Friday, September 30, 2011

  Cecair pencuci pelbagai kegunaan

kredit kepada Shaklee Malaysia
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Jom dapatkan segera, hubungi umi di 013-3623889 atau emel ke norasiah99@gmail.com

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, September 29, 2011

  Berkelah di hari raya?

Pulang beraya tempohari sangat menyeronokkan, terutama buat anak-anak yang memang sudah lama teringin nak berkelah di kawasan air terjun.  Tercapai juga hasrat mereka.  Waktu warga kota berpusu-pusu pulang ke desa, kami masih santai menikmati hidangan hari raya. Petang raya pertama baru kami beransur balik ke Jerantut, tiba di rumah mak sekitar waktu Asar.  Keesokannya raya kedua sibuk melayan tetamu yang tak kunjung henti datang beraya, hingga ke malam kami masih melayan tetamu.  Wahh cik ida dari Jepun pun dah tiba, balik bercuti sempena hari raya.

Raya ketiga, ayah pula menyambung rutin ke Pusat Hemodialisis di Hospital Jerantut.  Jadi kami hanya berziarah sekitar rumah jiran terdekat.  Pagi-pagi lagi umi dan mak uda sibuk memasak siapkan bekalan untuk berkelah.  Raya macam ni ada orang pergi berkelah? Hehe... sengaja mencari kelainan, asyik makan kuih raya, ketupat semua, nak juga makan angin hirup udara segar.

Jom, kita ke Lata Meraung!






Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, September 28, 2011

  Cabaran bulan ke 9

Imran sudah melepasi bulan kesembilan hooray! Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kurniaanMu.  9 bulan dapat menyusu badan sepenuhnya merupakan milestone ke-2 yang umi target bagi menjayakan 2 tahun penyusuan badan untuk Imran.

Sempena Imran berjaya melepasi cabaran kali ini, kakak-kakak nak nyanyikan lagu 'Katak kembung' untuk Imran.  Maaf ye maksu Eni, tak dapat nak videokan aksi mereka, tiap kali halakan video semua 'pelakon' jadi kaku dan malu-malu gitu... InsyaAllah akan cuba lagi lain kali ye.

Jom kita nyanyi sama-sama...!

Kembung katak kembung katak kembung katak kempis
kempis...
(buat aksi katak melompat sambil kembungkan pipi)
Kempis katak kempis katak kempis katak kembung
kembung...
(kemudian tukar pula aksi katak kempis)
 Imran memang suka mengekek bila tengok aksi kakak sambil menyanyikan lagu ni.
dah pandai panjat tangga sampai ke atas

sapa panggil saya?



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, September 20, 2011

  Pembantu yang setia

Ketika bekerja di dapur umi perlukan ramai pembantu untuk menyelesaikan segala urusan di dapur dengan cepat dan cekap.  Antara pembantu yang telah banyak berjasa dan setia berkhidmat adalah:
Queen Pressure cooker

Europa Oven
Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas bantuan 'pembantu setia' ini, juga buat abi yang banyak memahami dan sangat supportive!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, September 19, 2011

  Vivix dalam Harian Metro

Umi salinkan semula petikan dari Harian Metro bertarikh 22 Januari 2010.

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.

Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, September 18, 2011

  Masih berhari raya - buat biskut raya pusingan kedua

Raya kali ini umi memang awal-awal lagi berniat tak nak beli biskut raya, sebab tak nak ulangi pembaziran seperti tahun-tahun sebelum ini.  Alhamdulillah berjaya mencapai target.  Tapi 2 jenis biskut ini memang tak boleh tidak, mesti nak kena ada stok sentiasa; tart nenas dan biskut 'chipsmore'.

Oleh kerana umi dah berazam tak nak buat biskut, awal-awal lagi Azzam dan Ammar berjanji nak buat sendiri biskut (dah tentu dengan pengawasan umi lah kan?).

Umi dah siapkan adunan tart nenas.  Resepi ambil dari kak jee, memang sedap resepi ni dan sesuai dengan selera penggemar tart nenas nombor 1 di rumah ni.

Azzam uli doh, Faisal letakkan inti. Mana gambar Faisal ni?

Ammar letakkan silang pada tart

syukurlah, merasa juga tart nenas raya ni...
Nak resepi? Untuk rujukan maksu eni, senang je nak buat ni tak perlu peralatan canggih pun hehe..
Tart nenas
salin dari dapur kak jee (minta izin ye kak jee)
BAHAN2NYA:
150 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1½ sudu besar gula icing
100 gms butter (pure unsalted butter dipotong dadu)
1 kuning telor
air sejuk (berais)

JEM NENAS:
250gm nenas yg telah disagat
150 gm gula pasir
1 sudu besar jus lemon
cara membuatnya:
masak nenas sampai agak2 pekat baru bubuh gula...masak lagi sampai pekat. kalau suka boleh buh tepung jagung sikit.

