Saturday, November 24, 2012

  Asyura Kedah

Walaupun saya orang Kelantan (lahir dan dibesrkan di Kelantan) tetapi saya lebih sukakan asyura Kedah berbanding asyura Kelantan. Asyura Kedah ni memang jauh beza dibandingkan dengan asyura negeri lain dari segi bahan, rasa dan teksturnya. Asyura Kedah ni saling tak tumpah macam pengat, kanak-kanak pun sukakannya.

Saya biasanya tunggu tarikh 10 Muharram semata-mata nak menikmati asyura ini. Boleh juga nak makan asyura ni bila-bila masa, cuma saja nak ambil sempena Muharram barulah dipanggil asyura, kan?
Asyura tu kan diambil dari perkataan 'asyara'yang bermaksud sepuluh dalam bahasa arab.

Ok tak mahu buang masa, jom kita kacau asyura!

Resepi ni saya ikut sesedap rasa dan sesuka hati je. Inspirasi dari kak ilahjy. Resepi dari nenek kata kak ilah, terima kasih sudi kongsi resepi. Saya terus buat dua adunan sebab yakin resepi ni menjadi. Kali ni terlebih rajin pula nak sukat menyukat ( sebagai rujukan untuk anak cucu akan datang hihi...).
Boleh disesuaikan bahan mengikut citarasa anda ye, tak perlu rigid sangat dengan resepi saya ni.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
5 cawan santan
8 sudu besar gula pasir
1/2 ketul gula melaka
1 batang keledek anggaran saiz lengan
1 tin jagung 200g ( siap dalam tin)
Sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Dadukan keledek yang telah dibersihkan, rebus biar separuh empuk
2. Dalam kuali besar, satukan tepung beras, santan dan gula serta garam.
3. Masakkan adunan tepung tadi di atas api sederhana kecil sambil dikacau selalu. Masak sehingga adunan mendidih.
4. Masukkan keledek dan isi jagung tadi. Kacau lagi biar keledek empuk sepenuhnya.
5. Masak sehingga adunan menjadi pekat. Jika terlebih pekat, tambah sedikit air dan kacau lagi.
6. Padamkan api. Tuang adunan ke dalam bekas yang sesuai.
7. Siap!

Tak sempat tunggu sejuk, anak-anak saya dah tadah pinggan nak makan asyura ni!
Lebih sedap lagi kalau dibiarkan sejuk dalam fridge terlebih dahulu baru dimakan.
Boleh juga ditambah kacang kuda,  kacang hijau yang telah direbus, pisang, keladi dan macam-macam lagi mengikut citarasa masing-masing. Saya kurang gemar letak pisang dalam asyura ni. Kebanyakan asyura sebegini memang selalu ditambah pisang. Ada juga yang letak biji sagu juga.  Apapun terpulang kepada tekak masing-masing.

Selamat menyambut 10Muharram esok, jangan lupa puasa sunat tau!

P/s..saya dapat 2 bekas ni utk adunan di atas.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, November 21, 2012

  Vitamin untuk otak cerdas dan pintar

Alhamdulillah anak kedua saya yang ambil peperiksaan UPSR tahun ini mendapat 3A 2B, padan le dengan dia yang memang tak sentuh buku LANGSUNG ketika di rumah.
Serius dia tak pegang buku kat rumah. Sekadar harapkan pergi tusyen hari sabtu tu je.  Saya ada belikan buku set soalan UPSR masa expo buku di PWTC tempohari, sampai ke hari ini buku-buku tersebut masih cantik berbalut dalam plastik. Haram tak disentuhnya. Dia cuma buka satu buku, belek-belek kejap kemudian cakap 'semua Hakim dah buat latihan macam ni kat sekolah'.  Owhh sabar jelah mendengarnya!

Memang sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan kakaknya Syaima'; kakak lebih tekun dan rajin belajar.  Cikgu pun tak sangka Syaima' boleh dapat 5A dalam UPSRnya. Yelah... Setiap anak memang berbeza dan unik.  Tak boleh nak dibandingkan setiap perkara antara adik beradik.  Tambah pula anak lelaki memang kurang tekun berbanding anak perempuan.

