Tuesday, March 27, 2012

  Salahfaham antara vitamin dan ubat

Ramai juga yang masih keliru perbezaan di antara ubat dan vitamin. Tak kurang juga yang bertanya; perlu ke kita makan vitamin kalau kita dah ambil makanan seimbang? Saya jawab YA kerana badan kita tak boleh menghasilkan (sintesis) vitamin sendiri, kecuali vitamin D (perlukan cahaya matahari). Tambahan pula dengan gaya hidup serba ringkas, serba segera zaman sekarang ni lagilah memaksa kita mengambil vitamin atau makanan tambahan.

Saya ringkaskan perbezaan di antara ubat dan vitamin dalam jadual seperti di bawah. Jom baca!


Ubat
Vitamin (Food supplement)
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ
Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita
Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya
Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos
Bertindak baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat yang lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian.  Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan
Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan
Selamat diambil, tiada risiko maut
Menghasilkan kesan kepada setiap orang
Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.
Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam
Bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh
Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya
Merawat terhadap punca penyakit
Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’
Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi
Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda
Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah
Ubat boleh menyebabkan penyakit
Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 19, 2012

  Atopic Eczema

Anak kecil saya Imran memang ada ekzema sejak kecil.  Saya elakkan menggunakan sebarang losyen bayi, bedak bayi dan seumpamanya yang boleh meningkatkan simptom kekeringan dan gatal pada kulitnya.  Sejak kecil saya sapukan kulitnya dengan Herbal cream.  Sekarang ni dia sudah berumur 1 tahun 3 bulan dan saya beri dia Mealshake.  Kata kawan saya yang juga ada masalah yang sama, dia mencuba Omegaguard yang dapat bantu kurangkan kesan allergi dan kegatalan kulit. Saya kongsikan artikel yang ditulis oleh beliau di sini.  Jom baca!

kredit

Atopic Eczema

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kredit : Eczema

Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadan ini disebabkan  oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.

Penyebab
Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?
Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan

Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali  walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.


Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?

1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit
2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia
3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru
4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda
5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang
6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari
8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, March 18, 2012

  Pau Goreng

Buat minum petang, makan bersama secawan teh Arab. Kata Syakirah, lebih sedap dari yang jual di gerai!


Saya guna resepi donut, cuma tambahkan inti kacang merah (beli readymade di bakery).

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, March 17, 2012

  Kurus dan langsing cara sihat

Seperti yang saya janjikan, kat sini saya kongsikan testimoni pengguna vitamin set kurus.
Jom baca!

Pengguna ini mengamalkan lecithin, alfalfa dan omega. Ada beberapa pilihan set kurus, pilihlah yang sesuai dengan budget anda.  Jika perlukan konsultasi sebelum membuat pilihan set mana yang sesuai, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, March 16, 2012

  Bahaya minuman ringan | Fakta yang menakutkan!

Kebanyakan anak remaja hari ini gemar mengambil minuman ringan.  Kajian menunjukkan mereka yang banyak minum minuman ringan ini akan mengeluarkan sejumlah besar kalsium, magnesium dan galian mineral lain melalui air kencing.  Lebih banyak kehilangan galian bermakna lebih tinggi risiko untuk mengidap osteoporosis, osteoartritis, hipotiroidisme, penyakit koronari arteri, tekanan darah tinggi dan penyakit lain yang dikaitkan dengan penuaan lebih awal.

