Tuesday, January 31, 2012

  Kiamat pasti berlaku

Rasa nak kongsi apa yang baru saya baca dari halaqah.net sebentar tadi. Kiamat pasti berlaku, cepat atau lambat hanya Allah yang Maha Mengetahui. Antara hikmah Allah rahsiakan tarikh kiamat ialah supaya kita terus beribadat tanpa mengira batas waktu. Kiamat sebenar mungkin lambat lagi berlaku, tapi kiamat kita iaitu kematian yang semakin hampir. Saya belum sempat nak semak hadith yang dinyatakan ni, cuma tertarik dengan fakta teori sains yang dikemukakan.Jom baca!



kredit
Sabda Rasulullah:

"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..."

"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."

Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."
________________________________________________________________________

Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya,  planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...

Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru  atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.

Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...


Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...


Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)


Benarlah sabda RASULULLAH
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...

Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!

Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

 b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....


 c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...

Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.

Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Victoria Sandwich Cake

Resepi pertama yang saya belajar dari MIL, waktu mula-mula kenal kek ni terus 'jatuh cinta' dengan kegebuan dan keenakannya.  Memang kek ni resepi turun temurun dari orang lama-lama keluarga MIL malah menjadi hidangan wajib setiap kali musim perayaan.

Abi paling suka kek ni, terutama kalau letak filling blackcurrant.
make-up dengan gula ising
Nak kongsikan di sini resepi kek ni, untuk rujukan kakak Syaima' juga.

Victoria Sandwich Cake
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan ( 3 biji kek)
500g mentega tulen
500g gula halus
500g tepung naik sendiri
10 biji telur saiz A (asingkan telur putih)
5 sb sirap kencana (golden syrup)
2 st esen vanila
jem blackcurrant secukupnya

Cara membuatnya:
1. Putar putih telur hingga mengeras, asingkan sebentar
2. Putar mentega dan gula biar kembang
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanila dan putar biar sebati
4. Kaupkan putih telur yang diputar tadi ke dalam adunan, kaup balikkan tepung menggunakan sudip kayu.
5. Masukkan sirap kencana, kacau biar rata.
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 9" yang telah digris terlebih dahulu, adunan ini memerlukan 6 biji loyang pembakar.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 160C sekitar 20-25 minit atau sehingga kek masak.
8. Ambil 2 keping kek yang telah masak, lapiskan dengan jem kesukaan anda.
9. Boleh hiaskan bahagian atas kek dengan gula aising.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, January 30, 2012

  Healing Crisis | Kenali puncanya

Ramai yang sudah mencuba pengambilan vitamin semulajadi Shaklee ini.  Mungkin ada yang sudah dapat rasa perbezaan dan mendapat kesan positif vitamin tersebut. Tapi ada juga yang kata 'tak de apa beza pun..', ada juga yang alami healing crisis iaitu krisis penyembuhan.

Apa itu healing crisis? Jom kita baca untuk tambah ilmu!
kredit
S: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
J: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului  dengan krisis penyembuhan.
 
S: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
J: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
 
S: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
J: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
 
S: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
J: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
 
S: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
J: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
 
S: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
J: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
1. Tidak mengamalkannya setiap hari
2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
7. Mengalami masalah emosi 
Jadi jika anda mengalami simptom-simptom 'healing crisis' ini, bersabar dan teruskan ambil vitamin seperti mana yang disarankan ye.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Jom masak-masak | Pizza

Anak-anak memang suka sangat kalau dapat peluang 'bermain' di dapur begini.  Kali ini mereka nak buat pizza pula.  Mudah aje, kita guna roti pizza ready-made beli di bakeri.

Biarkan anak-anak bereksperimen di dapur...

sapu puri tomato

letak topping, tabur cheese

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, January 29, 2012

  Jom jalan-jalan cari barang!

Bila diajak keluar berjalan-jalan (baca: shopping), melompat gembiralah anak-anak semua. Yang tak berapa gembira umi sebab memikirkan macamana nak tinggalkan Imran yang masih menyusu ni. Syukurlah taska beroperasi pada hari Sabtu (separuh hari), dapatlah kami peluang bawa anak-anak keluar shopping. Bukan jauh mana pun kami keluar cari barang, cuma sekitar Lembah Kelang aje!

