Monday, December 31, 2012

  Masalah - bijakkah kita menanganinya?

Setiap daripada kita tanpa mengira usia, latar belakang pendidikan atau status ekonomi pasti tak sunyi dari masalah.  Selagi kita bergelar manusia yang hidup di dunia ini, sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan ujian. Ujian hidup terdiri daripada limpahan nikmat, ditimpa masalah dan sebagainya.  Suka atau tidak, redha atau tidak; kita akan tetap berdepan dengan masalah.

Ada pelbagai jenis masalah dalam hidup kita, masalah peribadi, masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, masalah belajar, masalah...masalah macam-macam lagi lah!
Ada orang yang berfikiran singkat cuba ambil jalan singkat untuk selesaikan masalah dengan cara lari atau tinggalkan masalah, lebih mengharukan lagi ada yang sanggup bunuh diri sebab tak sanggup hadapi masalah yang ditanggungnya.

Sebagai manusia beriman kita wajib percaya bahawa setiap masalah yang diuji Allah kepada kita pasti ada penyelesaiannya.  Samada cepat atau lambat, masalah kita tetap akan dapat diselesaikan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan, kematangan, usaha kita untuk mencari penyelesaiannya.


Ok, kita ambil contoh yang paling hampir dengan diri kita, sebagai ibu contohnya.  Kita sentiasa berdepan dengan masalah pengurusan masa, nak urus anak-anak di samping nak fikir tentang karier (jika anda ibu yang bekerjaya). Daripada pemerhatian saya, kebanyakan ibu berdepan dengan masalah pengurusan masa. Balik rumah nak terkam masuk dapur siapkan makan, nak tengok anak mengaji/belajar, sambil mata duk jeling pada timbunan kain baju yang semakin menggunung...
Apa tindakan anda? Jom kita brainstorm sikit... Saya fokuskan kepada masalah dan alternatif penyelesaiaan:

1. Siapkan makan untuk keluarga.
Antara alternatif yang ada- beli makanan di kedai, beli lauk sahaja dan masak nasi di rumah, masak lauk simple aje asal mengenyangkan, minta suami tolong masak, ada cadangan lain?
Untuk setiap alternatif yang anda pilih perlu fikirkan risiko atau kesannya kepada anda dan keluarga. Kita tak mahu 'gali lubang untuk tutup lubang'. Contohnya jika anda ada masalah kewangan, anak allergi makan dan seumpamanya; sudah tentu tak sesuai pilih untuk makan di luar. Saya selalu berdepan dengan masalah sebegini kerana anak saya allergi dengan telur, seafood, pewarna. Saya pilih untuk masak sendiri di rumah. Ada yang tanya; 'banyaknya masa nak masak untuk keluarga?' Aha...ada la strategi saya, tak semua lauk saya masak at one time. Ada yang saya siapkan terlebih dahulu dan simpan beku seperti ayam masak merah, rendang daging. Jadi saya hanya ambil masa untuk masak nasi (pun saya guna periuk masak atas stove bukan guna periuk elektrik) dan masak sayur.

2. Lipat kain baju
Keluarga besar macam saya memang sentiasa menggunung kain baju, kadang penuh 2 bakul ni untuk sehari cuci baju 3 loading.  Tak daya saya nak lipat sorang diri.
Apa alternatif yang ada? -upah maid lipat baju (ada ke servis ni?), paksa anak-anak lipat baju sendiri, biarkan aje baju-baju berlonggok dalam bakul - bila nak pakai pandailah cari sendiri, beli bakul banyak-banyak ikut bilangan ahli keluarga - sorang satu bakul.
Apa pilihan anda? Saya pilih untuk ajak anak-anak lipat baju sama-sama, kadang buat pertandingan siapa paling cepat siap, siapa lipat paling kemas. Siap lipat kain baju saya akan bagi reward untuk mereka. Saya suka, anak-anak lagi suka!