Apa yang terkandung dalam minuman ringan?
Purata minuman ringan mengandungi 35-45 kalori bagi setiap 100ml dan ia dalam bentuk kalori kosong.  Kebanyakan minuman ringan ini mengandungi sedikit natrium. Yang pasti setiap minuman ringan ini kaya dengan bahan pewarna antaranya:
  •  Tartrazine (yang memberikan warna oren kekuningan) telah diharamkan di Norway dan Finland. Bahan ini boleh menyebabkan alahan seperti ruam kulit, bengkak, hidung berair dan mata merah.
  •  Sunset Yellow juga berkemungkinan agen penyebab kanser, ia telah diharamkan di Norway, Sweden dan Finland.
  •  Carmoisine (yang memberikan warna merah) didakwa boleh menyebabkan kanser, kesan alahan dan keracunan makanan.  Ia juga diharamkan di Amerika Syarikat dan Kanada.
  •  Brilliant Blue berkemungkinan karsinogen dan boleh menyebabkan kerosakan kromosom serta kesan alahan.  Bahan ini telah diharamkan di kebanyakan negera maju termasuk Suruhanjaya Ekonomi Eropah, Norway, Sweden dan Finland.
Selain daripada itu, terdapat juga agen pengelmusi, agen pemantap dan agen pemekat untuk mmastikan kandungannya tersebar dengn merata.  Jika tidak, lemak minyak dari kulit oren yang digunakan dalam minuman tadi akan berketul dan membentuk lingkaran di sekeliling leher botol.  malah bahan yang digunakan ini iaitu propilena glikol kadangkala digunakan untuk mencegah pembekuan pada kenderaan dan sebagai pelarut minyak. Yuckk! Terasa ngeri bila terkenangkan bahan-bahan sebegini yang digunakan/dimasukkan dalam minuman ringan yang sering kita minum tu.

Apa pilihan yang kita ada? Sebaiknya kita minum air kosong, atau boleh cuba buat sirap sendiri. Contoh yang praktikal adalah dengan cara mengisar buah-buahan untuk dijadikan jus. Ada banyak pilihan seperti buah nenas, epal, roselle, jambu, belimbing, tembikai, lobak merah dan macam-macam lagi. Boleh juga dibuat smoothies!  InsyaAllah lebih sedap, sihat dan bersih. 
tabur serbuk milo

hilangkan dahaga, tenaga segera!

Katakan TIDAK kepada minuman ringan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, March 15, 2012

  Best cookies ever!

Bulan Mac ini kami bakal meraikan lebih 5 orang ahli keluarga yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini.  Antaranya Atuk pada 13 Mac, fawwaz 23 mac, Tok chik, abg afiq dan hakim pada 29 mac. Ohh tak lupa juga maksu eni pada 3 mac (rindu kat maksu)!

Kebiasaannya saya akan sediakan 3 biji kek dengan perisa berbeza utk sambutan secara berkelompok ni, tapi kali ni nak buat kelainan sikit. Atuk sebenarnya kurang gemar makan kek, dia paling suka biskut choc chip yang peuh dengan kacang. Jadi bertepatan dengan tarikh 13 Mac baru-baru ini saya buat biskut ni. Subhanallah memang sangat sedap! Hinggakan anak-anak request supaya buat lagi, tak cukup 2 adunan.

Nak kongsikan resepi hasil eksperimen sempena cuti sekolah ni, saya ubahsuai dari resepi asal ini.
Memang lebih rangup, lebih terasa kacang sebab ada serbuk badam ni. Ok, jom semak resepi!

Best cookies ever
oleh : umi of dapuraulad

Bahan: (utk 2 adunan)
3 1/2 c tepung pelbagai guna (tepung gandum biasa pun boleh)
1 c gula perang
1 c gula kastor
1 biji telur (ambil telur kuning shj)
1 biji telur (keseluruhannya)
1/2 c serbuk badam
1 1/2 c mentega
1 sb tepung naik sendiri
1 c kacang badam - tumbuk kasar
1 c choc chip

Cara membuatnya:
1. Sebatikan mentega, gula menggunakan whisk.
2. Masukkan telur, tepung, serbuk badam. Biar adunan rata dan sebati.
3. Masukkan kacang badam dan choc chip. Untuk lebih rangup, elok panggang kacang badam sebentar sebelum dimasukkan dalam adunan
4. Sudukan atas loyang, sedia untuk dibakar. Biasanya biskut dibakar selama 12-15 minit dengan suhu 160C.
5. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

sebelum

selepas
Kami panggil biskut ni best cookies ever, sebab memang sangat sedap dan rangup! Maksu eni try buat tau!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, March 14, 2012

  Selamatkah kosmetik yang anda gunakan?

Cuba periksa kandungan bahan kosmetik yang anda guna.  Tentu anda biasa jumpa nama bahan-bahan ini :

kredit
Sodium Lauryl Sulphate (SLS)
Digunakan sebagai bahan pembersih & pembuih dalam sabun, syampu, ubat gigi, baby wipes dan sebagainya.

