Sunday, December 29, 2013

  Selamat UlangTahun Kelahiran Ammar dan Imran

Ammar lahir pada 5hb disember 2003 dan Imran pula pada 6hb disember 2010. Senang nak buat sambutan bersama, jimat belanja!

Kami sekeluarga tak meraikan sambutan hari lahir secara khusus, sekadar buat jamuan ringan untuk anak-anak dan keluarga terdekat sahaja. Kebiasaannya kami raikan bersama datuk dan nenek di Petaling Jaya. Kali ini kami jemput juga Tok Chik sekeluarga dari Ampang dan bua sambutan di rumah sahaja.

Menu ringkas kegemaran anak-anak iaitu laksa utara (kurang pedas), spageti bolognaise, lasagna, puding karamel bersama kek marble choc cheese, blueberry cheese dan pavlova.

Masing-masing nak bantu siapkan menu hidangan. Syifa' tolong masakkan spageti, kakak Syaima buatkan pavlova, abang-abang tolong umi buat kek. Alhamdulillah seronok beraktiviti di dapur!

Selamat ulangtahun kelahiran buat Ammar dan Imran, moga diberkati umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak soleh.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bubur lambuk musim hujan

Musim hujan macam ni memang sesuai dihidangkan bubur lambuk pantai timur. Syaratnya mesti ada pucuk paku merah!

Agak sukar juga nak dapatkan pucuk midin (nama glamour pucuk paku merah) ni di Shah Alam. Kalau ada dijual di pasar pun agak terhad. Tak lengkap dan tak menjadi bubur lambuk kalau tak ada pucuk midin.

Syukurlah Allah turunkan hujan dan cuaca panas keesokan harinya. Cuaca hujan dan panas biasanya pucuk midin akan keluar. Rezeki saya kali ni dapat petik sendiri pucuk midin di tengah kota metropolitan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Tadika baru di kawasan kediaman kami

IKRAM Shah Alam sedang giat mempromosikan pembukaan tadika baru di kawasan kediaman seksyen 7 Shah Alam.

Tadika ini yang diberi nama Tadika Al Amin Salam menggunakan medium English Islamic sangat menepati kehendak dan citarasa masyarakat yang mahukan pendidikan awal kanak-kanak melalui pendidikan agama dan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Yuzaila Yusuf.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, December 12, 2013

  Keistimewaan Jadi Ahli Shaklee

Atas permintaan seseorang, saya kongsikan di sini kisah dan pengalaman saya menjadi Ahli Shaklee. Ya bisnes MLM Shaklee ni sebenarnya tak pernah terlintas pun di hati saya untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee.  Apatah lagi saya sangat anti dan allergik dengan nama MLM iaitu multi level marketing ni.
 
Bermula dengan hasrat mencari supplement tambah susu bagi tujuan menyusukan 2 anak serentak. Imran dan Naufal. Walaupun saya berpengalaman menyusukan 7 orang anak bersama 4 orang anak susuan sebelum ini, kali ini situasi agak berbeza. Dengan menyusukan Imran dan Naufal serentak, sudah pasti saya memerlukan 'milkbooster' yang lebih power, yang lebih pantas, lebih mudah dan menjimatkan masa.
 
Saya dah tak larat nak masak sup lobak putih, tekak ni dah tak boleh terima pil halba apatah lagi rempah halba. Saya mahukan sesuatu yang lebih mudah, lebih senang malah lebih sedap!  Bukan itu sahaja, sebagai ibu dengan 8orang anak; saya perlukan lebih stamina!
 
Bermulalah pencarian saya hingga dipertemukan dengan set penyusuan Shaklee melalui 'pakcik google'. Memang tak percaya bila baca testimoni pengguna set penyusuan ni, ishh...tipu je ni kut. Tapi tak mengapa, tak rugi pun nak cuba kan? Alhamdulillah...syukur ya Allah memang set penyusuan Shaklee adalah 'milkbooster' terbaik yang pernah saya amalkan!
Ehh..dah melalut pulak...lari dari tujuan asal. Sebenarnya tadi nak cerita tentang Keistimewaan Jadi Ahli Shaklee. Ye lah kan...alang-alang saya dah suka dan puas hati dengan produk Shaklee, kawan-kawan di ofis dan kawan adik pun nak tahu rahsia saya menyusukan anak; maka saya pun mendaftar sebagai Ahli Shaklee.
 
Dengan maksud untuk beli makan sendiri dan kongsi bersama keluarga. Alhamdulillah perkongsian kebaikan produk Shaklee ini mendapat sambutan kawan-kawan dan keluarga. Semakin ramai yang order produk Shaklee melalui saya. Bermula dengan bonus pertama RM22.50 seterusnya meningkat kepada RM300 dan seterusnya makin meningkat saban bulan. Sehingga sekarang saya merasa bonus Shaklee lebih dari 4 angka! InsyaAllah sedang meningkat kepada bonus 5 angka tak lama lagi!
 
Shaklee menawarkan 3C iaitu cash, car dan convention. Banyak lagi Keistimewaan Jadi Ahli Shaklee ni, lain kali saya cerita lagi. Nak tau bagaimana saya menjana pendapatan sampingan 4angka ni? InsyaAllah bersambung dalam entry akan datang!
Ni 'kedai' saya di rumah dan saya uruskan Bisnes secara Online sahaja. Kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat dan kelas 'coaching' tersendiri.  Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan kemudahan Internet, kini bisnes menjadi lebih mudah dengan Bisnes Online sahaja.
 