CARA MEMBUAT PASTRI:
Ayak tepung, tepung jagung,garam dan gula ising ke dalam mangkuk besar. Masukkan butter, ramas perlahan2 guna hujung jari (rub in method). Bila dah berderai, masukkan kuning telor dan uli. Kalau perlu, bubuh sedikit air sejuk hingga menjadi doh. Rehatkan doh kira-kira  25 minit. Turap kira-kira suku inci dan gunakan acuan tart. Cepit guna penyepit keliling doh itu dan letakkan kira2 satu sudu jam nenas. Bakar 10 hingga 15 minit, kepanasan 180 c.
-umi tunjukkan cara buat tart ini guna acuan lonjong, tak guna sepit pun. Hanya terapkan acuan, letak inti dan letakkan silang 2 pada tart.  Sekali tunjuk aje Azzam dah boleh buat sendiri.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, September 17, 2011

  Lagi testimoni Vivix

Banyak testimoni yang dihantar oleh pengguna-pengguna Vivix.  Teringin sungguh umi nak mencubanya, tapi Vivix ni tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung dan ibu menyusu.  Jadi kena simpan dulu hasrat nak mencuba Vivix ni.  Bagi anda yang tidak termasuk dalam kategori tersebut, bolehlah mencuba ye!
Ini pula kata2 mereka yang berpuas hati dengan Vivix:

Credit to N

>>Baru2 ini ada seorang yang menelefon ibu dan berkongsi kebaikan Shaklee yang telah dilalui oleh kakak iparnya...

" Kakak ipar akak nampak cantik walaupun dia lebih tua dari akak. Dahi dia licin, tiada kedutan akibat usia yang meningkat. Miracle la Vivix ni"

Ibu tanya lagi..."berapa lama dia dah makan?", jawab kakak ni kakak iparnya sudah 3 bulan mengamalkan pengambilan satu sudu teh Vivix setiap hari.

Memang benar, ibu ada satu testimoni dari luar negara...wajahnya nampak kedut pada awalnya kerana usianya mencecah 90 lebih. Tetapi selepas mengamalkan Vivix, wajah nenek ni berubah menjadi seolah2 usianya baru 50 tahun. Kulitnya kelihatan sangat cekang dan dia memang nampak sangat muda!!!<<
This is new testimonial from Malaysia:


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

My name is Kamarulzaman, I am a teacher who works in Johor.  My testimonial is about my son who was diagnosed with a low red platelet cell count or the doctor said as ITP.
4 years ago when he was diagnosed with this disease I was devastated and I went to the specialist to really identify what is the problem?  Because this situation can lead to 3 condition either a malfunction of the sum-sum tulang, ITP or leukemia. So I have to make sure what it is? After a few checking procedure by the specialist hospital, thank god it is not the either 2 and it is confirm ITP and the doctor say there is no cure for this.
           
My son went for the treatment to monitor the red platelet cell of his body, the condition never improved and my son red platelet cell is always at 90 000 to 120 000, sometimes when it goes under 50 000 then he would be hospitalized.  (Normal person platelet count 150, 000 – 450 000) this was going on until the doctor tell me that one of my son lung is damaged and need surgery.  Since my son is still in school I would not like him to be operated.  Then, the doctor suggested him to take steroid. 

Well this have gone far enough because with steroid the side effect will be more ruining to my son health. So I try to find other solution in providing the healthcare for my son. That is why when Jess suggested Shaklee supplement a year ago for my son I just give it try. At that time my son is taking Vitalea, Vita-C and Nutriferon. The result is good because my son red cell platelet count maintain at 100 000 – 120 000 and I can see he can be slightly active because of this.
            
In January 2010, Jess recommended me to try VIVIX with the supplement that my son already consuming. I was at first curious because can this product really build the new cell for our body. Well anyway there is no harm in trying a good supplement like Shaklee so I give it a try. On the first 3 days of consuming the product my son red cell platelet count drop to 93 000, so I call Jess what happened? He said wait a week and see for the changes because the body is readjusting the new nutrition.
            
After a week I take my son for another test and to my surprise the platelet count shoot up to 170 000. This has never happened before and the doctor is surprised with the result also.  That night I was so happy for my son because now he gets a chance to live a normal life. Thank you! Vivix.