Cuma saya nampak beberapa perubahan pada diri Hakim, walaupun dia tak belajar langsung lepas waktu sekolah, cikgu di sekolah kebanyakannya bagitau saya yang Hakim sudah banyak menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademiknya.  Saya juga perhatikan dia lebih cekap membuat latihan matematik; kadang sambil congak dalam kepala sahaja tanpa tulis di kertas. Daya ingatannya juga sangat baik, dia lebih cekap menghafal sifir.  Malah dia juga dapat anugerah Hafazan Terbaik di kelasnya.

Saya sekadar membantu setakat termampu, kadang nak disuruh berulangkali pun susah juga sebab dia dah boleh berfikir sendiri mana baik dan mana buruk.  Sebagai ibu bapa kita boleh memandu mereka memilih keputusan yang baik.
Saya bekalkan Hakim keperluan vitamin dan nutrisi untuk otak yang cerdas.  Pilihan saya tentulah vitamin Shaklee!


Inilah rangkaian nutrisi untuk otak cerdas dan pintar:
  • Omega Guard – mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya.
  • Mealshake – mengandungi protein soya dan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • B Complex – membantu dalam sintesis protein dan karbohidrat, memberikan mood yang baik, anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga serta penting dalam pertumbuhan sel.
  • Lecithin – kaya dengan kolina yang penting dalam sintesis neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.
Berikan yang terbaik untuk anak-anak, biarlah kita keluarkan duit lebih sebagai pelaburan demi masa depan anak.  Tak cukup dengan sekadar beri tusyen terbaik, pilih sekolah terbaik, beli buku yang bagus, tapi kita abaikan keperluan nutrisi untuk otak mereka.

Cadangan vitamin untuk kanak-kanak:
4 tahun ke bawah:
— Mealshake & Omega Guard
Sekolah rendah:
—- Omega Guard, Vitalea for Children, Chewable Vita-C
Sekolah menengah:
—- B Complex, Omega Guard, Lecithin, Mealshake

Jadi ambillah makanan yang sihat dan seimbang, elakkan makanan rapu (junk food), lakukan aktiviti fizikal yang boleh merangsang minda  dan elakkan duduk depan tv/PC semata.
Di samping berusaha, jangan lupa berdoa ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 20, 2012

  Doa merupakan senjata kita yang paling utuh

Doa merupakan senjata orang mukmin.  Dalam apa jua keadaan, kita digalakkan memperbanyakkan berdoa; samada ketika senang apatah lagi ketika susah.  Pintalah hanya kepada Allah kerana Allah yang memegang, memelihara, memiliki segalanya samada yang nyata, yang ghaib.

Mudahnya ye, hanya dengan berdoa! Namun ada syaratnya supaya doa ini menjadi senjata kita.  Apa syarat-syaratnya tu?
-kredit to Lyna
1) ikhlas.
Ibnu Katsir mengatakan bahwa setiap orang yang beribadah dan berdo’a hendaknya dengan ikhlas serta menyelisihi orang-orang musyrik dalam cara dan madzhab mereka2.

2) ittiba’ kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, termasuk dalam segala bentuk ibadah.
Allah berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu” (QS. Al Ahzaab 21)

3) yakin bahwa do’anya akan dikabulkan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Berdo’alah kalian kepada Allah dalam keadaan yakin akan terkabulnya do’a itu” (HR. Tirmidzi). Jika seorang hamba berdo’a kepada Allah sementara ia tidak yakin Allah akan mengabulkan do’anya, maka itu adalah sebuah kesia-siaan. Umar Ibnul Khattab pernah mengatakan, “Aku tidak membebani diriku dengan keinginan untuk terkabulnya do’a. Aku hanya ingin berharap agar tetap bisa berdo’a”3. Allah berfirman (yang artinya), “Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu” (QS. Ghafir 60).

4) kekhusyukan di hadapan Allah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan do’a dari seseorang yang lalai dan tidak serius” (HR. Tirmidzi). Seringkali seseorang berdo’a setelah sholat namun tidak merasakan apa yang diucapkannya.