Sudah lama tak ke Mydin Hypermarket di Subang Jaya, mudah cari barang kat sini dan agak murah berbanding Giant.

 Anak-anak bukan nak shopping sangat pun, main aje yang lebih!
Kemudahan di sini agak selesa, ada tempat makan, surau.

Lain kali boleh datang sini lagi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, January 27, 2012

  Makan-makan di The Loaf

Suka singgah di kedai roti ni, khabarnya milik bekas pemimpin negara kita. Misi saya setiap kali beli roti kat sini, sebelum amkan mesti snap gambar roti tu dulu. Ambil gambar depan, atas dan bahagian dalam roti. Motif? Kononnya nak tiru, lain kali nak buat roti macam ni...

ada macam-macam jenis filling

unik roti kat sini

filling coklat dan pisang

sedap...!
Tiru, jangan tak tiru!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, January 26, 2012

  Pisang raja

Sesi mari mengenal nama pisang. Kali ini saya nak kongsikan gambar pisang raja, antara pisang yang sangat popular dan digemari ramai, sedap dibuat pisang goreng, boleh juga dimakan begitu sahaja.

 Jumpa resepi bancuhan pisang goreng di blog hairul ni, jom kita cuba!

Bancuhan pisang goreng
oleh : umi of dapuraulad
Bahan:
2 c tepung beras
1 c tepung gandum
5 sb santan pekat (guna santan kotak)
1/2 sb serbuk penaik
1/2 sk serbuk kunyit (jika suka)
1 telur
2 sb marjerin - cairkan
1/2 st garam
air secukupnya

Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan kecuali marjerin. Adunan mesti pekat.
2. Bila semua bahan telah sebati, masukkan marjerin cair tadi.
3. Celupkan pisang yang telah dipotong ke dalam bancuhan ini. Goreng dengan minyak panas.
4. Bancuhan ini juga boleh digunakan untuk menggoreng cemdawan, roti, cempedak dan lain-lain.


Terasa macam istimewa sungguh makan pisang goreng diraja ni hihi...
bancuhan dari hotel tu!

sedap, rangup.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, January 25, 2012

  Uniknya susu ibu | Istimewanya anda yang bergelar ibu

Allah mengangkat darjat wanita berbeza dengan lelaki. Dijadikan wanita dari tulang rusuk lelaki, ia memang bengkok dan perlu hikmah untuk meluruskannya. Dijadikan Allah tulang ini dekat dengan hati, bukan untuk dikasari, sebaliknya untuk dikasihi.  Tambah istimewa lagi anda yang bergelar ibu dan menyusukan anak.  Namun setiap dari kita memang berbeza. Contohnya dalam penghasilan susu ibu.

Kredit kepada MommyLyna
“Susu badan saya cair”
“Susu badan  saya pekat”
“Susu badan saya kuning”
“Susu badan saya kehijauan”
Situasi di atas adalah NORMAL.
Susu ibu sangatlah unik dan ‘personalized’. Susu yang dihasilkan oleh si ibu dipengaruhi oleh pemakanan ibu (namun, semua vitamin, mineral dan segala khasiat dalam susu ibu tetap ada walaupun ibu mengalami masalah kurang nutrisi), cuaca, suhu dan keperluan anak.
Tambahan pula jika ibu mengambil makanan tambahan yang lengkap, contohnya set Breastfeeding Shaklee. Ibu yang mengambil vitamin B Complex yang lengkap mendapati susu badan mereka lebih kuning dan kelihatan lebih ‘pekat’ berbanding dengan mereka yang tidak mengambil vitamin langsung atau cuma ambil asid folik saja. Ini kerana Riboflavin (salah satu elemen dalam B Complex) memberi warna kepada susu ibu dan juga urin. Tidak hairan jika lepas ambil mana-mana set Shaklee yang mengandungi B Complex, kita akan mendapati urin menjadi kuning.
Justeru, ibu akan mendapati susu badannya lebih pekat pada waktu-waktu tertentu terutama ketika cuaca panas, semasa berpuasa… dan kelihatan lebih cair ketika cuaca sejuk, atau sekiranya ibu tidak mengepam dalam jangkamasa yang lama menyebabkan berlaku proses osmosis yang menjadikan susu yang diperah kelihatan cair. Susu yang keluar pada awal sesi pemerahan lebih cair dari susu yang keluar pada sesi akhir.
Di Shaklee, kami menyediakan 3 set untuk ibu menyusu:
*dipetik dari Anakku Wiraku:

Set B
untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Set E
lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
Usah gusar jika rupa susu yang diperah berbeza dengan susu perahan rakan yang lain. Hakikatnya kita adalah unik!

Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, January 23, 2012

  Pentingnya pengambilan kalsium yang mencukupi | Untukmu Wanita

Umumnya kita tahu betapa pentingnya setiap wanita terutama yang bergelar ibu mengambil kalsium yang mencukupi setiap hari.

Kenapa perlu kalsium?
kredit kepada Cery
Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Oke, Ini semua orang tahu, termasuklah budak sekolah rendah. Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh. Ini bagi memastikan kita boleh berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.

Kesuburan. Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.

Membantu fungsi otot dan jaringan saraf. Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf. 1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.
Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Sewaktu mengandungkan Aisyah, saya pernah rasa kejang kaki. Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. Teringat seorang teman saya, tiba2 beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan
Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

Melancarkan sistem jantung dan aliran darah.Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.
Saya pernah cerita mengenai emak saya, beliau dulu mengalami masalah jantung yang agak lemah dan mengambil Aspirin bagi membantu jantungnya berdegup. Tetapi sekarang Alhamdulillah, pernafasannya lebih lancar dan tidak tersekat-sekat walau banyak bergerak dan berjalan. Memang benar, kalsium menguatkan degupan jantung dan boleh mengurangkan lemak dalam darah.
Gejala-gejala seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi patah dan rosak tetapi kalau system saraf tidak berfungsi, apalagi yang kita boleh lakukan.Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegahlah sebelum menjadi lebih parah

Jom kita baca apa kata pengguna pula..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, January 22, 2012

  Kuih koci labu

Gara-gara nak habiskan labu yang dibawa dari kampung tempohari, kali ini nak cuba buat kuih koci labu pula. Menggunakan resepi kuih koci pulut hitam, sedikit olahan dengan menggantikan tepung pulut hitam dengan puri labu.


Kuih Koci Labu
oleh : Umi dapuraulad


inti kelapa homemade
wangi bau labu

Bahan-bahan:
250g tepung pulut
1/2 c puri labu (rebus dan lecek labu)
1 c air
secubit garam
sedikit minyak masak untuk alas koci
inti kelapa secukupnya
daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk pengukus
2. Gaul sebati tepung pulut, puri labu, garam dan air. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti kelapa dan bulatkan doh tadi.
4. Sapu sedikit minyak pada permukaan daun pisang, letakkan kuih koci tadi dan bungkus daun pisang.
5. Susun di dalam loyang pengukus. Kukus selama 15 minit.

siap bungkus, belum dikukus

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, January 21, 2012

  Berpantang selepas bersalin dengan lebih sihat

Menjadi kebiasaan setiap ibu yang baru melahirkan anak akan menjalani tempoh berpantang selama 44 hari atau mungkin sehingga 60 hari.Walaupun tempoh pantang selaam 44 atau 60 hari merupakan  suatu masa yang amat menguji kesabaran, namun sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini.  Wanita yang rajin berpantang dikatakan  akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan.

Selain dari faedah kesihatan dan fizikal tubuh,  beberapa amalan ketika berpantang juga ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.

Kata orang, kecantikan bermula dari dalaman. Tentu anda setuju dengan pernyataan tersebut.  Ibu-ibu yang sedang berpantang juga perlu jaga pemakanan. Kadang kala peraturan atau pantang yang terlalu ketat juga boleh memudaratkan kesihatan. Contohnya ibu berpantang tak digalakkan minum banyak air. Amalan ini tidak begitu sihat diamalkan kerana ibu menyusu sepatutnya minum banyak air bagi melancarkan perjalanan darah seterusnya menghasilkan susu untuk anak.  Bagaimana nak pastikan ibu berpantang mendapat keperluan nutrien secukupnya? Secara mudahnya saya cadangkan ibu-ibu supaya mengambil set berpantang Shaklee yang mengandungi Vita C, B Complex, Alfalfa dan Zinc.

Jom kita baca apa kata pengguna yang amalkan set berpantang  ini:

Anda, bagaimana?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Homemade popcorn!

