Wednesday, February 29, 2012

  Testimoni Vivix

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair merah ini seperti sirap rupanya.
Saya nak kongsikan beberapa testimoni pengguna yang mengamalkan Vivix.

kredit
kisah iffa seorang penghidap SLE iaitu penyakit autoimmune yang masih lagi menjadi misteri puncanya. iffa menggunakan vivix selama 5 bulan. iffa banyak kali collapse sehingga mengganggu perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar yang ingin cemerlang dalam setiap peperiksaan. pernah collapse ketika hampir menduduki PMR serta mengalami gangguan ingatan dan fokus. kejadian yang paling teruk pada oktober 2006 dan mengalami keroskan hati, serangan saraf, pendarahan kulit dalaman dan luaran akibat dari sindrom steven johnson. berada dalam keadaan kritikal dan warded selama 10 hari. alhamdulillah setelah bertemu dengan vivix shaklee iffa kini dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sentiasa teruja utk kekal sihat... (insya-Allah...)

jom kita baca apa kata anne yang memberikan vivix pada emaknya...

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.
Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.



sebak pula baca carita anne. apalah usaha kita utk bahagiakan ibu agaknya bagi membalas jasanya membesarkan kita ya...? sempena mak nak datang bulan nih (utk monitor saya dalam pantang) saya nak belikan satu untuknya. mak ada sakit darah tinggi, nanti saya update pengguna vivix pertama saya ya... huhu...

maaf laa yer saya tak letak pun tentang vivix dan kesan pada kulit kerana pada saya masih ada alternatif lain seperti vit E, set skin care dsbnya. oleh kerana vivix nih kami gelarkan "potion ajaib" maka saya kongsikan tentang khasiatnya utk penyakit kronik sahaja ya... last but not least testimoni dari obesi sana.. juga pengguna vivix.

Saya juga beri mak minum Vivix, alhamdulillah dah habis botol pertama dan mak kata dia rasa badannya lebih segar, sakit lutut pun dah kurang. InsyaAllah akan sambung makan Vivix ni sebab mak sendiri rasa lebih sihat sejak amalkan Vivix.

Jadi, jom kita hadiahkan Vivix untuk orang tua kita, moga kesihatan mereka lebih terjaga. bak kata Pn Fatimah dari Kuantan yang menelefon saya semalam; kita memang tak boleh nak elak menjadi tua atau mati tapi sekurang-kurangnya kita usaha amalkan penjagaan kesihatan supaya kita tua tanpa sakit kronik yang bukan sahaja menyusahkan diri tapi menyusahkan orang lain.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, February 28, 2012

  Wanita lebih cepat menjadi tua!

5 sebab kenapa wanita lebih cepat menjadi tua :
1. Wanita punyai kelebihan tertentu yang tiada pada lelaki. Hanya wanita dianugerahkan Allah kebolehan untuk mengandung, menyusu anak, haid dan menopause. Jadi wanita akan kehilangan lebih banyak nutrien seperti kalsium melalui proses-proses atau kitaran ini.

2. Wanita tidak suka membazir. Setiap kali anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan di pnggannya, siapa yang akan bantu habiskan makanan tersebut? Ibu kan, jarang ayah sudi nak makan sisa makanan anak. Disebabkan sifat tidak sukakan pembaziran inilah menyebabkan ibu-ibu mengalami keadaan 'terlebih muatan' dan sering juga menggelar dirinya 'majlis perbandaran'.

3. Wanita tidak suka membuang masa. Kadang kita mengambil masa yang agak lama mengadap sepinggan nasi, terutama kaum lelaki; mereka boleh duduk berjam-jam di kedai makan semata-mata menghabiskan sepiring roti canai.  Tetapi tidak bagi ibu-ibu, selalunya ibu-ibu akan makan dengan pantas kerana di dalam kepalanya penuh dengan pelbagai rencana kerja, kerja rumah, masalah anak-anak dan pelbagai lagi yang sedang difikirkan. Oleh itu wanita tak suka membazirkan masa semata-mata mengadap makanan, masa luang yang ada lebih baik digunakan untuk aktiviti yang lebih berfaedah seperti 'window shopping' dan seumpamanya. Hasilnya wanita tidak dapat menikmati makanan yang dimakan, makanan tidak dikunyah dan dihadamkan dengan betul.  Dia hanya memenuhi rasa lapar tanpa mendapat khasiat dari makanan yang dimakan. Kan Nabi saw pesan supaya kunyah sebanyak 40 kali baru telan!

4. Wanita kurang sabar. Pantang ada gangguan samada rengekan si anak minta susu atau apa sahaja, si ibu pantas bertindak bagi mententeramkan si anak.  Berbanding dengan si ayah yang masih sabar menarik selimut, pekakkan telinga dan sambung tidur walaupun anak menangis minta susu. Alasannya, ini tugas si ibu. Disebabkan si ibu kurang sabar, terus dia bangun dari tidur bagi memastikan anaknya dalam keadaan selesa. Akibatnya wanita tadi kurang rehat, kurang tidur.

5. Wanita sangat teliti dan pemikir! Sekecil-kecil perkara pun akan ditelitinya, nak buat majlis kena fikirkan tema, warna alas meja, gubahan bunga dan sebagainya. jarang lelaki ambil pusing perkara remeh temeh begini.  Akibatnya wanita lebih terdedah kepada 'stress'.

