Tuesday, September 25, 2012

  Bagaimana Performance Drink membantu pesakit gout

Seminggu selepas hari raya kami sekeluarga menziarahi abang sepupu suami. jumpa maknya yang sedang menderita sakit gout. Susah nak jalan, sakit sendi-sendi katanya. Makan pun kena waspada selalu, takut tersilap ambil makanan yang berisiko, silap gayanya masuk hospital katanya.  Saya cadangkan makcik tu ambil Omegaguard dan alfalfa. Mudah-mudahan makin berkurangan toksik dalam badannya dan makin kurang sakit goutnya tu. performance Drink pun bagus rupanya untuk pesakit gout, nanti nak bagi kat makcik ni cuba.

kredit
Performance Drink adalah minuman untuk mengekalkan hidrasi tubuh, mengimbangkan elektrolit, diformulasikan untuk ahli sukan sebenarnya, kerana ahli sukan mengalami dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit selepas aktiviti lasak.
Jadi bagaimana ia boleh membantu pesakit gout?
Sebelum itu kita tengok testimonial ini. Pesakit gout ini mengambil Performance Drink, Alfalfa, Omega Guard & Fiber Plan (Shaklee sudah tidak keluarkan Fiber Plan).

Pesakit gout memerlukan air yang banyak. Ini kerana kerana kekurangan air dalam badan menyebabkan konsentrasi asid urik dalam darah menjadi tinggi, hingga ia boleh membentuk kristal di bahagian sendi.

Oleh kerana itulah mereka yang mengambil ubat diuretik mempunyai risiko untuk mengalami gout sekiranya kandungan asid urik dalam darah mereka tinggi. Di sini Performance Drink membantu mengekalkan bendalir dalam badan. Amat sesuai sekali, terutama ketika berpuasa. Performance Drink mengawal kehilangan air dari badan dan ini amat penting bagi pesakit gout.
Penderita gout juga wajar menjauhi minuman berkafein, kerana ia bersifat diuretik.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, September 18, 2012

  Kenali diri, jom analisa tahap kesihatan kita!



Kadang kala kita keliru akan perbezaan antara simptom penyakit berkaitan kekurangan nutrient dengan penyakit sebenar. Simptom-simptom berikut adalah disebabkan oleh nutrisi yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang baik seperti merokok (juga hidu asap rokok), pengambilan alkohol, kurang senaman, pengambilan 'fast food' dan sebagainya.

Apa kata luangkan beberapa minit untuk mengetahui tahap kesihatan diri dengan mengisi borang ini. Hanya tandakan pada ruangan yang berkenaan. Hanya beberapa minit untuk peluang kesihatan yang lebih baik. Jom!


Pakar nutrisi kami akan respon kepada anda melalui emel. Jadi jangan lupa isikan emel anda ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, September 17, 2012

  Adakah semua supplement sama saja?

Ramai yang beranggapan bahawa semua supplement tak kira jenama adalah sama. Dulu saya pun berfikiran begitu. Sehinggalah saya terbaca satu artikel tentang perbezaan vitamin sintetik dan vitamin semulajadi.  Rupa-rupanya ada 3 kategori vitamin; sintetik, organik dan semulajadi.  Sebagai manusia yang berfikiran sihat dan inginkan kehidupan yang sihat, sudah tentu kita memilih vitamin semulajadi, yang sudah tentu lebih selamat dan lebih terjamin keberkesanannya berbanding vitamin sintetik.  Masyarakat sekarang lebih bijak dan lebih teliti memilih supplement yang dimakan. maklumlah supplement ini penting untuk menambah nutrisi yang mungkin tidak dapat ditampung oleh pemakanan harian kita.