Yeayy!
Itu aksi anak-anak bila saya berjaya buat popcorn di rumah. Sangat gembira bila dapat makan popcorn buatan sendiri, tak sangka boleh buat sendiri di rumah.

Resepi yang sangat istimewa ini saya jumpa di dapur puan bee, terima kasih ye puan bee sudi kongsikan cara membuat pop corn ni!

Kalau nak tengok resepi asal, boleh jenguk sini.  Ini cara saya membuatnya:

Bahan:
1/2 c biji jagung
6-7 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Masukkan biji jagung, kecilkan api biar sederhana
3. Tutup dengan penutup kuali. Biarkan kesemua biji jagung kembang. Tunggu hingga habis bunyi 'pop' baru ditutup api dan buka penutup kuali.

1/2 cawan biji jagung (beli di kedai bakery)

minyak secukupnya menutupi biji jagung
tunggu...


pop!
Boleh buat pelbagai perisa. Saya buat perisa karamel sahaja iaitu panaskan 2 sudu besar marjerin + 3 sudu besar gula pasir. Panaskan biar gula cair, tutp api, masukkan pop corn tadi dan gaul rata.
perisa karamel

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, January 20, 2012

  Wordless Friday | lagi-lagi RVC

Sudah banyak kali buat kek ni, tapi nak tunjuk juga kat sini. Motif? Tulisan tangan dah 'improve' hihi...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, January 19, 2012

  12oz dalam satu sesi, mustahil?

Sangat teruja membaca testimoni dari kak Nadiah seorang exclusive pumping mother iaitu ibu yang mengepam sepenuhnya bagi menyusukan anak.  Jom kita baca bagaimana beliau berjaya mendapatkan 12oz dalam satu sesi pumping selepas mengamalkan ESP beserta vitamin set B yang lain. Saya salinkan di sini mesej yang dihantar oleh kak Nadiah kepada N:
Salam N, tak sabar akak nak bagitau...malam tadi before tido akak amik ESP mcm N bagitau tu...pukul 2pg tadi masa mengepam ...subhanallah! terkejut akak.... 12 auns..tak pernah dapat banyak macam tu...pukul 6 pagi tadi pam lagi dapat 9 auns, still banyak dari biasa...dan memang anak akak cepat kenyang dan susu lebih pekat....so akak asingkan 3 auns untuk dia minum...so , 2 kali pam tu aja dah dapat buat 15 auns stok...dan yang menakjubkan AKAK BARU MINUM ESP 1 SUDU! Syukur boleh buat stok banyak-banyak untuk pose...really work it dan lebih manis lagi ia berlaku dalam menstrual...so akak notice ambil alfalfa 3 times, set trial pack tu dan ESP betul2 buat susu akak banyak dan berkualiti...nampaknya N akan regular customer la...hehehe...thanks N....

Boleh email kak Nadiah bagi mereka yang ingin bertanya lebih lanjut pengalaman beliau ini di nadeeyya_kk@yahoo.com.
kredit kepada Norita anakkuwira.com

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, January 18, 2012

  Pisang Tanduk

 Kenal tak pisang tanduk? Ada yang belum kenal pisang ni, saya letak gambar kat sini ye.


Sedap dibuat pisang goreng. resepi mudah aje, bancuhkan tepung beras dan tepung gandum bersama sedikit garam dan air secukupnya.  Sukatan tepung beras dan tepung gandum dalam anggaran nisbah 4:1, iaitu 4 bahagian tepung beras dan 1 bahagian tepung gandum.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, January 17, 2012

  Perlukah kita ambil vitamin?

Mampukah kita untuk pastikan pengambilan makanan seharian kita mengandungi cukup vitamin dan khasiat seperti yang sepatutnya? Contoh mudah, berapa banyak buah yang perlu kita makan sehari untuk pastikan badan mendapat Vitamin C secukupnya?  Berapa kilo sayur perlu diambil?  Persoalan lain: Adakah bahan mentah (sayur, daging contohnya) diproses dengan betul supaya zat dan vitamin tidak hilang?  Dan pelbagai persoalan lagi yang perlu kita fikirkan. Tambahan pula dengan batasan masa dan gaya hidup moden sekarang ini kadang kala memaksa kita 'makan sekadarnya' tanpa menitikberatkan kuantiti  apatah lagi kualiti khasiat makanan yang kita ambil.  Golongan ibu menyusu pula terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih berat; memastikan badan sendiri mendapat khasiat secukupnya dan pada masa yang sama nak pastikan susu mencukupi dan berkhasiat untuk si anak.  Besar sungguh pengorbanan ibu-ibu ni ye..!