Bagaimana nak atasi masalah ini? Tak dapat disangkal bahawa wanita memang istimewa dengan kelebihan yang Allah kurniakan, wanita kurang sabar, tidak suka membazir makanan, tidak suka membazir masa serta sangat teliti. Jadi tidak mustahillah wanita lebih cepat menjadi tua dengan faktor-faktor tadi.

Oleh itu kita kena usahakan sesuatu supaya pemakanan kita dapat membantu mengurangkan risiko ini. Antara vitamin yang mesti diambil oleh setiap wanita ialah :

B complex
kurangkan stress, lebih bertenaga dan ceria!

Ostematrix
jaga kesihatan tulang anda!

GLA





stabilkan hormon, kurangkan period pain, kulit lebih cantik
ESP


sihat bertenaga, kulit makin berseri!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, February 27, 2012

  Set Penyusuan 3M

Ada banyak pilihan vitamin set penyusuan seperti mana yang saya siarkan sebelum ini.  Saya sukakan set penyusuan 3M ini. Set ini terdiri daripada Vitalea, Vita C, B Complex, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Banyak testimoni yang pernah disiarkan berkaitan penggunaan set ini. Adik saya yang telah berjaya relactation dulu mengamalkan set 3M ini juga.

Jom kita baca satu lagi testimoni seorang pengguna set 3M :

Anda sudah buat pilihan set penyusuan mana yang sesuai? Jika masih tertanya-tanya dan  perlukan maklumat lanjut, hubungi saya ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Set penyusuan | Pasti ada yang sesuai untuk anda

Masih mencari vitamin yang dapat membantu anda menjayakan penyusuan badan? Saya ada sediakan 4 pilihan set penyusuan, tentu ada salah satu yang menepati citarasa dan keperluan anda!

kredit

1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
     
2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.



4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, February 26, 2012

  Gatal gusi lagi!

Setiap kali nak tumbuh gigi baru, macam nilah nasib saya...huhu (kata Imran).
 Susah nak snap gambar dia ni, mahal sungguh senyumannya tu!

Meleleh air liur, saja la tu buat aksi sakit gusi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Selamatkah losyen bayi anda? Periksa label!

Cuba anda perhatikan senarai bahan (ingredients) pada label losyen bayi anada? Ada Paraben kan? Saya sudah memeriksa lebih daripada 6 jenama (termasuk jenama yang ada kat rumah saya ni) kononnya selamat utk bayi, hypoallogernic dan sebagainya. Ohh..rasa bersalah selama ni duk sapu losyen yang memudaratkan pada anak-anak..


Jom kita jadi ibubapa yang lebih berpengetahuan, lebih prihatin. Baca label dan kenali bahan-bahan ini:



kredit

Sodium Lauryl Sulphate (SLS)
Digunakan sebagai bahan pembersih & pembuih dalam sabun, syampu, ubat gigi, baby wipes dan sebagainya.
Dalam industri ia digunakan sebagai pencuci kotoran degil, membersihkan gris enjin dan sebagainya.
Menurut Journal of the American College of Toxicology; Vol. 2, No. 7, 1983; SLS boleh mengganggu sistem imuniti dan merosakkan kulit. Ia boleh merosakkan lapisan semulajadi kulit dan menyebabkan iritasi.
SLS boleh menyerap ke dalam kulit, menyebabkan ia tersimpan dalam tubuh dan otak. SLS juga digunakan dalam kajian mutasi bakteria… Ia boleh menyebabkan mutasi sel!
Paraben
Paraben digunakan sebagai pengawet dalam produk2 farmaseutikal seperti ubat batuk, ubat demam dan sebagainya. Ia juga sebagai agen pemejal dalam losen, ubat gigi, pencuci muka, etc.
Paraben telah dikenalpasti sebagai carcinogen yang boleh menyebabkan kanser.
Triclosan
Triclosan adalah bahan anti bakteria yang banyak digunakan dalam pencuci muka anti-jerawat, pencuci tangan dan sebagainya. Di sebalik keistimewannya untuk kekal berada di kulit sebagai ejen mengelakkan bakteria, ia juga mampu menyerap ke dalam badan dan merosakkan hati.
Triclosan juga dikatakan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bakteria yang lebih kuat.
Formaldehyde
Digunakan dalam penyegar udara, formaldehyde adalah toksik dan sejenis carcinogen…
Jadi, apakah pilihan kita? Ya, tentunya kita ada pilihan untuk kehidupan yang lebih baik. Sekurang2nya mengurangkan exposure keluarga kita terutama anak2 terhadap bahan2 kimia berbahaya ni.
 
Yes, inilah pilihan saya, dan pilihan Oprah, serta Obama juga ^___^ Shaklee Get Clean yang dibuat dari bahan2 organik dan semulajadi.. Sangat sesuai untuk tubuh dan alam sekitar, tanpa bahan kimia bahaya tu, dan semestinya terbaik!

Rangkain produk Get Clean Shaklee Malaysia:-
- Get Clean Water Pitcher
- Basic H Organic Super Cleaning Concentrate
- Dish wash Concentrate
- Fresh Laundy Concentrate
- Soft Fabric Concentrate

Semestinya:
- Organik
- Tanpa bahan kimia
- Mesra alam
- Biodegrable
- Selamat
- Berbaloi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, February 25, 2012

  Jangan tertipu dengan label organik!

