Monday, January 13, 2014

  Jamuan kesyukuran

Penutup 2013 kami sekeluarga buat majlis kesyukuran di kalangan ahli keluarga sebelah nenek di Petaling Jaya. Antara keluarga terlibat adalah adik beradik nenek iaitu Tok chik sekeluarga dan Tok Ngah sekeluarga bersama menantu.

Alhamdulillah bukan mudah nak kumpulkan semua ahli keluarga begini. Sesekali berjumpa dalam suasana yang penuh mahabbah sambil makan-makan dan mengeratkan silaturrahim.

Yang paling seronok adalah anak cucu, sebab mereka dapat main dan makan sepuas hati. Antara menu yang dihidangkan adalah kambing panggang, barbeque seafood, nasi goreng, makaroni, mushroom sup dan garlic bread, dessert, choc dessert, kek, muffin dan macam-macam lagi.

Bukan boleh buat makan-makan mewah macam ni selalu ye, lebih baik kita makan secara sederhana dan yang paling penting jangan membazir. Sesekali meraikan tetamu di samping merapatkan ukhuwwah sesama keluarga, apa salahnya. Kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Saya dah masuk sekolah!

Imran baru sahaja masuk usia 3 tahun pada disember 2013. Januari 2014 dia didaftarkan ke kelas 4 tahun Tadika Si Cilik Pintar. Alhamdulillah dia memang dah bersedia nak ke sekolah!

Imran dah lulus 'toilet trainning', dia sudah pandai minta izin nak ke bilik air sejak usia 2 tahun setengah lagi.

Di Tadika juga dia sangat seronok belajar walaupun hari pertama ke sekolah 'ada drama'. Hihi....biasalah bila dah lama bercuti duk kat rumah!

Sejak masuk sekolah ni, asyik yersasul panggil umi 'ticer'!
Waktu pagi bila umi suruh mandi nak pergi sekolah, imran akan jawab 'tak lah umi, ticer cakap cuti 2 hari'. Tiap-tiap hari ada cuti 2 hari.  Haha...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, January 5, 2014

  Amanat Tahun Baru 2014

Alhamdulillah tahun baru 2014 telah pun datang. Tahun ini Syifa' masuk darjah 1. Imran pula masuk Tadika kelas 4tahun walaupun dia baru sahaja sambut harijadi ke 3 bulan disember lepas.

Kakak Syaima' sudah siapkan senarai 'to-do' kepada Syifa' sebagai latihan untuk membiasakannya dengan rutin batu alam persekolahan.  Biasalah...budak perempuan memang lebih berdisiplin berbanding anak lelaki. Kalau dulu umi yang buatkan senarai checklist ni untuk kakak Syaima', sekarang dia pula ambil alih tugas tersebut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com