Kesan pengambilan Vitamin
Tindakbalas vitamin ke atas badan adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.  Bagi mereka yang sudah dibiasakan dengan pengambilan vitamin, penyerapannya lebih mudah berbanding individu yang jarang-jarang sekali ambil vitamin.  Oleh itu jangan cepat mengeluh jika sudah seminggu ambil vitamin tapi masih kekal dengan tabiat pemakanan lama, suka 'junk food', suka minuman bergas atau ais, rehat tak cukup, minum air sekadar hilang haus sahaja.  Badan perlukan masa untuk membaiki tisu-tisu yang rosak, sebelum menghasilkan output sepatutnya.  Selain dari itu pastikan ibu-ibu tidak ambil minuman atau makanan berkafein seperti kopi, teh dan kebanyakan minuman bersoda.  Kafein merupakan musuh vitamin yang boleh memusnahkan vitamin dalam badan.


Antara perubahan yang berlaku pada tubuh selepas pengambilan vitamin adalah seperti:


1. Healing crisis - badan rasa lemah, lesu, mungkin demam kerana proses nyahtoksin sedang berlaku.

Jika ini berlaku, banyakkan minum air sekurang-kurang 3Liter sehari, sabar dan berdoa. 

2. Badan rasa semakin cergas dan kurang lesu.

3. Kulit menjadi lebih licin dan cantik
4. Rambut juga semakin kurang gugur
5. Lebih bijak mengawal emosi dan rasa lebih tenang

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, January 15, 2012

  Jaga kesihatan diri supaya kita mampu jaga yang lain

Alhamdulillah saya tumpang gembira membaca status kawan pelanggan Shaklee di FB yang menggunakan vitamin Shaklee untuk pelbagai masalah kesihatannya.  Antara produk yang beliau amalkan ialah GLA, ESP, Mealshake dan Nutriferon

Menurut doktor, dia mengalami ketidakstabilan hormon. Pada masa yang sama beliau juga mengidap ekzema.  Alhamdulillah berkat sabar dan usaha, Allah temukan beliau dengan produk yang serasi bagi menyelesaikan masalah kesihatannya.  Kita sebagai hambaNya wajib berusaha sedaya upaya mencari jalan keluar kepada masalah yang Allah beri sebagai ujian hidup, di samping berdoa serta yakin bahawa Allah tidak turunkan ujian kesakitan, kesusahan ini semua melainkan sebagai ujian ke atas hambaNya. Ujian ini mungkin sebagai kafarah dosa, mungkin juga untuk meningkatkan sabar dan meninggikan darjat iman kita. Yang penting, kita sabar dan berusaha. Bukan bermakna sabar menadah tangan sahaja, sebaliknya kita kena usaha mencari penawar untuk setiap masalah ini.

Jika anda juga menghadapi masalah kesihatan seperti ini, apa salahnya kita mencuba mengamalkan pemakanan vitamin sebagai salah satu kaedah bagi menyelesaikan masalah kesihatan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, January 13, 2012

  Anak cerewet makan?

Anak-anak berumur 1-4 tahun kadang agak cerewet dan memilih makanan. Apabila dia hanya pilih makanan kegemarannya (kalau makanan yang sihat tu ok lah juga) sahaja, jadi maknya tentu risau anak tak dapat khasiat seimbang.  Bagaimana nak buat kalau anak tak ada selera makan atau memilih makanan?  Ibu-ibu boleh cuba pelbagaikan menu berasaskan makanan kegemarannya. Contoh kalau anak suka mee, pelbagaikan menu dengan mee seperti mee cendawan, mee udang, mee sup dan sebagainya. Boleh juga tambahkan sedikit sayuran ke dalam menunya.  Mulakan dengan kuantiti yang sangat minimal agar si anak tak sedar yang makanannya tadi mengandungi sayur.

