Saturday, August 24, 2013

  Saudara susuan

Mereka berdua ni saudara susuan. Imran lahir pada 6 Disember 2010, Naufal pula 12 Disember 2010.
Waktu kecil memang Imran nampak lebih besar.


Selepas 2 tahun tak jumpa, ternyata Naufal lebih besar dan tinggi daripada Imran.
sama hansome!

siapa abang, siap adik ni...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, August 22, 2013

  Medjoul dates

Kurma ini dikenali sebagai Raja Kurma, di tanam di bumi Palestin. Dengan saiz yang besar begini makan sebiji pun dah kenyang.
Saya suka kurma ini kurang manis melekit, rasa lemak manis.
Salah satu tanda bahawa bumi Palestin adalah tanah yang diberkati, kurma yang ditanam di bumi ini juga subur dan sihat. Benarlah firmanNya dalam surah al Isra' ayat 1 bahawa masjid al aqsa dan daerah sekitarnya mendapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu berikutan kesuburan tanahnya.
hampir 3 kali ganda kurma biasa
jika ada yang berminat, boleh hubungi saya untuk tempahan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 20, 2013

  Buah kundang sebenar

Saya sendiri pernah terkeliru antara buah kundang dan buah gemia. Kata ayah, buah kundang bijinya bulat, buah gemia agak lonjong. Warna dalam biji kedua buah ini sama iaitu warna ungu, rasa buahnya pun sama.
Siapa pernah makan buah kundang macam ni?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, August 18, 2013

  Menu lengkap untuk berbuka dan sahur

Ramadhan adalah bulan istimewa yang tak patut kita sia-siakan. Ibu-ibu patut ambil peluang bulan ini untuk kurangkan aktiviti di dapur memasak an menyediakan makanan, sebaliknya sama-sama merebit pahala ganjaran ibadah dalam bulan mulia ini.
Saya sediakan senarai menu yang mudah dan lengkap supaya saya hanya sediakan satu menu sahaja, kurang masa penyediaan. Antara menu yang sering menjadi pilihan saya adalah nasi maglubah ini. Nampak macam renyah membuatnya, tapi percayalah masa memasak nasi ini jauh lebih cepat dari menyediakan nasi dan lauk pauk yang lain. Menu ini lengkap ada nasi, lauk, sayur dan sesuai untuk semua peringkat usia. Jadi saya tak perlu sediakan menu lain untuk anak kecil.
Lebih seronok lagi menu ini juga sesuai untuk berbuka dan bersahur. Paling sesuai dihidangkan di dalam talam atau dulang untuk dimakan secara berjemaah.

ruz maglubah ayam

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 16, 2013

  Rindu The Loaf

Sesekali ke Empire Shopping Gallery saya akan singgah di kedai roti The Loaf. Memang idaman saya nak makan roti dan bun kat situ, semuanya menyelerakan terutama bun cheese and cranbery tu...
Baru-baru ni singgah ke Empire, nak tunjuk pada maksu eni roti sedap dan cantik, kecewa pula sebab The Loaf ditutup kerana sedang dalam pembinaan (construction). Agaknya nak besarkan kedai.
Jadi tak dapat nak jamu maksu makan roti, kita jamu mata je la ye!

siapa tau nama dessert ni?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, August 15, 2013

  Hadiah ulangtahun ke hadiah raya?

Menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan puasa ni lain sikit auranya....tiada kek, tiada special dinner. Alhamdulillah ada periuk!
Haha...kesukaan saya ni!
Terima kasih maksu Eni. Special edition from France ni ;-)

ada 7 item
masak terus hidangkan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 14, 2013

  Dari Jepun pulang beraya!

Alhamdulillah meriah sambutan hari raya kali ni... yang jauh dan dekat semuanya balik berhari raya tahun ini.
Maksu eni dari Czech, cik ida dan keluarga dari Jepun pun balik raya! Wahh... Naurah pertama kali berhari raya di Malaysia!
Mereka tak pernah makan nasi arab ruz maglubah, fresh from Shah Alam pulak tu...
Naurah
makan berjemaah
Naufal

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, August 12, 2013

  Tak sempurna hari raya tanpa...

Sejak saya kahwin, kek Victoria Sandwich mesti ada setiap kali sambut hari raya. Kalau kat kampung sibuk masak ketupat pulut nak sambut raya. Tapi kat PJ ni sibuk masak kek Victoria ni. Hihi...kek kegemaran Ratu Elizabeth ni rupanya turut menjadi kek kegemaran dan trade mark keluarga mertua saya.
Biasanya memang kena buat banyak kek ni, paling kurang 5 biji kek. Kadang saya buat sehingga 12 biji...fuhhh memang jenuh duk mengadap oven ni dari pagi hingga petang.

Nak resepi? Boleh intai sini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Selamat hari raya Aidilfitri 1434H

Walaupun sudah masuk hari ke 5, belun terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca DapurAulad. Semoga kemeriahan hari raya yang sedang kita raikan ini tidak melekakan kita untuk bermujahadah meneruskan tarbiyah Ramadhan lepas.
siapa candid ni...blurr gambar
kurang 2 org. Imran tidur, Syifa merajuk
MIL dan girls
 keluarga besar kami
kat rumah Pak Long. Grand Gathering

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 7, 2013

  Perfect dessert!

Antara pencuci mulut atau dessert yang paling saya suka...

Sangat puashati dengan resepi 'sukat ikut suka' yang ringkas macam ni. Saya guna 4 bahan sahaja iaitu telur, susu sejat penuh krim, susu isian sejat dan tepung kastad. Ya, semestinya dengan gula hangus la kan...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com