Tuesday, August 28, 2012

  Majlis khatam al-Quran

Entry terlewat (terlupa nak post sebenarnya...sorry!)

Majlis berlangsung pada minggu terakhir Ramadhan.



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Ramadhan penuh berkat dan Syawal yang syahdu

Assalamualaikum para pembaca semua. Selamat hari raya dari kami sekeluarga, walaupun raya sudah masuk minggu kedua tapi baru hari ini saya berpeluang upload gambar hari raya.
Seperti tahun- tahun sebelumnya, hari raya pertama kami beraya di Kelana Jaya rumah pak long. Petang baru bertolak ke Jerantut.


Tahun ni dapat balik awal, lepas solat sunat Aidilfitri dan bersalaman di rumah baru bergerak ke rumah pak long. Tengahari kami dah bertolak balik kampung.

singgah solat di masjid

Di kampung sudah ramai yang menunggu.

 
Seronok sangat anak-anak dapat peluang main mercun, bunga api. Lebih seronok lagi kali ni mereka berpeluang bakar sate!




muka orang tak dapat join bakar sate!


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 22, 2012

  Tips minum air yang betul

Ramai yang 'complaint' susah nak minum banyak air sebab bila banyak minum maka akan kerap ke bilik air.
Aha...tahu kenapa? Ibarat kita siram air ke pokok, bila disiram dengan air yang banyak, air akan melimpah dan tak semua diserap oleh pokok. Begitu juga dengan badan kita, banyak air yang dimunum sekaligus bukan semua akan diserap badan. Bahkan akan lebih banyak dibuang.

Bagaimana cara minum air yang betul supaya tak kerap ke tandas?
Saya dah apply tips ini sejak beberapa bulan yang lalu, memang berkesan! Jadi saya dapat minum air dengan banyak iaitu 3liter sehari mengikut saranan yang disyorkan tanpa perlu berulang ke bilik air.

Nak tahu caranya?
Mudah aje iaitu pastikan kita minum sedikit sedikit tetapi kerap. Contohnya saya cuba habiskan 500ml dalam masa 2 jam. Dengan cara ini saya dapat minum 3liter air sepanjang hampir 12jam sehari. Mudahkan?

Tak percaya? Cuba dulu baru tau menjadi ke tidak...!

Nak mudah lagi...saya minum Performance Drink supaya tak perlu minum banyak air tapi badan tetap rasa segar dan bertenaga, terutama ketika berpuasa.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, August 19, 2012

  Dodol - tak de kerja cari kerja

Tak pernah lagi saya buat dodol sendiri. Dulu memang suka tolong ayah kacau dodol ni terutama waktu nak raya. Saja nak uji cuba resepi yang saya jumpa di myR ni, kalau berhasil nanti boleh saya buat lagi hihi..

Resepi? Nanti ye...


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 14, 2012

  Alternatif terbaik - Nutriferon

Saya percaya setiap rumah mesti ada simpan panadol atau painkiller.  Kat rumah saya sendiri pun ada. Kebiasaannya saya beri anak-anak paracetamol bila demam atau sakit gigi, suami pula ambil ponstan bila sakit migrain menyerang.  Alhamdulillah sejak amalkan telan 2 biji B complex, dia tak perlukan ponstan lagi. Malah saya sudah buang semua stok ponstan, panadol yang ada kat rumah ni.
Kenapa? Sebab saya sudah jumpa penawar yang lebih baik, lebih sihat dan lebih berkesan iaitu NUTRIFERON.

kredit
Apa itu Nutriferon? Ringkasnya, ia suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh. Bagus utk bina imuniti,pesakit resdung, asma,etc. Jadi kalo demam or jatuh sakit time travel, tak payah susah2 mkn panadol or painkiller kay.

Cuma pagi ni saya nak beritahu kenapa nutriferon saya pilih sebagai teman baik saya setiap kali travel (tak pilih panadol or ubat2 lain kalau jatuh sakit..) kenapa? kenapa? Dibwh ni 5 sebabnya

  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi.

________________________________________________

Iklan: Promosi sepanjang August - Nutriferon
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan,mencegah sebarang penyakit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, August 13, 2012

  Ibu menyusu boleh ambil collagen powder?

Menjadi satu fenomena baru pula sekarang ni; ramai wanita mengambil collagen powder.  Saya pun tak terkecuali teringin nak mencuba lepas baca dan dengar sendiri testimoni kawan-kawan yang dah ambil collagen ni.  Siapa yang tak nak kelihatan cantik kan? Tambah pula dah dekat nak raya ni, tentu kita nak nampak anggun bila berkumpul dengan keluarga semua.

