Tuesday, October 30, 2012

  Omegaguard menghakis?

kredit to nrsalwa.blogspot.com
(Credit pic: Zunaidah Daud)


mereka kata " OMEGA GUARD SHAKLEE menghakis.."? siap wat demo lagi.. katanya Omega Guard Shaklee menghakis, tapi produk A****** tu tidak.. demo dengan menggunakan bekas polisterin..  

Jadi, kami pun mencuba sendiri demo tersebut dengan menggunakan Omega Guard Shaklee...See.. seperti gambar di atas, Omega Guard Shaklee memang benar-benar menghakis.. OPSSSS, nanti dulu. Sila baca sampai habis yer, baru tahu kebenarannya. Betul ke Omega guard Shaklee merbahaya? menghakis perut, usus, segala organ badan jugak ke??? 



Jadi, jika Omega 3 boleh menyebabkan pinggan atau cawan polisterin atau Styrofoam berlubang, tidak bermakna ianya akan menyebabkan perut atau usus kita turut terhakis dan memudaratkan badan kita. Banyak kajian yang membuktikan secara saintifik bahawa Omega-3 banyak memberi manfaat kepada kita. Lagi pun, perut, usus serta semua organ badan kita tak diperbuat daripada polisterin kan??? :) 

Supplimen minyak ikan Omega 3 yang biasa, hanya melalui satu proses penyulingan yang ringkas (simple process of distillation) untuk memisahkan minyak ikan asli (crude oil) daripada bahagian ikan yang lain serta membuang segala bendasing / impurities. Dalam bentuk yang 'kompleks' itu, asid lemak Omega 3 tidak dapat mencairkan / melarutkan polisterin dengan mudah walaupun dibiarkan lama. Malah sebahagian polisterin tersebut pula yang leach out masuk ke dalam minyak tersebut. Oleh sebab itu, pegawai kesihatan selalu menasihatkan supaya tidak menyimpan makanan yang mempunyai asid lemak ke dalam bekas polisterin terutamanya jika makanan tersebut masih panas.

Supplimen minyak ikan yang berkualiti tinggi melalui proses penyulingan molekul kedua (double molecular distillation). Ini akan membuang saturated fats dan bahan selain asid lemak Omega 3. Penyulingan ini akan menghasilkan minyak ikan yang lebih tulen dan membuang lebih banyak bahan tercemar seperti merkuri dan logam berat yang lain yang terdapat dalam ikan tersebut. Oleh sebab itu, suplimen minyak ikan yang melalui 'double molecular distillation' bukan sahaja lebih terjamin kebersihannya, malah mengandungi lebih kepekatan asid lemak Omega 3. Manfaat yang berganda untuk kita tentunya. Secara mudahnya, asid lemak Omega 3 yang LEBIH ASLI pastinya dapat melarutkan polisterin dengan lebih pantas.
----------------------------------
Anda dah dapat kebenarannya sekarang?? Berita gembira untuk anda!!! Omega Guard Shaklee bukan sahaja melalui double molecular distillation, malah triple molecular distillation iaitu Peyulingan pemeringkatan 3 kali. Melalui proses Triple Molecular Distillation itu pastinya minyak ikan Omega Guard Shaklee lebih terjamin kebersihan dan tahap keselamatannya, malah lebih tinggi kepekatannya berbanding jenama lain.



Nak tahu apa perbezaan Omega Guard Shaklee?
SHAKLEE DIFFERENCE:
The benefits of cold-water fish oils are
well known, but there is a GRAVE   
CONCERN regarding the quality of fish
oils today due to the known high risk of
heavy metals, impurities and contaminants,
such as lead, mercury, arsenic, cadmium,
dioxins and PCB’s in water today. 
•  Shaklee’s OmegaGuard is specifically
made from “small fish” (anchovies &
sardines) because heavy metals and 
toxins are least concentrated in the
smallest species of the food chain.
•  Shaklee’s OmegaGuard is processed
via a pharmaceutical-grade, state-of-the
-art, proprietary, triple molecular   
distillation process which guarantees
the removal of impurities and       
contaminants … a product that you
can TRUST.
•  The fish oil supplements that are being
marketed by many companies are
made from commercially raised, oceancaged, large fish that have been “pellet”
fed for their entitre life!  These fish
have a much lower Omega-3 level than
wild ocean fish, and the pellets are full
of synthetic substances … consider
how this affects the quality of the
oils that are being sold.  

Pilihan di tangan anda... Nak beli yang kualiti rendah, atau yang terjamin selamat, berkualiti dan berkesan. 
credit : hafsah mardiah

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, October 20, 2012

  New gadget in my kitchen - Happycall Magic Pan!