Lagi testimonial:

Testimoni 2 puan fiza

Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua. Setibanya kami, hari sudah menginjak ke waktu sahur. Semasa di meja makan sambil menikmati juadah sahur, emak dengan nada gembira memberitahu bibirnya kemerah-merahan. Macam pakai lipstik. hehehe. Katanya sakit sendinya sudah semakin berkurangan. Rasa kebas tangan pun sudah berkurangan. Alhamdulillah…Sebenarnya sudah 2 minggu kot saya bagi mak mertua saya mencuba VIVIX. Memang betullah sepertimana testimoni yang saya baca dan fakta2 berkenaan VIVIX. Saya memang tunggu feedback begini dari mertua. Sebabnya, emak mertua selalu bercerita mengenai keadaan kesihatannya yang selalu rasa kebas tangan, sakit pinggang, sakit sendi, demam lambat baik, emak juga ada lelah. Nafasnya berbunyi agak kuat. Tapi sepanjang 2 hari lepas, memang ada perubahan, nafasnya tidak berbunyi seperti lelah. Alhamdulillah. Saya tahu Shaklee memang bagus. Harganya mahal, tapi setanding kualiti. Sekiranya berkemampuan memang saya pun nak beli VIVIX gak. Senang, hanya sesudu teh, sudah cukup. Ianya untuk kesihatan keseluruhan malahan juga anti penuaan.

Oh ya, sewaktu pulang ke rumah emak di Kedah, emak juga komen kulitnya rasa licin, berseri sikit. Tak tahula penangan VIVIX ke B Complex ke Vitamin C. Saya tak kisah sangat kalau mereka nampak muda, yang penting saya harap mereka lebih sihat, jarang sakit, mudah nak beribadat dan lebih seronok melayan kerenah kami anak-beranak. Tak puas lagi merasa kasih sayang emak dan abah. Saya tak senang hati kalau ibu bapa mengadu sakit sana sakit sini. Saya masih perlukan mereka dalam hidup saya. Takkanlah saya nak sihat seorang sahaja. Ibu bapa dibiarkan masuk hospital, makan ubat-ubatan, cucuk sana, cucuk sini, sedangkan saya tahu ada penawar yang baik seperti supplement Shaklee.
Semua orang sayang ibu dan ayah kan. Jangan berkira untuk membeli vitamin untuk mereka. Pendapatan yang kita peroleh setiap bulan bukan hak kita seorang, harus dikongsi dengan yang tersayang. ...............

testimoni 3

nama saya Norimah, saya seorang surirumah sepenuh masa dan saya berumur 58 tahun apa yang menjadi masalah kepada saya ialah apabila saya membuat kerja rumah atau pun memasak tangan saya akan merasa kebas dan bila berjalan lebih sedikit maka betis saya pula yang sakit. Untuk ini sudah bermacam produk yang saya cuba contohnya. supplement calsium, glucosamine dan yg lain2 yang ada di farmasi. saya juga telah berjumpa dengan doktor pakar ataupun tidak pakar. Mereka kata biasalah ni untuk orang dah berusia. Setelah lama berusaha maka saya diperkenalkan dengan shaklee pada 2 tahun lepas dan semenjak itu saya mula makan kalsium, gla, vita- c serta omega 3 dari shaklee. Alhamdullilah saya merasa kekurangannya dari setiap hari kepada 3 kali seminggu tetapi saya tetap merasa kebas di tangan itu dan sakit di betis setiap kali bekerja kuat terutamanya bila kenduri kendara.

Pada awal januari 2010 saya diperkenalkan pula dengan produk baru dari shaklee iaitu vivix, dan apa yang menarik perhatian saya ialah produk ini boleh mengembalikan badan saya menjadi muda 25 tahun....bab ni saya rasa mungkin ramai yang tak percaya!. saya pun sama juga...dalam hati berkata betul ke ni?, tetapi saya telah kenal Shaklee 2 tahun lepas dan selalunya apa yang di claim oleh shaklee adalah dijamin berkesan.jadi saya pun membeli produk ini. dan mencubanya. Hari pertama dan kedua saya tidak merasa apa-apa perubahan yang ketara cuma saya rasa saya tidak mudah penat walaupun seharian buat kerja di rumah.

Hari ketiga saya ada majlis yaasinan ( majlis baca yasin beramai2 di rumah) dan saya seperti biasa akan memasak utk menjamu mereka yang datang......pada kebiasaannya apabila saya membuat majlis begini tangan saya akan merasa kebas dan betis saya mula sakit...Tetapi amat menakjubkan kerana satu hari tu saya tidak merasa sakit walau sedikitpun...adakah ini disebabkan vivix! setelah selesai majlis dan sampai waktu tidur malam saya masih tidak merasa apa2 malah badan saya tidak rasa penat sedikit pun. keesokkannya saya telefon Jess dan memberitahunya. baguslah katanya badan dah jadi muda latu. Betul ke badan saya dah jadi muda?? kalau betul saya merasa amat berterimakasih kepada vivix kerana dengannya saya tidak lagi mengalami sakit2 seperti dahulu. malah badan saya sentiasa rasa segar..Pn Norimah can be contacted at :Norimahoth@gmail.com