Dalam industri ia digunakan sebagai pencuci kotoran degil, membersihkan gris enjin dan sebagainya.
Menurut Journal of the American College of Toxicology; Vol. 2, No. 7, 1983; SLS boleh mengganggu sistem imuniti dan merosakkan kulit. Ia boleh merosakkan lapisan semulajadi kulit dan menyebabkan iritasi.

SLS boleh menyerap ke dalam kulit, menyebabkan ia tersimpan dalam tubuh dan otak. SLS juga digunakan dalam kajian mutasi bakteria… Ia boleh menyebabkan mutasi sel!

Paraben
Paraben digunakan sebagai pengawet dalam produk2 farmaseutikal seperti ubat batuk, ubat demam dan sebagainya. Ia juga sebagai agen pemejal dalam losen, ubat gigi, pencuci muka, etc.
Paraben telah dikenalpasti sebagai carcinogen yang boleh menyebabkan kanser.

Triclosan
Triclosan adalah bahan anti bakteria yang banyak digunakan dalam pencuci muka anti-jerawat, pencuci tangan dan sebagainya. Di sebalik keistimewannya untuk kekal berada di kulit sebagai ejen mengelakkan bakteria, ia juga mampu menyerap ke dalam badan dan merosakkan hati.
Triclosan juga dikatakan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bakteria yang lebih kuat.

Formaldehyde
Digunakan dalam penyegar udara, formaldehyde adalah toksik dan sejenis carcinogen…
Jadi, apakah pilihan kita? Ya, tentunya kita ada pilihan untuk kehidupan yang lebih baik. Sekurang2nya mengurangkan exposure keluarga kita terutama anak2 terhadap bahan2 kimia berbahaya ni.


Oprah pun guna Shaklee!
Syukurlah saya jumpa produk Shaklee, sekurang-kurangnya ada alternatif untuk produk kosmetik yang selamat dan semulajadi.  Antara rangkaian produk kosmetik dan kecantikan Shaklee Malaysia ialah :
- NutriWhite
- Enfuselle
- ProSante
- Daily Care

(saya kongsikan maklumat terperinci setiap produk yang telah saya cuba dalam entry akan datang)



Yang paling saya suka ialah kerana produk kosmetik Shaklee mempunyai paten! Bukan sebarangan produk kosmetik boleh dapat patent number ni ye!



Dan semestinya:
- Organik
- Tanpa bahan kimia
- Mesra alam
- Biodegrable
- Selamat
- Berbaloi!

Jika berminat dan perlukan maklumat lanjut, sila hubungi saya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, March 13, 2012

  Minyak ikan tulen, bukan 'liver oil'!

Sejak di bangku sekolah rendah saya amalkan minum minyak ikan Scott's Emulsion. Waktu tu minyak ikan ni tanpa perisa oren macam yang dijual sekarang. Tiap kali nak minum minyak tu memang sangat 'hazab', terpaksa pejam mata, tutup hidung semua. Ya Rabbi memang siksa betul nak makan sebab dengan bau hanyir, likat tak sedap yuck! Tapi saya makan juga minyak tu dengan kepercayaan bahawa saya akan jadi lebih bijak hihi.. Syukurlah dengan kepercayaan dan keyakinan tersebut, saya hanya merasa dapat nombor 6 sekali, yang selebihnya semua nombor 1 sahaja sepanjang bersekolah rendah.  Hahaha.. bukan sebab minyak ikan semata-mata ye puan-puan, tapi keyakinan yang ditanamkan oleh mak dan ayah saya menyebabkan saya gigih juga minum minyak yang tak sedap dan busuk tu!

Sehingga sekarang saya masih berikan minyak ikan kepada anak-anak saya, bukan semata-mata untuk kecergasan otak tapi lebih untuk kesihatan jantung mereka.  Tapi saya tak beri mereka minyak Scott's Emulsion tau, sebaliknya saya beri Omegaguard dari Shaklee.

Apa beza Omegaguard berbanding minyak ikan biasa?  Cuba anda perhatikan label minyak ikan tu, ada tak jumpa 'cod liver oil'?  Ohh..saya pun baru sahaja tahu bahawa 'liver oil' ni tak bagus untuk jangka masa panjang.

Selain dari itu, omega atau minyak ikan juga berperanan membantu percepatkan proses bakar lemak. Ya, sangat bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.  Terutama untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

 Apa pula peranan Omega dalam pengurusan berat badan?

