Tuesday, May 27, 2014

  Sukaneka dan hari keluarga tadika

Hari sukan dan hari keluarga Tadika si Cilik Pintar. Lama dah peristiwa ni, lupa nak upload dalam blog. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, May 22, 2014

  Wok with me!

Pernah tak dengar tagline 'wok with Yen' rancangan masak masak bersama seorang chef popular sekitar tahun 1980an.

Sejak hari itu saya kenal apa itu wok. Tapi tak pernah menggunakannya. Hinggalah saya berkahwin dan mak mertua saya belikan wok ketika kqmi pindah ke rumah sendiri.

Puas hati dapat beli wok ni. Murah pulak tu...hanya rm39.90 beli di Ikea.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Atlit dalam rumah kami

Azzam ni memang minat bersukan. Dia banyak menyertai pertandingan sukan di sekolah dan juga MSSD. Umi dan abi sebenarnya risau juga. Tahun ni dia ada UPSR, tapi aktiviti sukan masih rancak. Pagi latihansukan, petang pun ada latihan. Sabtu dan ahad pun ada latihan bola. Kadang ponteng juga ke kelas tusyen.

Memang ada bakat sukan dalam diri Azzam ni. Adik beradik yang lain kurang minat bersukan berbanding Azzam.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, May 3, 2014

  Selamat ulangtahun ke 14!

Luqman Hakim sudah 14tahun sekarang.
Kakak Syaima' buatkan satu kad kompilasi di mana setiap adik beradik akan tulis ucapan untuk Hakim di atas muka surat pada kad tersebut.
Ada ruangan untuk Syifa', Syakirah dan juga Imran.
Yang paling kelakar bila baca ucapan dari Faisal... penuh dengan kata nasihat ' supaya Hakim ubah perangai menjadi anak soleh 'blablabla.... macam dia dah dewasa sangat nak bagi nasihat pada abangnya tu!
Umi hadiahkan pavlova. Nenek masak mee kari dan yong taufu untuk Hakim.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com