Friday, April 26, 2013

  Rotiboy

Resepi dari My Mum Bakery. Dah lama tak meroti, wajib cuba nih!

Utk 14 biji

Bahan2
... Inti
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang

Cara2
1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan

Topping
100gm mentega
80 gm gula aising @ gula yg dh d blend
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
100 gm tepung gandum - ayak

Cara2
1. Putar mentega medium speed selama 5 minit.
2. Masukkan telur, gula aising dan bancuhan Nescafe (bubuh semua air Nescafe tu tau, baru menggoda aroma dia).
3. Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Ketepikan

Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul - guna garfu je
* Klau xde bread softener @ improver bleh gantikan ngn shortening
250 ml susu segar (klau xde, susu cair @ susu tepung yg dibancuh ngn air pn bleh)
60 gm mentega

Cara2
1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener. Gaul rata.
2. Masukkan telur & susu segar. Gaul rata & mula uli doh
3. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @ hingga licin..
4. Rehatkn doh biar kembang. Pastu bahagikan doh ikut besar mana yg dikehendaki. Bulat2kn
5. Amik sebiji doh (dr Langkah 4) & leperkan ckit. Pastu masukkn inti dia. Tutup inti @ sealkn doh td
. Susun doh yg telah dibubuh inti di atas loyang pembakar yang telah digris dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.
7. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba..
8. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas roti yg telah kembang tu
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 15 minit atau bun keperangan. Letakkn loyang pd tingkat yg kedua @ tengah2.. SIAP!! enjoyyy!!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 24, 2013

  Faisal 8 tahun

Alhamdulillah semalam 23 April genap umur Faisal 8 tahun. Umi sibuk sangat 2-3 menjak ni, belum sempat nak buat kek untuk Faisal. Jadi umi dan abi belanja makan kat luar malam ni.

adik habiskan drumstik sorang!
birthday boy ni memang pemalu...

dah lama tak ke KFC

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, April 20, 2013

  Mee rojak mamak

Terima kasih pada sahabat FB yang rajin berkongsi resepi. Kali ni jumpa resepi yang dikongsi oleh kak Noraznim Zakaria.

MEH KITA KONGSI RESEPI ROJAK MAMAK NIE..1. Bahan Cucur Keras***
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik (baking powder)
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus (kat rumah xde cili hijau, pkai cili merah pn boleh)
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum dihidang.

2. Bahan Cucur Lembut***
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik (baking powder)
1/4 camt soda bikarbonat (xde dlm resepi asal, sy tmbh utk dapatkan isi cucur yg berongga)
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

3. Bahan Kuah Rojak***
300g keledek (sbb tak cukup sy tmbh dgn bbrp biji kentang)
1.5 liter air (agak2 dgn kuantiti keledek, jgn cair or pekat sgt)
Air asam jawa (dari sejemput asam jawa)
3 bj bawang merah - cincang halus
2 bj lada merah - dikisar
1/3 st garam
3 sb gula merah
2 sb gula
20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1/2 st kicap masak hitam
1/2 sb cuka (sy tak guna)
1/3 cawan minyak masak
a. Rebus keledek sampai empuk. Kisar dengan air rebusan keledek.
b. Blend bawang dan cili merah. Panaskan minyak dan tumis bahan blend bawang dan cili tadi hingga kering. Tuang keledek & kacau, guna api perlahan. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
c. Masukkan kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.

4. Bahan sampingan rojak ***
Tauhu goreng dihiris nipis (rojak dah diposing baru perasan tak goreng tauhu)
Sengkuang (tak pernah lg beli sengkuang kat uk)
Timun dihiris spt btg mancis
Kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
Telur, direbus & dihiris
Tauge dicelur

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Vitamin Shaklee mahal?

Memang selalu saya dengar cakap-cakap kononnya vitamin Shaklee ni mahal. Ramai yang dah tahu kebaikan dan kelebihan vitamin semulajadi Shaklee, tapi masih 'segan' nak keluarkan modal pelaburan. Ye lah...pelaburan untuk kesihatan, itu pun pelaburan juga kan?

Ok, jom kita buat sedikit analisa....

1. Mungkin yang kata mahal sebab dia nampak harga produk tu beratus ringgit. Memang la jadi mahal sebab sebotol vitamin C Shaklee ada 180 biji, harga sebotol RM92 (runcit). Tapi bila dikira harga sebiji belum cecah RM1 pun. Berbanding vitamin C jenama lain.

2. Cuba kita fikir secara logik...untuk vitamin semulajadi, berbaloi tak harga 50sen sehari?Saya rasa kalau nak cantik punya pasal..beratus beribu pun kita boleh keluarkan modal. Vitamin C ni bukan untuk kecantikan semata tapi untuk kesihatan. Hanya 50sen sehari, nak beli apa dengan duit 50sen ni?  

