Saturday, December 31, 2011

  Satu hari tanpa Internet!

Setiap zaman ada cabaran tersendiri. Kalau zaman 50an dulu mungkin agak asing melihat orang naik kereta. Kenderaan awam pun tak ada, apatah lagi kereta persendirian. Tapi hari ini kita lihat setiap rumah ada sekurang-kurangnya satu kereta.

Kalau dulu-dulu Internet memang asing. Di universiti hanya ada satu makmal khas yang menyediakan perkhimatan Internet, capaian agak terbatas dan sudah pasti sangat perlahan

Hari ini Internet di mana-mana. Di pejabat, di rumah, di cafe malah hingga ke dalam tandas semuanya ada capaian Internet.  Kalau dulu-dulu Internet memerlukan kabel khas, fiber optik dan sebagainya. Hari ini semuanya wireless.  Capaian sangat pantas, sekelip mata kita sudah dapat menyaksiakn perlawanan secara langsung di luar negara.  Hebatnya Internet ini hinggakan tiada siapa yang mahu ketinggalan untuk berada di atas track ini.

Cuba anda pejamkan mata sebentar dan bayangkan dunia hari ini tanpa capaian Internet. Nak booking tiket kapal terbang kena telefon agen, nak hantar tugasan kena pos guna kurier, nak cari maklumat kena buka buku belek satu-satu, nak pos entry ini pun sudah tentu mustahil kan?  Mungkin kerana sudah terbiasa dengan capaian maklumat di hujung jari, jadi agak menggelabah juga jika tiba-tiba perkhidmatan Internet ditamatkan. 

Jadi, hargailah kemudahan yang ada untuk tujuan yang baik. Jangan kita salah guna nikmat kurniaan Allah ini kerana kelak kita akan dipersoalkan atas segala kemudahan, masa dan nikmat yang diberiNya.

“Entri ini ditulis untuk cabaran #6 iPad MySuperKid yang direviu oleh [nama & hyperlink blog juri] dan ditaja oleh Hafiy Dot Com

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Pakaian kita, akhlak kita

Kata orang pakaian mencerminkan akhlak seseorang. Malah pakaian juga dapat melambangkan keperibadian dan keintelektualan seseorang.  Setujukah anda dengan pernyataan tersebut?  Dalam surah al-Ahzab ayat 33 Allah berfirman yang bermaksud:

"... dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang Jahiliyyah yang terdahulu..."

Melalui pakaian juga kita boleh membezakan orang yang betul-betul memahami tuntutan agama atau hanya sekadar terikut orang atau budaya. Dengan berpakaian yang benar-benar menutup aurat serta menjaga kehormatan diri, dapat gambarkan bahawa individu ini pat kita yang betul-betul menjiwai dan mengamalkan ajaran Islam. Maklumlah, iman dalam hati hanya Allah yang tahu.  Sekurang-kurangnya akhlak yang terpamer melalui pakaian dapat memberikan gambaran luaran keadaan iman seseorang.


Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”."
(HR Muslim)

Dalam satu hadis lain:


"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, dia tergolong dalam kaum tersebut."
(HR Ahmad dan Abu Daud)


Teringat lirik lagu lama (zaman 90an dulu), menarik sekali!

Amalan zahir disebut syariat
amalan batin dinamakan hakikat
bila keduanya dijalinkan
akan nampaklah tanda-tandanya...

“Entri ini ditulis untuk cabaran #5 iPad MySuperKid yang direviu oleh [nama & hyperlink blog juri] dan ditaja oleh Bling Boutique

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Pilihlah yang semulajadi!

Kita semua inginkan yang terbaik
terbaik kualiti
terbaik kesihatan
terbaik segalanya...

Pastikah apa yang anda ambil?
makanan semulajadi, bukan yang mudarat
vitamin semulajadi, bukan sintetik
udara semulajadi bersih dan segar
pastikan yang terbaik
semestinya yang semulajadi!

Allah kurniakan akal
agar kita mampu memilih
yang terbaik di antara yang ada
semampu mungkin
pilihlah yang semulajadi
agar kita pandai bersyukur
dan lebih hampir kepadaNya..!

“Entri ini ditulis untuk cabaran #3 iPad MySuperKid yang direviu oleh [nama & hyperlink blog juri] dan ditaja oleh Sentuhan Bayu

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Jadilah ibu yang hebat!