Omega-3 dan Omega-6 adalah asid lemak politaktepu yang penting untuk tubuh. Asid lemak Omega-3 terdapat dalam Omega Guard manakala Omega-6 terdapat dalam GLA Complex.

Omega-3 dan Omega-6 diperlukan oleh tubuh untuk penghasilkan eicosanoids. Eicosanoids adalah sejenis bahan yang dinamakan super hormon yang berperanan menggerakkan semua hormon dalam badan.

Eicosanoids berperanan dalam sistem penghadaman dan penyimpanan lemak. Omega-3 dan Omega-6 pula membantu melancarkan proses pembakaran lemak.


Jadi, anda ada pilihan samada ingin amalkan set lecithin, alfalfa dan herblax untuk turunkan berat badan, atau boleh juga tambah Omegaguard dan GLA untuk percepatkan proses pembakaran lemak.

Cadangan saya: amalkan vitamin ini untuk kesan yang optimum!


















Hubungi saya untuk maklumat lanjut!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 12, 2012

  Sikit aje tau!

Kadang rasa teringin nak makan kek manis macam ni, bimbang juga kandungan gula dan kolesterol. Ahh.. sikit aje takpe kan?

Ok, sepotong kecil ni cukup la kut!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Rawat anak yang muntah dan cirit birit

Cemas juga minggu lepas bila si kecil Imran ni muntah-muntah. Sedang elok dia main melompat-lompat dengan abang-abang, tiba-tiba termuntah!  Saya beranggapan mungkin sebab perut dia dah penuh sangat maklumlah baru lepas menyusu. Lagipun kalau baru lepas menyusu terus melompat-lompat, memang tak pelik boleh termuntah.
Lepas bersihkan dia dan tukar baju Imran minta air. Dia ni tak 'ada suara' , hanya pandai tunjuk aje nak minum air. Sebaik sahaja lepas minum terus dia muntah semula. Wahh.. ini sudah lebih! Waktu tu saya agak panik kerana terfikirkan Imran mungkin sakit perut atau keracunan makanan.  Perkara kedua yang bermain di fikiran saya waktu tu ialah rotavirus.  Terus periksa suhu badan, syukurlah dia tak demam. Ohh.. kembung perut agaknya anakku ni, insyaAllah bukan rotavirus!

Apa itu rotavirus? Rotavirus mudah berjangkit melalui sentuhan, titisan najis, makanan tercemar , air yang tercemar dan titisan pernafasan.  Jangkitan ini biasanya bermula dengan demam, cirit birit dan muntah - muntah. Kesan dari cirit birit yang teruk akan menyebabkan dehidrasi dikalangan kanak - kanak kecil dan jika tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Selepas dua kali muntah, Imran memang terjelepuk lesu. Pucat warna bibirnya, dia diam aje tak meragam. Cuma nampak sangat dia tak bermaya, kasihan anakku huhu...

Saya ke dapur bancuhkan air Performance Drink, mudah-mudah Imran mahu minum. Awalnya dia tolak air ni, tak selera nak minum agaknya. Kemudian saya titikkan sedikit ke atas bibirnya. Syukurlah dia mahu minum.  Sekurang-kurangnya air PD ini dapat bantu gantikan garam mineral dan air yang hilang dari tubuhnya akibat muntah tadi.

Keesokannya Imran dah tak muntah-muntah lagi, cuma dia alami cirit birit pula. Saya tetap bekalkan dia air PD di samping menyusukan badan sepenuhnya. 2 hari ini Imran langsung tak mahu makan, dia hanya menyusu dan minum air PD sahaja.  Kata doktor badannya sedang alamai proses pemulihan, it's normal jika dia tak mahu makan. Yang penting dia masih menyusu badan, insyaAllah dia akan cepat sembuh.

pucat je muka dia..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, March 10, 2012

  Program terakhir IKRAM JUNIOR Subang Jaya

Bulan Mac ini merupakan bulan terakhir saya mengendalikan program IKRAM Junor Subang Jaya.  Kali ini kami ajar anak-anak buat aiskrim yang mudah dan lebih sihat. Mudah kerana menggunakan hanya 2 bahan utama sahaja, lebih sihat kerana tanpa telur, tanpa gelatin, tanpa gula.