Saya sudah tak risau lagi pasal makanan anak, Alhamdulillah anak-anak saya sekarang kurang cerewet dalam memilih makanan, yang lebih ketara mereka lebih selera makan sekarang ini.  Terutama anak yang ada ekzema seperti Syakirah dan Faisal, saya pastikan mereka mengambil mealshake dan sekarang ini saya tambahkan Omegaguard untuk mereka. Syakirah hanya makan 1 biji Omegaguard seminggu, manakala Faisal saya beri 3 kali seminggu.

Jom kita baca apa kata ibu-ibu yang beri anak mereka Omegaguard dan mealshake, gembira ibunya bila selera makan anak meningkat!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Wordless Friday lagi...| RVC untuk sahabatku

Meraikan birthday girl hari ini 13 Januari 2012.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, January 12, 2012

  Sumber protein yang sangat sedap!

Saya pastikan anak-anak mengambil sarapan sebelum ke sekolah setiap pagi. Sarapan sangat penting untuk memulakan hari kita dengan bertenaga. Saya sendiri kadang kelam kabut juga nak duduk makan sarapan dengan tenang, maklumlah berkejar menyiapkan anak-anak ke sekolah dan juga ke taska.  Tapi sibuk macamana pun saya tetap ambil sarapan walaupun ringkas. Yang penting mesti ada ESP. Apa itu ESP?

Saya juga ambil ESP sebagai milkbooster. Jika sebelum mengenali Shaklee, saya amalkan minum air longan dan juga soya (kotak) sebagai milkbooster.  Tapi bila dikira-kira semula, kos soya dan air longan jauh lebih mahal berbanding ESP yang boleh tahan sehingga 4 bulan.  Bukan sahaja menjimatkan kos, malah merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Jom baca pengalaman mereka yang amalkan pengambilan ESP:
Jika anda mengalami tanda-tanda kekurangan protein (seperti kulit muka kusam, lesu tak bertenaga), cubalah minum ESP setiap pagi dan malam. InsyaAllah anda akan rasa perbezaannya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, January 11, 2012

  Menjaga kesihatan tulang

kredit kepada Shaklee Malaysia
Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.  Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Jom kita baca apa kata pengguna yang pernah amalkan Ostematrix ini:
Sayangilah kesihatan tulang kita. Minum susu sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan kalsium seharian kita, terutama jika anda wanita kerana para wanita mengalami haid, mengandung dan juga menyusukan anak.  Berikan Ostematrix untuk isteri, ibu dan wanita yang anda sayangi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, January 9, 2012

  Kuih koci pulut hitam

Antara kuih kegemaran abi ialah kuih koci (tradisional sungguh abi ni..), kebetulan umi dah siapkan inti kelapa awal-awal lagi waktu balik kampung tempohari.  Daun pisang pun dah import dari kampung, jadi bolehlah buat projek kuih-muih dengan anak-anak sempena cuti sekolah ni.

Resepi ini umi salin dari dapur Cik mat Gebu, resepi asal di sini.  Jom tengok macamana nak buat kuih koci ni. 

BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam

BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepikan untuk 10 - 15 minit.
  3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....
  4. Umi celup doh berisi inti ini dalam adunan santan pekat sebelum dibalut daun pisang. Rasa lemak masin bila celup santan ni. 
Lupa nak ambil gambar, kuih koci ni dah dihabiskan dalam masa kurang 1 jam!

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




      Bukan sekadar kuruskan badan...

    Banyak kebaikan lecithin Shaklee seperti mana yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Antara fungsi lecithin adalah:

    1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
    2. Lecithin  dapat mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
    3. Baik untuk kecerdasan otak.
    4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila kita meningkat tua.
    5. Mengekalkan kelembapan  kulit.
    6.Mengalakkan penyerapan vitamin  larut lemak (Vitamin A, D, E dan K).Jadi lebih banyak vitamin dapat diserap.
    7. Lecithin  merupakan pengemulsi yang bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yang lebih kecil.
    8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yang membakar lemak dalam badan. Sangat diperlukan  untuk kuruskan badan.
    9. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan.Ini juga faktor penting untuk kuruskan badan.
    10. Mengawal kolestrol dalam darah.
    11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
    12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.
    Sangat disarankan kepada anda yang sedang mengamalkan diet untuk  menambahkan lecithin bersama diet anda. Hasilnya anda bukan sahaja dapat menguruskan badan malah  ia juga dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental anda. 
    Saya kongsikan di sini testimoni pengguna yang mengamalkan lecithin dalam dietnya. Jom baca!
    Sihat bukan suatu pilihan, tapi merupakan satu kemestian. Pilihlah vitamin semulajadi, tanpa kesan sampingan!

