Tuesday, July 31, 2012

  Imran pun sahur tau..!

# entry oleh Imran #
Maaf ye makcik-makcik yang sedang berpuasa. Saya baru lepas sahur pukul 7.30 pagi sebab umi saya tak kejutkan saya sahur.  Hari ni saya sahur ringkas saja, mee + tauhu + fishball homemade.

 Oleh kerana abang-abang semua puasa, saya pun kena puasa sebab nak ikut abang pergi terawikh di surau.

Licin..
Agaknya tahan ke saya puasa tak makan sampai tengahari ni? Takpe nanti saya minta 'nenen' dengan umi. Ehh..Naufal puasa tak?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Donat gebu hingga ke petang

Anak-anak saya boleh makan donat hingga kenyang, tak perlu makan nasi untuk lunch.  Wahh senang kerja saya!

Kata Azzam, donat umi ni lagi sedap dari donat Big Apple, betul ke ni? haha...saja je dia nak ambil hati uminya.

sebelum
Resepi masih setia dengan resepi ini cuma ada sedikit olahan.
Saya rasa sejak saya gantikan susu dengan whipping cream ni, donat saya semakin digemari ramai! Hidang sekejap aje dah licin! Kalau nak tahu gebu ke tidak, kena la cuba buat donat ikut resepi ni, mana tahu kut-kut boleh challenge Big Apple? Haha...


selepas

Tak sempat nak 'make -up' donat dengan coklat, ising semua. Saya hanya salut dengan ising+gula kastor sahaja. Laris!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 29, 2012

  Sahur = Sarapan

Bulan puasa ni makruh tayang gambar makanan, boleh 'kurus' pahala puasa. Tapi tayang gambar untuk orang tak puasa boleh kan?

Sarapan Imran dan kakak Syifa, Syakirah yang tak puasa.
Ya, Imran makan dengan kedua-dua tangannya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 28, 2012

  Bun Sambal Bilis

Jarang kami beli bun di kedai, kecuali kalau teringin sangat nak cuba bun perisa baru. Biasanya saya buat sendiri bun ni, alhamdulillah lembut dan gebu seperti beli di kedai. Rahsianya...saya tambahkan water roux di dalam adunan doh roti.

Hujung minggu begini banyak masa lapang boleh ajak anak-anak uli roti, tentu seronok!

Resepi masih guna resepi basic doh, cuma tambahkan water roux. Oh ya ...satu lagi rahsia roti kekal lembut, saya gantikan susu dengan whipping cream. Memang sedap, gebu, lembut, cubalah!
Untuk rujukan, boleh lihat sini.
Bahan doh:

260 ml air - saya ganti dengan whipping cream
500g tepung roti
1 telur
6 sb gula kastor
3 sb marjerin/mentega
2 sb susu tepung (guna susu tepung Faisal!) - tak perlu susu tepung
11g yis kering
1/2 st garam

Cara membuatnya (uli tangan):
1. Gaulkan semua bahan kering
2. Masukkan bahan cecair (air, telur) sedikit demi sedikit sambil diuli rata
3. Masukkan marjerin/mentega.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan( anggaran 25-30 minit)
5. Perapkan doh ditempat yang agak suam sehingga doh menjadi 2x ganda saiznya (45-60 minit)
6. Bila doh sudah mengembang 2x ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
7. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan setiapnya.
8. Rehatkan doh yang telah dibulatkan tadi dalam 10 minit.
9. Ambil seketul doh tadi, leperkan dan masukkan inti/sambal ikan bilis secukupnya. Ulang untuk semua doh sehingga habis.
10. Tutupkan doh dengan baik dan pastikan tiada ruang yang terbuka untuk mengelakkan inti meleleh keluar.
11. Biarkan doh yang telah siap dimasukkan inti tadi di tempat suam, biarkan ia mengembang untuk kali kedua (30 minit).
12. Bakar doh tadi dalam oven dengan suhu 150 Celsius selama 20-25 minit(oven dipanaskan 15 minit terlebih dahulu).
13. Sebaik sahaja bun telah siap dibakar, sapukan dengan sedikit mentega supaya ia kekal lembap dan nampak berkilat.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 27, 2012

  Nikmatnya Ramadhan...

Alhamdulillah setinggi syukur ke hadrat Illahi yang mengizinkan kita menikmati Ramadhan hari ke 7 hari ni. Ramadhan diibaratkan seperti hidangan yang sangat lazat, dihias dengan segala keindahan, kelazatan dan kesedapannya. Siapakah yang tidak terliur untuk menjamah hidangan selazat itu? Begitulah juga dengan Ramadhan yang Allah janjikan dengan segala macam kenikmatan ganjaran pahala, di dalamnya ada malam Lailatul Qadr, amalan sunat pahala seperti amalan wajib, pahala digandakan dan sebagainya. Hanya orang yang sakit imannya sahaja yang tidak terliur dengan kenikmatan Ramadhan.