kredit
Supplement, atau dietary supplement adalah istilah yang digunakan untuk produk yang mengandungi satu atau lebih dari bahan-bahan di bawah:-
  • Vitamin
  • Mineral
  • Herba
  • Asid Amino
  • Sebarang bahan lain
Tujuan supplemen adalah untuk menambah baik nutrisi dalam diet sesetengah golongan dan BUKAN UNTUK MENGGANTIKAN DIET SIHAT.
Berlainan dengan ubat (dadah), DCA, KKM, FDA atau mana2 badan yang mengawal produk2 seumpamanya tidak mempunyai undang2 yang ketat untuk produk makanan tambahan. Sebelum apa2 ubat dipasarkan, FDA akan memastikan ia telah menjalani ujian klinikal untuk memastikan keselamatan, keberkesanan serta interaksi dengan ubatan lain. Tapi tidak untuk supplemen.. Pengeluar hanya perlu menghantar laporan yang mengesahkan produk mereka selamat untuk diambil oleh manusia, serta:
  • Tidak mengandungi bahan2 tercemar seperti toksin, bakteria, pestisid, kaca, plumbum dan lain2 bahan berbahaya.
  • Mengandungi apa yang disenaraikan dalam Bahan-Bahan pada label.
  • Dipakejkan dengan baik.
  • Dibuat daripada bahan2 yang diuruskan dengan baik.
Walaubagaimanapun, pengeluar suplemen tidak perlu membuktikan produk mereka selamat dan berkesan.
Oleh kerana itu kita banyak dapati suplemen2 palsu yang dijual merata2. Yang dicampur dengan macam2 agar pengguna merasai ‘kesannya’.
Dan keluarlah kes-kes seperti ini:
shaklee onlineBerhati-hatilah memilih suplemen.. Jangan teruja dengan testimonial. Testimonial pun boleh tipu!
Kerana itulah saya benar-benar yakin dengan Shaklee. Shaklee adalah sains, bukan testimonial.
Link di bawah membantu mereka yang mencari sains di sebalik Shaklee:

Perbezaan Shaklee

Ujian Klinikal

Landmark Study

Buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan anda!
Anda bagaimana? Sudahkah anda membuat pilihan bijak untuk diri dan keluarga anda?
Saya pilih Shaklee; supplement semulajadi, selamat dan diuji berkesan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, September 15, 2012

  Harga Vs Kualiti - apa pilihan anda?

Lumrah hidup zaman sekarang ni tiada yang percuma. Minum air sudah tentu kena bayar, buang air pun kena bayar juga!
Masyarakat yang tinggal di bandar kadang-kadang jadi lebih miskin daripada mereka yang tinggal di kampung. Serba serbi nak kena bayar, tol, cukai pintu, pucuk paku kena beli dan sebagainya. Sebab itu pendapatan RM3000 di bandar belum tentu semewah orang yang berpendapatan RM1000 tapi tinggal di kampung.

Orang di bandar ni pula kebanyakannya berpelajaran. Sudah tentu mereka akan pilih yang terbaik untuk keselesaan diri dan keluarga. Lampin pakai-buang anak mesti pilih yang berjenama, yang diperbuat daripada bahan berkualiti supaya anak tak alami ruam lampin. Disposal sanitary (wanita) pula mesti pilih dari kualiti yang setaraf, sebaiknya yang berjenama, bahan berkualiti, ada 'sayap', tak mungkin wanita di bandar ni pakai sanitary pad yang entah-apa-apa jenamanya.

Begitu juga dengan pemilihan makanan, rata-rata penduduk bandar ni sangat prihatin dengan makanan berkhasiat, tak pilih yang tinggi kolesterol, berlemak dan tak berkhasiat tu. Sebab itu bila masak kari, kita guna santan rendah lemak atau susu menggantikan santan kelapa yang kononnya tinggi kolesterol. Minyak masak pula pilih yang rendah kolesterol, minyak jagung atau minyak bunga matahari. Minyak masak tak berjenama memang tak masuk senarai!