Banyak produk organik dalam pasaran sekarang, ada sayur organik, ayam organik, makanan bayi, produk makanan, kosmetik, vitamin organik dan pelbagai lagi. Masalahnya; sejauh mana kesahihan organik seperti yang didakwa?  Sebagai pengguna kita harus peka, ambil peduli dan perlu bijak menilai supaya kita tidak mudah tertipu dengan hanya label PRODUK ORGANIK.

Sejak ada kesedaran 'green living' ni, saya banyak membaca, mencari maklumat supaya saya lebih faham cara membaca label pada produk. Berikut adalah antara maklumat yang saya ingin kongsikan kepada anda ibubapa yang prihatin. Jom baca!

kredit
Sekarang zaman kembali kepada ‘fitrah’ atau back to basic. Dapat kita lihat pada praktik menyusukan anak, menggendong anak, dan tak ketinggalan menggunakan barangan semulajadi dan organik.
Produk organik adalah pilihan terbaik di zaman penuh pencemaran ni.. Organik bermakna tanpa bahan kimia digunakan dari awal proses (penanaman dan penternakan) hinggalah kepada pengilangan dan packaging.
Namun begitu, adakah anda pasti produk ‘organic’ itu benar2 organik?


Untuk mendapatkan seal USDA Organic, satu2 produk itu mesti memiliki 95% bahan organik.

Untuk mendapatkan seal Natural Products Association, sesuatu produk itu harus hanya mengandungi produk2 natural (not considering organic?).

Untuk mendapat seal di atas, produk tersebut mesti mengandungi 70% bahan organik.

Seal di atas agak kontroversi kerana meluluskan produk sintetik.. Banyak produk kegunaan harian yang menggunakan bahan kimia berbahaya meletakkan label ‘natural’, atau ‘organik’ pada packaging mereka kerana:
- USDA Organic hanya ‘cover’ bahan makanan & produk food-grade
- Tiada undang2 yang menghalang pengilang menggunakan nama ‘natural’ pada label mereka.
- Pengilang boleh menggunakan label “organic” bila bahan organik adalah 70%, walaupun mereka gunakan bahan kimia berbahaya.
Jadi, apa yang patut kita buat?
1- Perhatikan label. Even the famous B******* pun ada guna SLS.
2- Ketahui nama2 bahan kimia yang diperolehi dari tumbuhan supaya tak keliru.
3- Ketahui nama2 bahan kimia yang berbahaya.
Pastikan tidak tertipu dengan nama. Baca label terlebih dahulu! :)


Alhamdulillah sekarang saya tak risau sangat sebab saya dah jumpa produk yang 'green living', selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, February 24, 2012

  Kenapa saya sukakan ESP!

Antara 'hot item' produk Shaklee adalah Energizing Soy Protein atau ringkasnya disebut ESP. Produk ini sangat laris, bukan di kalangan ibu menyusu sahaja malah ramai wanita yang mengambilnya untuk tujuan kecantikan kulit.

Saya nak kongsikan pengalaman saya dengan ESP, sungguh saya sangat suka produk ini! Biasanya saya ambil ESP ditambah dengan mealshake atau minuman lain seperti milo untuk sarapan. Kemudian saya ambil vitamin asas (vitalea, b complex dan vita C) seperti biasa.  Alhamdulillah saya masih rasa kenyang sehingga waktu makan tengahari.  Kalau sebelum ni, biasanya saya mula melilau cari makanan sementara tunggu waktu lunch. Maklumlah jadi ibu menyusu ni memang cepat rasa lapar.  Kadang saya makan apa sahaja yang ada dalam stok simpanan di pejabat (waktu pejabat) atau lebih haru lagi saya makan jajan yang ada di rumah (konon sorok tak mau bagi anak makan huhu..).

Yang seronoknya, ada seorang ibu menyusu yang turut amalkan minum ESP ini sebagai milkbooster tapi dia dapat kesan sampingan yang sangat positif iaitu kulit mukanya jadi berseri-seri!  Saya tak dapat nak tunjukkan bukti sebab kawan ni takde blog, dia hanya hubungi saya melalui telefon.


Saya juga nak kongsi pengalaman ibu lain yang amalkan ESP dan dapat faedah yang sama. Jom kita baca!

kredit
sumber: blog Puteri

saya bukanlah pakar dalam hal- hal breastfeeding ni. ada banyak trial and error saya buat sejak anak pertama. bila tiba anak kedua, pandai la sedikit. lepas tu mula share la dengan kawan- kawan yang nak breastfeeding juga. bila salah amalan saya, salah la juga amalan diaorang haha! tapi yang bagusnya, bila saya yang mula breastfeeding, dapat lah saya share the do's and don'ts tu dengan mereka. kiranya dalam ketaksempurnaan saya melaksanakan penyusuan ni, ada juga lah yang beroleh manfaat. cewah.
saya ingat hari pertama saya kembali bekerja, saya share minibar rakan saya di opis yang juga mengepam. ketika itu anaknya dah 2 bulan lebih. bila saya bawa susu yang diperah, rakan saya excited sangat, dan cakap "waaaa pekatnyaaaaa.." kebetulan pulak hari tu dapat pam dekat dua botol penuh, lagi la dia excited, "waaa banyakkknyaaa..."
saya kembang kempis juga la gembira dan bangga haha! terus saya share dengan dia, apa yang saya amalkan untuk dapat susu pekat & banyak. saya share SEMUA! tips, jadual mengepam, jenis vitamin yang saya ambil, dengan contact distributor shaklee saya. lekas- lekas dia order, ikut tips dan jadual. alhamdulillah berhasil juga. tapi kami berdua memang ada masa culas juga mengepam kat opis tu tambah2 waktu sibuk. dan percayalah, banyak mana pun vitamin atau milk booster food kita telan, kalau culas, malas, leka nak pam, minum air, jangan lah harap susu mencurah- curah yer. mencurah air ke daun keladi mungkin- haha tak relevan.jadi, saya share kat sini, apa yang saya makan, minum dan buat untuk tatapan semua (eceh semua, macam ramai je ahaha):