Syukur sangat kerana Ramadhan kali ini saya berpeluang membawa kesemua anak 7 orang (kakak Syaima' di asrama) ini berterawikh di surau. Imran pun sangat bekerjasama tak mengganggu jemaah berterawikh. Terima kasih kepada kakak Syakirah dan Syifa' yang bantu tengokkan adik.
Imran menyelit bawah meja, abang berdua menyorok belakang tiang

Syukur sangat kerana Ramadhan kali ini saya tak rasa letih lesu walaupun masih menyusukan anak. Mungkin berkat amalkan minum ESP dan Performance Drink ni rasa bertenaga hingga ke petang.
Susu pun tak merudum lagi setakat ni, saya memang amalkan makan vitamin untuk penyusuan.
Rasa sungguh bertuah dan bersyukur kerana diperkenalkan dengan vitamin Shaklee, saya tak pilih vitamin jenama lain kerana saya yakin pilihan saya ini vitamin semulajadi tanpa kesan sampingan dan berkesan.

Syukur sangat Ya Allah kerana Ramadhan ini sehingga hari ini saya dapat berterawikh tanpa rasa mengantuk, pertama kali dalam hidup saya sebenarnya dapat buat terawikh 20 rakaat. kalau sebelum ini hanya mampu buat 8 rakaat sahaja, itu pun kadang saya selang selikan dengan minum air, rehat sekejap kadang lelap mata sekejap hihi...Tapi kali ini memang rasa berbeza.

Tak sesia rupanya saya bersahur dengan ESP tadi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 26, 2012

  Berkesankah Cinch Shake untuk turunkan berat badan?

Rentetan daripada entry berkaitan pemakanan untuk diet, ada yang bertanya beberapa soalan tentang Cinch, adakah Cinch ni mengandungi kafein, berkesan ke untuk turunkan berat dan sebagainya. Jom kita baca persoalan-persoalan lazim mengenai Cinch.

Saya tujukan entry ini khusus buat anda yang bertanya (you know who you are!)
kredit
Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.
Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.
Jom kita tengok FAQ ini:
Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?
Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.
Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?
Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.
Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?
Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.
Cara terbaik minum Cinch Shake
Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.
Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?
Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.
Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?
Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.
Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?
Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kriteria memilih soya yang berkualiti

Jom kita baca  7 kriteria WAJIB ada dalam Soy Protein yang berkualiti:


*Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~
Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

*Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

*Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu-
Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

*Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-
Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

*Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan-
Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

*Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-
Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

*Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy perotein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.

Kredit to Kak Cery for info


Bagaimana dengan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)?

Sudah tentu melepasi piawaian di atas dengan cemerlangnya. Jadi tidak perlu lah anda pening lagi kerana sudah tahu jawapannya. ESP adalah produk no 1 kami. Sekali mencuba sudah pasti anda akan jatuh cinta dan tidak berpaling lagi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 25, 2012

  Carrot cake juadah berbuka?

Kebetulan hari ulang tahun kelahiran saya kali ni jatuh dalam bulan Ramadhan, jadi kurang la sikit keinginan nak makan-makan kek. Tapi saya buat juga kek Carrot ni sambil meraikan adik yang baru balik bercuti dari Czech.

Saya menggunakan resepi yang sangat popular ini, sudah ramai mencuba dan berpuas hati dengan resepi ni.  Untuk anda yang teringin nak makan kek carrot, boleh cuba resepi ni. Kalau rasa tak berapa rajin nak buat sendiri, boleh telefon saya untuk tempahan hihi...

p/s : bahagian bertulis merah tu yang saya edit
CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Sifu Suria
Salin dari :http://damira.fotopages.com

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya

1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)

Bahan-bahan yang perlu di ayak:

250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis ( saya tak letakpun sebab tak suka rasanya)
1 1/2 suduteh baking soda (saya guna 1 sudu teh baking soda aje)
1 suduteh garam
*1 sudu teh baking powder (* resepi asal tak letak pun, saya saja tambah)
- saya ganti dengan tepung naik sendiri, jadi tak perlu letak baking powder dan soda.
100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang

sedap letak walnut ni!)
- saya ganti dengan kacang badam
Cara-caranya:


1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).

2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Frosting

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :

Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.
- saya hias dengan buttercream buat corak carrot (ada orang kata ni cili ke carrot? haha..)



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Rahsia 10 beradik penghafaz al-Qur'an...




Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.

Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.

Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh mengeluarkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?

Di antara rahsia ibu bapa mereka :

1-Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.

2-Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.

3-Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.

4-Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.

Bagaimana dengan anak-anak kita ?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 24, 2012

  Tips sahur dengan menu ringkas yang hebat!