Nak sertai kumpulan bisnes saya? Hubungi saya melalui emel norasiah99@gmail.com atau SMS/WhatApp di 0133623889.
'Kedai' Shaklee saya
Saya sendiri allergik dengan MLM jenis 'head hunting' dan menipu, apa lagi jika MLM yang memerlukan pelburan bermodal besar.  Dengan Shaklee anda tak perlu modal yang besar. Cukup dengan RM75 (semenanjung) atau RM85 (Sabah/Sarawak) anda akan layak menjadi Ahli Shaklee seumur hidup.  Nak berjaya dalam bisnes Shaklee? Saya ada formulanya!  Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, December 7, 2013

  Sumbangan untuk mangsa bencana banjir

Ayuh kita panjangkan usaha membantu rakan- rakan saudara mara kita yang diuji dengan musibah banjir di Kuantan dan Kemaman.

Bayangkan bagaimana keperitan mereka hidup dengan sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang harta. Kereta pun banyak yang ditenggelami air banjir. Haiwan ternakan tidak dapat diselamatkan.

Bayangkan keperitan mereka untuk menghadapi keadaan selepas musim banjir ini. Dengan keadaan rumah yang kotor berlumpur, tilam, perabot semuanya berendam air lumpur, bukan air bersih. Keadaan kotor begini bakal mengundang penyakit berjangkit, haiwan berbisa seperti ular kala jengking dan seumpamanya juga banyak berkeliaran.

Jika anda prihatin, sumbangkanlah sedikit harta dan tenaga bagi membantu mengurangkan beban mereka.  Sumbangan anda boleh dimajukan kepada akaun yang tertera di dalam gambar di bawah.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bencana banjir di Kuantan dan Kemaman

Sejak minggu lepas hujan turun hampir setiap hari dari pagi hingga ke malam. Keadaan ini telah menyebabkan paras air meningkat dan menyebabkab banjir di beberapa lokasi rendah di Kuantan dan Kemaman.

Sedih melihatkan keadaan mangsa yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka sehelai sepinggang demi menyelamatkan nyawa. Keadaan di pusat penempatan mangsa banjir juga agak menyedihkan. Dengan kekurangan makanan, jerit tangis anak kecil, kemudahan tandas yang agak terhad dan masalah bekalan air bersih yang tidak mencukupi.

Alhamdulillah rakyat Malaysia yang prihatin telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah mengadakan kutipan derma dan sumbangan kewangan, pakaian, makanan kering, selimut, lampin pakai buang, tuala dan sebagainya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, December 1, 2013

  Hari ihtifal tadika Si Cilik Pintar

Lupa pula saya nak pos entry ni. Tersimpan saja dalam folder draft.

17hb Nov Ahad lepas telah diadakan hari penyampaian hadian dan kreativiti atau disebut hari ihtifal tadika Si Cilik Pintar. Majlis diadakan di Dewan Pro Cansellor Unisel Shah Alam.

Banyak hadiah dan cabutan bertuah di samping penyampaian hadiah dan cenderamata pada anak-anak tadika. Paling best kami sekeluarga dapat penghargaan keluarga paling setia sebab menghantar anak ke tadika ini sejak 2006 iaitu Ammar, Faisal, Syifa', Syakirah dan tahun depan ditambah dengan Imran. Hadiah istimewa pula tu!

Seronok tengok kreativiti anak-anak buat persembahan. Imran pun ada buat persembahan menari, relaks je dia yak takut pun. Sambil tersenyum simpul tali langsung tak terganggu fokusnya pada persembahan.
Syifa' ada persembahan coral speaking, tarian 'mak lodeh' bukan main lengguk lentuk dia menari, hafazan dan macam- macam lagi. Tak sangka Syakirah pun pandai dan hafal step tarian yang diajar oleh cikgunya. Steady je dia menari tak terganggu walau kami duk usik-usik dia dari bawah pentas.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bercuti di Cerating

Pada hujung minggu baru ini iaitu 23 hingga 24 Nov kami sekeluarga bercuti ke Kemaman menziarahi pak Teh sekeluarga. Kami bertolak seawal 4ptg pada jumaat 22hb Nov. Kami tiba di rumah pak Teh kira-kira 10 malam. Perjalanan selama lebih 6 jam ini disebabkan jalan agak sesak maklumlah hujung minggu waktu cuti sekolah pula tu.  Lagi pula kami berhenti solat asar di Petronas sebelum masuk Karak, kemudian berkelah makan KFC di tepi hentian tol LPT, berhenti solat magrib dan isya pula dalam perjalanan ke Kuantan. Fuhhh...penat juga jadi co driver ni (hihihi...).

Alhamdulillah cuaca sangat cantik, terang takde hujan. Kata mak Teh 3 4 hati sebelum ini asyik mendung dan hujan sahaja. Rezeki kami dapat mandi laut dalam cuaca terang dan nyaman.

Ishh...rasa macam tulis karangan ' percutian sekeluarga' pula. Jom layan gambar!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cuti sekolah, jom beraktiviti!

Cuti sekolah sudah 2 minggu berlalu. Saya agak sibuk semester ini, tak sempat nak rancang aktiviti dengan teratur. Kebanyakan aktiviti anak- anak sejak cuti kali adalah secara ad hoc.

Antara aktiviti dan tugasan yang dijalankan adalah seperti kemas rumah, buat stok frozen food, asingkan baju terpakai, asingkan buku terpakai.

Ini catitan Faisal. Agak terperinci juga. Tugasan yang dia mesti lakukan setiap hari. Wajib tu!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com