saya minum energizing soy protein 2-3 kali sehari
saya ambil vitalea, vitamin c, b- complex, dan alfalfa ikut jadual
saya tambah lagi dengan ostematrix sebelum tido
inilah yang saya buat sejak 6 bulan yang lepas. ada hari2 saya terlupa juga, atau ada hari yang susu banyak (hari cuti, hari yang relax happy, tenang) saya kurangkan alfalfa & ESP (mainly because nak jimat cermat ahaks).
jika orang bertanya, boleh ke tidak ambil alfalfa saja, saya memang cakap tak boleh. pasal apa? pasal nanti bila badan letih, lesu, stress dan takde sokongan multivitamin, vitamic c dan b-complex, sebotol alfalfa pun tak dapat membantu. saya tak berani jamin pasal saya tak buat gitu hehe. dan ESP ni ramai yang bertanya juga. ini bonus yang saya dapat selepas 6 bulan minum ESP, selain untuk maintain milk supply
- warna kulit muka lebih sekata, jerawat jarang sekali muncul these days...
- firmer body, i lost inches- protein helps to firm up body FYI
Best kan? Bukan satu, atau dua malah banyak faedah dan kebaikan amalkan ESP ni. Jom ibu-ibu!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Trifle blueberry

Sudah agak lama tak buat trifle kegemaran anak-anak ni. Sangat sedap dihidang sejuk, sekali hadap pun boleh habis!

Nampak lapisan kek marble strawberry tu..yummy!

Resepi? Masih setia pada yang ini. Cubalah, senang dan sedap. Kalau rasa malas nak buat sendiri, boleh tempah dengan saya  hihi..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, February 23, 2012

  Awas bahan carsinogen dalam produk di rumah kita!

Masih lagi bercerita tentang green living. Rupa-rupanya sekeliling kita penuh dengan bahan-bahan bertoksik, carsinogen, beracun. Agaknya bahan-bahan ini menyumbang tak kepada peningkatan penyakit-penyakit yang pelik-pelik sekarang ni? Mungkin juga kan?

Jom kita periksa kandungan ingredients produk kosmetik, penjagaan rumah dan seumpamanya yang ada di rumah kita!

kredit 
Bahan2 kimia yang digunakan untuk buat sabun, pencuci muka, pencuci lantai dan segala benda yang kita guna di rumah… Hampir semuanya dari bahan kimia sintetik yang berbahaya!
Even yang anti-bakteria tu pun dari chemical yang carcinogen >__<
Walaupun.. betul lah, bahan2 kimia ni dia bergantung kepada exposure. Sikit2 tu tak mendatangkan kesan.. tapi.. sikit2 lama2 jadi bukit!
Kat rumah, saya gunakan rangkaian produk Get Clean yang semestinya organik dan tiada bahan kimia!
shaklee get clean
kalau saya tak jual Shaklee pun saya recommend juga.. Sebab apa, sabun2 detergen segala kat luar tu penuh dengan chemical…
Get Clean Shaklee yang famous – BASIC H. Saya guna hampir semua – Basic H, Dish Wash, Fresh Laundry & Soft Fabric. Yang lain tu takde dalam pasaran Malaysia.
Mahal? Kat kedai lagi murah? Hey, mestilah! Yang ini ingredient dia dari sumber semulajadi, yang murah2 tu kebanyakan dari bahan kimia sintetik >__<
Bahan2nya diperbuat dari sumber jagung dan kelapa… So saya rasa yang ada elergi jagung dan kelapa lebih baik jangan guna, nanti benda lain pula jadinya.

Saya, memang suka gunakan produk2 ni. Terutama Basic-H. Saya tak pernah guna mandian bayi kat rumah… anak2 saya dimandikan dengan Basic H. Yang bestnya, semut tak datang dekat, dan ruam2 kat badan sekejap je dah ilang ^__^
Untuk skincare pun saya gunakan Enfuselle dan NutriWhite.. sebab rasa bersalah dengan muka sebelum ni (sebelum kenal Enfuselle dan Nutriwhite) duk tenyeh dengan bahan kimia entah apa2..
enfuselle
nampak tu..ada US patent number lagi!

nutriwhite
Hanya bahan2 asli dalam NutriWhite & Enfuselle
AWAS! Bahan2 kimia bahaya ni ADA dalam barangan harian kita >__< Oleh itu check label sabun, pencuci muka, detergent, syampoo, ubat gigi dan sebagainya 0_0
Titanium Dioxide, DEA, TEA, MEA, sodium lauryl sulphate, Iodopropynyl Butylcarbamate , diethylphthalate , paraben, triclosan
*Yang paling saya suka tentang produk kosmetik Shaklee ini ialah sebab dia ada berpaten, bukan senang ye nak dapat paten ni tau!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Blue velvet, orange velvet cake

Selain daripada warna merah, boleh juga ditukarkan ke warna biru menajdi blue velvet cake, atau warna oren menjadi orange velvet cake, kan?