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Saturday, January 7, 2012

      Pakej 3 hari 2 malam

    Cuti terakhir tahun 2011 kami pulang ke kampung. Kali ini balik selama 3 hari 2 malam. Kebetulan ada banyak buah durian dan rambutan sekarang ni di kampung.  Dapatlah merasa kait buat rambutan sendiri, pengalaman baru untuk anak-anak ni. Maklumlah kalau di bandar hanya beli buah rambutan yang dijual di gerai buah, kali ini mereka petik sendiri di pokok sekitar rumah atuk.


    kopek durian guna alat kopek kelapa ni!
    terbaik..!
    Kami buat lawatan sambil belajar ke ladang kelapa sawit atuk. Seronok naik jip, melompat-lompat ikut jalan tak berturap ni adush..! Nenek pesan baca doa banyak-banyak nak naik jip atuk ni!
    Nenek pesan baca doa banyak-banyak nak naik jip atuk ni!

    inilah pokok kelapa sawit ye anak-anak!
     Dah penat meninjau ladang, kami singgah untuk mandi-manda pula. Budak-budak lelaki je yang suka sangat mandi sungai, yang perempuan penakut!

    InsyaAllah nanti kita datang ke sini lagi.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Friday, January 6, 2012

      Selamat Tahun Baru | Perlu azam baru ke?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dapuraulad. Untuk ke sekian kalinya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ' Selamat Tahun Baru Masehi 2012', moga dengan kedatangan tahun baru ini kita akan lebih bersemangat, lebih bersungguh-sungguh untuk meneruskan segala yang baik serta meninggalkan segala yang buruk sepanjang tahun 2011 yang telah lepas.

    Sempena tahun baru ini juga saya akan membuat beberapa perubahan ke atas blog saya ini. Perubahan ini mengambilkira beberapa maklumbalas dan komen yang disuarakan oleh anda pembaca yang saya hormati. Ada yang kata dapuraulad dah semakin kurang cerita resepi, kurang cerita tentang anak-anak.  Malah saya juga baru perasan yang ada juga pembaca non-muslim yang follow blog saya ini.  Kadang terlupa atau tersasar juga bila menulis di blog, maklumlah saya selalunya tidak membuat sebarang draf, hanya tulis apa yang terlintas di fikiran.  Memang agak kurang cerita anak-anak, resepi dan tips sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, banyak cerita Shaklee aje kan?  Hahaha..sebenarnya itu minat baru saya sekarang ini, untuk berkongsi dengan anda semua beberapa tips kesihatan keluarga.  Sejak saya dan keluarga mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi Shaklee, memang terasa perbezaannya.  Saya sangat berpuashati dengan Shaklee.  Kegembiraan itulah yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.

    Apa azam baru tahun ni? Kenapa perlu ada azam baru di setiap awal tahun baru?
    Mungkin ada juga pembaca yang timbulkan persoalan macam ni. Semacam satu kewajipan pula tahun baru dengan azam baru. kalau awal Muharram pula dikaitkan dengan peristiwa hijrah, seolah-olah Rasulullah s.a.w memulakan perjalan hijrah pada awal Muharram.  Sebenarnya peristiwa hijrah tiada kaitan dengan bulan Muharram, tahun baru tak diwajibkan mesti ada azam baru. Tapi apa salahnya kita mengambil sempena bulan pertama , awal tahun untuk memulakan niat baru, keazaman baru agar kita lebih fokus dan mudah membuat perancangan untuk tahun tersebut? Tak salah bukan?

    Ada juga yang tanya; sepatutnya kita sambut ulang tahun kelahiran ikut bulan Islam (Hijrah) atau ikut bulan Masehi? Jawapannya, boleh sambut mana-mana sebab kedua-duanya diiktiraf dalam Islam. Bulan Masehi mengikut peredaran matahari, manakala bulan Hijrah mengikut peredaran bulan; kedua-duanya makhluk ciptaan Allah belaka.