Wahh panjang dah entry ni, sambung next time la ye untuk brainstorm yang lain pula insyaAllah.
Sebagai penutup entry kali ni (penutup 2012 juga) saya suka nak ingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan pembaca yang sudi membaca; kita memang tak dapat lari dari masalah. Jadi hadapilah ia dengan tenang, bijak dan berstrategi.  Teringat satu kata-kata bijak pandai:
Difficulties in your life do not come to destroy you, but to help you realise your hidden potential and power
Jumpa lagi di tahun 2013!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, December 30, 2012

  Soto ayam - menu sepanjang masa

Bila dah buat bergedil, wajib la kena buat soto kan? habis tu nak makan bergedil macam tu je...mana ngam! Dah, tak mau buang masa celoteh panjang. Jom kita masuk dapur!
Resepi soto ayam yang sangat sedap ini saya salin dari dapur yati, terima kasih kerana berkongsi resepi.
 

SOTO AYAM
Resepi : Yatiememories


BAHAN-BAHANNYA

  • Nasi Impit secukupnya- saya masak sendiri guna rice cooker je...sheila guna yg segera je
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
  • 3 s/b rempah sup/ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan untuk tabur dan dimakan bersama nasi impit.
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
  • 1 paket kecil su'un- di goreng -tak sah soto tak letak ni
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...
Saya suka sangat resepi yang lengkap All in One macam ni, boleh buat sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam juga. Jimat masa, jimat belanja. Saya suka, saya suka!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, December 29, 2012

  Mencegah lebih baik daripada merawat

Anak anda sering demam? Anda selalu sakit kepala atau migraine?  Biasanya kita akan ambil ubat untuk cepat melegakan demam atau sakit kepala.  Ubat yang paling mudah dijumpai ada di setiap rumah ialah Panadol atau Paracetamol.  Tahukah kesan kedua-dua ubat ini ke atas badan kita dalam jangka panjang?

Jom baca apa kata pakar:
kredit

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.

___________________


Apakah penyelesaian yang kita ada? Secara semulajadi memang kita boleh merawat demam menggunakan bahan-bahan yang ada di sekitar rumah kita contohnya dengan menggunakan bawang, asam jawa, daun bunga raya untuk turunkan suhu tinggi tadi.  Juga beberapa remedi tradisional yang banyak digunakan sekarang ini.  Selain daripada itu anda juga boleh amalkan supplement sebagai alternatif pencegahan.  Bak kata orang 'mencegah itu lebih baik dari merawat', kan?  Ada banyak supplement yang sesuai untuk meningkatkan antibodi tubuh.  Contohnya boleh amalkan Nutriferon ...Anda bleh memilih utk mulakan gaya hidup sihat dgn menjadikan Nutriferon sebagai painkiller favorite anda. Ia selamat, dan berkesan..
NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Nutriferon ni umpama first aid kat rumah.. kene standby. ..letak kat rumah.. or dlm handbag or bwk travel ke mana2.. Bukan kena mkn hari2.. tapi ingat ya.. sistem imuniti perlu dibina dari awal... Jadi jika rasa mcm nak demam or sakit2, sila telan sepeket nutriferon ni... jika tidak..simpan satu dua peket di dlm beg anda..
Sebab tu seminggu dua ni.. rata2 customer saya apabila membuat pesanan produk Shaklee, pasti add on 10peket nutriferon ... Bagaimana dgn anda? Masih berkira2? Saya? Sy mmg paling tak suka dgn pain killer ni... apatah lagi klinik2 ni.. baru2 ni demam.. sy telan 2peket nutriferon.. alhamdulillah sehari je demam teruk.. :-).. Lepas tu segar.. sbb tu kene spare beberapa peket ya bersama2 di kala memerlukan..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Begedil!

Hari sabtu yang sangat sibuk, saya tak mahu buang masa di dapur sebab banyak urusan perlu dikendalikan hari ini.
Jadi saya pilih menu yang ringkas, sedap dan lengkap untuk sepanjang hari. Menu pilihan terbaik mestilah soto ayam! Sesuai untuk hidangan sarapan, lunch dan juga dinner. Setuju?

