Saturday, January 26, 2013

  Jangan mudah putus asa!

Jangan cepat putus asa, jangan mudah putus akal! Usaha sehabis upaya, cari ilmu, tambah ilmu melalui pembacaan, bergaul dengan orang berilmu, banyakkan bertanya, berdoa... antara usaha agar kita tak mudah putus asa.

Yang penting jangan sesekali putus harap dengan Allah.  Setiap kali kita merancang, berusaha semampu mungkin dan berdoa, seterusnya letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.  Apa sahaja yang Allah takdirkan selepas itu pastilah yang terbaik untuk kita.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, January 24, 2013

  Tanda Rezeki yang Berkat


Tazkirah pagi. Kadang kita boleh nampak keberkatan rezeki makanan, walaupun sedikit tapi mencukupi. Kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, January 23, 2013

  Rasa sesedap namanya..best ever carrot cake

Resepi ini jumpa di dapur kakida 1001 resepi.  Dah lama simpan, tak tau bila nak mula eksperimen.  Kata kakIda, kek ni memang sangat sedap dan harus (baca :wajib) mencubanya.  Waktu jalan-jalan cari menu ke dapur atie jumpa lagi kek ni.  Terus terpesona tanpa berlengah lagi saya pun mulakan operasi.  Jom semak bahan cukup ke tidak? Nampak macam banyak barang kek ni, tapi kita cuba dulu baru tau hasilnya. Saya terjemahkan semula resepi ini ke Bahasa Melayu.

Best ever carrot cake
dari: kakIda 1001 resepi
oleh : Nor of dapuraulad
 
Bahan-bahan
2 c tepung gamdum
2 st serbuk penaik
1 1/2 st soda bikarbonat
1 st garam
2 1/2 st serbuk kayu manis (saya tak letak pun)
4 telur saiz A
1 1/2 c minyak (saya guna minyak jagung)
2 c gula kastor
2 3/4 c lobak diparut
1 (8ounce) tin nenas (dihancurkan buang air)
3/4 c kacang walnut dicincang kasar (saya ganti dengan kacang badam)
1 c serbuk kelapa (desicated coconut)

Topping cream cheese frosting
1/2 cc mentega
1 (8ounce) atau 250g cream cheese
1 1/2 st esen vanila
1 lb gula aising

Cara membuatnya:
1. Ayak semua bahan kering
2. Dalam mangkuk besar, sebatikan gula, telur dan minyak menggunakan senduk kayu. Kacau biar sebati anggaran 5 minit.
3. Masukkan tepung beserta serbuk penaik dan soda bikarbonat, kacau rata.
4. Masukkan lobak parut, nenas dan serbuk kelapa, kacau rata.
5. Tuang adunan ke loyang yang sesuai dan bakar dalam oven selama 90min pada suhu 180C. Ikut kepanasan oven anda ye. Saya bakar selama 60 minit kek ini.

Cara membuat topping
1. Putar cream cheese bersama mentega dan esen vanila sehingga kembang.
2. Masukkan gula aising dan putar biar rata.  tambahkan sedikit susu jika adunan terlalu kental.
3. Hiaskan topping ini apabila kek sudah masak dan sejuk sepenuhnya.  Boleh juga dihias dengan taburan serbuk kelapa.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, January 17, 2013

  Faedah minum air kosong

Ketahui jumlah air yang perlu anda minum sehari.  Mudah sahaja nak buat kira-kira ni...
1 liter untuk setiap 25kg berat badan.  Maknanya jika berat badan anda 75kg; jadi jumlah air kosong yang perlu anda minum sehari  ialah (75kg÷25kg = 3 liter).
Wahh banyaknya nak kena minum!  Bukan ke nanti kerap ke tandas pula bila minum banyak ni?  Aha..Ada cara minum yang betul supaya air yang kita minum tadi benar-benar diserap badan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh kita.  Nak tahu cara minum air yang betul?  Kena belajar dan praktis ni tau!  Mula-mula mungkin agak sukar, tak biasa, asyik terlupa nak minum dan sebagainya. Lama kelamaan pasti anda akan biasa dan selesa dengan rutin baru ni.
Oh ya, jumlah 3 liter tu memang jumlah AIR KOSONG sahaja, bukan termasuk teh, kopi, jus dan sebagainya. Kenapa kita perlu minum air kosong?    
 