Baru sampai semalam, tak sabar- sabar nak bereksperimen dengan peralatan baru ni - magic pan. Memang ajaib kuali ni, boleh siap memasak 2 menu dalam masa kurang 20 minit!
Mula- mula saya panggang ikan bawal emas, setelah dilumurkan garam dan kunyit. Dalam 3-4 minit setiap belah, dua kali panggang untuk dua ekor ikan ni. Kemudian saya susun udang, potongan bawang dan kacang buncis serta curahkan sedikit soso tiram. Panggang lagi dalam 5 minit kedua-dua belah iaitu balikkan kuali tersebut.
Ini hasilnya.....
Cepat, senang dan tanpa minyak. Best kan!





Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Apam pisang kelapa

Stress tengok pisang 3 biji belum habis dimakan ni, dah naik lebam kulitnya. Uhh..apa nak buat dengan pisang ni? Nak buat muffin atau kek pisang, rasa macam tak cukup. Hmmm... Try buat apam la pula!

Resepi reka sendiri je ni menggunakan bahan sedia ada di dapur. Berani nak cuba? Haha...

Apam pisang kelapa
Bahan:
3 biji pisang
11/2 cawan tepung naik sendiri
1cawan susu segar
1/2 cawan kelapa parut - saya guna desicated coconut je
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar gula pasir

Cara membuatnya:
1. Lenyekkan pisang di dalam mangkuk.
2. Masukkan semua bahan tadi.
3. Perapkan sebentar dalam 30 minit.
4. Tuang 1 senduk adunan dan bakar menggunakan kuali tak melekat (non stick pan) yang digris dengan sedikit mentega
5. Bila nampak adunan mula berbuih, balikkan apam tadi supaya ia masak rata
6. Hidangkan.

Sarapan kami pagi ini. Adunan tadi menghasilkan 10 biji apam. Sedap juga la kata Imran!


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, October 10, 2012

  Atasi masalah insomnia secara semulajadi

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami masalah sukar tidur atau disebut insomnia. Kebanyakannya akan mengambil jalan mudah bagi mengatasi masalah ini dengan menelan ubat tidur yang sudah semestinya tidak berkhasiat dan mendatangkan mudarat kepada tubuh dalam jangka masa panjang.

Apakata kita cuba cara semulajadi yang lebih sihat tanpa dadah yang terbukti lebih berkesan, lebih sihat, dan mudah? Bahan nak membuatnya pun mudah dan senang didapati di rumah.

Bahan-bahannya :
Kacang badam - beberapa biji ikut selera masing-masing
1 sudu besar melashake
1 sudu besar ESP
air secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ini ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga kacang badam tadi hancur
3. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam gelas yang sesuai.
4. Sedia untuk diminum.


Kenapa kacang badam?
Kacang badam mengandungi hormon melatonin yang membantu menetapkan kitaran bangun dan tidur kita, juga berfungsi menetapkan waktu serta mencetuskan keinginan untuk tidur.  Hormon ini menyebabkan mata rasa mengantuk, merendahkan suhu badan, memperlahankan fungsi metabolik tubuh dan akhirnya meletakkan diri kita dalam mod tidur.
Salah satu khasiat yang terdapat dalam kacang badam iaitu kandungan kalsium yang tinggi dapat membantu otak menghasilkan hormon melatonin.
SubhanaAllah indah dan telitinya aturan yang Allah buat.  Hinggakan proses nak tidur pun Allah susun sedemikian rupa! Bukan mudah sebenarnya nak dapat nikmat tidur lena ni...Wajib kita bersyukur kerana diberi Allah nikmat tidur.

Bagaimana Mealshake dan ESP membantu?
Kedua-dua supplement ini merupakan kombinasi makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat yang merupakan makanan 'sleep inducing' iaitu yang mendorong rasa mengantuk.
Gabungan kalsium dalam kacang badam dan Mealshake serta ESP ini merupakan remedi terbaik untuk mengatasi masalah insomnia.

Bila nak minum?
Sebaiknya ambil minuman ini 30minit sebelum waktu tidur, insyaAllah anda akan dapat tidur lena.

Minuman ini bukan sahaja berkhasiat malah sangat sedap!
Hentikan pengambilan aditif atau ubat tidur.  Kasihanilah tubuh kita yang setiap hari disumbat dengan pelbagai jenis ubat dan dadah. Pilihlah cara hidup yang lebih sihat dan semulajadi!

kredit kepada Ummul Jannati

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com