3. Kalau beli satu set vitamin contohnya vitamin set menyusu. Harga fullpack RMxxx. Nampak mahal kan? Cuba kira per biji, per hari iaitu 4 bulan consumption. Maknanya kita hanya belanjakan beberapa sen sahaja untuk setiap vitamin dalam set tersebut, tapi faedah yang kita perolehi bukan sekadar manfaat pada penyusuan anak, malah lebih lagi. Badan ibu lebih segar, kurang rasa lesu, lebih bertenaga, kurang stress. Macam-macam lagilah.  Siapa yang dah amalkan set penyusuan ni tentu faham faedah lain yang saya maksudkan ini. Harga yang kita bayar bukan sekadar pil, malah nilai kesihatan dan faedah lain yang lebih berharga.  Ibu menyusu tentu tak mahu susu jadi banyak tapi gigi ibu luruh semua kan?

Jom baca apa kata pengguna yang amalkan vitamin Shaklee:
Nur Laila: " Bcomp sebotol rm45 tahan 4bulan,120 hari. Kalau makan pizza punnnnnn skali makan 2org kurang2 rm50. Tu kenyang 3jam je. Hehehe"

Anis :"bagi sy vitamin shaklee ni harga berpatutan dan setanding dgn kualiti dan keberkesanannye, nampak mahal sbb shaklee pack vitamin byk2 dlm satu botol sbb utk pemulihan sel kita perlu 90-120 hari sbb tu mkn vit sebln tak nmpak kesan sgt, contoh vitamin c ade 180 biji boleh thn 6 bln, klau compare dgn vitamin c lain yg pack sebotol 30 biji hrga lebih kurng sama je dgn shaklee.. tapi vit c shaklee extra points sbb natural, tkde coloring or flavour, sustained released dan selamat.. tu br vitamin c belum vitamin lain lagik."

Nita: "Nampak jer macam mahal. tapi tahu tak kenapa harganya mahal sikit? sebabnya, supplemen shaklee ni bukannya diproses secara sintetik atau organik..tapi supplemen SHAKLEE ini SEMULAJADI, TIADA pewarna, TIADA perasa, TIADA pengawet tiruan dan ianya MUDAH diserap & digunakan oleh tubuh kita.Semua produk dalam Shaklee ni semuanya adalah berasaskan penyelidikan. Kalau nak bukti saya boleh tunjukkan beberapa jurnal penyelidikan. Tambahan pula Produk Shaklee di Malaysia ni semuanya telah diakui HALAL tau."

Nor: "Sekarang ni, kebanyakan kita mesti ada beli INSURANS kan?... tahu tak kenapa mereka sanggup bayar tiap-tiap bulan untuk beli insurans ni???ini kerana kebanyakan kita kini telah sedar yang kehidupan kita baik dari segi persekitaran, gaya pemakanan, gaya hidup semuanya boleh mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Adakah hanya sekadar membeli insurans diri kita akan terlepas 100% dari pelbagai jenis penyakit?Jadi apa perlu kita buat untuk mendapatkan kesihatan diri yang baik? Di sinilah kepentingan supplemen @ makanan tambahan. So,renung-renungkan dan selamat beramal.(",)~ "


Lin:"Saya x kisah kalupun ia mahal sbb terbukti ia berkesan n selamat utk diri saya n utk semua pengguna. Biarlah mahal asalkan kita tahu sumber yg kita ambil, bkn main hentam keromo beli yg murah pastu byk side effect dikemudian hari. Kalu x cuba mmg lh akan ckp mahal, kalu dh cuba, semua supplement shaklee ni kita nak try sbb berbaloi2 dgn harga yg ditawarkan. Melaburlah sedikit demi kesihatan yg optimum dimasa hadapan. Mkn sekarang utk kesan dimasa hadapan."

Mai: "Shaklee mahal? Bagi saya produk dari shaklee ni tak lah mahal sangat kalau nak compare dgn harga yang perlu dibayar if kita g hospital/klinik..org yg standard x nak g klinik kesihatan biasa nih, nak g private je..direct specialist je bila dah sakit..sekali register nak jmp doc, dah kena sediakan RM50-60 utk kos konsultasi ngan doc..tu belum masuk kos peralatan n ubat lagi..end up kena jugak mkn ubat kan? dr byr beratus2 kat klinik baik ler kite labur seratus dua tu ke multivitamin..mmg dgr ratus2 tu korg dah takut kan, tapi kena ingat balik yg kos ratus2 tu utk berapa lama..cuba dividekan ikut berapa bulan boleh consume..rasa nya xde lah mahal mana pun..kalau setalat sebulan spend dlm 50-60 jugak, rasa g sekali makan kat Chili's lagi mahal kot.."