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-4 kita berpuasa hari ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya.  Tentu ibu-ibu sibuk memikirkan menu untuk berbuka dan bersahur kan? Rasa saya menu berbuka tak menjadi masalah, yang agak kritikal ialah menyediakan menu sahur, terutama untuk anak-anak yang cerewet nak makan.  Nanti saya akan kongsikan resepi atau menu mudah untuk sahur anak-anak.  Kali ini saya nak kongsi tips sahur.  Saya percaya tentu anda juga ada petua tips tertentu untuk memastikan kita dapat bersahur dengan selesa, dapat sediakan menu yang ringkas tapi mengenyangkan.  Saya nak kongsikan sedikit tips bagaimana menyediakan menu ringkas (malah terlalu ringkas agaknya hihi..) namun berupaya membekalkan tenaga berterusan sepanjang siang hari berpuasa.

Mudah saja resepi saya iaitu:
1 sudu besar ESP
4-5 biji kurma (buang biji ye)
1 cawan susu segar
sedikit air suam/kosong

Cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan tadi di dalam pengisar
2. Tuang hasill yg dikisar tadi ke dalam gelas yang sesuai.
3. Tambah sedikit aiskrim, serbuk milo atau apa saja yang anda suka sebagai topping. Sangat sedap!

Kenapa ESP (Energizing Soy Protein)?
  • Ia merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian,
  • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
  • ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm)
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Paling penting ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet,
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

Penting untuk kita mengambil sahur yang rendah indeks glisemik (seperti ESP) kerana penyerapan glukosa dalam darah secara perlahan-lahan akan menstabilkan kandungan gula dalam darah, menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.  Berbeza dengan makanan yang berindeks glisemik tinggi, seperti nasi, coklat, gula pasir kerana glukos terserap masuk ke dalam darah dgn kadar yang cepat dan menurun juga dengan kadar yang cepat. Kandungan glukosa yg tinggi ini menjadikan kita sangat bertenaga, sangat teruja tetapi sebaik shj paras glukosa turun, kita menjadi sangat lemah, lapar, lesu tidak bermaya.
Owhh..patutlah saya jadi 'lemau' kalau bersahur dengan nasi!
Jom bersahur dengan ESP!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/tempahan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, July 16, 2012

  Diet dengan cara sihat

Khusus untuk anda yang mencari-cari info kaedah berdiet dengan cara yang sihat. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan" atau lebih mudah jika saya katakan " bertanyalah pada yang pakar". Jom kita baca saranan pakar diet mengenai kaedah diet yang betul supaya anda mendapat hasil sepatutnya tanpa memudaratkan diri sendiri.

kredit
Ramai orang nak kurus dengan cepat, dan antara cara cepat kurus ni ialah dengan DIET. Diet yang dimaksudkan di sini ialah dengan TAK MAKAN. Sebenarnya, diet dengan cara ini adalah SALAH dan BERBAHAYA!
Ini kerana apabila anda menjalankan ‘crash diet’ ni, badan anda akan kekurangan nutrien penting, baik makro atau mikro.
cara nak kurus
Apabila badan tidak mendapat makanan yang diperkukan, ya betul ia akan menggunakan lemak sebagai bahan api. Secara tak langsung badan kita akan membakar lemak. Namun, bahayanya, pengamal diet jenis ini bukan saja kehilangan lemak, malah kehilangan otot! Apabila kita mengalami kehilangan otot, kita akan hilang keupayaan untuk membakat lemak dan metabolisma akan menurun.
Orang yang mengamalkan diet cara salah ni akan naik berat badan bilamana dia menghentikan diet-nya. Kerana apa? Kerana bila kita tak lagi menjalankan diet ketat tu, badan kehilangan upaya membakar kalori seperti sebelumnya. Inilah yang dikatakan diet yo-yo, di mana bila diet, berat badan turun tapi bila makan macam sebelumnya, badan naik balik.
Kerana itu dalam program pengurusan berat badan (weight management) Shaklee, kami menggunakan pengetahuan selama 50 tahun untuk sebuah pelan menguruskan berat badan yang menyihatkan.
Shaklee menggunakan formula Leusin yang terbukti secara klinikal. Leusin adalah sejenis asid amino yang membina otot yang terdapat dalam protein tertentu. Program nutrisi yang menggunakan leusin menunjukkan bahawa ia dapat membantu mengekalkan 100% jisim otot. Otot yang sihat penting dalam pembakaran lemak yang efisyen.

cinch shake shaklee
Cinch™ Shakes adalah produk yang amat sesuai bagi mereka yang menjalani program penuruan berat badan, kerana:-
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO
Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa  anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang  dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 15, 2012

  Memilih soya yang selamat

Ada yang bertanya melalui emel tentang kesahihan soya boleh menyebabkan kanser.  Memang saya sendiri pernah dengar desas-desus sebegini. Bimbang juga sebab saya pun penggemar soya. Mungkin benar dakwaan tersebut jika soya yang diminum tadi tidak selamat atau menjalani proses yang tidak mengikut piawaian tertentu.  Jom kita semak bagaimana nak pastikan soya yang kita ambil ni selamat.

kredit
Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat?
YA, memang ada risikonya. Jom kita tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?
Adakah kacang soya kegemaran anda…
  • Ditanam secara organik?
  • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  • Mengandungi 9 asid amino penting?
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
  • Diproses tanpa haba?
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.
Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!
KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!
9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.
KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!
KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.
Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.
Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..
soy protein
… dari Shaklee, Energizing Soy Protein!