Ada yang tak percaya boleh buat aiskrim dengan hanya 2 bahan sahaja? Ya, kami telah membuktikannya!

Lupa nak ambil gambar waktu mula membancuh bahan-bahan.
Resepi? Boleh tengok sini.
 Dua perisa, coklat nutella (yummy!) dan vanilla.

Ibu-ibu sedang sudukan aiskrim, tabur dgn thousand rice

jemput makan!

saya makan 2! Ehh..ada kakak Syakirah kat belakang tu..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, March 9, 2012

  The Loaf!

Sesekali belanja diri sendiri makan-makan yang enak-enak di tempat makan kegemaran (tentunya yang mahal baru nampak class!). Sesekali, bukan selalu. Lagipun apa salahnya kita belanja  sebagai tanda menghargai diri sendiri kan?

Itulah yang terjadi kepada saya dan beberapa kawan saya (yang telah terpengaruh dengan anasir-anasir membazirkan wang ini) minggu lepas.  Kebetulan minggu terakhir sebelum kami mula disibukkan dengan rutin kerja sebaik sahaja semester bermula, ayuh kita ke The Loaf!

Cranberry cream cheese bun tu dah kira menu wajib, ni nak try menu baru pula. Apa ye nama dia, dah lupa!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 5, 2012

  Kenapa saya suka Shaklee!

Ramai juga yang bertanya kenapa saya buat bisnes online ini. Maklum sajalah, saya ni bekerja sepenuh masa, ibu 8 orang anak, takde maid.  Jujurnya saya sangat sukakan biz ini, serius! Kenapa?

1. Tak pernah upline atau sesiapa push saya supaya cari downline
2. Saya sendiri tak pernah approach sesiapa jadi downline saya
3. Semua downline saya adalah regular customer saya, agaknya lama kelamaan mereka sendiri tak tahan tengok saya asyik kumpul point aje, terus mereka minta borang nak jadi ahli juga hihi..
4. Saya bukan berniaga semata-mata, dalam erti kata mudah saya lebih banyak share sebenarnya. Malah saya jual dengan harga ahli kepada semua customer saya. Tanpa untung runcit langsung. Tapi saya rasa seronok sebab customer saya selalunya akan repeat order. Secara tak langsung saya dapat berkawan dengan mereka.
5. Flexible time, sambil dodoikan anak saya boleh jawab emel, kadang update blog dan sebagainya.
6. Tak perlu attend class tertentu. Ye lah, kebanyakan MLM kena attend class, buat target tertentu (upline paksa), kadang kelas jauh, waktu tak sesuai, malam dan lain-lain. Kami ada juga buat kelas untuk tambah ilmu marketing, tapi sangat santai dan dalam suasana di rumah aje.
7. Tak perlu beli stok bertimbun. Shaklee ada delivery system yang efficient. Bila ada customer order barang, saya hanya hantarkan emel order tersebut dan buat bayaran ke akaun Shaklee. The next day customer dah terima barang yang dipesan. Senang kan?
8. Tak perlu maintain sebarang point. Kalau rajin share kat FB or blog or emel, banyak la order masuk. Kadang kala saya agak sibuk, tak update blog lebih seminggu pun order tetap masuk juga!
9. Beli vitamin utk makan sendiri bersama ahli keluarga, tetap dapat point dan bonus. Best kan?
10. Saya dah buat banyak kajian bacaan melalui  Internet dan buku, memang vitamin Shaklee adalah yang terbaik dari segi kualiti, harga, natural vitamin tanpa kesan sampingan. Jadi, saya recommend pada semua kawan saya supaya berhenti beli vitamin di farmasi (yang ada silica gel dlm packaging) supaya bertukar kepada Shaklee.

Berminat nak sertai kumpulan saya? Isi borang keahlian dengan KLIK pada logo Shaklee di bahagian kanan blog ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, March 2, 2012

  Fakta mengenai Vivix | soalan lazim


Q. What is Vivix™?
A. Vivix is a patent-pending, powerful, and exclusive polyphenol blend with ingredients shown in laboratory research to positively impact four key mechanisms of cellular aging, including helping to protect and repair DNA damage, positively influencing genetic regulators of cellular longevity, promoting mitochondrial energy production, and slowing formation of AGE proteins.