Resepi mudah aje, versi campak-campak kata orang.
Bahan-bahan:
3 biji kentang -kupas kulit, belah dan digoreng
sedikit daun sup/daun bawang - dihiris
sedikit garam
bawang goreng - 5 sudu atau lebih ikut selera
1 sudu tepung gandum
sebiji telur - dikocok

Cara membuatnya:
1. Goreng kentang, angkat dan toskan. Lenyek atau tumbuk kentang tadi biar lumat
2. Gaulkan hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng, garam dan tepung gandum
3. Kepalkan adunan menjadi bulat sebesar saiz bola pingpong, boleh juga buat bentuk bujur.
4. Celupkan adunan yang dibulatkan tadi ke dalam bancuhan telur.
5. Goreng bergedil tadi. Biar agak garing baru dibalikkan.
6. Sesuai dimakan bersama soto, bihun sup atau dimakan begitu saja.


3 ketul sorang



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, December 27, 2012

  Mencegah lebih baik daripada merawat

Anak anda sering demam? Anda selalu sakit kepala atau migraine?  Biasanya kita akan ambil ubat untuk cepat melegakan demam atau sakit kepala.  Ubat yang paling mudah dijumpai ada di setiap rumah ialah Panadol atau Paracetamol.  Tahukah kesan kedua-dua ubat ini ke atas badan kita dalam jangka panjang?

Jom baca apa kata pakar:
kredit

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.

___________________

Apakah penyelesaian yang kita ada? Secara semulajadi memang kita boleh merawat demam menggunakan bahan-bahan yang ada di sekitar rumah kita contohnya dengan menggunakan bawang, asam jawa, daun bunga raya untuk turunkan suhu tinggi tadi.  Juga beberapa remedi tradisional yang banyak digunakan sekarang ini.  Selain daripada itu anda juga boleh amalkan supplement sebagai alternatif pencegahan.  Bak kata orang 'mencegah itu lebih baik dari merawat', kan?  Ada banyak supplement yang sesuai untuk meningkatkan antibodi tubuh.  Contohnya boleh amalkan Nutriferon ...Anda bleh memilih utk mulakan gaya hidup sihat dgn menjadikan Nutriferon sebagai painkiller favorite anda. Ia selamat, dan berkesan..
NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Nutriferon ni umpama first aid kat rumah.. kene standby. ..letak kat rumah.. or dlm handbag or bwk travel ke mana2.. Bukan kena mkn hari2.. tapi ingat ya.. sistem imuniti perlu dibina dari awal... Jadi jika rasa mcm nak demam or sakit2, sila telan sepeket nutriferon ni... jika tidak..simpan satu dua peket di dlm beg anda..
Sebab tu seminggu dua ni.. rata2 customer saya apabila membuat pesanan produk Shaklee, pasti add on 10peket nutriferon ... Bagaimana dgn anda? Masih berkira2? Saya? Sy mmg paling tak suka dgn pain killer ni... apatah lagi klinik2 ni.. baru2 ni demam.. sy telan 2peket nutriferon.. alhamdulillah sehari je demam teruk.. :-).. Lepas tu segar.. sbb tu kene spare beberapa peket ya bersama2 di kala memerlukan..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, December 19, 2012

  Motivasi dan tazkirah

Anda adalah apa yang anda fikirkan.
Fikirkan boleh!


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, December 18, 2012

  Luahan hati (dan dedikasi)

Wahh.. banyaknya sawang kat sini...dah hampir sebulan tak update blog! Terima kasih buat anda yang masih sudi jenguk ke sini. Kesibukan menghamipiri hujung semester memaksa saya meninggalkan blog kesayangan ini buat sementara waktu.  Ini pun mencelah-celah curi masa nak update blog.

Faisal....




Maaf kerana sudah lama tak update blog, moga takde yang jemu masuk sini ye.  Terimalah ucapan maaf luahan hati ikhlas dari saya hihi...


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com