Seorang tabi’in pernah mengatakan, “Sungguh, aku tahu bila do’aku akan dikabulkan”. Mereka bertanya, “Bagaimana itu?” Ia menjawab, ”Jika hatiku telah khusyuk, kemudian badanku juga ikut khusyuk, dan akupun mengalirkan air mata. Ketika itulah aku mengatakan do’aku ini akan dikabulkan”.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Tahukah kalian bagaimana seharusnya seorang muslim berdo’a?” Mereka bertanya, “Bagaimanakah itu wahai Imam?” Beliau menjawab, “Tahukah kalian bagaimana seseorang yang berada di tengah gelombang lautan, sementara ia hanya memiliki sebatang kayu, dan iapun akan tenggelam? Kemudian orang ini berdo’a dengan mengatakan, ‘Ya Rabbi, selamatkanlah aku! Ya Rabbi, selamatkanlah aku!’ Maka demikianlah seharusnya seorang muslim berdo’a (kepada Allah)”5. Hal ini memperlihatkan bahwa sudah selayaknya seorang hamba yakin bahwa tidak ada lagi yang mampu menyelamatkannya selain Rabbnya sehingga ia akan kembali kepada-Nya dalam keadaan apapun dan berdo’a kepada-Nya karena rasa membutuhkan yang lahir dari kelemahan diri. Allah berfirman (yang artinya), “Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan jika ia berdo’a kepada-Nya…” (QS. An Naml 62).

5) tidak isti’jal (tergesa-gesa minta cepat terkabulnya do’a).
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Akan dikabulkan do’a seseorang di antara kalian sepanjang ia tidak tergesa-gesa. Ia berkata, ‘Aku telah berdo’a dan berdo’a, namun aku tidak melihat terkabulnya do’aku’, sehingga iapun tidak lagi berdo’a” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah). Orang yang tergesa-gesa dalam berdo’a kemudian meninggalkannya karena merasa tak juga dikabulkan do’anya bagaikan orang yang menanami ladangnya dengan menabur benih. Namun ketika benih itu mulai tumbuh, ia mengatakan, “Agaknya benih-benih ini tidak akan tumbuh”, dan kemudian ia meninggalkannya begitu saja.

Dalam sebuah atsar disebutkan bahwa Allah bertanya kepada Jibril, “Wahai Jibril, apakah hamba-Ku berdo’a kepada-Ku?” Jibril menjawab, “Ya”. Allah bertanya lagi, “Apakah ia menghiba kepada-Ku dalam meminta?” Jibril menjawab, “Ya”. Maka Allah berfirman, “Wahai Jibril, tangguhkanlah (pengabulan) permintaan hamba-Ku, sebab Aku suka mendengar suaranya”6.

6) hanya makan yang halal, termasuk di dalamnya adalah menghasilkan harta dari sesuatu yang halal.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak akan menerima selain yang baik. Allah memerintah orang-orang mukmin seperti apa yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul” (HR. Muslim, Tirmidzi). Dalam firman-Nya, Allah memerintahkan (yang artinya), “Hai Rasul-rasul, makanlah dari makanan yng baik-baik, dan kerjakanlah amal sholih…” (QS. Al Mu’minuun 51).

7) tidak berdo’a untuk sesuatu yang berdosa. D
ari Abu Said, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila seorang muslim berdo’a dan tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat kecuali akan dikabulkan oleh Allah salah satu dari tiga: Akan dikabulkan do’anya, atau ditunda untuk simpanan di akhirat, atau menghilangkan daripadanya keburukan yang semisalnya” (HR. Ahmad 3/18. Imam Al-Mundziri mengatakannya Jayyid (bagus) Targhib 2/478)7.

8) husnudzon (berbaik sangka) kepada Allah bahwa Dia akan mengabulkan do’a kita. Kalaupun tak dikabulkan, itu karena hikmah yang Allah lebih mengetahuinya. Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman (yang artinya), "Aku bergantung prasangka hamba-Ku kepada-Ku" (HR Bukhari).

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, November 19, 2012

  Keperluan vitamin untuk wanita

Ramai juga wanita di luar sana yang bertanya vitamin apa yang sesuai untuk mereka. Kebanyakannya fokus kepada vitamin untuk kecantikan kulit. Ye lah...wanita dan kecantikan ibarat roti yang telah disapu dengan mentega; tak bisa dipisahkan!
Hihi...tiba-tiba saya teringat kata-kata pepatah moden ni yang saya kutip dalam salah satu filem Indonesia yang pernah saya tonton awal tahun 1990an dulu.  rasa sangat tepat kata pepatah tu, roti bila dah disapu mentega memang tak dapat dipisahkan lagi kan?

