Saturday, March 30, 2013

  Hakim 13 tahun

Kebetulan ulang tahun kelahiran Hakim kali ni waktu cuti sekolah. Nenek PJ dah masakkan mee kari, laksa, yong taufu dan juga barbeque. Tok cik, atuk, Fawwaz dan abg Afiq juga lahir dalam bulan Mac. Jadi sambutan kelahiran untuk mereka ni disekalikan, oh ya nek Jang juga bulan Mac.

Pada 29 mac jumaat kami bawa Hakim, Syaima', Azzam, Ammar dan Faisal juga kawan baik Hakim iaitu Khalif makan di restoran Big Brother. Rupanya Hakim tak pernah datang ke restorab ni....umi dah bawa kakak Syaima dan Azzam beberapa kali. Abi memang jurang gemar western food, tapi kali ni sempena meraikan birthday boy... umi memang suka western macam ni!

Di Big Brothers ni makanan western macam-macam ada. Ada pizza, pasta, lasagna, dessert, salad, grilled, soup dan macam-macam lagilah! Wahhh...sukanya ada pelbagai pilihan. Servis pun bagus, sekejap je dah siap dihidangkan. Pinggan hidangan agak besar, kalau makan sorang memang tak habis.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, March 14, 2013

  Vitamin E untuk kecantikan dan awet muda!


 


Orang perempuan ni mesti nak nampak cantik je kan...sebab tu wanita kena ambil vitamin E.  Secara umumnya vitamin E membuatkan kita nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Sangat membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Apa lagi kelebihan vitamin E ni?
1. Vitamin E membuatkan kita nampak muda, tekstur kulit yang cantik, menghilangkan parut dan jeragat, kulit wajah juga nampak lebih berseri dan tidak kusam kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Vitamin E juga bantu cerahkan kulit. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.


* Vitamin E Shaklee sekarang ditambahbaik dengan ekstrak biji anggur, sangat baik untuk antioksida dan awet muda.

Nak kesan yang lebih mantap? Ambillah Collagen Powder dan ESP untuk kesan yang lebih ketara.  Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, March 9, 2013

  Jom buat sushi!

Menu lengkap all-in-one. Ada nasi, sayur, ikan, telur dan macam- macam lagi.
Nak tunjuk langkah demi langkah. Lain kali boleh kongsi resepi sushi pula...
Bahan asas: nasi, seaweed, avocado, mackerel dan telur dadar.
Gulung semua bahan di dalam seaweed
gulung kemas-kemas
aluminium foil tu keluarkan tau, jangan gulung sekali!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, March 8, 2013

  Hobi baru?

Susah juga kalau ada hobi kumpul pinggan ni...entah macamana boleh terjangkit 'penyakit' ni.

Saya jumpa kedai pinggan mangkuk menawan ni di Nilai 3. Macam- mcam corak, saiz ada kat kedai tu. Ehh..kuali ajaib pun ada.

Sempat beli beberapa keping sahaja belum habis 'survey' hihi... Lain kali boleh datang buat ujikaji kat kedai ni lagi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bersenam boleh kuruskan badan ke?

Ada pendapat mengatakan kita perlu bersenam untuk kuruskan badan. Tak cukup dengan sekadar berdiet jaga pemakanan, perlu bersenam juga untuk bakar kalori.

Menurut seorang pengamal akupuntur yang saya kenal, bersenam tidak berupaya menurunkan paras kolesterol. Kita bersenam supaya aliran darah lancar, sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Untuk menurunkan paras kolesterol kita perlu kejutkan sistem perkumuhan badan yang utama iaitu hati, buah pinggang dan usus supaya bekerja dengan lebih efektif.

Apapun alasannya, kita perlu amalkan bersenam untuk kelancaran darah dan sistem badan. Untuk lebih sihat bukan kuruskan badan semata. Tapi memang penat betul berjogging dengan anak-anak ni...pertama kali dalam hidup saya berjaya habiskan jogging round tasik seksyen 7 sambil berdukung! Memang boleh cepat ramping macam ni...!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com