Masyarakat di bandar juga sangat pentingkan pengambilan vitamin atau supplement.  Maklum ajelah, tinggal di bandar ni penuh dengan pencemaran udara, pencemaran air, jerebu, penyakit berjangkit, kurang makan sayuran segar dan sebagainya. Tapi bagaimana dengan pemilihan makanan tambahan atau supplement? Adakah anda masih memilih vitamin yang murah, tak kesah jenama apa pun, yang penting halal dan murah? Owh...sedih sangat mengenangkan sesetengah ibubapa sengaja pilih vitamin murahan, vitamin sintetik  untuk diberi kepada anak-anak, dengan harapan anaknya akan lebih sihat dan kekal bertenaga untuk menghadapi cabaran seharian. 

Jika kita mampu belikan anak barang mainan berjenama, pakaikan anak dengan pakaian berjenama, beli disposal pad yang berkualiti; maka kenapa kita tak sanggup keluarkan sedikit modal untuk membeli supplement yang berkualiti sebagai pelaburan kesihatan?

Pilihan di tangan kita semua. Antara kualiti dan harga, anda bebas membuat pilihan.  Bagi saya, saya pilih kedua-duanya harga dan kualiti.  Jika saya mampu pilih makanan yang baik, sudah tentu saya tak akan berkompromi memilih vitamin tak berkualiti untuk kesihatan keluarga saya.

Saya dah jumpa supplement yang berkualiti dengan harga mampu milik. Nak tahu bagaimana memilih vitamin yang semulajadi, berkualiti, tanpa kesan sampingan dengan harga yang mampu dimiliki? Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, September 13, 2012

  Bila Imran mula berkata-kata...

Sejak masuk usia 1 tahun 8 bulan ini, semakin banyak perkataan yang Imran boleh sebut. Sekarang dah lancar panggil 'umi, abi, kakak, abang, atuk, nenek, bear'. Oh ya bear ni teman tidur Imran.
2 bulan sebelum ni dia hanya pandai sebut 'nenen, nanak, nemi (panggilan untuk umi)'. 'nanak' tu maksudnya 'tak nak'. Kalau disuap makan, bila sebut 'nanak' tu maknanya kena segera berhenti. Kalau dipaksa juga, siaplah dia telangkupkan pinggan  mangkuk semua!

siap sedia untuk menyanyi

adik sibuk menyanyi...kak teh ni sibuk nak bergaya!

Aktiviti latihan bahasa yang paling digemari Imran adalah membilang. paling suka sebut 'five' sebab kakak berdua ni ajar dia 'high 5' sambil angkat tangan dan pukul ke atas.

umi: one
Imran: two
umi : three
Imran : four....five!
(cepat-cepat dia nak hi-5!)

Sempena cuti sekolah sebab ada peperiksaan UPSR, abang-abang semua ada kat rumah (kecuali Hakim ambil UPSR). Saya sengaja tak hantar Imran ke taska sebab abangnya boleh diharap jaga adik di rumah. Abang Azzam la jadi 'baby sitter' Imran untuk tempoh 3 hari ni (selasa hingga khamis).

Alhamdulillah memang boleh diharap dan boleh dipercayai Azzam jaga adik, dia mandikan, bagi makan dan tolong tidurkan adik. Abang Ammar dan Faisal kena bantu kerja rumah yang lain seperti sapu sampah, sidai dan angkat kain jemuran.  Abang Azzam lagi suka sebenarnya sebab kerja melayan adik ni bagi dia lebih menyeronokkan!



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, September 12, 2012

  Supplement untuk kesuburan

Beberapa hari ini saya diajukan dengan soalan-soalan berkaitan kesuburan, bagaimana nak mudah 'conceived' dan seumpamanya.  Saya yakin anda yang bertanya faham benar konsep rezeki pemberian Allah termasuk rezeki mendapat zuriat. Namun kita hendaklah berusaha dengan segenap tenaga dan daya dengan mencari ilmu, bertanya, berubat dan segalanya selagi tidak melanggar syariat.  Banyak artikel kajian berkaitan kesuburan lelaki dan wanita yang boleh kita baca dan belajar.  Antara kaedah rawatan yang mudah dan praktikal adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat, makan sihat dan amalkan pengambilan supplement tertentu. 

kredit 
Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi :
  • vitalea  
  • B Complex
  • Vita-C
  • alfalfa 
  • GLA Complex 

Manakala untuk lelaki mengandungi :
  • Vitalea
  • B complex
  • Vita C 
  • Zinc Complex

Multivitamin dan Multimineral (Vitalea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal-hal organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami.
  