 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 14, 2012

  Projek Jualan Amal Aqsa Syarif


 Membeli sambil menderma.  Boleh hubungi saya untuk tempahan. Oh ya, jangan tempah hari ni esok nak ye, saya tak cukup kakitangan nak terima 'last minute' order!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 13, 2012

  Panduan memilih vitamin C

Vitamin C ni sifatnya larut air. Oleh itu agak mustahil untuk kita mengalami 'overdose' atau mencapai 'toxic level' walaupun kita mengambil vitamin C dalam dos yang sangat besar kerana ia akan terbuang melalui urin.  Julat yang selamat biasanya dari 500-4000mg sehari.  Dos berlebihan akan menyebabkan masalah perut, cirit birit. Sebaiknya kita mulakan dengan dos yang rendah dan tambah sedikit demi sedikit sehingga rasa sakit perut atau cirit. Lepas tu kurangkan semula dos tadi.  Keadaan ini yang disebut oleh nutritionist sebagai 'reaching bowel tolerance' iaitu tahap yang boleh diterima oleh badan.


Bagaimana memilih vitamin C
Jika anda rajin ke farmasi, pasti anda akan nampak ada pelbagai jenama vitamin C, ada yang dalam bentuk tablet, ada dalam kapsul, ada chewable, ada yang murah dan ada yang mahal.  Apa yang selalunya anda pertimbangkan setiap kali memilih vitamin? Ada yang pentingkan brand, ada yang pentingkan harga.  Nasihat saya, pilihlah vitamin yang semulajadi, harga berpatutan dan semestinya HALAL.

Malangnya kebanyakan vitamin C yang dijual di farmasi hari ini dibuat daripada jagung dan juga dibuat (sintesis) di makmal!

Keistimewaan Vitamin C Shaklee 
Keistimewaan vit C Shaklee ni antaranya ialah:
  • Teknologi sustained release iaitu vitamin C dilepaskan mengikut masa di mana 100mg dilepaskan selama 1 jam. Oleh itu badan kita mendapat bekalan  vitamin C secara berterusan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan; bukannya sekaligus dalam satu masa.
  • Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, bahan ini tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer. 
Sudahkah anda mengambil Vitamin C hari ini?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 12, 2012

  Bawal emas masak stim Hongkong

Inspirasi dari Adam Lai, tercetus ilham untuk mencuba resepi baru ikan bawal emas.  Kalau makan di restoran Adam Lai boleh minta hidangan ikan bawal emas stim hongkong. Fuhh .. memang sedap, teringat-ingat kesedapannya!

Waktu jamuan tempohari kami makan set yang menghidangkan menu ni:
  •  shark's fin soup
  • bawal emas steam hongkong
  • adam lai chicken
  • two combination of prawn
  • loo up duck (sorry dalam menu tulis 'loo' although i think it is 'look')
  • pacific clams slice abalone thai style
  • two combination kailan
  • rice
  • and 2 jugs of juice drinks
 Oleh kerana masih terasa-rasa kesedapan menu ikan bawal emas, hari ini saya mencuba sendiri masak ikan bawal emas kukus bersama sos istimewa.

Tiada resepi secara spesifik, jadi saya agak-agak sahaja macamana nak membuatnya.
Kukus ikan bersama hirisan bawang putih, halia muda.  Kata kak Azzah, lebih sedap lagi hiris bersama daun limau purut dan serai. Ok, lain kali boleh cuba letak limau purut dan serai.  Kukus ikan dalam 20 minit agak-agak ikan masak.

sebelum dikukus
Sementara itu, saya sediakan sosnya. Mudah saja resepi tangkap-muat saya ni hihi... Cuma kisar 3 biji cili merah bersama 1 ulas bawang putih. Kemudian masakkan cili tadi dalam periuk, tambah sos cili jenama Life (suka sos ni), 1 sudu besar cuka makan dan 1 sudu besar gula pasir. Kacau biar didih dan kuah sos jadi pekat, tutup api dan angkat sos tadi.



selepas


Sedap dimakan bersama nasi panas. Bila nak makan, ambil ikan tadi dan siramkan sos yang telah kita sediakan tadi ke atas ikan.  Memang sedaplah dan senang disediakan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 11, 2012

  Renungan Rabu (tanpa gambar)

Hidayah itu ibarat air hujan yang turun ke bumi.  Ada 3 jenis tanah iaitu
  • tanah cerun yg tidak dapat menakung air dan hujan lalu begitu sahaja. 
  • tanah keras di mana air bertakung tetapi tidak meresap ke dalam tanah. 
  • tanah gembur yang dapat menyerap air hujan, menjadi subur dengan turunnya hujan tadi serta dapat menumbuhkan pokok yg memberi manfaat kepada makhluk.