Bentuk segiempat macam tu pun ok juga kan?

Tapi majoriti masih mahu saya kekalkan red velvet cake saiz bulat begini.


Hmm..bentuk dan warna mempengaruhi rasa agaknya?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Vitamin B Complex

Ada yang kata makan vitamin B complex boleh menggemukkan? Ya, jika anda ambil vitamin tersebut sebelum makan kerana ia membantu penghuraian karbohidrat kepada glukosa dan tenaga. Kekurangan unsur B1 (salah satu komponen dalam vitamin B complex) akan menyebabkan gula dan karbohidrat ini hanya tersimpan di dalam badan, jika dibiarkan keadaan ini berterusan ia boleh menyebabkan berat badan bertambah dan masalah kegemukan.

Jadi, sebaiknya ambil vitamin B complex ini selepas makan ye.  Jom kita kenali komponen-komponen dalam vitamin B complex!

kredit
Thiamin digunakan untuk metabolisma tenaga. Thiamin memberi bau kurang enak pada vitamin B.

Riboflavin juga terlibat dalam metabolisme tenaga. Roboflavin memberikan warna kuning pada urine.

Niasin adalah sebahagian daripada ko-enzim yang digunakan pada metabolisme tenaga.

Asid Pantothenic juga co-enzim yang mempunyai peranan dalam metabolisme tenaga.

Pyrodoxine membantu asid amino dan untuk metabolisme asid lemak serta pembentukan sel darah merah.

Biotin pula terlibnat ko-enzim dalam metabolisme tenaga, lemak, pembentukan glikogen dan metabolisme asid amino.

Folat/asid folik mempunyai peranan penting dalam pembentukan sel baru. Oleh itu tidak hairan folat/asid folik penting untuk ibu hamil dan menyusu.

Cobalamin, yang memainkan peranan dalam pembentukan sel baru, sel saraf dan membantu untuk memecahkan asid amino dan asid lemak.

Vitamin B Complex yang terbaik adalah yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. Vitamin B adalah larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Jadi untuk anda yang sering keletihan, B complex adalah saranan terbaik untuk anda.

Dari maklumat nutrisi yang saya baca, unsur cobalamin sangat penting untuk bantu kita supaya tidak nyanyuk, elakkan kecelaruan fikiran.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, February 22, 2012

  Kenali apa itu SLS, baca label!

Saya sukakan sesuatu yang lebih natural, semulajadi, alami, back to basic seperti homemade food, natural supplement, green living, tanpa pengawet, tanpa perisa tiruan, tanpa pewarna tambahan, breastfeeding, natural birthing dan seumpamanya.  Syukurlah, kesedaran untuk kembali ke 'green living' mula mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia.  Kalau 10 tahun dahulu agak janggal bila ada ibu yang menyusukan anak di khalayak (nursing in public), tapi sekarang sudah ada iklan/kempen menyusukan anak dengan susu ibu di kaca tv! Wahh bangga saya menjadi masyarakat hari ini!

Antara bahan yang sering kita jumpa dalam senarai ingredients di dalam syampu, kosmetik dan seangkatannya ialah SLS. Apa itu SLS? Jom baca!

kredit
Sodium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate & Sodium Lauryl Sulfoacetate… Ketiga2 punya akronim yang serupa = SLS. Bahan2 ini digunakan dalam sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, sabun basuh, pencuci kereta dan sebagainya untuk menghasilkan buih.
Tahukah anda akan bahaya Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?
Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit? Tapi kenapa penggunaannya meluas? Sebab ia murah. Kalau perasan, produk2 organik dan natural agak mahal harganya. Kosnya pun mahal. Jadi bahan2 sintetik digunakan supaya kita yang biasa2 ni dapat juga bersabun, bersyampu…
Apakah kesan dari penggunaan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate? Kesan paling ketara ialah iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. Perasan tak kadang2 lepas bersabun atau guna pencuci muka, rasa tegang saja.
SLS juga boleh memberi kesan kepada mata, kerana itu kita rasa pedih bila kena sabun. Kesan jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.
SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser..
Apa pula Sodium Lauryl Sulfoacetate?
Sodium Lauryl Sulfoacetate adalah ejen pembuih semulajadi yang dibuat dari kelapa atau kelapa sawit. Sodium Lauryl Sulfoacetate lebih selamat kerana bahan semulajadi digunakan untuk membuatnya. Ia bertindak lebih lembut ke atas kulit, tidak meninggalkan kesan iritasi dan tidak mendatangkan kesan sampingan.
Jadi apabila anda membeli barangan penjagaan diri, perhatikan bahan2-nya:
SAY NO TO: Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate
YES TO: Sodium Lauryl Sulfoacetate

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Strawberry!