Bagaimana kedua2 ini berfungsi?
GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.
Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha serta berharap pada-Nya.


 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, September 10, 2012

  Vitamin menambahkan susu badan?

Ramai juga yang masih keliru dengan statement di atas; adakah pengambilan supplement tertentu dapat menambah susu badan?  Tiada supplement khusus yang berupaya menambahkan susu badan!  Ibu-ibu harus faham konsep asas penyusuan iaitu demand and supply. Lagi banyak rangsangan (direct feeding/pam) dan  lebih kerap breast dikosongkan maka lebih cepat susu terhasil.  Ibu-ibu perlu menjaga pemakanan (seimbang, berkhasiat, mengikut jadual makan --> jangan skip makan sebab nak diet), minum air secukupnya, rehat, jangan stress dan banyakkan berdoa kerana rezeki susu untuk anak kurniaan Allah jua.


Namun pengambilan supplement tertentu yang bersesuaian dengan keperluan ibu menyusu dapat membantu ibu-ibu lebih bertenaga, perjalanan darah lebih lancar, emosi lebih stabil. Dengan itu perjalanan penyusuan bayi juga bertambah lancar dan menyeronokkan.


Jom tengok apa supplement yang sesuai untuk ibu menyusu:


http://4.bp.blogspot.com/_YzXbZ8ZFuQI/TFzIeenU1WI/AAAAAAAAAtw/Q216pX7BEOo/s320/vitaLea.gif
Vitalea lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

http://4.bp.blogspot.com/_DDvqIS5jj58/TNkNWmVLqLI/AAAAAAAABuc/bFLT-oGkFN8/s1600/bComplex.gif
Vitamin B-Complex menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.

http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2011/06/vitaC500mg.gif
Vitamin CVitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C.

ESP (Isolate Protein Powder) – Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.



Ostematrix (Calcium Magnesium) – diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis


Alfalfa adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.
 
Jika anda berminat untuk mencuba supplement untuk membantu penyusuan ini, atau ingin tahu set penyusuan mana yang bersesuaian dengan bajet anda, sila hubungi saya segera. Tips ekslusif, jadual makan dan ebook penyusuan PERCUMA khusus untuk pelanggan dapuraulad! 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, September 7, 2012

  Pilih untuk jadi sihat tanpa menyusahkan diri dan keluarga!

Menjadi sihat adalah suatu pilihan, bukan paksaan.  Setiap hari kita berusaha untuk kekal sihat, jauh dari penyakit berjangkit atau penyakit merbahaya.  Sebab itu kita pastikan kita ambil makanan yang sihat, makanan berkhasiat, minum air bersih, jaga kebersihan persekitaran kita dan sebagainya. Walaubagaimanapun sesekali ada juga kita makan 'junk food', minum air bergas yang tidak menyihatkan, ambil makanan berkolesterol tinggi, hisap rokok (atau hidu asap rokok?) dan seupamanya.  Maklumlah kebanyakan kita mengambil prinsip 'makan untuk hidup' dan hidup mesti sedap', betul tak?  Jadi tentulah tak mustahil kalau kita sering jatuh sakit, kadang lambat pulih dari penyakit.  Sebab kita sendiri yang mencari penyakit! 

Namun begitu, kita sebagai manusia biasa memang tak dapat lari daripada ujian sakit demam, selsema semua ni. Walau sehebat dan sebaik mana pun kita menjaga pemakanan, jaga kebersihan, kadang Allah uji juga dengan penyakit. Malah doktor pakar sekalipun ramai juga yang kena demam denggi, ada yang kena sakit cancer. Apakah mereka ni tak tahu menjaga kebersihan?  Jadi janganlah rasa pelik sangat kalau kita manusia biasa diuji Allah dengan pelbagai penyakit.  Cuma kita berusaha sedaya mungkin untuk menjauhkan penyakit, doa supaya kita tak diuji dengan ujian berat yang tidak mampu kita tanggung, doa agar penyakit yang Allah ujikan kepada kita ini membawa kebaikan, cepat sembuh dan menjadikan kita hambaNya yang lebih sabar, redha dan menghargai kesihatan anugerahNya.