    Balik ke persoalan asal; apa azam tahun baru anda? Saya yakin tentu anda memilih yang baik-baik saja kan? Semoga kita dapat menjayakan azam baru kita dengan lebih bersungguh-sungguh, tanpa alasan dan tanpa tangguh.  Kita berhak membuat seribu satu dalih kerana kitalah pemerintah kepada diri sendiri. Cuma, jadilah pemerintah diri yang adil kerana kelak kita akan ditanya di hadapan Allah.

    Moga kita semua lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih berjaya pada tahun 2012 ini. Jagalah kesihatan diri kerana ia sangat berharga tak dapat diganti oleh wang ringgit. Bak kata orang bijaksana " jika kita tiada masa untuk menjaga kesihatan diri sendiri, pasti kita tiada masa untuk mengubat diri yang sakit nanti".

    Dapatkan vitamin semulajadi lebih sihat tanpa kesan sampingan, istimewa untuk pembaca dapuraulad!

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Wednesday, January 4, 2012

      Shaklee memang best!

    Alhamdulillah rasa sungguh gembira hari ni baca status kawan di FB, dia kongsikan pengalamannya mengamalkan vitamin Shaklee set penyusuan.

    Pengalaman umi sendiri mengambil vitamin Shaklee memang sangat berpuas hati. Bukan untuk penyusuan semata-mata, badan juga tak letih lesu, rasa bertenaga sepanjang hari. Kadang susah hati terutama waktu susu merudum.  Maklumlah ibu menyusu perlu stamina nak uruskan anak, nak kerja, nak buat stok EBM dan macam-macam lagi.  Siapa yang pernah lalui pengalaman menyusukan anak akan faham apa yang umi katakan ini.

    Jom baca sini!

    Ada tips eksklusif ye? Jika anda membeli dari dapuraulad, umi akan berikan tip istimewa ini. Khas untuk pelanggan dapuraulad ye!

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Monday, January 2, 2012

      Mengidam?

    Kredit kepada MommyLyna
    Pernahkah anda tiba-tiba teringin nak makan sesuatu… ya mungkin bila dalam keadaan lapar, kita mudah teringin nak makan apa-apa. Ataupun bila terdengar atau terlihat sesuatu makanan, kita jadi teringin.
    Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.

    mengidam

    Tapi, tahukah anda, mengidam makanan atau ‘craving’ sebenarnya berkait rapat dengan kekurangan zat dalam badan kita?

    Mengidam atau teringin makanan terbahagi kepada 2 jenis – emosi dan fizikal. Mengidam secara emosi ialah perasaan teringin, mungkin tengah lapar atau tengok orang makan makanan yang sedap, menyebabkan kita pun teringin sama. namun begitu, sekiranya tubuh kita kekurangan vitamin dan mineral, kita juga akan mengidam makanan tertentu. Ini dipanggil mengidam fizikal. Tubuh kita sebenarnya memberi isyarat bahawa ia memerlukan ekstra vitamin.

    Jadi, bagaimana nak kenal dan tahu antara mengidam emosi ataupun fizikal?

    Jika anda mengidam COKLAT, anda mungkin kekurangan VITAMIN B & MAGNESIUM
    Dapatkan vitamin B Complex Shaklee yang terdiri dari 8 jenis vitamin B yang lengkap serta Ostematrix untuk bekalan magnesium harian.

    Jika anda mengidam BENDA PELIK (saya pernah dengar orang mengidam kiwi kasut, kertas, etc), and mungkin kekurangan ZAT BESI
    Dapatkan Vitalea Iron Formula bagi mendapatkan bekalan zat besi anda.

    Jika anda mengidam BENDA MANIS (aiskrim, kek, kuih manis, etc), anda mungkin kekurangan minerals seperti chromium, carbon, phosphorus, sulfur or tryptopha
    Dapatkan Vitalea Iron Formula atau Mealshake untuk bekalan vitamin dan mineral anda.

    Sekiranya anda teringin nak makan sesuatu, cuba periksa adalah ia berlaku sepanjang masa atau hanya dalam keadaan tertentu saja. Jika keinginan itu berlaku sepanjang masa, anda mungkin bermasalah kekurangan vitamin tersebut. Anda mungkin takut gemuk kalau asyik teringin makan coklat aje.

    Jadi, apa salahnya anda dapatkan vitamin terbaik bagi mengawal keinginan terhadap makanan ni. Lebih baik mencegah dari mengubat kan?


    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




     

    Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com