Sangat banyak strawberry, 8kg! Saya pun hampir tak percaya yang strawberry besar, manis ini datangnya dari Mesir.  Selama ini duk fikir Mesir tak ada tanam strawberry.  Malah saya rasa strawberry Mesir jauh lebih manis dari strawberry Korea dan Cameron Highlands (for sure!).

Sakan anak-anak makan, syukur takde yang keracunan atau pedih perut. Malah Imran makan 3 biji sekali hadap.

besar, manis!


Sebahagian saya buat jem, makan dengan pancake.
tambah golden syrup untuk efek yang lebih menyelerakan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, February 21, 2012

  Air misai kucing? Ngeri..

Terperanjat Ammar bila saya belikan air ni..

Ammar: "macamana  misai kucing boleh jadi kordial? Diaorang cabut misai banayk-banyak, rendam dalam air ke? Sampai hati umi beli air ni.."
Umi : (terharu dengar statement anak saya ni..) "Cuba Ammar baca ni betul-betul!"


Kan? Tiada sesiapa yang teraniaya di sini, harap maklum!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, February 20, 2012

  Vitamin memang mahal, tapi...

Kebanyakan kita dah tahu kenapa kita perlu mengambil supplement atau makanan tambahan atau lebih mudah disebut vitamin setiap hari. Atau anda masih ragu atau belum tahu? Ok kalau belum tahu, boleh baca kenapa kita perlu ambil vitamin. Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin? Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat. Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat? Yang paling jelas ialah, supplement merupakan KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.

Berbeza dengan suplement (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

Saya akui vitamin memang mahal, terutama vitamin semulajadi berbanding vitamin sintetik. Maklum sajalah proses untuk menghasilkan vitamin dari sumber makanan ke bentuk pil/kapsul melalui proses semulajadi yang cuba mengekalkan kualiti makanan tersebut, dengan suhu yang sesuai, sumber yang asli dan sebagainya tentu lebih mahal berbanding vitamin sintetik yang boleh dicipta di makmal sahaja. kalau nak yang murah, ada berlambak dijual di kedai. Tapi anda perlu berhati-hati kerana vitamin sintetik akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh dalam jangka masa panjang.

Jadi apa pilihan yang kita ada; vitamin semulajadi yang bagus tetapi mahal atau vitamin sintetik yang murah tapi memudaratkan?

Syukurlah saya dah jumpa vitamin yang bagus, semulajadi tanpa kesan sampingan tapi tidak mahal (mampu dibeli)!  Jika nak yang lebih murah, boleh hubungi saya melalui emel bertajuk "Rahsia vitamin", saya akan kongsikan cara saya mendapat vitamin berkualiti, semulajadi dan lebih murah!

Apa pilihan anda?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  RVC versi cupcake

Wahh hampir seminggu saya tak update blog, dek kesibukan yang tak kunjung padam.  Terima kasih buat anda yang masih sudi menjenguk ke sini.

Bila dah lama tak menulis, terasa kaku nak mulakan bicara....

Ok la, saya nak kongsi idea saya tukarkan adunan kek merah baldu (Red Velvet Cake) ke versi kek cawan (cupcake).  Resepi masih guna resepi ini, cuma dibakar dalam cawan begini.

Sapukan buttercream warna merah jambu, kemudian paipkan adunan creamcheese dan ditambah hirisan strawberry. Yummy!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, February 14, 2012

  Hari kekasih? Jom tukar!

Hari ini 14 Februari sangat sinonim dengan sambutan 'hari kekasih' atau 'Valentine Day'. Apa yang seronok atau perlu sangat nak sambut hari kekasih ni? Kadang tak faham saya dengan masyarakat kita yang suka benar meniru atau mengambil budaya barat secara membabi buta.  Itulah padahnya jika meniru tanpa ilmu, apa saja yang datang terus diterima tanpa usul periksa.

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa sambutan hari kekasih ini jelas bertentangan dengan tuntutan akidah Islam, tapi masih ada lagi yang pura-pura tak tahu atau sengaja tak nak ambil tahu. Nak juga sambut hari sedemikian, kononnya sekadar mengenang kekasih hati.
Kalau iya pun nak mengenang kekasih, kenapa perlu hari tertentu sahaja? Bukankah kita patut menjadikan setiap hari sepanjang tahun sebagai hari untuk berkasih sayang dan mengenang kekasih?

Apa kata kita tukar hari ini jadi hari yang lebih istimewa, khusus untuk pasangan suami isteri sebagai menghargai pasangan masing-masing.  Jika anda belum berumahtangga, ambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa kasih kepada kedua orang tua (terutama jika mereka masih bersama kita).

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, February 13, 2012

  Vitamin ketika berpantang (confinement)

Apa supplement nak ambil waktu berpantang ye?  Soalan yang saya terima dari seorang kawan yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak.  Banyak persoalan perlu ditanya sebelum anda memilih produk mana nak dibeli, antaranya ialah adakah ia selamat untuk penyusuan,adakah ia bagus untuk pemulihan kesihatan ibu lepas bersalin, sejauh mana keberkesanan produk dan berapa pula kos yang perlu dikeluarkan. Ada yang cadangkan ambil set jamu, ada juga yang cadangkan ambil vitamin.  Antara vitamin dan jamu, kedua-duanya saya dah cuba; memang berbeza.

kredit 
Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dank vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.