Fungsi air kosong:
1. Kawal suhu badan
2. Pastikan organ tubuh sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik
3. Bantu buah pinggang singkirkan bahan buangan dan toksik dari tubuh
4. Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh
5. Juga bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi, secara tidak langsung berupaya hindari penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
Jadi, minum air kosong jangan lupa tau!


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Main hantu!

Imran sedang belajar banyak perkara baru daripada kakak Syakirah dan kakak Syifa, ada yang baik dan tak kurang juga ajaran yang salah. 

Antara ajaran salah yang sedang diterapkan oleh kakak berdua ini ialah 'takut hantu'.  Syifa ni memang agak penakut berbanding Syakirah.  nak naik ke bilik atas pun ajak berteman.  Nak mandi mesti ajak Syakirah temankan.  Beza dengan Syakirah yang sangat berdikari dan berani.  Setakat nak turun ke dapur minum air walau gelap tak buka lampu, no matter bagi dia.

Ni yang umi tak suka ni...adik Imran pun dah mula pandai sebut ' antu..antu..'!

ooh..scary!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, January 15, 2013

  Desserts vs stressed!

Jika anda perhatikan perkataan ' DESSERTS' dan 'STRESSED' nampak ada persamaan di situ. Nampak tak?
Tak nampak?  Ok...cuba terbalikkan ejaan stressed tentu anda jumpa desserts yang sedap!  Maknanya kalau anda sedang mengalami tekanan perasaan, jom legakan dengan nikmati hidangan desserts yang enak!

contohnya begini:


Musim marking exam papers ni memang kena cari desserts!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, January 13, 2013

  Sesekali teringin...

Sudah agak lama saya tak outing bersama kawan-kawan sepejabat.  Kadang ada juga kami cari masa untuk makan bersama, berborak-borak hal luar selain dari kerja pejabat, sambil bertukar-tukar hadiah.
Teringat kenangan manis bersama kawan-kawan makan di restoran Adam Lai tempohari, seronok sangat!

Teringin nak datang ke sini lagi menikmati dessert yang sedap macam ni..

Saya ni memang peminat dessert!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, January 12, 2013

  Vitamin untuk kecantikan kulit

Seringkali kita dengar dan baca tentang kaitan wanita dan kecantikan.  Sebenarnya bukan wanita sahaja sukakan kecantikan, kaum lelaki juga tak kurang sama.  Setiap orang dikurniakan Allah dengan paras rupa yang cantik, cuma darjah kecantikan itu sukar diukur dengan satu skala tertentu kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza.  Walaupun begitu setiap daripada kita sudah tentu akan berusaha untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaaan kulitnya.  Ada yang suka pakai kosmetik tepek diluar, ada yang amalkan makan herba tertentu sebagai penjagaan dalaman, ada juga yang amalkan kaedah tertentu untuk menjaga kulit.  Penjagaan kulit yang paling berkesan adalah melalui penjagaan dalaman iaitu dengan mengambil supplement tertentu yang dapat memelihara keanjalan dan kecantikan kulit.

Antara supplement yang sering disebut-sebut berkaitan penjagaan kulit adalah vitamin E, vitamin B complex dan vitamin C.
American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit. Daripada kajian yang dijalankan didapati vitamin ini sangat memberi kesan dalam penjagaan kulit.  Jom kita baca fungsi dan peranan setiap vitamin tersebut.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Kesemua set vitamin ini tersedia dalam rangkaian produk Shaklee dan sangat popular sebagai set Skincare atau ringkasnya Set D.  Sebagai tambahan, boleh juga tambahkan ESP untuk mempercepatkan pemulihan dan pembinaan sel baru.  Bila sel bertambah sihat, manfaat vitamin akan dapat diserap dengan baik oleh sel-sel tadi.  Jadi anda akan dapat lihat kesan positif dalam masa yang lebih singkat.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, January 11, 2013

  Cepatnya masa berlalu...

Saban tahun berlalu terasa begitu pantas masa meninggalkan kita. Waktu mencecah tahun 2012 terasa begitu berat cabaran yang bakal ditempuh, anak-anak makin membesar dan ramai yang bersekolah. Ada anak yang sekolah menengah, sekolah rendah, ada di tadika dan ada juga di taska.  Tup-tup 2012 sudah berlabuh dan menutup tirai.