Hati manusia ibarat tanah, ada yang mudah menerima hidayah, ada yang keras. Ada yang hari-hari mendengar tazkirah pun tapi tak masuk ke dalam hatinya. Kadang kala ia hidup di kalangan orang baik-baik, tetapi disebabkan kekerasan hatinya, sinar hidayah tak dapat menembusi hati. Ada juga yang rajin mendengar tazkirah dan peringatan serta rajin pula menyampaikan kepada orang lain, malangnya diri sendiri masih di takuk lama.
Sebab itu kita perlu sediakan hati yang lembut dan subur supaya hidayah mudah meresap ke dalam hati.

Bagaimana nak sediakan hati yang subur, lembut dan hidup ini? Perbanyakkan zikir mengingati Allah dan baca Al-Quran.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 10, 2012

  Pengalaman dari pesakit kini setia dengan Shakleee

Alhamdulillah sangat gembira baca pengalaman seorang kawan di FB yang sebelum ini alami pelbagai simptom penyakit, telah berusaha mencuba pelbagai rawatan, akhirnya Allah temukan dia dengan vitamin Shaklee.  Serasi dia dengan Shaklee dan Allah izinkan dia semaikn pulih.  yang penting kita ni kena sabar, konsisten dan jangan jemu berdoa dan berusaha.  
Jom baca pengalaman Farah Ali yang saya salin dari FB:
 Alhamdulillah setelah hampir 2 thn sakit dan keluar masuk hospital, jumpa pakar pun pakar tak tau apa puncanya keadaan saya makin sihat. Terima kasih pada beeha yang banyak bantu saya dari segi consultation dan juga moral support. Bulan lepas adalah bulan paling kritikal di mana saya kehilangan 2kg berat badan, full blood count teruk dan setiap kali buang besar akan keluar darah. rasa dah nak give up. makan ubat, makan supplement, jumpa pakar mcm tak jadi apa. prestasi keje makin merudum. then sy cuba rawatan alternatif. dan Alhamdulillah banyak sangat perubahannya. Dugaan Allah nak bagi. Beeha selalu pesan, Allah tak duga hambaNya yang tak mampu nak hadapi sme tu.

Terima kasih lagi sekali pada beeha, hati saya terbuka nak cuba produk Shaklee sebaik sahaja selepas solat masa awal tahun aritu. saya dah lama perhati beeha promote produk shaklee, cuma memerhati. tapi tak tau mcm mana lepas solat Asar tu saya tergerak nak tanya beeha tentang produk utk detoks atau bersihkan usus saya ni. beeha suggest Herblax. lepas tu saya tanya tentang produk yg boleh bantu utk naikkan selera makan, nak pulihkan balik kulit saya yg kering dan kasar mcm kertas pasir ni. mcm2 la saya tanya dan produk2 di atas tu tadi sme saya beli. dari trial pack terus amik fullpack.

kesannya ada, tapi agak slow. tapi ESP mmg sangat best. saya perasan kulit saya yg kering dan menggelupas ni makin elok, tumit yang dah mula pecah dan cantik licin, breast tegang, punggung anjal. encik husband ingat saya pregnant. tapi tak leh nak pregnant lagi buat masa ni cause consume high dose drugs dari pakar. =( pendek kata saya dah tak rasa body saya mcm plywood lagi lurus depan belakang. di tambah plak dgn GLA, kulit sy nmpak moist je.

aktiviti pagi saya bermula seawal 4.30pagi, sejak amik oste sebelum tido saya takde masalah nak bangun, takde dah rasa sakit2 badan. kalau tak dlu bangun pagi pun rasa nak nangis. rasa mcm nak merangkak turun dari katil. smenya effect dari masalah usus sy tu. doctor dah warning awal2 bnyk implikasi dari sakit tu.

lepas breakfast saya amik vit c, vitalea n b-comp aktiviti harian berjalan lancar, kurang letih. berfikir pun relaks je walaupun keje dah penuh satu meja. memang rasa sgt berbeza.

saya masih lagi memerlukan bantuan herblax utk membuang air besar, sebab kelemahan pada pergerakkan usus. jadi masih setia dgn herblax.

panjang sangat dah ni. saya berhenti dlu ye. apa2 pun saya sangat happy dipertemukan dengan SHAKLEE. =)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 8, 2012

  Siapa perlukan vitamin C?