Banyak testimoni pengguna yang pernah amalkan set ketika berpantang ini, antaranya yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.  Hari ni saya nak kongsikan satu lagi testimoni, jom baca!

Anda bagaimana, dah buat pilihan? Hubungi saya untuk maklumat lanjut, saya juga sediakan sesuatu ISTIMEWA untuk anda yang membeli set ini dari dapuraulad!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, February 12, 2012

  Berjaya turunkan berat badan 5kg dalam masa 2 bulan!

Alhamdulillah saya tumpang gembira baca testimoni kawan-kawan yang dikongsi di FB.  Ada yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg hanya dalam masa 2 bulan, ada yang sudah bertukar dari saiz 50 kepada saiz 46 dan macam-macam lagi.


Baca juga yang ini:

Untuk makluman, Shaklee Malaysia pernah mengalami kehabisan stok lecithin baru-baru ni, gara-gara ramai yang ingin mencuba set untuk menurunkan berat badan. Apa istimewanya lecithin? Bole baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang kelebihan lecithin, bukan untuk kuruskan badan saja ye!
Anda ingin mencuba? Hubungi saya untuk dapatkan set istimewa ini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, February 11, 2012

  Pentingnya wanita mengambil EPO

Wanita sangat memerlukan supplement bagi memenuhi keperluan nutrien seharian. Maklum sajalah, wanita ni berbeza daripada lelaki. Wanita alami pelbagai kitaran seperti mengandung, kitaran haid, menyusu, menopause dan seumpamanya. Saya nak kongsikan sedikit testimoni pengguna yang amalkan GLA Shaklee. Jom baca!


Antara fungsi GLA:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf


kredit

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.




Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.



Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.




Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage). Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, February 10, 2012

  Bezakah vitamin sintetik, organik dan semulajadi?

Makanan tambahan (food supplement) merupakan keperluan harian kita.  Walaupun kita ambil makanan secukupnya kadang kala kita hanya cukup makan iaitu sekadar memenuhi rasa lapar dan makan apa sahaja. Sepatutnya makanan yang kita ambil bukan sekadar menghilangkan lapar, tetapi memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.  Atas kesedaraan bahawa makanan yang kita makan ini kurang berkhasiat, tidak dimasak dengan haba yang sepatutnya, sumber bahan mentah yang dimasak mungkin tercemar dan sebagainya; maka kita mengambil food supplement atau juga disebut vitamin. Takukah anda bahawa ada 3 kategori vitamin?  Ok, kalau belum tahu saya nak bagitau anda sekarang. Ada 3 kategori vitamin iaitu vitamin sintetik, organik dan semulajadi.

Saya pernah kongsikan entry tentang perbezaan ketiga-tiga jenis vitamin ini dan cara untuk mengenali vitamin semulajadi.  Satu analogi mudah untuk membezakan ketiga-tiga kategori vitamin ini adalah seperti berikut.  Jom baca!

kredit

Analoginya seperti di bawah:
(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek

(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar

Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau. Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…
Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik?

Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Selagi mampu, pilihlah yang semulajadi. Tanpa mudarat dan tanpa kesan sampingan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, February 9, 2012

  Tips kekal cergas dan ceria!

Saya nak kongsikan sedikit tips untuk pastikan kita kekal cergas dan ceria, samada di rumah atau ketika sedang bekerja di pejabat.  Tips ini kebanyakannya saya dapat melalui pembacaan, ada juga yang dikongsi oleh kawan-kawan dan juga melalui pengalaman sendiri.

Ok, jom kita semak!

1. Sarapan.
- sangat penting untuk mulakan hari dengan bersemangat. Pastikan sarapan kita mengandungi makanan yang berkhasiat terdiri dari protein, karbohidrat dan mineral.  Saya sukakan sarapan begini : ESP + Mealshake + milo. Sangat sedap dan berkhasiat! Juga saya ambil 1 biji vitalea (multivitamin) dan 1 biji vita C selepas sarapan.

2. Minum banyak air kosong.
- kebanyakan kita selalunya agak susah nak minum air kosong, lebih banyak minum air manis (sirap, teh, jus dan sebagainya) dan juga minuman berkafein. Saranan yang digalakkan ialah kita ambil 3-3.5 Liter air kosong sehari. Ya, memang banyak kan? Air kosong ni penting untuk menyahtoksik dari badan juga penting untuk aliran darah supaya sistem badan berjalan lancar.  Jika anda tak sanggup minum sebanyak itu, saya sarankan anda ambil Performance Drink.

3. Rehatkan minda - think positive
- bukan badan fizikal sahaja perlu tidur dan rehat, minda juga perlukannya. Kita disarankan supaya sentiasa berfikiran positif, mudah maafkan orang, buangkan berprasangka buruk terhadap orang lain. Minda yang sihat akan memberikan cetusan cas-cas positif kepada badan, jadi badan akan terasa lebih ringan dan segar. Jika seharian anda berfikiran buruk tentu mulut susah nak senyum, betul tak?

