Thursday, June 27, 2013

  Trio blues

Imran sekarang sudah 2 tahun 6 bulan, Alhamdulillah masih menyusu badan. 

 Sesekali ajak kakak 'posing' ramai-ramai macam ni...
ello...Naufal ada?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 26, 2013

  Tips Kebahagiaan Anak

Terasa rindu nak menulis kat sini...tapi masa amat mencemburuiku! Apakan daya, yang utama perlu diutamakan, setiap tugasan ada priority yang perlu dipenuhi.  Namun di kesempatan yang terbatas ini saya ingin kongsikan tips keibubapaan yang boleh kita amalkan. Dapat dari Fb, perkongsian dari Prof Dr Muhaya. Jom baca dan amalkan!

♥ Tips Untuk Kebahagiaan Anak ♥
==================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

@drmuhaya

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 4, 2013

  Nasi hujan panas

Dah lama simpan resepi ni. Cuaca panas macam ni sesuai sangat kalau kita masak nasi hujan panas! Moga hari yang panas ni turun hujan hendaknya hihi...


rojak buah dari Johor
Resepi mudah sahaja...resepi campak-campak namanya hihi...
Nak cuba ke? Cubalah kalau berani! (ugutan ke ni?) haha...  Cara saya :
Saya masak nasi menggunakan stove, bukan periuk elektrik.
Bahan :
3 c beras basmati dibersihkan dan toskan
1/2 cawan susu cair
3 1/2 c air
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kayu manis
2 pelaga
1 bunga lawang
3-5 helai daun kari
4 sb marjerin
kismis
pewarna merah dan hijau

Cara membuatnya:
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan marjerin di dalam periuk, tumis bahan kisar tadi bersama daun kari.
3. Masukkan rempah biji (kayu manis, pelaga dan bunga lawang). Biar wangi.
4. Masukkan beras, susu dan air ke dalam periuk. Masak guna api sederhana kecil sehingga nasi masak.
5. Bila beras tadi sudah kering airnya, ambil lidi yang dicelup pewarna merah dan juga pewarna hijau. Celupkan lidi tersebut ke nasi, ulang beberapa kali ke bahagian nasi dalam periuk itu. Taburkan kismis.
6. Kecilkan api, tutupkan periuk dengan penutup periuk. Biarkan selama 2-3 minit baru padamkan api.
7. Selepas nasi masak baru buka penutup dan gemburkan nasi supaya warna merah dan hijau tai merebak sekata di dalam periuk.

Sangat sesuai dihidangkan bersama ayam masak merah, jelatah dan acar buah. Sedap acar buah ni...buah tangan Zara dari Johor.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, June 3, 2013

  Roti bakar kegemaran Imran

Antara menu sarapan pagi yang digemari oleh Imran. Dia boleh habiskan 3 keping roti bakar sapu kaya ni!  Kalau sebelum ni memang saya tak benarkan dia makan roti kaya sebab kaya ni kan kaya telur, salah satu bahan utama allergi dia.

Alhamdulillah sekarang dia takde masalah lagi makan kaya.  Juga dah takde gatal-gatal badan lepas makan telur. Syukur ya Allah!


Tapi dia masih berpantang dari makan coklat dan susu lembu.  Malah dia sendiri akan menolak apabila dipelawa aiskrim (susah juga nak tolak pelawaan aiskrim ni kan?), kesian kat Imran.  Dah bijak anak umi sekarang, coklat pun dia tak mau ambil; 'nanti Yan gatal' katanya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 1, 2013

  3 tahun telah berlalu....rindu maksu!

Pejam celik, pejam celik tak sedar sudah 3 tahun rupanya maksu Eni merantau ke bumi Czech menuntut ilmu.

bersama mak, ayah, cik Ida dan Faisal

muka sayu...

bersama cik Ida
Waktu ini Faisal baru berusia 5 tahun. Kami doakan moga maksu Eni dapat balik cuti Raya nanti.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com