Jadi buatlah pilihan terbaik. Allah pun dah pesan DUIT - Doa + Usaha +Ikhtiar + Tawakal..kita boleh berdoa minta dijauhkan segala penyakit..kita kena berusaha dan berikhtiar untuk menghindarkan diri dari penyakit. 


Dalam banyak-banyak jenama supplement yang ada saya tetap memilih Shaklee kerana Shaklee disokong oleh kajian saitifik, bukan berdasarkan testimoni semata.  Shaklee ada jaminan halal, selamat dan berkesan. Istimewanya Shaklee ni vitamin semulajadi.  Tentu anda tahu perbezaan antara vitamin semulajadi, sintetik dan organik kan?

Bak kata orang tua tua, alah membeli menang memakai.. :-)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 18, 2013

  Peminat pink tegar


Syifa' dikenali sebagai kak Teh (sebab dia putih), Syakirah pula Kak Chik (sebab badan kecik).
Suatu pagi di rumah... suasana 'cafe maya' ciptaan kak Teh bersama kak Chik.

Kak Teh: Ya encik, nak order apa?
Abg Uda: bagi saya nasi lemak dengan kopi O satu.
Kak Teh: makcik ni nak makan apa?
Kak chik: mama nak order mee bandung, air sirap bandung dengan roti bandung.
Kak Teh: saya tak tau macamana nak buat roti bandung... Umi! (jerit panggil umi pulak..)
Umi : roti bandung tu macamana kak Chik, umi tak pernah buat lagi roti bandung ni
Kak chik: ala... yang roti warna pink tu.., umi buat la roti pink untuk kakak..!
Kak Teh: oooo..yang pink tu ye?

Umi puas duk fikir, pernah ke umi buat roti warna pink?hm...kena korek balik gambar roti dalam koleksi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, April 7, 2013

  Balik kampung!

Asal balik kampung mesti nak ajak atuk dan nenek pergi berkelah! Kali ni kami ke lata ujib ( lupa dah nama tempat ni...)kalau tak silap. Lokasi agak jauh di perkampungan ladang kelapa sawit di daerah Maran. Kira-kira 1 jam 20 minit dari rumah atuk.
Kami bawa bekal nasi lemak, nasi dengan lauk ikan , sup tulang, sambal, bauh tembikai, ada juga gulai kambing yang dibawa oleh abg Jahari.
Best tau sungai ni, bersih dan nyaman!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, April 6, 2013

  Chicken Stock Homemade

Terfikir nak buat stok ayam sendiri? Cari-cari resepi jumpa resepi ini di FB.  Jom cuba!

Sumber: Ustazah Wan Habsah
 RESEPI BUAT AIR STOK.
Suka menggunakan STOK Ayam / Stok Tulang dalam amasakan anda? Anda ragu-ragu dengan sumber-sumber STOK yang ada di pasaran. Dari MANA dan bagaimana haiwan itu disembelih menjadi tandatanya. Siapa yang menyediakannya?. Jika anda ragu-ragu/ syubhah apakata buat sendiri air stok anda. Hidup tanpa makanan HARAM dan Syubhah adalah lebih menyakinkan.
Di sini Ustazah Cooking Classes nak kongsi cara mudah buat air stok sendiri. Jom masak tanpa Syubhah! CEPAT LAZAT BERKAHSIAT JIMAT LAGI BERKAT : Motto Kami.
Ingin melihat cara secara real boleh datang ke BENGKEL USTAZAH.
RESEPI PENYEDIAAN AIR STOK USTAZAH
Bahan-bahannya :
Tulang Ayam/ tulang Lembu/ Leher atau Kaki Ayam
Air secukupnya
Halia 2 inci diketuk-ketuk
2 biji bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih dimayam
Kayu manis 2
Buah pelaga 3
2 sudu garam
2 biji Tomato di potong 6
2-4 biji kentang potong 4
4 helai Daun bay.
Akar-akar : spt akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
Kulit carot yang dikupas.
3 sudu serbul lada putih/ lada hitam.
Cara-cara :
Semua Bahan di atas di rebus. Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Guna untuk memasak atau disimpan di dalam freezer.
Sebaik-baiknya direbus dengan api yang kecil 5 jam. Jika anda ingin simpan lama di dalam freezer. Bungkus 1 plastik 1 plastik. Senang bila nak guna keluarkan sahaja dan panaskan.
Boleh juga direbus hanya sejam sekiranya ingin terus digunakan.
SELAMAT MEMASAK DENGAN PUASHATI..CEPAT LAZAT BERKHASIAT JIMAT LAGI 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com