Cabaran utama menjadi seorang ibu bukan sahaja mendidik anak, mengasuh anak malah bermula sejak anak dalam kandungan lagi. Penat jerih seorang ibu mengandungkan anaknya selama 9bulan, bukan suatu yang boleh dipandang remeh. Di awal kandungan si ibu menanggung rasa mual, loya, sensitif pada sesetengah bau dan sebagainya.  Masuk usia kandungan 4 bulan mula terasa penat badan kerana kandungan semakin berat, baju juga berubah saiz dari M kepada XL, suhu badan meningkat.  Kadang ada ibu yang masih berterusan rasa mual mengandung sejak minggu pertama hingga saat melahirkan.  Masuk usia kandungan 7 bulan kaki mula terasa sembap, badan cepat penat, kadang sukar nak lelapkan mata.  Siapakah yang sanggup menanggung keperitan semua ini? Hanya ibu-ibu hebat sahaja yang sanggup bersabar, menahan perih menantikan saat kelahiran; bukan kerana tidak tahan menanggung berat kandungan tapi dek kerana tidak sabar ingin menatap wajah anak yang dikandungnya selama ini.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". – Al Ahqaf 15


Saat kelahiran...gelisah si ayah menanti dalam debar saat kelahiran anaknya. Si ibu bertarung nyawa demi anak tercinta. Kesakitan yang ditanggung si ibu saat mahu melahirkan anaknya  lebih perit dari sakit gigi malah sakit yang kedua azabnya selepas sakit mati.
Ibu hebat, kan?

Setelah anak lahir ke dunia, bermulalah tanggungjawab penjagaan dan pendidikan secara fizikal terhadap si anak. Seawal kelahiran anak diazankan dan  ditahnik. Hari ketujuh dicukurkan kepalanya dan diberi sebaik-baik nama sebagai doa dari ibu ayah buat anak sepanjang hayat.  Membesarlah si anak dengan kasih sayang seluruh keluarga tertumpu padanya. Si ibu berusaha sedapat mungkin untuk melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun sebagaimana saranan Allah dalam al-Quran:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. Al Baqarah 233

Umumnya kita tahu khasiat susu ibu merupakan makanan terbaik buat si anak. Oleh itu penting bagi ibu menjaga pemakanannya agar berkhasiat, seimbang agar proses penyusuan dapat berjalan lancar.  Namun gaya hidup dan pemakanan hari ini memaksa kita mendapatkan makanan tambahan (supplement) bagi mengisi kekosongan keperluan khasiat yang tidak dapat dipenuhi oleh diet seharian kita. Dalam memilih makanan tambahan, ibu-ibu perlu bijak menilai yang mana baik dan yang mana mudarat. Ada tiga jenis makanan tambahan mengikut kategori iaitu sintetik, organik dan semulajadi.  Semampu mungkin, pilihlah yang semulajadi dan dibuat dari bahan makanan kerana ia lebih hampir dengan fitrah kita.

Sejak lahir anak diberi susu ibu. Dibekalkan juga susu ibu walau anak ditinggalkan di taska atau bersama pengasuh. Begitulah tabahnya si ibu sanggup berjaga malam, mencari renggang masa yang ada waktu bekerja untuk mengepam susu buat bekalan si anak.
Syabas buat semua ibu yang berusaha menyusukan anak dengan susu ibu. Ibu memang hebat!

Semestinya kita memilih yang terbaik untuk anak, memberikannya makanan terbaik, susu terbaik, pendidikan terbaik malah segalanya yang terbaik sahaja. Ibu yang hebat bukan sekadar memastikan semua yang diberi untuk anaknya terbaik, malah memastikan dirinya sendiri mengambil makanan terbaik, supplement terbaik agar dia terus sihat dan kuat untuk menjaga insan tersayang. Ketahuilah, dirimu begitu berharga. Oleh itu anda yang bergelar ibu, pilihlah makanan dan makanan tambahan semulajadi sebagai pilihan terbaik.  Prasa 'ibu hebat' bukan sekadar gelaran, gimik atau angan-angan.  Sebalinya ia adalah cabaran dan impian yang harus dikejar oleh setiap ibu. Kerana hanya ibu yang hebat mampu melahirkan dan mendidik insan menjadi hebat!

Andalah ibu yang hebat!

“Entri ini ditulis untuk cabaran #4 iPad MySuperKid yang direviu oleh [nama & hyperlink blog juri] dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, December 28, 2011

  Kenapa perlu ambil lecitin?

Hujung tahun waktu cuti sekolah begini memang banyak majlis kenduri. Sana-sini ada jemputan makan-makan.  Bila dah banyak makan kenduri ni maklum sajalah dengan segala macam lemak, daging, kolesterol cukup semuanya.  Bagi yang mementingkan kesihatan, jangan ingat  hidup untuk makan aje tau. Sebaliknya kita ni makan untuk hidup, jadi berpada-padalah.

Macamnana nak  buang lemak-lemak ni semua dari badan kita? Shaklee ada Herb-lax yang dapat membantu nyahtoksik badan, juga lecithin untuk pecahkan lemak dan alfalfa untuk angkut lemak-lemak yang dipecahkan tadi keluar melalui sistem perkumuhan.

Kali ini umi nak cerita tentang lecithin. Banyak kegunaan lecithin ni sebenarnya. Apa itu lecithin?

kredit kepada MommyLyna
Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.
FAEDAH LECITHIN
- Membersihkan saluran darah
- Sebagai pengemulsi lemak dalam salue darah semula jadi yang power!
- Mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan metabolisma lemak.
- Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.
- Mengelakkan nyanyuk.
- Mencergas dan mencerdaskan otak.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengawal kehilangan air oleh kulit.
- Menjaga kesihatan membran sel.
- Menjaga kesihatan saraf.
- Penting dalam penghasilan hormon.
- Untuk rambut yang sihat.

SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN
- Soya
- Telur
Lecithin Shaklee dibuat dari soya.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?
- Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
- Pesakit diabetes dan buah pinggang.
- Penderita stroke.
- Mereka yang kolesterol tinggi.
- Mereka yang mengalami inflamasi.
- Mereka yang sukar tidur.

KESAN KEKURANGAN LECITHIN
- Rambut gugur
- Tidak dapat fokus dengan baik
- Sering sakit dan mengalami keradangan.

Dapatkan Lecithin Shaklee hari ini. Pastinya yang HALAL sahaja. Harga istimewa untuk pembaca dapuraulad!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sarapan berkhasiat dan sedap

Sarapan atau makan pagi sangat penting untuak memulakan hari kita.  Malah para saintis menggelarkan sarapan pagi sebagai makanan otak. Semua orang termasuk kanak-kanak tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kalangan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu dengan pelbagai alasan.

Bila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering kita dengar ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukanlah satu tindakan yang tepat kerana ia umpama menyuruh si anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.

Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.
Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.
Malangnya, masyarakat kita belum mampu menjadikan sarapan sebagai satu kemestian di dalam hidup mereka atau jika diambil pun pada waktu yang agak lewat pagi.

Ayuh kita mulakan hari yang penuh ceria dengan sarapan berkhasiat! Menu sarapan yang mudah seperti bijirin, roti, boleh dipelbagaikan sesuai dengan selera anak. Contohnya boleh beri anak roti bakar, roti telur, roti cicah sup cendawan dan sebagainya.

Di samping itu umi beri anak-anak Mealshake bagi melengkapkan keperluan vitamin di samping sarapan yang diambil.
Apa dia Mealshake? Mealshake ialah gabungan mukltivitamin, multimineral dan protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar. Amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, memilih makan, kurang selera makan, sibuk beraktiviti dan yang memerlukan sokongan untuk menguatkan imuniti.

Umi sendiri ambil ESP bersama Performance Drink.  Alhamdulillah rasa bertenaga dan kenyang hingga tengahari.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, December 27, 2011

  Atasi Masalah Kurang Darah

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Dalam bahasa mudah; anemia adalah keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah.  Keadaan ini boleh diukur dengan melihat kandungan Hb (hemoglobin) untuk menentukan tahap kandungan darah seseorang. Antara tanda seorang itu mengidap anemia ialah pucat, sering keletihan, kurang selera makan, sakit kepala, jantung berdebar dan sesak nafas.  Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

kredit kepada MommyLyna
Walaupun anemia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
Antara punca anemia utama ialah:-
- kekurangan zat besi
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
- masalah tiroid

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI
Ia boleh berpunca dari:
- Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran atau dalaman
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C
Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX
Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?
Anemia boleh membawa maut!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda-tanda kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan

RAWATAN & CARA MENGATASI
****Sekiranya ia melibatkan masalah kesihatan seperti masala hormon atau jangkitan kuman/kecederaan, sila dapatkan rawatan yang bersesuaian.

Untuk masalah kekurangan zat, anda boleh mendapatkan produk ini :

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, December 25, 2011

  Mengantuknya...sambil berdiri pun boleh tidur!

Imran jarang meragam waktu nak tidur. Kadang sukar nak jangka kalau dia nak tidur, sedang asyik bergelak ketawa dengan abang-abang; tup-tup dia senyap langsung tertidur.  Umi selalu bawa Imran ke program-program IKRAM di luar, jaarang tinggalkan dia maklumlah masih menyusu badan. Biasanya dia sangat bekerjasama, jarang meragam dan tidak mengganggu langsung.

pusing kiri

pusing kanan...masih tidur!
Syukur ya Allah, Imran yang jarang meragam, selalu mengalah walau dibuli kakak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, December 24, 2011

  Jom masak-masak | Donut

Lagi aktiviti masak-masak bersama anak-anak. Suka sangat bereksperimen di dapur, yang tak seronoknya part nak kemas dapur. Waktu cuti begini bolehlah tugaskan masing-masing ada tugasan sendiri, kalau tidak umi tak akan benarkan mereka main masak-masak lagi. 

Kali ini kami buat donut pula. Resepi ini umi olah sendiri, hasil eksperimen buat roti tempohari. Hipotesis umi ialah roti akan kekal gebu jika menggunakan whipping cream menggantikan susu segar.  Jadi resepi kali ini nak gunakan whipping cream.  Jom kita cuba!

Donut gebu
oleh : umi of dapuraulad

bahan:
5 c tepung gandum
1 peket yis kering (umi guna Mauripan)
1 c susu segar
1/2 c whipping cream
1/2 c gula halus
1/4 st garam
3 sb marjerin
2 biji telur
Syifa' tak sabar nak makan

banyak ni..

Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan kecuali marjerin. Uli biar rata.
2. Masukkan marjerin, terus uli biar menjadi doh yang licin.
3. Apabila doh sudah licin, masukkan dalam beg plastik yang besar dan bersih.  Uli doh dengan cara meramasa-ramas beg plastik tadi. Terus uli selama 15 minit.
4.  Keluarkan doh.
5.  Taburkan sedikit tepung di permukaan meja supaya doh tidak melekat. Bentukkan doh menggunakan acuan donut mengikut saiz yang disukai.
6. Biarkan donut yang telah dibentuk tadi mengembang anggaran 2 kali ganda (sekitar 30 minit)
7.  Goreng donut dalam minyak panas dengan api kecil sehingga masak.
8.  Angkat dan toskan donut.
9.  Boleh disalut dengan gula aising atau dicelup coklat dan hias dengan coklat rice atau thousand color.

ada yang suka buat begini

boleh juga buat macam ni..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, December 23, 2011

  Untuk kecantikan kulit | Kolagen dan vitamin

Biasa sangat kita dengar sekarang ini  kaedah mencantikkan kulit menggunakan kolagen samada secara suntikan, atau pemakanan atau penggunaan barangan kecantikan yang mengandungi kolagen.Tak kurang juga yang menggunakan kaedah suntikan vitamin C dan seumpamanya.

kredit kepada MommyLyna
Apa itu kolagen? Kolagen adalah sejenis protin yang berfungsi sebagai pelekat sel-sel tubuh kita. Contohnya pada kulit, kolagen berfungsi untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit.
Bukan itu saja, kolagen juga adalah bahan perekat (gam) dan penting pembentukan dan perkembangan tendon, ligamen, rawan serta penting dalam penyambungan otot ke tulang.
Kolagen semakin menyusut oleh faktor penuaan (READ: kenaikan paras radikal bebas dalam tubuh). Kehilangan kolagen memberi kesan kepada otot, rawan, ligamen dan yang paling ketara ialah kedutan pada kulit.
Jadi, kita dah tahu bahawa kolagen dimusnahkan oleh radikal bebas. Radikal bebas pula diatasi dengan pengambilan antioksidan contohnya vitamin C dan vitamin E.
Jadi, jelas sekarang kan? Mana yang lebih penting, pastinya antioksidan (vitamin C dan vitamin E). Seperti membersihkan kain yang kotor, punca kotoran itu harus diatasi dulu,bukan dengan menutup bahagian kotor itu semata-mata. Kain yang koyak perlu dijahit, bukan dilapisi semata2.
Bukan saya kata pengambilan kolagen tidak bagus, tapi baguskan lagi kesannya dengan turut mengambil antioksidan (vitamin C dan vitamin E). Dan jika anda perlu memilih, pilihlah antioksidan.
Dapatkan set skincare yang terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E untuk memerangi radikal bebas dan membina kembali kolagen dalam tubuh anda.
Banyak testimoni pengguna yang pernah mengamalkan set skincare boleh baca di sini.
Harga istimewa untuk pembaca dapuraulad, hubungi saya sekarang!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Rindu saat itu...

Rindu saat itu
ketika kau memandangku penuh harap
lidah kelu mulut membisu
hanya mata kita saling berbicara
ku genggam tanganmu
ku dakap erat tubuhmu
segera sembuh duhai anakku...!

moody hari ni, tak mahu duduk, jari masuk mulut aje..

Gerangan gigi baru nak keluar, Imran meragam tak mahu makan. Kesian dia...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, December 22, 2011

  Keistimewaan Vitamin C Sustained Release

Pakar pemakanan menyarankan kita supaya mengambil vitamin C sustained release iaitu pelepsan mengikut masa.  Apa dia sustained release ni? Owhh Shaklee ada vitamin C berjenis sustained release ni, jom baca!
kredit kepada Shaklee Malaysia
Sustained Release Vita-CTM 500 mg  
 
Bekalan Vitamin C secara Semulajadi
Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.  Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan kesihatan gigi, gusi dan tulang. *
Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. 

Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan supaya ambil sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Sebaiknya vitamin C itu dipatah dua sebelum ditelan. Kenapa? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg kerana ketika sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.


Tahukah anda?
Badan kita memerlukan vitamin C setiap hari namun ia sangat rapuh (fragile) dan mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan sebagainya.
 
Vitamin C adalah perlu untuk:

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, December 21, 2011

  Tips rawat ekzema anak

Sangat gembira pagi ini dapat SMS dari pelanggan yang sudah mencuba Basic H dan Herbal Cream untuk merawat ekzema anak, kudis-kudis anak dah hilang cuma tinggal parut aje katanya.