Era baru 2013 dengan cabaran lain pula. Kali ini 2 anak saya menginjak kaki ke sekolah menengah, 3 masih sekolah rendah, 2 di tadika dan hanya Imran seorang di taska.  Imran pun dah semakin petah bercakap, dah pandai bilang one, two three semua...

Bila duk bilang usia anak yang makin meningkat, seakan terlupa pula bahawa saya sendiri akan menambah usia memasuki era 40-an. Wahh...daku pun dah masuk grup makcik-makcik?  Ishh..rasa belum bersedia nak menempuh usia baru ni, tak cukup lagi ilmu di dada nak menghadapi cabaran berikutnya.
Semakin bertambah usia bermakna semakin dekat kita dengan kematian.  
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."

Samada seseorang itu mahu mati atau tidak, kematian itu pasti akan datang. Tidak akan terlewat atau dipercepatkan walau sesaat. Sebab itu, dalam ajaran Islam, mengingati mati merupakan sesuatu yang dituntut. Mengingati mati mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi orang yang hidup di dunia dan istimewanya untuk akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa menyebut tentang kematian dan tidak kurang dari 20 kali dalam sehari. Malah Baginda pernah menyarankan kepada umatnya yang bermaksud, "Perbanyakkan mengingat-ingat tentang perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)."

Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda, "Mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Sesungguhnya orang mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka diapun amat suka untuk bertemu Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput oleh maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya."

kredit

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, January 9, 2013

  'Penyakit' baru sejak usia 2 tahun

Sejak masuk umur 2 tahun ni Imran sudah pandai menyebut 2 perkataan secara penuh seperti 'nak air', 'jom mandi' dan beberapa perkataan lagi.

Dia ada satu tabiat pelik, waktu malam lebih suka tanpa diaper.  Cuma saya kena pantas angkat dia ke tandas sebaik sahaja dia bangun dari tidur, jangan lewat walau 10 saat! Kalau lewat, nahaslah dia kencing kat tilam.  Kadang dah sampai depan pintu bilik air pun boleh terlepas juga!

Sebenarnya sejak usia 1 tahun 10 bulan Imran sudah praktis tak pakai diaper. Agaknya dia rasa rimas dan panas.  Untunglah waktu cuti tempohari kakak Syaima ada tolong tengokkan Imran, saya tak hantar dia ke taska sepanjang cuti sekolah baru-baru ini. Tiap kali nampak dia terdiam atau kurang aktif secara tiba-tiba, cepat-cepat abang Azzam bawa dia ke tandas.  Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang terbolos juga haha..

Biasalah..nak masuk usia 2 tahun  saya dah ajarkan anak-anak tak pakai diaper. tapi mereka ni biasanya lulus tanpa diaper sepenuhnya waktu berusia 2 tahun 6 bulan.  Yang paling awal lulus tanpa diaper ialah Ammar iaitu pada usia 2 tahun 1 bulan. Imran mungkin sedang berusaha nak pecahkan rekod abang Ammar nampaknya!

Cuma satu kemusykilan yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini ialah 'penyakit sudu', Imran suka sangat pegang sudu.  Ke mana sahaja dia pergi mesti bawa sudu; ke majlis kahwin pun bawa sudu, ikut shopping kat Giant pun bawa sudu, tidur pun bawa sudu!

 Dia dah pegang sudu tu sejak tarikh 11 Disember 2012! Waktu tidur dia akan letakkan sudu tersebut kat sebelah, jangan sesiapa pandai-pandai nak alihkan sudu tu.  Bangun tidur mesti cari sudu!

Sehingga hari ni (9 Jan 2012) masih bawa sudu tu ke mana sahaja dia pergi.

Pernah abang-abang cuba sorokkan sudu dan tukarkan dengan objek lain....tak berjaya!  Tetap sudu itu juga yang dicarinya. Hairan sungguh dengan perangai baru Imran ni....