Vitamin C mudah didapati dalam kebanyakan buah dan sayuran. Malangnya kebanyakan kita agak keberatan nak makan sayur dan buah. Kalau makan sayur pun mungkin telah musnah vitamin C akibat dimasak terlalu lama atau buah yang kita makan tadi telah terdedah kepada persekitaran beberapa jam sebelum dimakan.

Tanda kekurangan
Jika anda kekurangan vitamin C, biasanya akan nampak simptom seperti berikut:
  • rambut kering
  • gusi mudah berdarah
  • mudah lebam
  • mudah penat
  • mudah stress
  • kurang selera makan
  • kulit kering, kasar, bersisik
  • luka lambat pulih

Jika anda biarkan simptom ini berlarutan, anda mungkin akan alami scurvy iaitu kekurangan vitamin C.

Siapa perlukan?
Anda sangat-sangat memerlukan vitamin C jika anda:
  • merokok - asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang
  • hidup di kalangan perokok - kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C
  • pesakit kencing manis - perlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat
  • mengalami allergi atau asthma 
  • demam atau selsema - sistem imunisasi badan perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria
  • menjalani pembedahan - untuk cepat baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman
  • mengalami 'stress' fizikal atau mental - vitamin C termusnah akibat 'stress'
  • warga tua - terutama jika anda juga amalkan ubat-ubatan lain
  • mengandung atau menyusukan anak - vitamin C banyak disalurkan kepada anak
  • mengambil pil perancang, antibiotik - ubatan ini boleh memusnahkan vitamin C
  • mengambil alkohol - alkohol memusnahkan vitamin C

Kesimpulannya kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Oleh itu ambillah vitamin C untuk kesihatan, tingkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk kecantikan
Ingat : vitamin C untuk CANTIK!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 7, 2012

  Mother's day out!

Sesekali ibu-ibu perlu time's out untuk refresh our mind and body.

Kali ini kami berpeluang berkumpul untuk majlis makan-makan di Restoran Adam Lai yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam.
antara yang hadir
13 orang semuanya

boleh tahan menu ni, sedap..!






penutup... cChiaption
licin...
InsyaAllah ada rezeki akan ke sini lagi. Memang berbaloi dan puashati dengan hidangan menu kat restoran ini.  Kami tempah bilik VIP, selesa dan privacy.penutupp





Published with Blogger-droid v2.0.4

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Vitamin C - The Champion

Vitamin C dikatakan sebagai vitamin juara (Champion) kerana ia berfungsi untuk melindungi badan kita daripada serangan penyakit jantung, strok, kataraks, diabetes, asthma dan pelbagai lagi penyakit serius yang lain.
Macamana tu? Ok, sebelum saya terangkan dengan lebih mendalam fungsi vitamin C, apakata kita berkenalan dulu dengan vitamin juara ni.

Vitamin C diperlukan untuk membina kolagen, tisu penyambung yang kuat yang berupaya memegang skeleton badan kita, menghubungkan otot kepada tulang, membina salur darah yang kuat dan mengekalkan fungsi organ dan struktur kulit dengan baik.  Kolagen ini ibarat gam kuat yang memegang seluruh bahagian tubuh kita, tanpanya struktur tubuh kita mungkin roboh, mengecut dan kulit jadi berkedut.  Oleh kerana kolagen diperlukan untuk memperbaiki struktur tubuh, vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, baiki tulang yang patah dan seumpamanya. 

Sebab itu kita perlukan lebih vitamin C ketika sakit. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita lebih mudah jatuh sakit atau lambat pulih dari sakit.

Begitulah hebatnya dan pentingnya vitamin C dalam pembinaan kolagen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Malangnya bdan kita tak dapat menghasilkan vitamin C ni, jadi kita perlu ambil makanan yang tinggi vitamin C.

Makanan yang kaya vitamin C
Vitamin C boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan citrus seperti Grapefruit(47mg), lemon(31mg), orange(80mg) dan lain-lain.  Juga boleh didapati dalam buah-buahan lain seperti jambu batu (165mg), kiwi(75mg), betik(188mg), strawberry, peach, nenas dan banyak lagi.  Sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti brokoli (58mg), cili benggala kuning (341mg).

Berapa banyak kita perlukan
Pakar pemakanan juga menyarankan kita supaya mengambil 5 hidangan buah dan sayuran kaya vitamin C sehari untuk mendapat 250mg keperluan vitamin C.   Dosage ini adalah cadangan  RDA untuk orang yang sihat.  Jika sakit kita perlu ambil lebih dos vitamin C supaya kita cepat pulih.
Memilih salad buah adalah lebih sihat daripada memilih snek, makanan segera atau kentang goreng.  Malangnya salad buah yang dijual dikebanyakan kedai makanan ini telah musnah hampir separuh dari kandungan vitamin C ketika proses penyediaan akibat terdedah beberapa jam  sebelum dimakan.