Umi nak kongsi di sini tips menggunakan produk:
1. Basic H
  • umur lebih 8 bulan.Mandikan anak seperti biasa. Air bilasan terakhir dititiskan 2 atau 3 titik Basic H (memang sikit je sebab Basic H ni concentrated -pekatan), jirus pada anak. Tak perlu bilas lagi. Terus lap dengan tuala biar kering.
  • untuk baby - Boleh juga masukkan 2 atau 3 titik basic H dlm air mandian anak , mandikan baby dengan air tadi. tak perlu bilas, terus lap macam biasa.
  • Jika anak demam (atau ada tanda2 nak demam mcm dedar panas), mandikan dgn basic H
  • banyak lagi kegunaan Basic H ni, boleh guna utk cuci sayur/buah
2. Herbal cream
  • sapu nipis pada kulit bayi, terutama tempat ruam atau peilpat paha, ketiak,lengan
  • boleh juga sapu cream ni utk kurangkan kesan gatal gigitan nyamuk, semut dll
  • boleh digunakan utk lotion kulit tangan
Umi sendiri ada testimoni menggunakan Basic H utk kurangkan kesan melecur terkena minyak panas. Alhamdulillah bahagian yg disapu Basic H tak tinggalkan parut, berbanding bahagian yang sengaja umi tinggalkan tak sapu basic H. Kesan parut masih ada sekarang ni. Malu nak ambil gambar, hanya kongsi dengan kawan-kawan aje.

Untuk anak yang berumur lebih setahun, umi sarankan ambil mealshake. Mealshake ini sebenarnya multivitamin dalam bentuk serbuk yang dibancuh bersama minuman kita. Boleh diambil oleh orang dewasa juga, terutama untuk naikkan berat badan. Ibu menyusu yang nak diet (kuruskan badan) juga sesuai. Sedap dan mengenyangkan!

Sebab apa kanak-kanak ekzema perlu mealshake? Untuk kuatkan antibodi badannya. Sebab kita tahu yang ekzema tiada ubat khusus, kena tunggu anak besar (selepas 5 tahun) baru ekzema kan berkurang dengan sendirinya. Tapi sebgai ibu, mana tahan tengok anak menggaru-garu kan? Jadi kita bantu kuatkan antibodi badannya dengan bekalkan multivitamin untuk dia.Imran pun dah kurang ekzemanya. Umi hanya sapu krim ini sahaja pada kulitnya selepas mandi.

Khas untuk pembaca dapuraulad, harga istimewa untuk anda!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Jom masak-masak | Samosa

Antara aktiviti waktu cuti sekolah umi buat kelas masak-masak untuk anak usia 8-12 tahun, tapi ada juga kawan-kawan kakak Syaima' umur 13 tahun yang berminat nak ikut serta.  Selain daripada mengisi masa lapang, boleh juga buat 'kerahan tenaga' anak-anak di rumah ni untuk buat stok frozen food hihi..

Kali ini kami buat samosa.  Inti daging dan kentang. Susah juga nak ajar Azzam yang tangan kidal ni, lain yang umi tunjuk lain pulak yang dia buat. Terpusing-pusing tangannya nak ikut cara umi. Akhirnya umi biar dia kreatif sendiri macamana nak lipat samosa ni supaya jadi bentuk 3 segi.

bahagikan kepada 3 bahagian

ambil 2 helai, bentukkan kon dan letak inti

lipat menjadi 3 segi

yang senget benget tu Azzam yang buat

dah siap goreng
 Satu peket kulit popiah (readymade) boleh dapat 60 biji samosa saiz ini.  Sebahagian kami goreng makan ramai-ramai, sebahagian lain simpan buat stok frozen food.  Untuk simpan frozen, jangan goreng dulu ye. Boleh terus simpan dalam bekas yang sesuai ke dalam freezer.

Bila sudah siap digoreng, boleh makan begitu saja atau pun dicicah dengan sos cili Thai. Mmm..memang sedap buat minum petang ni!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, December 19, 2011

  Keistimewaan Shaklee

kredit kepada Shaklee Malaysia

Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, December 18, 2011

  Nasi Maglubah Udang | resepi pantas!

Bangun pagi tadi terpinga-pinga tak ada idea nak masak apa untuk hari ni.  Hujung minggu umi selalunya akan masak 'all-in-one', selesaikan semua urusan di dapur sebelum anak-anak turun dari bilik.  Sekurang-kurangnya tiada yang mengganggu umi waktu memasak.  Maklum ajelah, rumah tanpa 'pembantu asing' ni memang kena siapkan kerja segera sebelum 'dibantu' oleh anak-anak (tolong buat sepah).

Tengok dalam freezer ada udang, dalam fridge pula ada terung, cauliflower.  Hmmm..jom buat nasi maglubah udang!

Kali ni nak bereksperimen lagi, biasanya buat nasi maglubah ayam atau daging.  Resepi boleh intai sini juga di sini.  Umi cuma tukarkan ayam kepada udang.  Oh ya, bersihkan udang dan terus goreng tanpa buang ekor dan kepalanya.  Hipotesis umi kononnya air dari kulit udang ni lagi sedap bila dimasak bersama nasi.  Jom kita lihat hasilnya!


belum diletakkan beras
Bagi umi resepi ni sangat cepat dan sedap.  Hanya dalam beberapa langkah saja nak sediakan hidangan lengkap ni.  Ini cara yang umi buat:

Nasi maglubah Udang
oleh : Umi of dapuraulad
bahan:
3 biji kentang
cauliflower
3 biji terung
2 c beras
udang
3 c air
1 sb rempah (campurkan rempah kurma dan rempah briyani)
1 kiub stok ayam
1/2 sb garam - bancuh kiub ayam, rempah dan garam dlm air

Cara membuatnya:
1. Rendam sayuran dalam Basic H.
2. Kupas kentang, belah 4, bersihkan beras, bersihkan udang (tak perlu buang ekor dan kepala)
3. Goreng kentang, goreng sayuran, goreng udang (setiap satu jenis berasingan), sekadar separuh masak shj.
4. Aturkan kentang, sayuran dan udang dalam periuk. Masukkan beras, air, bancuhan rempah dan garam.
5. Tanak nasi seperti biasa.

