkan serbuk pati ayam dan garam, daun parsley.
4. Masukkan spageti. Kacau biar rata. Angkat dan hidangkan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, June 9, 2014

  Lawatan ke kebun sayur nenek!

Cuti persekolahan jun baru-baru ini kami pulang ke kampung. Memang seronok walaupun hanya 2 hari sahaja di kampung.

Nenek suka menanam sayur-sayuran. Antara pokok sayur yang ada di kebun nenek ialah timun jepun, petola ular, bendi, terung, sawi, lobak putih, kacang panjang, cili padi.

Pernah tengok sayur bendi sebesar ini?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com