Mungkin ada yang tak pernah dengar serbuk kolagen Shaklee ni, jom baca sini:
kredit

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Bukan utk tujuan kecantikan kulit saja, Collagen Powder ni juga membantu untuk fungsi-fungsi lain:
Mencantik dan menyuburkan rambut -  Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis dan rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang.
Mencantikkan kuku – Kurang kolagen boleh menyebabkan kuku kusam dan mudah patah.
Menegangkan payudara – Ini pasti disukai semua.. syhhhh!
Menguatkan tulang – Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Jadi kita perlukan kolagen untuk tulang yang sihat.

Adakah Collagen Powder Shaklee selamat untuk IBU MENGANDUNG dan MENYUSU?

Secara asasnya, kolagen selamat malah diperlukan untuk menjaga kulit agar tidak mengalami rekahan (stretch mark) bagi wanita hamil. Namun, ibu-ibu harus berwaspada pada bahan-bahan yang digunakan, kerana ada bahan yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu. Malah, harus tahu juga bahawa produk2 kolagen ni tidak diuji terhadap wanita hamil dan menyusu. Oleh itu, ibu-ibu kena periksa dulu apa bahan yang digunakan. Contohnya dalam Collagen Powder Shaklee ni mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia memberi kesan kepada hormon mengandung. Tapi jangan risau, ibu mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker.
Bagaimana dengan ibu menyusu? Ibu menyusu boleh hubungi saya untuk mendengar satu cerita :)


Saya pun dah cuba makan collagen powder ni, nanti saya kongsikan testimoni saya pula hihi...tunggu..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, August 11, 2012

  Supplement pilihan Ramadhan ini

Pilihan terbaik sepanjang bulan Ramadhan ini...






mighty 3 gems

ESP : sesuai untuk semua, minum waktu sahur sangat best, pilihan ibu menyusu, ibu mengandung, lelaki dan wanita, bagus untuk tenaga berterusan, sumber protein yang baik untuk pembinaan sel

Performance Drink: Wajib ada sepanjang Ramadhan ini, mengatasi masalah dehyration, lebih sihat dan lebih baik daripada minuman isotonik lain yang tinggi gula dan kandungan soda

Mealshakes: Bagus untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Untuk anak yang bermasalah kurang selera makan, ekzema, untuk naikkan berat badan

Hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 10, 2012

  Tidur lena jika keperluan kalsium dipenuhi

Sejak 2-3 malam kebelakangan ini saya susah nak tidur lena. Balik terawikh sekitar 11 malam sepatutnya tak ada masalah nak tidur sebab memang sudah amat mengantuk. Tapi bila lelap sekejap lagi terjaga rasa macam tersentak, langsung tak lena tidur. Akibatnya saya susah nak bangkit sahur. Walaupun dah set alarm pukul 4.30 pagi, tapi hampir pukul 5 pagi juga baru saya terjaga. Wahh..kelam kabut nak siapkan sahur! Hasilnya memang bangun sahur semata-mata untuk bersahur, tak sempat nak solat apa dah...

Saya terfikir kenapa agaknya saya jadi macam tu...2-3 hari lepas memang saya sakit kaki dan lenguh-lenguh sebab melayan Imran yang sudah agak 'immune' dengan persekitaran surau tempat kami berterawikh. Awal-awal dulu waktu kami bawa dia ikut berterawikh, memang dia sangat 'supportive' tak mengganggu saya solat. Akhir-akhir ni dia dah mula agak agresif, bukan setakat berlari ke sana-sini lagi malah dah mula berani berjalan keluar kawasan surau. Itu yang menyebabkan saya terpaksa berhenti awal solat terawikh, ikut aje ke mana Imran nak berjalan. Aduh...penat juga kaki ni tambah pula saya memang alah dengan lantai simen. Kalau di rumah memang saya akan memakai alas kaki sepanjang masa.

Semalam lagilah haru, memang tak boleh nak dilupakan pengalaman menapak kaki sejauh hampir 3km nak cari Kedutaan Jepun huhu....dalam panas terik, puasa pulak tu! Patutlah saya susah nak tidur bila kaki dah terlalu penat.
Saya tahu saya perlu buat sesuatu!

Malam tadi selepas moreh di surau saya terus balik ke rumah. Sebelum tidur telan Ostematrix dulu... Alhamdulillah malam tadi dapat tidur lena, lenguh kaki pun dah tak terasa lagi dan saya terjaga beberapa detik sebelum alarm berbunyi! Syukur ya Allah...malam tadi malam ke -21 Ramadhan, mudah-mudahan Allah izinkan kita bertemu malam Lailatul Qadar tahun ini.