Alhamdulillah memang sangat sedap nasi ni. Kakak Syifa dan Syakirah masing-masing makan 3 pinggan!  Wahh nampaknya kena buat lagi ni minggu depan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, December 17, 2011

  Vitamin untuk ibu | Kerana dirimu begitu berharga!

Dalam kesibukan harian kadang kita terlupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri.  Fitrah seorang ibu lebih mementingkan kesihatan anak-anaknya, dipastikan anaknya mendapat makanan, susu dan penjagaan terbaik.  Kadang pemakanan untuk diri sendiri diabaikan, sering berlaku ibu-ibu makan ala kadar, makan tak tentu masa, kadang skip makan. 

Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Ini belum cerita tentang khasiat makanan yang diambil, maklum sajalah kalau beli makanan di luar belum tentu dimasak dengan suhu yang betul, tahap kebersihannya, belum diambil kira bahan pengawet, perisa tambahan dan macam-macam lagi.


Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplement  bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara-perkara di atas.

Vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu adalah seperti berikut:



vitamin ibu menyusu
kredit kepada MommyLyna


Jadi para ibu sekalian, jagalah kesihatan diri agar kita sihat dan mampu menjaga kesihatan keluarga tersayang!

Hubungi saya untuk mendapatkan diskaun istimewa untuk pembaca dapuraulad!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, December 16, 2011

  Turunkan berat badan, badan cergas bertenaga

Lagi testimoni dari pengguna yang telah mendapat manfaat dari penggunaan produk Shaklee. Umi kongsikan di sini untuk tatapan pembaca dapuraulad.


Mariam telah mengambil set A yang mengandungi vita C, B complex dan Vitalea untuk kesihatan optimum di samping Performance Drink bagi memastikan dia sekeluarga kekal bertenaga waktu mengerjakan umrah Ramadhan lepas.  Maklumlah berada di bumi Mekah yang panas terik hingga mencecah suhu 54 Celsius boleh menyebabkan badan kita terhidrat atau kekurangan air.  Nak minum air dengan kerap, maklum sajalah bulan puasa. Lagipun suasana ketika mengerjakan umrah dengan cuaca panas, orang sangat ramai, tambah pula berpuasa.  Oleh itu sangat penting untuk kita ambil supplement dan amalkan Performance Drink supaya badan tak kering air.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, December 15, 2011

  Cuci buah sebelum dimakan, bagaimana caranya?

Di rumah kami pastikan anak-anak makan banyak buah sebagai ganti snek atau makanan ringan.  Walaupun ada juga umi belikan jajan sekali-sekala, tapi buah-buahan sangat penting bagi memastikan mereka mendapat fiber atau serat sepatutnya.

Masalahnya kadang agak leceh nak bersihkan buah-buahan yang dibeli ni.  Terutama buah-buahan import yang biasaya disaluti wax atau lilin.

Tapi sekarang sejak ada pencuci serbaguna Basic H ni, senanglah kerja umi. Cuma tambahkan beberapa titik pencuci ni dalam air, kemudian redam buah-buahan ni.  Memang terasa lebih bersih dan lebih yakin untuk dimakan.  Nampak air rendaman tadi agak berkeladak, menunjukkan kekotoran yang terlekat pada buah-buahan tadi tanggal setelah direndam dengan Basic H.

Ibu-ibu, jom pastikan buah-buahan yang anak kita makan bebas dari lilin dan kekotoran ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, December 14, 2011

  Kem IKRAM Junior - hari ke-2

Sambungan entry lepas.
Masih cerita perkhemahan aulad pada 10-11 Disember 2011 di TUDM.

Malam tadi selepas solat Maghrib dan tazkirah kami ada sesi bercerita. Umi ceritakan kisah perlumbaan arnab dan kura-kura, bukan versi yang biasa anak-anak dengar tapi versi arnab dan kura-kura bekerjasama untuk memenangi perlumbaan.  Ada selingan tayangan gambar motivasi dan seumpamanya.  Kemudian ada persembahan kumpulan pula.  Macam-macam aksi anak-anak ni...

Kemudian kami ber'bbq', tak dapat snap gambar, gelap... kebetulan malam tu ada gerhana bulan. Jadi dapatlah anak-anak peluang melihat gerhana bulan penuh di atas puncak bukit, indahnya ciptaan Allah!