4. Ambil masa untuk ketawa!
- ada orang sangat serius, di pejabat mahu pun di rumah. Kalau di pejabat, kawan sekeliling takut nak bertegur sapa dengannya, di rumah anak-anak tak boleh buat silap sikit, ada aje yang tak kena. Ambillah masa untuk ketawa, anda tak perlu ketawa kuat-kuat di pejabat. Bayangkan semua masalah yang melanda ini hanya sebagai 'kudis' yang singgah sekejap sahaja dalam hidup kita. Stress bukan bebanan, ia perlu untuk melonjakkan semangat agar kita lebih bersedia. Namun jika tidak ditangani dengan baik ia akan menjadi beban. Saya amalkan makan 1 biji B Complex sebelum tidur. B complex bertindak sebagai anti-stress dan bagus juga untuk tenaga.

Ada lagi tips, bersambung...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, February 8, 2012

  Ibadat sepanjang masa, tak penat ke?

Bayangkan jika seharian jadual kita hanya solat, puasa, solat, zikir, membaca al-Quran, zikir, solat tanpa henti. Tak ada masa untuk rehat, makan, tidur, bersembang, menulis blog, baca status kawan-kawan di facebook dan sebagainya. Tentu kita mengeluh dan tak sanggup nak teruskan hidup macam tu kan?

Syukurlah Islam telah meletakkan garis panduan hidup dengan jelas dan praktikal. Apa sahaja amal perbuatan kita selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah akan dikira sebagai ibadah.  Makan dikira ibadah, tidur juga jadi ibadah, kahwin juga ibadah malah tulis entry di blog begini juga boleh jadi ibadah.

Jenis-jenis ibadah
Secara umumnya,Ibadah terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum:

Ibadah Khusus :
Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.

Ibadah Umum :

Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya. Contohnya bersedekah, menolong ibubapa, bekerja dan sebagainya.

Alhamdulillah... luas rupanya skop ibadah dalam Islam, tidak terbatas kepada amal ibadah khusus  semata-mata. Tapi ada syaratnya iaitu:



Syarat-syarat ibadah :
1. Amalan yang dilakukan hendaklah diakui Islam dan bersesuaian dengan hukum syarak.

2. Amalan hendaklah dikerjakan dengan niat yang baik - bagi memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarga, memanfaatkan ummat dan mamakmurkan bumi Allah.

3. Amalan hendaklah dibuat dengan seeloknya.

“Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya.” Al-hadith.

4. Ketika melakukan kerja hendaklah sentiasa mengikut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang lain.

5. Dalam mengerjakan sesuatu ibadah, tidak lalai dari ibadah yang wajib.

Amalan ibadah khusus diibaratkan sebagai akar pokok yang teguh, manakala ibadah umum merupakan ranting-rantingnya. Oleh itu akar mesti teguh barulah ranting jadi subur. Tak guna ranting menjalar tinggi tapi akar reput, roboh juga pokok itu akhirnya.


Bagaimana beribadah sepanjang hayat?
kredit
Secara amnya, kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun ~ 70 tahun. Secara purata, manusia meninggal pada usia lebih kurang 65 tahun...
BALIGH merupakan permulaan untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia

Umur BALIGH…
Lelaki: ± 15 tahun
Wanita: ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, secara purata:
MATI – BALIGH = Baki Usia (yang seharusnya digunakan untuk beribadah)
Maka, 65 - 15 = 50 tahun

Jom kita buat kira-kira, 50 tahun (iaitu 458,000 jam) umur kita digunakan untuk apa?

1. Tidur ± 8 jam/hari

Dalam 50 tahun waktu yang digunakan untuk tidur =
18,250 hari (= 50 tahun) x 8 jam = 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya masa selama 17 tahun hanya digunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selama-lamanya……

2. Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain seperti belajar, mengajar, bekerja, bersiar-siar dan lain-lain:

18,250 hari x 12 jam= 219,000 jam = 25 tahun

3. Waktu rehat lebih kurang 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang digunakan untuk rehat:

18,250 hari x 4 jam= 73,000 jam = 8 tahun

Maka, kita boleh rumuskan bahawa waktu TIDUR + AKTIVITI + REHAT;

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Chocolate indulgence cake | Cubaan pertama

Kata orang cubaan pertama tak semesti berjaya.  Itulah yang berlaku pada saya baru-baru ni.  Gara-gara tak tahan nak makan kek chocolate indulgence di Secret Recipe, balik rumah terus bersilat buka resepi kek ni.  Dari jam 2ptg lepas solat zohor, bancuh kek hingga siap sejukkan dalam fridge, dalam pukul 9 malam baru kek siap.





Ingatkan kek dah 'set' keras elok, rupanya masih goyang-goyang lagi! tapi saya makan juga la sebab dah tak sabar-sabar menunggu lebih 7 jam. Abi ajak keluar makan sate kajang (ada outlet baru buka di kompleks PKNS) pun saya tolak semata-mata nak menikmati kek yang sedap ni!
letak buah segar (nak cover rupa paras tak licin tadi) hihi..

lapisan white tu kena tebalkan lagi!

Memang tak menjadi secantik kek di Secret Recipe (ada hati nak tiru tuh!), tapi dari segi rasa memang tak kalah hihi..

Betullah tu, kek yang serumit ini memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi nak membuatnya. Apapun, ini baru cubaan pertama, akan disusuli dengan cubaan kedua dan seterusnya hingga berjaya. Cuma saya nak warning: jangan tempah kek ni dari saya, memang nak nangis membuatnya lebih 12 jam huhu..

Resepi? ok tunggu....!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com