Apa pilihan yang kita ada?
1.  bawa bekalan buah segar ke tempat kerja, bila nak makan baru dipotong.
2. perlu ambil 5 hidangan buah atau sayuran iaitu kira-kira 1biji lada bengggala kuning/ 2 biji jambu batu dan sebagainya (jumlahkan sehingga 250mg)
3. ambil supplement vitamin C 1 biji sehari.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 5, 2012

  Sumber protein yang sihat, mudah dan praktikal

Ramai di antara kita tidak sedar bahawa protein sebenarnya secara semulajadi berfungsi  mengurangkan selera makan.  Seperti mana kajian yang biasa kta dengar bahawa sesiapa yang bersarapan dengan 2 biji telur akan mengurangkan pengambilan sebanyak 400 kalori sehari. Kenapa? Sebab protein dari telur yang dimakan waktu sarapan tadi berupaya mengurangkan rasa lapar.  Masalahnya takkan kita nak bersarapan telur 2 biji setiap pagi? Jemu juga kan, tambah pula dengan kolesterol yang sangat bersinonim dengan telur tadi huhu... tak pasal-pasal dapat penyakit jantung pula nanti!

Apakah alternatif untuk mendapatkan sumber protein yang lebih sihat dan lebih mudah?  Saya pilih Energizing Soy Protein (ESP) yang sangat sesuai untuk ibu yang mengandung atau ibu menyusu, di samping dapat berdiet tanpa menjejaskan pengeluaran susu. 






Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.




Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan 

      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada 
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian 
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal 
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu 
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), 
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari 
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Untuk anda yang serius nak berdiet, boleh cuba  Cinch Shake Mix.



Campuran Proprietari Protein dengan Leusina

•    Bebas Laktos

•    Rendah glisemik

•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan.


Manakala untuk anak-anak kita boleh berikan mereka Mealshakes.



Mealshakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat

•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli

•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 



Inilah 3 pilihan sumber protein yang sihat, mudah dan praktikal.  Sebagai ibu bapa kita pasti akan pilih yang terbaik untuk diri sendiri juga untuk ahli keluarga tersayang.  Buatlah pilihan anda dan berikan yang terbaik untuk yang tersayang.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 3, 2012

  Hanya yang sibuk punya masa...

Cabaran seorang ibu bekerja, yang punya cita-cita nak didik anak supaya bukan sekadar celik al-Quran tetapi dapat menghafaz dan mendalami ilmu Al-Quran. Fuhh..memang tinggi cita-cita saya, walau saya sendiri belum mampu nak menghafaz surah al-Baqarah tetapi mengimpikan anak-anak (lelaki terutamanya) semuanya hafaz al-Quran.  Salah ke nak bercita-cita setinggi langit? Saya percaya ibu-ibu yang sedang membaca celoteh saya ni pun ada cita-cita macam tu kan?

Bila difikirkan realiti kita yang bekerja di pejabat, dari pagi hingga ke petang. Dah balik rumah waktu petang berkejar dengan tugasan di rumah pula.  Yang kecil minta didukung maklumlah seharian ditinggal di taska, yang sekolah sibuk minta tengokkan 'homework', yang tadika baru pandai membaca ni sibuk pula minta kita dengar dia baca buku huhu... rasa macam tak cukup kaki, tangan dan telinga!

Syukurlah sejak saya amalkan makan supplement Shaklee, masalah badan penat, cepat rasa nak marah, moody semua tu sudah berkurangan.  Memang banyak membantu terutama sejak saya konsisten minum ESP yang best sangat ni hihi...