Keesokan paginya ada pertandingan kawad. Latihan kawad dikendalikan dengan tunjukajar oleh 'abang askar'.
 Pertandingan untuk memilih siapa yang paling cekap dan peka mendengar arahan kawad.
dah pening dengar arahan kawad??

7 buah khemah semuanya

terima kasih abang askar!
 Lepas kawad kami bawa anak-anak pusing keliling kem TUDM melihat kawasan padang lapangan terbang tentera, helikopter, tempat rekreasi dan sebagainya. Luas juga kawasan kem ini. Pelawat luar tidak dibenarkan masuk, kecuali dengan kebenaran.
 Lepas balik lawatan, anak-anak akan melukis kembali pemandangan yang mereka lihat tadi. Wahh ada macam-macam 'peta' yang dilukis! 
 Ada yang bentuk 'google maps'
 Ada juga yang macam 'ular kena palu'!
Seronok kem kali ni, insyaAllah nanti kita ke sini lagi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Vitamin untuk kanak-kanak

Apa khabar anak-anak hari ni? Umi doakan semuanya sihat dan ceria selalu. Musim cuti sekolah begini mesti ramai yang sedang berehat di rumah, kan? Walaupun sedang bercuti, jangan sampai abaikan kesihatan ye. Maklumalah cuti begini boleh ambil peluang lari dari rutin harian, ada yang lewat bangun, ada yang lewat sarapan dan ada juga yang skip makan vitamin.  Haa..jangan macam tu ye anak-anak!

Kalau boleh ambil sendiri vitamin ni, alhamdulillah senang hati mak dan ayah.  Kalau masih belum pandai nak ambil sendiri, minta tolong mak atau ayah atau abang ye.  Yang penting jangan abaikan kesihatan. Pesan juga pada mak ayah supaya ingatkan anak-anak untuk rajin makan vitamin.  Maklumlah vitamin ni penting untuk tumbesaran dan kesihatan anak-anak.  Kalau dah sakit, lagi susah hati mak ayah kan? Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?  Rasulullah s.a.w pun pesan supaya kita rajin jaga kebersihan, jaga kesihatan.

Tak tahu nak makan vitamin apa? Ohh senang aje, bagitau pada mak ayah supaya bekalkan anak-anak dengan vitamin ini:
 untuk anak-anak 4-12 tahun
 ini pula untuk anak 1-3 tahun
Jangan lupa ye anak-anak semua! Ibu ayah juga jangan lupa berikan vitamin K(kasih sayang) juga untuk anak-anak ye?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, December 13, 2011

  Azzam yang kuat menyakat..ishh boleh tahan!

Azzam ni memang hobinya menyakat adik-adik.  Dia lagi suka menyakat kalau adik-adik kalah dengan dia. Kadang riuh rendah juga rumah kami dek gelagat Azzam ni.  Yang paling tak tahan diusik ialah Ammar, sikit je kena tapi menangis mengalahkan kena gigit dek harimau (kata Azzam).

Makcik jiran sebelah belikan Faisal cendul, sebab dia tahu Faisal ni memang makanan kegemarannya ialah cendul.  Azzam masukkan cendul dalam mangkuk besar dan ajak adik-adik makan ramai-ramai.

Puaslah si adik-adik ni sedut straw tu tapi tak dapat pun cendulnya.  Rupa-rupanya si Azzam simpulkan hujung straw (bahagian yang terendam dalam cendul), jadi memang tak dapat nak sedut cendul tu!  Kesian adik-adik..memang marah betul kat abang yang kuat menyakat ni!

Lepas tu mereka pakat nak kenakan abi pulak, hihi...sakit perut mereka gelakkan abi.  Tapi tak dapat nak tayang gambar abi kat sini, tak dapat kebenaran! haha..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  3 item wajib bagi mereka yang ada ekzema

Sebelum ni umi dah kongsikan pengalaman umi merawat ekzema Imran, kali ni nak kongsikan pula pengalaman Iffah pula yang menjaga baby Faheem yang di sahkan menghidap eczema sejak lahir lagi. Faheem mendapat eczema kerana Iffah mengambil steroid ketika mengandung (kerana masalah kesihatan SLE nya).