Tanya diri anda sendiri; 
1. apakah kita telah berusaha menjaga pemakanan -pilih yang sihat dan berkhasiat
2.  amalkan makanan seimbang, bukan pilih apa yang kita suka semata-mata
3.  menjaga kebersihan persekitaran -rumah, kebersihan diri
4.  ambil vitamin/supplement untuk meningkatkan taraf kesihatan
5.  Pilih vitamin/supplement yang bagus untuk kesihatan, semulajadi, tanpa kesan sampingan.
6.  berdoa agar diberikan kesihatan diri yang baik

Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Pilih untuk sihat!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, September 6, 2012

  Natural Immune booster - nutriferon

Biasanya kita ambil panadol atau paracetamol untuk melegakan demam dan sakit-sakit ringan. Rupa-rupanya panadol ni akan kekal tersimpan dalam badan selama beberapa tahun. Ishhh...ngeri pula rasanya!

Jom kita bertukar kepada alternatif yang lebih sihat iaitu penggalak immun semulajadi -Nutriferon

kredit kepada Nadiah Suhaidi
Apa itu NutriFeron™?

- NutriFeron™ terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan
- Terbukti secara klinikal mengukuhkan sistem imun
- Menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri

Apa itu Interferon?

- Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954
- Bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan
- Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain

Siapa yg perlukan Nutriferon™?

Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang:

- Gaya hidupnya amat sibuk
(tekanan gaya hidup menyebabkan sistem imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan)
- Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
- Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
- Individu yang berumur (kurang imuniti)
- Individu yang diet tidak optimum
- Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
- Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Bagaimana Nutriferon™ bertindak?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron™ meningkatkan pengeluaran Interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius.

NutriFeron™ berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan 'pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Kenapa perlu Nutriferon™?

Amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

Kenapa Nutriferon™ Shaklee?

1. Semulajadi
- Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat.
- Nutriferon™ adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh Ahli Imunologi dunia yang terkenal
- Individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, Ahli Imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954
-Beliau telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon.
- Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun
Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran Interferon yang diPATENkan
- Elemen tumbuh-tumbuhan penggalak
- NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran Interferon daripada ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi
-- ekstrak labu
-- ekstrak safflower
-- ekstrak benih Asian Plantain
-- ekstrak bunga Japanese Honeysuckle

5. 4 KAJIAN KLINIKAL ke atas manusia
- Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia
- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron™

6. Formula EKSLUSIF dilindungi oleh 3 paten
- Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja
- Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee

7. KUALITI
Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, September 5, 2012

  Islam mendahului sains

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, September 4, 2012

  Yakin makanan kita sihat dan seimbang?

Apakah vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu?

Sebenarnya ibu-ibu TAK PERLUKAN sebarang vitamin/supplement untuk bantu menjayakan penyusuan dengan syarat ibu mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang.  Yakin ke makanan yang kita ambil tu sihat dan seimbang? Biasanya kita hanya pilih makanan yang kita suka dan sedap di tekak kita je kan? Kalau suka makan daging; hari-hari nak makan daging, kalau jenis suka tempe; tiap kali makan mesti ada tempe. Betul tak?

Menurut Kelly Bonyata, IBCLC yang menulis dalam website KellyMom.com, If you eat a reasonably-well balanced diet, vitamin supplements are not considered necessary for breastfeeding mothers. Bermakna sekiranya seseorang ibu dapat mengambil makanan yang sihat lagi seimbang, vitamin tambahan dikira BUKAN KEPERLUAN semasa menyusukan anak.
Bagaimana makanan yang seimbang itu?
  • Mengambil makanan mengikut waktu – sarapan, makan tengahari, malam malam…
  • Mengambil makanan dari semua kelas makanan mengikut peratusan yang disarankan
harvard food pyramid

Jika anda tak yakin makanan anda sihat, lengkap, seimbang, dimasak dengan suhu yang betul, ----> jangan korbankan diri anda. Ambillah vitamin/supplement untuk menampung kekurangan nutrisi yang hilang.  
 
