Wednesday, July 31, 2013

  Usia berapa nak mula puasa?

Anak-anak seawal umur 2 tahun boleh diajar berpuasa. Bukan berpuasa penuh seperti orang dewasa tapi diajar adab menghormati bulan puasa. Antaranya adab supaya tidak makan di depan abang yang sedang puasa, makan bersama waktu berbuka, kurangkan kekerapan makan dan seumpamanya.
Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan ajaran sesetengah ibubapa yang memaksa anak di bawah umur 7 tahun berpuasa. Malah Islam sendiri tiada garis panduan khusus tentang bila usia anak diajar berpuasa. Ada hadith yang menyuruh kita ajar anak solat sejak usia 7 tahun, rotan jika tak solat bila usia 10 tahun; tapi tidak disebut tentang puasa.

Hikmah yang tersembunyi disebalik ajaran tersebut adalah supaya kita memberatkan tanggungjawab anak supaya bersolat sejak awal usia 7 tahun mudah- mudahan dengan solat ini anak akan mudah melaksanakan tanggungjawab puasa. Yakinlah bahawa anak yang bersolat dan mengambil berat urusan solat sudah pasti akan mudah untuk berpuasa.

Imran pun puasa tau! Selamat berbuka ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, July 29, 2013

  Hikmah musim panas

Tahun 2013 agak lewat muncul musim panas, biasanya menjelang April sudah terasa bahang. Tahun ni dalam hujung Mei baru masuk musim panas.

Hikmahnya buah-buahan musim panas seperti cherry, peach, prune, blueberry dan lain-lain lebih manis dan ranum.
Cherry ni besar dan sangat manis!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 27, 2013

  Menu sahur paling segera dan lengkap

Waktu sahur saya sediakan juadah yang ringkas dan lengkap 'all-in-one' untuk keluarga, yang mudah disediakan tanpa ambil banyak masa penyediaan. Antara menu yang biasa saya hidangkan ialah nasi goreng, mee goreng, mee hailam, spageti dan seumpamanya.

Untuk saya sendiri, cukup sekadar ini.
Ringkas, sangat cepat disediakan, sedap pula tu....!
Dengan segelas bancuhan ESP +PD serta 3 biji kurma, insyaAllah saya kekal cergas bertenaga walaupun berpuasa. Yang lebih seronok lagi, berat saya juga sudah turun sejak amalkan sahur begini. Sukanya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Pandai baca ke tak?

Tak ramai yang ada kemahiran membaca tulisan khas begini. Yang ditulis secara 'pantulan cermin'. Jom uji kemahiran anda!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, July 15, 2013

  Mengisi Ramadhan

Ramadhan bulan berkat, bulan istimewa di mana semua amalan dilipatgandakan. Pahala amalan sunat seperti mengerjakan amalan fardhu, manakala amalan fardhu akan digandakan sehingga 700 kali ganda.

Tak mahukah kita merebut peluang ini? Tak sudikah kita menerima pelawaan Allah ini? Relakah kita membiarkan tawaran berganda ini dibiarkan berlalu begitu sahaja?  Seperti kata ulama....hanya orang bodoh sahaja yang sanggup membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.  Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

Tawaran 'jualan murah' atau 'sale' pun hebat juga sedang berlangsung sekarang sepanjang Ramadhan dengan tawaran 70% diskaun, 80% diskaun, 'beli 1 percuma 1' dan sebagainya. Terliur juga hati mendengar tawaran hebat sebegini.

Namun tawaran yang Allah bagi jauh lebih hebat. Sehingga 700%!  Malah Allah membuka 'bazar' Ramadhan dengan menawarkan Syurga untuk dibayar dengan harta dan jiwa.  Pesan ulama lagi ' jangan terlewat datang dan jangan salah datang'

Antara pengisian waktu yang boleh dimanfaatkan adalah dengan tadarus al-Quran bersama ahli keluarga.  Kami pun baru sahaja menghidupkan amalan sebegini, perlahan-lahan mengikut rentak anak-anak. Ada yang masih menggagap baca, merangkak-rangkak sambil membetulkan tajwid mereka.  Alhamdulillah amalan mudah begini hanya mengambil masa sekitar 30-45 minit sahaja namun memberi kesan yang sangat terkesan di hati.
lepas sahur
kadang buat lepas solat Subuh
petang hari selepas Asar

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 14, 2013

  Kacau dodol di kampung

Tak perasan pula entry ni duk terperam dalam draf. Rasanya dah lama tulis waktu balik cuti kat kampung bulan lepas.
Anak-anak melepas 'gian' nak kacau dodol dalam kawah, sebelum ni buat dodol kat rumah guna kuali aje. Puas hati dapat kacau dosol dalam kawah macam ni, kan Azzam?
Atuk dan nenek yang siapkan bahan dan pasang api guna dapur arang ni. Ramai tukang kacau dodol, gilir-gilir macam ni memang seronok!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Ramadhan kareem...

Indahnya Ramadhan kali ini kerana kami sekeluarga dapat berbuka dan berterawih di surau, tanpa meninggalkan sesiapa pun di rumah. Imran sudah besar, sudah pandai 'behave' dan kakaknya pun semakin bijak mengawal Imran.
Kami berbuka di surau al mawaddah. Seronok ramai kawan kata Imran!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com