kredit kepada Iffah (thanks for sharing!)
-----------------
Pelbagai alternatif rawatan yang ada tetapi rata-rata mengatakan ianya bertindak sementara dan mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi, saya di sini ingin berkongsi pengalaman saya merawat masalah eczema yang dihidap oleh Faheem sejak lahir lagi.
Peringkat Awal Kemunculan Eczema Faheem Shaklee Meal Shakes
Sejak dilahirkan lagi, Faheem telah mengambil steroid (dalam bentuk cecair) kerana dari dalam rahim Faheem telah mendapat bekalan steroid dari saya(Steroid tidak boleh dihentikan pengambilan serta merta). Akibatnya, timbullah ruam-ruam kecil, merah dan gatal-gatal pada pipi dan leher Faheem. Keadaan bertambah teruk apabila saya diserang SLE yang aktif pada minggu kedua berpantang mengakibatkan dosage steroid di tambah dan eczema Faheem mengganas. Ruam Eczema semakin banyak, dan jelas kelihatan dan akibat di garu ia menanah.
Antara serangan Eczema yang teruk_Shaklee_Faheem
Pelbagai rawatan dah saya cuba. Pergi berjumpa pakar kanak-kanak, pakar sakit kulit… tapi kesannya hanya sementara. Bila disapu cream ia berkurang apabila tidak ia kembali. Hampir setahun saya mencuba akhirnya saya melihat perubahan setelah saya mengambil breastfeeding Set Shaklee ( Set Basic, OsteMatrix dan Energizing Soy Protein(ESP)) atau lebih popular dengan nama Set 3M dan bagi luaran saya mandikan Faheem dengan Basic H2 Shaklee.
Selepas pengambilan 3M Breastfeeding_Shaklee Meal Shakes_Basic H2_Herbal Blend
Anda boleh lihat selepas 5 bulan, kulit Faheem menjadi sangat halus dan tiada lagi parut atau kesan eczemanya. Senang hati saya. Selepas berhenti menyusu, saya berikan Faheem 3 perkara WAJIB bagi memastikan sistem pertahanan tubuh Faheem di paras optimum bagi melindungi Faheem dari masalah kulit dan masalah kesihatan yang lain. Apakah 3 item WAJIB itu??
3 Item Wajib ada untuk Eczema di Shaklee_Herbal Blend_Shaklee Meal Shakes_Basic H2
Sudah semestinya:
  1. Shaklee Meal Shakes perisa Vanilla yang sangat lazat!
  2. Basic H2, Magic Liquid yang sangat marvellous dan
  3. Herbal Blend, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.
Alhamdulilah, 3 rangkaian item WAJIB ini telah banyak membantu bukan sahaja saya malah ibu-ibu yang telah mencubanya. Jika anda mempunyai masalah anak yang eczema, jangan berlengah lagi! Dapatkan ketiga-tiga Item WAJIB ini pada harga yang sungguh istimewa! Hanya di tawarkan di FW|SOSC dengan PENJIMATAN HEBAT!!
Anak anda pasti suka mandi selepas ini dengan air mandian Basic H2, hanya beberapa titik boleh menghasilkan mandian buih yang hebat! Nikmatnya mandi, kulit pun sihat ~ Jom join Faheem mandi bersama Basic H2!
Faheem Love Basic H2 Shaklee

Umi juga menggunakan ketiga-tiga item ini sebagai alternatif untuk merawat ekzema Imran dan kakak Syakirah.

Buat ibu-ibu yang menghadapi masalah yang sama, jom kita cuba dengan 3 item ini, mudah-mudahan sesuai untuk anak anda.  Hubungi umi segera untuk tawaran menarik khusus buat pengunjung dapuraulad!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kem IKRAM Junior -hari pertama

Aktiviti IKRAM Junior bagi tahun 2011 diakhiri dengan Kem IKRAM Junior yang telah diadakan di kawasan kediaman Mejar Mazli di Kem TUDM, Subang pada 10-11 Disember 2011.  Seramai 32 peserta yang terdiri dari aulad IKRAM Subang Jaya dalam lingkungan usia 8-11 tahun. Namun ada juga peserta 6 tahun iaitu Faisal yang ikut serta.

Seawal 8 pagi para peserta telah berkumpul di perkarangan Masjid TUDM, dihantar oleh ibubapa masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bacaan ikrar aulad, menyanyikan lagu tema, latihan kawad, teambuilding games dan pelbagai lagi. Jom saksikan sebahagian gambar yang sempat dirakam.
ada muazzin, imam dan baca tazkirah

solat berjemaah

masak pizza

sedap...!


beratur untuk buat bbq (malam)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, December 12, 2011

  Untuk Ammar...

Ammar yang 'suka mengubah lagu' ada minta umi buatkan kek coklat untuk harijadinya 5 Disember baru ni. Kali ni umi buat kek yang sangat ringkas dan cepat, target nak makan selepas makan malam.  Jadi balik dari pejabat pukul 5.30 petang umi terus mulakan operasi.  Alhamdulillah kami sempat makan kek selepas solat Maghrib.

Untuk dapatkan resepi boleh jenguk sini.Kemudian keluar ke Giant seksyen 13, meraikan 'birthday boy' yang minta hadiah jam.
lapis cheese

tutup dengan coklat

swirl cheese lagi..

buat 9 ramekin comel utk 9 orang. dah masak!

berlapis cheese, yummy!
Abi tanya Ammar nak apa untuk hadiah kali ni? Ammar kata nak hadiah 'alarm clock' supaya dia boleh tolong kejutkan semua orang bangun solat Subuh. 5-6 biji jam dicuba, akhirnya dia berkenan pada satu jam loceng klasik ni.  Mahalnya RM89 jam ni (kata umi), tapi abi kata belikan aje sebab Ammar punya niat yang baik, tak sanggup abi nak kata tidak. Lagipun dia dah berkenan pada jam ni, klasik sungguh!

kuat bunyinya..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com