Hidup bukan sahaja nak sedap, yang penting hidup mesti sihat!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, September 3, 2012

  Pemakanan ibu dan anak ekzema

Seorang ibu bernama Liza dari Ampang menelefon saya minggu lepas. bertanyakan supplement yang sesuai untuk anaknya yang alami ekzema. Saya tanya beberapa soalan mengenai anaknya; umur, masih menyusu atau tidak dan sebagainya.  Banyak kali juga saya diajukan persoalan yang hampir serupa; kebiasaannya anak ekzema berpunca dari pemakanan.  Oleh itu disarankan supaya si ibu menjaga pemakanan, elakkan makanan yang boleh cetuskan allergi anak seperti seafood, telur, ayam dan seumpamanya.  Malangnya ramai yang  mengambil kesimpulan untuk berhentikan penyusuan susu ibu apabila mendapati anaknya ekzema.

Persoalannya: adakah susu ibu sudah tidak selamat untuk anak yang ekzema? Kena ganti dengan susu formula (susu lembu) yang lebih terjamin selamat? Hmm...saya bukan doktor kanak-kanak yang layak menjawab soalan tersebut.  Cuma dari pembacaan dan pemahaman serta pengalaman saya sebagai ibu yang menyusukan 12 anak (termasuk anak susuan), saya yakin bahawa susu ibu adalah susu terbaik untuk anak; walaupun si anak alami allergi dan ekzema!

Berbalik kepada soalan Puan Liza tadi, sebenarnya saya pun alami dilema juga apabila ada suara-suara 'tak diundang' yang mencadangkan supaya saya berhentikan penyusuan anak, maklumlah kadang kita sendiri tak jaga pemakanan; anak yang menanggung akibat kecuaian kita. memang tak dinafikan susu ibu dipengaruhi oleh pemakanan si ibu. Oleh itu si ibu perlu menjaga pemakanan, makan yang berkhasiat sahaja dan elakkan makanan yang tak sesuai untuk anak (allergi, kembung perut dan sebagainya).  tapi tahukah anda bahawa susu ibu tetap berkhasiat walaupun si ibu tidak mendapat bekalan makanan berkhasiat secukupnya? Buktinya ibu-ibu di Somalia yang sedang alami kebuluran dan kekurangan zat nutrisi, namun mereka masih mampu menyusukan anak.


Untuk anak yang alami ekzema, kita perlu bantu anak tersebut kuatkan sistem pertahanan badannya. Jika si anak masih menyusu, lebih mudah lagi sebab si ibu boleh amalkan supplement seperti Omegaguard yang bantu kuatkan sistem antibodi anak. Semestinya si ibu perlu kawal pemakanan, elakkan makanan yang memudaratkan anak. Bersabarlah, bertahan dan kuatkan hati demi anak tersayang. InsyaAllah bila dah besar anak tu badan dia semakin kuat, nanti hilanglah allergi dan ekzema.  Apa salahnya kita sekat pemakanan kita demi memastikan anak dapat membesar dengan sihat.  Lagipun banyak lagi makanan lain yang si ibu boleh makan selain makanan yang mudarat tu. Tak rugi pun tak makan seafood semua tu, kan?

Saya amalkan Omegaguard di samping vitamin asas yang lain seperti Vitamin C, B complex dan Vitalea. Untuk kesihatan anak dan ibu juga!

Sekarang saya sedang berusaha amalkan NutriFeron untuk kuatkan sistem antibodi anak. Saya beri pada Imran juga Nutriferon ni. InsyaAllah akan saya kongsikan testimoni dalam entry akan datang.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com