Saturday, March 1, 2014

  Homemade aiskrim lolipop

Senangnya buat aiskrim lolipop dengan bantuan bekas acuan aiskrim ni. 

Saya beli bekas acuan ni di Parkson. Kebetulan ada jualan murah. Balik ke rumah terus bancuh air sedap. Tuang dalam bekas acuan ini. Selepas 6 jam aiskrim dah siap dan sedia dinikmati!

Satu set acuan ini ada 4 lolipop. Patutnya saya beli 2 set. Memang tak cukup 4 batang lolipop ni untuk ahli keluarga yang ramai macam kami :-)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sambutan berganda. Double celebration

Hari ulang tahun kelahiran anak ke 3 saya Abdullah Azzam pada 17hb feb manakala anak ke 6 pada 18hb feb. Oleh itu kami buat sambutan serentak atau 'sambutan berganda'!

Menu kegemaran mereka ialah lasagna dan pizza. Senang kerja umi, tak payah susah buat kek. Buat 2 biji pizza dan 2 loyang lasagna pun dah memadai.

Sambutan ulang tahun kelahiran bukanlah rutin kami sekeluarga. Cuma sesekali meraikan anak-anak dengan menu kegemaran mereka. Doa kami semoga ikatan kasih sayang antara ahli keluarga akan terus utuh dan mekar. Moga Azzam dan Syifa' menjadi anak soleh dan solehah.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com