InsyaAllah saya akan konsisten ambil Ostematrix sebelum tidur. Tak mahu lagi terlewat bangun akibat susah nak tidur atau lenguh-lenguh kaki. Patutlah orang tua dulu-dulu selalu pesan supaya minum susu sebelum tidur, rupanya kalsium memang perlu untuk tidur yang lena. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 8, 2012

  Setiap wanita perlukannya



Tentu anda biasa dengar English Primrose Oil (EPO) kan?  Ia dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Faedah GLA
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ekzema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Ringkasnya GLA membantu :
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema 
  • Membaiki sel rosak,
  •  Membina sel baru,  
  • melembabkan kulit, 
  • Mencegah asma 
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi


Siapa yang memerlukan GLA?
  • GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. 
  • GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema 
  • mereka yang menghadapi masalah kencing manis 
  • mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, August 6, 2012

  Blueberry peach tart

Resepi reka sendiri...hasil operasi selongkar fridge pagi tadi. Berani nak cuba? Ni resepi spontan saya:
Filling:
300g cream cheese
100g gula ising
150ml whipping cream
Buah peach, blueberry
Hirisan badam
Cara membuatnya:
1. Sediakan tart shell -guna resepi bluberry cheese tart
2. Bakar tart shell separuh masak iaitu anggaran 20 minit
3. Putar cream cheese bersama ising hingga lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi.
4. Letakkan filling cream cheese atas tart shell, atur hirisan buah. Oh ya saya letak hirisan buah aprikot juga (jumpa 2 biji aprikot dalam fridge)
5. Taburkan buah blueberry segar. Tabur juga hirisan badam sebagai hiasan.
6. Bakar semula ke dalam oven kira kira 30-40 min hingga tart masak.
Boleh juga buat menu berbuka ni!


buat 2 loyang

filling

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, August 2, 2012

  Nikmatnya bersahur!

Petikan dari majalah Gen-Q (sambil mencuba aplikasi baru isntall ni hihi...)
Hadith nabi s.a.w yg bermaksud : Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air.  Sesungguhnya, Allah dan para malaikatNya berselawat (rahmat daripada Allah s.w.t dan doa memohon pengampunan daripada malaikat atas ) mereka yang bersahur. - hadith riwayat Ahmad
Tips bersahur:
1. Minum air masak atau air mineral secukupnya. Kadang tak daya juga nak minum air banyak, jadi saya ambil Performance Drink
2. Makan sayur atau buah 1-2 hidangan
3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi. Tak perlu minuman manis teh milo semua. Jimat masa membancuh air.
4. Kurangkan makanan berminyak dan berempah.
5. Kurangkan minuman cafein, bersoda,ais. Ya, kami minum Performance Drink tanpa gula
6. Berus gigi lepas sahur.
7. Amalkan senaman ringan. Ringan-ringankan tangan tolong basuh pinggan mangkuk, sidaikan kain di ampaian pun sebahagian daripada senaman, kan?
8. Tidur atau rehat secukupnya. Elok tidur sebentar sebelum waktu zohor. Jangan terlebih tidur sebab nanti kita akan rasa penat dan mengantuk semula.
Untuk sahur kami tak tinggalakan minum air Performance Drink, alhamdulillah badan tak rasa lesu, tak rasa kering walau berpuasa.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 1, 2012

  Testimonial, clinical test dalam Shaklee

Banyak pengeluar produk kesihatan yang mendakwa bahawa produk mereka menjalani ujian klinik (clinical test) dan seumpamanya bagi meyakinkan pengguna.  Begitu juga dengan testimoni yang disiarkan, kadang kita jadi ragu dan tertanya-tanya: betul ke, atau hanya lakonan semata-mata.

Begitu juga dengan supplement Shaklee. Ramai yang bertanya dan ingin tahu. Jom baca sini untuk penjelasan dan maklumat lebih tepat.
kredit

Shaklee dikatakan terbukti berkesan adalah kerana ia menjalani ujian klinikal dan diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menjadi rujukan pada saintis. Ramai orang/produk boleh claim ‘ujian klinikal’ tapi berapa banyak yang boleh memberi bukti bertulis dan diterbitkan di peringkat antarabangsa?
Shaklee bukan berdiri atas pilihan ramai, tapi dorongan sains.

Antara jurnal2 saintifik yang pernah menerbitkan kajian tentang Shaklee ialah:
JAMA
The American Journal of Clinical Nutrition
The American Journal of cardiology
jurnal of nutrition
journal of clinical endocrinology and metabolism
Shaklee juga telah menjalankan kajian yang dinamakan ‘Shaklee Landmark Study’ dengan kerjasama UC Barkeley School of Public Health untuk menilai tahap kesihatan jangka panjang pengguna Shaklee.
Kajian ini menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berdasarkan 4 penanda biologi ini:
shaklee 2007 landmark study result


 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com