Wednesday, April 30, 2014

  Buah delima

Buahtangan dari Jordan kali ini abi ziarah Jordan ketika musim sejuk. Jadi tak banyak buah-buahan kecuali strawberi dan beberapa jenis buah lain.
Alhamdulillah puashati dapat makan buah delima yang besar dan manis macam ni. Harganya tentulah jauh lebih murah daripada yang dibeli di Malaysia.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, April 29, 2014

  Selamatkanlah mereka semua...

Faisal tanya umi apa perkataan susah dalam Bahasa Inggeris. Saya jawab "difficult" tanpa saya bertanya tujuan dia nak guna perkataan tersebut.

Huhu....lain maksudnya "difficult" di sini. 'Orang susah' bukannya difficult anak ooiii...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 28, 2014

  Aktiviti bersama Belia Ikram Shah Alam

Ahad lepas iaitu 13 April saya bawa anak-anak menyertai aktiviti bersama Belia Ikram Shah Alam. Aktiviti santai ramah mesra ini diadakan di Perkampungan Budaya Taman Pertanian Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah.
Seawal 8 pagi kami tiba di sana. Lepas parking kereta terus naik bas tanpa dinding untuk sampai ke lokasi. Seram juga naik bas tanpa dinding ni. Haha....anak- anak saya duduk diam bila bas membelok! Takut jatuh katanya.
Imran, Syakirah, Syifa', Faisal dan Ammar dapat banyak hadiah!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 21, 2014

  Aroma Ikan Bakar

Tempat makan ini agak popular, pernah nampak keluar di TV. Baru kali ini kami berpeluang ke sana. Dekat juga dengan sekolah Syaima'. Daripada sekolah Hira' hanya beberapa km rasanya tak sampai 5km kut....(lupa nak tengok meter), keluar ke kanan menghala ke Kuala Selangor. Nampak papantanda Jalan Pantai Jeram tu terus masuk kiri.

Tempat makan ini hanya dibuka selepas pukul 12 tengahari Sabtu dan Ahad sehingga 12 malam manakala hari lain Isnin hingga Jumaat dibuka selepas 1 petang.

Antara menu popular di sini ialah air kelapa segar, makanan laut segar boleh pilih sendiri. Memang terasa manis isi ikan segar ni...

Puashati makan kat sini. Harga pun berpatutan. Tempat makan brrsih dan luas. Ada juga disediakan kemudahan surau dan tandas yang besar. Lain kali kami akan datang lagi.

Imran hanya makan mee goreng dan nasi goreng kampung (umi punya) sebab dia allergi makanan laut. Syukurlah dia sendiri sedar yang dia tak boleh makan sotong, ketam, udang kerang ni semua. Habis licin adia makan, kiri dan kanan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com