Ok, cukup melalut...sekarang saya nak jawab soalan wanita-wanita anggun yang bertanya soalan tadi; vitamin apa yang sesuai untuk mereka yang pentingkan penjagaan kulit wajah. Saya cadangkan anda mabil set skincare yang mengandungi vitamin E, B complex dan Vitamin C.

Kenapa perlu ketiga-tiga vitamin ini?
Secara ringkas, vitamin C diperlukan untuk bina kolagen. Kolagen untuk apa? Kalau kurang kolagen maka kita cepat kedut, cepat nampak tua.
Vit E antioksida, nyahkan radikal bebas punca penyakit. B complex pula perlu untuk
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Untuk kesan yang lebih sempurna, saya cadangkan ambil ESP dan GLA. Kenapa ESP? ESP bagus utk pertumbuhan sel baru, bila sel sihat baru vit lebih mudah diserap.
GLA untuk stabil hormon. kaum wanita ni banyak yang tak stabil hormon, sebab tu cepat emosi, cepat merajuk dan sebagainya. GLA ni supplement yang wajib diambil bila umur masuk 30an. Bagi anda yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!
Kalau lambat ambil nanti sel badan lagi cepat menyusut. Jadi kita akan jadi lebih tua dari usia sebenar.
Banyaknya vitamin perlu diambil?
Ya, memang betul tu. Ibarat sehari kita makan nasi, lauk, ikan, sayur, buah semua tu bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Kenapa tak ambil nasi sahaja,  tak payah susah ambil lauk semua? Sebab nasi hanya ada karbohidrat, kita juga perlukan protein, serat dan sebagainya.
Begitu juga dengan pengambilan supplement, tiada satu supplement yang lengkap ada semua kandungan nutrisi yang kita perlukan.

Nak mudah lagi? Ambik Collagen Powder untuk kesan lebih cepat dan ketara.
Cuba buat kira-kira...mana lagi jimat? Ambil collagen ke ambil vitamin (vit e, vit C, GLA, ESP)?
Nak tahu cara yang lebih jimat? Shhh... tak boleh publish kat sini, hubungi saya untuk maklumat lanjut!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, November 9, 2012

  Seri muka bakar

Memang dah lama saya mencari resepi seri muka yang sedap. Dah pernah buat kuih ni dulu, kali ni nak cuba resepi yang baru jumpa kat blog  ismabaitiza
Tapi macam biasa, saya ubahsuai mengikut selera. Innovative namanya tu hihi...
Resepi salin dari blog ismabaitiza, minta izin ye.

Lapisan Bawah:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan(x pekat)
sedikit garam

Lapisan Atas:

5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sdb tepung gandum
1 cawan air daun pandan + pewarna hijau
secubit garam

Cara:

1.Untuk lapisan bawah,bersihkan pulut dan toskan.kemudian masukkan ke dalam loyang bersama santan serta sedikit garam,dan kukus hingga masak.
2.Tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang hingga padat dan ketepikan.
3.Untuk lapisan atas,campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas,kemudian kacau hingga sebati sebelum ditapis dan dituangkan ke atas pulut.
4.Kukus sekali lagi hingga lapisan atas masak,kemudian bakar dalam ketuhar dengan menggnakan api atas sahaja pada suhu 120 darjah celcius selama 5-10 minit.
5.Bila sudah siap,biarkan sejuk baru potong dan hidangkan...


sedap...boleh buat lagi





dan lagi...dan lagi...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, November 7, 2012

  Carrot cake yummy!

Memang terbaik resepi ni, tak pandang resepi lain dah!
Tapi macam biasa saya innovate bahagian topping tu sebab saya kurang gemar letak mentega dalam adunan topping.
Resepi olahan saya (topping).
250g creamcheese
125g gula aising
30g mentega
100ml whipping cream non diary
1 st pes lemon
Cara membuatnya:
1. Sebatikan creamcheese, mentega dan gula aising
2. Masukkan pes oren, whipping cream. Putar biar rata dan gebu
3. Hiaskan kek tadi


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 6, 2012

  TIPS TAMBAH SUSU IBU - Doktor pun ramai yang tak tahu

Fenomena biasa sekarang ini masyarakat kita baik di dalam malah di luar negara semakin sedar kepentingan kembali ke alami iaitu 'natural living'. Antara perkara-perkara yang melibatkan 'natural living' ialah seperti penyusuan anak dengan susu ibu, cloth diaper, menggunakan produk semulajadi yang bebas bahan kimia dan toksik, 'home schooling' dan sebagainya.  Sebagai insan yang mencintai keindahan dan kedamaian semulajadi, kita juga tidak mahu ketinggalan  dan mahu ikut serta dalam arus perdana 'natural living' iaitu kembali kepada fitrah dan menjalani kehidupan yang lebih harmoni serta semulajadi.