Saya nak kongsikan sedikit tips bagaimana menguruskan masa supaya kita dapat meluangkan masa untuk mengajar anak Al-Quran, walaupun sibuk dengan urusan dunia.  Jom baca perkongsian oleh Pn Mazlina Karim pemilik blog http://darwishndarwisya.blogspot.com/   
----------------
Sebenarnya semua orang sibuk.  Bagi saya untuk seorang yang menghargai masa perlu mengurus masa itu dengan sebaiknya. Tahu apa keutamaan. Mereka yang memikirkan nasib keluarga mereka untuk selamat di dunia dan di hari akhirat sahaja yang akan sanggup meluangkan sedikit masa sibuk dengan urusan dunia itu untuk mengajar anak mereka al Quran. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam usaha kita mengejar masa:
1. Fizikal 
Jangan gemuk. Gemuk adalah tanda kita selalu kalah dalam melawan nafsu (nafsu makan) dan mempunyai penyakit M.A.L.A.S. Rasulullah juga tidak mahu umatnya gemuk-gemuk. Saya memang ada alat timbang badan (weighing scale) untuk memeriksa berat badan saya sendiri. Saya agak weight conscious juga tau!
 -- saya amalkan makan Omegaguard, herblax dan alfalfa. Syukur berat badan tak bertambah malah semakin menurun!
2. Stamina kita. 
Pastikan kita tahu bagaimana cara pernafasan yang  baik dan jadualkan diri untuk melakukan excercise. Untuk permulaan, excercise itu bagi yang tidak biasa akan rasakan ianya amat meletihkan tetapi cuba tetap lakukan dalam seminggu, InsyaAllah ia akan menjadikan anda bertenaga dan segar. Menjadi kewajipan untuk saya 'halau' anak-anak saya setiap petang untuk pergi keluar bermain . Walaupun dirumah juga mereka bermain tetapi diluar lebih banyak dalam bentuk fizikal seperti berlari dengan kawan-kawan dan sebagainya.. Biar mereka terbiasa untuk riadah seperti ini sehingga besar. Tubuh yang sihat, akan menghasilkan minda yang sihat.
3. Makanan kita
Jaga pemakanan. Pastikan makanan dari halal dari sumber yang halal. Makanan yang dari sumber yang ragu atau tidak halal akan menyebabkan kita berat untuk melakukan kebaikkan seperti mengajar mengaji dan sebagainya. Juga kembali kepada sunnah. Saya tidak mahu kondem multivitamin yang di propoganda kan sebagai bagus, kerana saya tidak mengambilnya. Saya lebih mempercayai amalan Rasulullah s.a.w. daripada mempercayai multivitamin yang direka barat. Mungkin ada yang fikir saya ini kolot sedangkan bidang pengajian saya dahulu adalah Applied Science.
-- sebab itu kena ambil tahu supplement yang anda makan, jangan main telan aje. Pilihlah vitamin/supplement semulajadi, bukan sintetik.  lebih baik anda tak makan supplement langsung daripada ambil vitamin sintetik yang memudaratkan! Saya pilih Shaklee, selamat, semulajadi dan berkesan!
3 Keutamaan (Prioritization)
Semua perkara dalam hidup kita penting tetapi pastikan yang mana lebih penting. Jangan keliru dalam meletakkan yang lebih penting itu. Contohnya.. Jika kita perlu mengajar anak waktu malam, dan selepas makan malam. Adakah membasuh pinggan yang berlambak disinki adalah lebih penting atau mengajar anak lebih penting? Jika kita memilih membasuh pinggan kerana tidak tahan melihatnya begitu maka selesai sahaja anak sudah tertidur. maka terlepaslah peluang untuk mengajar mereka. (Pantang saya adalah jika anak tidur, jangan kejutkan untuk mengaji, biar mereka tidur) 
5. Matlamat
Wujudkan matlamat. Jangan jadikan keputusan akhir sabagai tanda ukur pencapaian kerana Allah tidak melihat hasil tetapi proses kita berusaha untuk mencapai hasil itu yang akan dikira. Berjaya atau tidak itu adalah perkara kedua. Allah akan memilih samada akan diberikan apa yang kita usahakan kepada anak kita itu atau tidak.  Yang penting kita telah melakukan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita. Ini dapat mengelakkan diri kita stress melihat pencapaian anak. 
6. Fokus dan konsisten
Fokus, fokus dan fokus. Usaha yang fokus akan lebih memberi impak walaupun sedikit. Contohnya air setitik-setitik jatuh keatas batu secara konsisten, lama kelamaan ia akan meninggalkan lekuk berbanding air dilimpahkan dengan banyak di seluruh permukaan batu tersebut. Faham maksud saya? 
7. Motivasi Diri (Self Motivation)
Setiap orang perlu mempunyai inspirasi. Cari sumber inspirasi anda sendiri. Adakah dia Ibu Sultan Muhammad Al Fateh untuk menjadikan anak hebat agamanya. Atau jika ibubapa memilih untuk anak hebat dalam bidang muzik adakah Ibu Vanessa Mae (pemain Violin terkenal) menjadi sumber inspirasikita? Samada cita-cita kita ingin menjadikan anak kita yang mana satu, semuanya perlu inspirasi dan motivasi. 
Ini adalah sebahagian dari apa yang perlu dalam persediaan ibubapa sebelum mengajar anak mereka al Quran atau apa sahaja. Sudah sememangnya yang paling utama dalam senarai ini adalah memiliki ilmu mengajarnya dahulu. Jika ada alat-alatan untuk mengajar, tetapi tidak tahu menggunakannya, tidak kemana juga akhirnya.  

----
Benarlah kata-kata bijak pandai: hanya orang yang sibuk sahaja punya masa!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com