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, January 7, 2013

  Tangani masalah dengan bijak - sambungan



Edisi sambungan dari entry lepas berkaitan masalah pengurusan rumahtangga. Kali ini saya nak kongsikan sedikit brainstorming mengenai 2 masalah berikutnya yang sering melanda hidup para ibu.  Antaranya:
1. Sterika baju.
Sterika baju ni sebenarnya bukan masalah besar jika hanya melibatkan 2 atau 3 orang ahli keluarga.  Tetapi jika ada mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, bilangan anak-anak bersekolah juga ramai...sterika baju memang akan jadi masalah! Ada beberapa alternatif, antaranya latih setiap anak sterika baju sendiri, upah maid hujung minggu (weekend maid) untuk sterika baju, sterika baju pada hari tertentu (bukan setiap hari) dalam kuantiti yang banyak, hantar baju-baju untuk disterika ke kedai dobi, minta suami bantu sterika baju,... ada cadangan lain?
Saya sudah mencuba hampir kesemua alternatif yang disenarai tadi kecuali minta suami sterika baju sendiri.  Pengalaman saya dalam menangani masalah sterika baju ni, banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan.  Antaranya isu berkaitan keselamatan jika minta anak-anak sterika baju sendiri, isu penggunaan elektrik yang tidak efisien terutama jika minta weekend maid, isu penggunaan masa yang tidak optimum juga jika memilih untuk sterika baju sekali harung. Pernah saya menggunakan khidmat weekend maid untuk kerja mencuci rumah dan sterika baju, namun saya amat tidak berpuashati dengan hasil kerja beliau dalam bab sterika baju ni.  Bukan sahaja tidak kemas (walau diajar berkali-kali) tetapi sangat membazirkan elektrik.  Mungkin dia bukan dilatih untuk kerja-kerja sebegitu.  Jadi saya memilih untuk sterika sendiri baju sekolah anak-anak dan juga baju kerja saya, sementara baju kerja suami saya hantar ke dobi untuk disterika. Dengan cara ini saya dapat menjimatkan masa, penggunaan eletrik juga dapat dijimatkan dan yang lebih penting lagi saya kurang stress melihat timbunan baju dalam bakul untuk disterika!


2. Sidai kain baju di ampaian.
Mesti ada yang ketawa jika saya katakan bab sidai kain baju pun boleh menjadi masalah dalam pengurusan rumahtangga, serius! Ada jiran saya yang baru sahaja kehilangan maid (kes maid lari dari rumah) dan mereka suami isteri membahagi tugas urusan rumahtangga; si suami kena sidai kain baju dan si isteri uruskan hal yang lain.  Menurut cerita kawan saya tadi, most of the time kain baju masih dalam bakul sehinggalah dia balik dari tempat kerja, kata suaminya dia tak sempat nak sidaikan sebelum ke tempat kerja. Menunjukkan bahawa kebanyakan suami (tak semua suami) memang tak sesuai nak buat kerja-kerja rumahtangga ni.

Apa cadangan anda?
Biarkan baju dalam bakul sehingga petang nanti baru disidai, minta anak-anak tolong, sidai kain baju waktu malam sebelum tidur, beli dryer supaya tak perlu sidai baju, sediakan penyangkut baju untuk setiap helai pakaian yang nak disidai,...ada cadangan lagi?

Saya memilih untuk mengagihkan tugasan menyidai dan mengangkat kain dijemuran kepada anak-anak. Biasa tugas menyidai diberi kepada Hakim manakala tugas mengangkat kain di jemuran diberi pula kepada Faisal. Tugasan ini digilirkan mengikut hari, 3 hari untuk Hakim dan Faisal, 3 hari lagi untuk Azzam dan Ammar.  Manakala hari lainnya saya minta mereka buat secara sukarela.  Biasanya Ammar dan Faisal memang suka nak bantu kerja-kerja begini terutama hujung minggu, maklumlah ada bonus menanti!  Kadang memang ada konflik, yang ditugaskan lambat atau protest tak nak buat kerja; maka saya sekat penggunaan Internet malah TV juga.  Kalau kerja-kerja rumah tak disiapkan, takde siapa pun yang dapat main game atau guna Internet atau tengok TV!  Sehingga ke hari ini peraturan yang saya buat ni berkesan untuk anak-anak saya.

Anda sebagai ibu bapa tentulah mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh ahli keluarga.  Jadi gunakan kuasa dan pengaruh tersebut bagi tujuan mendidik anak-anak di samping mengajar mereka sifat kerjasama, saling membantu, tanggungjawab dan sebagainya.  Janganlah terlalu dimuakan atau dimanjakan anak-anak sehingga mereka langsung tak boleh disuruh membantu kerja-kerja di rumah. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com