Saya turut berbangga menjadi sebahagian daripada ratusan ribu ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya (fully breastfeed) sekurang-kurang untuk tempoh 6 bulan pertama usia anak dan meneruskan penyusuan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.  Saya pasti ibu-ibu yang menyusukan anak sudah tentu berusaha sehabis upaya, dengan segenap kemampuan berusaha menjaga pemakanan, mencari ikhtiar untuk menjayakan penyusuan susu badan.

Antara isu yang sering diketengahkan oleh ibu-ibu menyusu ialah bagaimana memastikan anak dapat menyusu sehingga tempoh optimum 2 tahun, bagaimana nak banyakkan susu, bagaimana mengendalikan EBM dan sebagainya.

Menjadi lumrah dalam kitar penyusuan, kita akan mengalami musim susu merudum terutama apabila si anak mencecah usia setahun ke atas.  Saya merekodkan semua fasa penyususan kesemua 8 orang anak saya; saya dapat plotkan paten graf yang hampir sama iaitu fasa susu merudum berlaku ketika usia anak 7 bulan dan 1 tahun. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa melipat gandakan usaha menambah susu, anak terpaksa minum susu formula bila masuk umur setahun ke atas.  Itulah yang terjadi kepada anak saya yang keempat iaitu Ammar.  Waktu itu saya sedang berjuang sambung belajar secara 'part time' di UKM.  Berulang alik setiap hujung minggu, mencuri-curi masa rehat untuk mengepam susu, terkadang tak sempat mengepam dan sering juga saya tak sempat nak makan tengahari.  Akhirnya saya pasrah dengan hanya setahun tempoh Ammar menyusu badan.

Bagaimana caranya nak pastikan susu badan sentiasa 'maintain' tak merudum?  Macamana ada ibu-ibu yang berjaya menyusu penuh walaupun tak minum susu?  Perlukah ibu-ibu menyusu ambil supplement untuk tambah susu? Ada tak Tips Tambah Susu Badan?

Pengalaman banyak mengajar kita, melalui pengalaman juga kita jadi lebih pandai, lebih berhati-hati dan lebih berjaya.  Saya ingin kongsikan beberapa Tips Tambah Susu ibu yang saya dapat melalui pengalaman sendiri, pengalaman ibu-ibu lain dan juga melalui kelas penyusuan yang saya hadiri.
Kadang-kadang ilmu penyusuan ini tak semua doktor yang tahu, malah saya sendiri berdepan dengan beberapa orang doktor yang tak faham konsep penyusuan. Pernah saya tanyakan seorang doktor yang memberi bayinya (baru berusia 2 bulan) minum air masak. Katanya supaya anak tak sembelit. Owh...bukankah susu ibu mengandungi komposisi cecair yang sesuai untuk anak? Tak kurang juga saya jumpa doktor yang suruh kita campurkan susu formula, dengan alasan supaya anak cepat membesar (kes jika anak underweight)! Dan macam-macam kes lagi; kesimpulannya tanyalah lactation counselor jika ada masalah penyusuan.
Dan saya percaya lactation counselor juga banyak belajar dari pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak, bukan teori semata-mata.

Jika anda ibu-ibu menyusu yang berminat nak dapatkan Tips Tambah Susu ibu, sila tinggalkan nama dan emel di ruangan komen entry ini.  Saya sengaja tidak tuliskan Tips Tambah Susu dalam entry ini supaya tips ini lebih dihargai.  Hanya mereka yang bersungguh mahu sahaja yang mendapatnya.  Hanya mereka yang tahu menghargai sahaj yang akan memanfaatkannya. Tips Tambah Susu ini pasti sangat berbaloi untuk anda. Doktor di klinik pun belum pasti dapat berikan anda tips sebegini!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com