Q. When should I take Vivix?
A. Take Vivix daily, preferably with a meal such as breakfast or lunch. Shake well before taking the recommended serving of one teaspoon per day.

Q. Can I take more than one teaspoon per day?
A. According to the latest research, there does not appear to be any added benefit from taking more than the recommended serving of one teaspoon per day.

Q. Can I use Vivix with my other Shaklee supplements?
A. Vivix can be taken with all Shaklee dietary supplements. Ideally, Vivix should be taken with Vitalizer™, NutriFeron®, and Cinch™ Shakes as an excellent daily complement to healthy lifestyle choices. The essential nutrients in Vitalizer, immune-system-supporting phytonutrients in Nutriferon, and muscle-mass-protecting protein in Cinch Shakes, together with the polyphenols in Vivix deliver broad spectrum anti-aging support to your wellness plan for a healthier life.

Q. Who would benefit from Vivix?
A. Any adult concerned with cellular aging and optimal well-being.* Vivix is not recommended for pregnant or lactating women, or anyone younger than 18 years old.

Q. What is resveratrol?
A. A natural antioxidant compound found in some plants, fruits, seeds, grapes, and grape-derived products such as red wine. Resveratrol is a polyphenol that has been found to potentially improve health and well-being in laboratory studies from around the globe. In addition, emerging laboratory research has found that resveratrol fights cellular aging. These studies also found that resveratrol activates genetic regulators of cellular longevity pathways, which may have positive effects on DNA, cellular health, and metabolism.

Q. How much resveratrol does Vivix provide?
A. Vivix delivers 100 mg of resveratrol per serving. The resveratrol extract has a natural resveratrol content of 98% and the amount of resveratrol in Vivix is guided by the latest scientific studies and emerging research. Vivix goes beyond resveratrol by combining it with a patent pending blend of additional polyphenols made from the only grape in nature with an extra chromosome. Laboratory studies have found that this unique combination is able to positively impact the four key mechanisms of cellular aging and is 10 times more effective than resveratrol alone in slowing AGE protein formation.

Q. What are polyphenols?
A. Polyphenols are a group of phytochemicals that are plant-derived compounds with both potential antioxidant and cellular anti-aging benefits. In fact, emerging research has reported that polyphenols may elicit multiple biological effects consistent with sustained and improved human health.

Q. Is Vivix an antioxidant product?
A. Vivix has polyphenol ingredients that have been shown in laboratory studies to positively impact the four key mechanisms of cellular aging and therefore goes well beyond providing antioxidant support.

Q. Is Vivix a juice beverage and how does it compare to juice products being sold today?
A. No, Vivix is an exclusive, concentrated liquid tonic dietary supplement that delivers the purest form of resveratrol and a highly potent polyphenol extract created from the only grape in nature with an extra chromosome. This unique blend of polyphenols includes ingredients that have been shown in laboratory studies to fight key mechanisms of cellular aging.Each serving of Vivix delivers the equivalent amount of resveratrol found in 100 glasses of red wine.

Q. Does Vivix contain alcohol?
A. Vivix does not contain alcohol.

Q. What is the shelf life of Vivix?
A. The shelf life is nine months.

Q. Why do I need to refrigerate after opening?
A. Refrigeration after opening will help to maintain optimal freshness, color, and maximum polyphenol activity in the product. Refrigerate unopened bottles as well.

Q. Why isn’t the product shipped under refrigeration?
A. Extensive testing, including actual shipments throughout the country and simulated transportation under extreme temperature and humidity conditions, has confirmed that the highest quality product is maintained under all shipping conditions to which the product will be exposed.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, March 1, 2012

  Penjagaan kulit | Antara mitos dan fakta

Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga prihatin dalam bab penjagaan kulit muka. Sebab itu ada iklan barangan penjagaan kulit wajah untuk lelaki (tak percaya?)

Namun banyak juga mitos iaitu perkhabaran palsu tentang penjagaan kulit wajah ni, antara yang popular kita dengar adalah seperti berikut:



kredit

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.

Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.


Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.


Vitamin yang sesuai untuk penjagaan kulit adalah seperti Vita C, B Complex dan Vitamin E. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan cara pengambilan yang sesuai.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com