kredit kepada Jessnor Hafiz.Banyak lagi testimoni  di sini 

*What to expect with Vivix? Results will be different for each person depending on their state of health. I have been in very good health so my “noticeable” results did not happen quickly. It took a good 4-6 months for me to discover that my joints were much more flexible and my brown spots had lessened. Keeping our bodies healthy at the “cellular” level is extremely valuable. For those who want to stay youthful and fit as long as possible, Vivix is a must. It’s all about impacting the aging process going forward, as well as reversing as many existing negatives as possible. For those in more fragile health, Vivix may detoxify to the extent you experience a temporary negative reaction. As Dr. Shaklee said, “When starting a supplement program you might ‘raise a little dust’ before you get the house clean.” Be patient and persevere to ultimate HEALTH ~extract from here
Inginkan Vivix pada harga istimewa? Hubungi umi di 013-3623889 segera !

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, September 16, 2011

  Masih dalam mood raya

Assalamualaikum buat pengunjung semua, masih dalam bulan Syawal kan? Jadi umi ambil kesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya buat semua, tahniah buat anda yang sudah berjaya melengkapkan ibadah puasa sunat Syawal, dugaan sungguh nak puasa sunat walaupun hanya 6 hari di kala orang lain sibuk beraya huhu...

Sempena musim perayaan begini banyak juga yang menempah kek dan blueberry cheesetart dari dapuraulad.  Untuk kek, kali ini umi gunakan loyang saiz 4 segi pula, lebih senang nak menghias kek.

Antara kek yang paling banyak mendapat sambutan ialah kek coklat lembap (chocolate moist cake) dan kek merah baldu (red velvet cake).
Jamuan PPSS

Dr Fakariah and daughter

Sambutan Hari Raya IKRAM
 Hujung minggu ni jadual ziarah penuh, ada majlis hari raya, kenduri kahwin, majlis kesyukuran bakal haji dan ada juga buat majlis untuk anak yang sambung belajar luar negara.  Memang padat. Tapi tempahan pun laju juga masuk, ohh I'm mid-nite baker hehe...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, September 15, 2011

  Tingkatkan Imuniti Tubuh

kredit kepada mommyLyna

Nutriferon yang berpaten dan eksklusif hanya untuk Shaklee,merupakan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat megukuhkan sistem imun tubuh.Apabila digunakan secara harian ia berupaya meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh anda dan ia juga merupakan pengaktif yang amat diperlukan bagi sistem imun.
 
Nutriferon telah dicipta oleh penemu interferon iaitu Dr.Yasuhiko Kojima selepas beliau melakukan penyelidikan lebih daripada 40 tahun.Ia mengandungi campuran ekstrak proprietari tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu,bunga safflower,biji benih plantago dan putik bunga Japanese honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap interferon secara semulajadi,menyokong dan merangsang proses tindakbalas imun semulajadi pada tahap selular.

Nutriferon yang terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia,merupakan formula yang unik dan berpaten hanya boleh didapati secara EKSKLUSIF melalui Shaklee!
Nutriferon diperlukan bagi:
  1. individu yang rendah sistem imun.
  2. individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  3. individu yang apabila sakit (demam), demamnya melarat melebihi seminggu.
  4. ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
Nutriferon yang berpaten dan eksklusif hanya untuk Shaklee,merupakan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat megukuhkan sistem imun tubuh.Apabila digunakan secara harian ia berupaya meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh anda dan ia juga merupakan pengaktif yang amat diperlukan bagi sistem imun.
 
Nutriferon telah dicipta oleh penemu interferon iaitu Dr.Yasuhiko Kojima selepas beliau melakukan penyelidikan lebih daripada 40 tahun.Ia mengandungi campuran ekstrak proprietari tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu,bunga safflower,biji benih plantago dan putik bunga Japanese honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap interferon secara semulajadi,menyokong dan merangsang proses tindakbalas imun semulajadi pada tahap selular.

Nutriferon yang terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia,merupakan formula yang unik dan berpaten hanya boleh didapati secara EKSKLUSIF melalui Shaklee!
Nutriferon diperlukan bagi:
  1. individu yang rendah sistem imun.
  2. individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  3. individu yang apabila sakit (demam), demamnya melarat melebihi seminggu.
  4. ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
 Berminat? Hubungi umi di 013-3623889 atau emel ke norasiah99@gmail.com

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, September 9, 2011

  Turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat

Musim raya begini memang tak dapat nak elak dari banyak makan.  Maklum sajalah, jemputan ke rumah terbuka, ziarah kawan-kawan dan sanak saudara tak kan nak pandang aje makanan yang sedap-sedap tu kan?  Paling kurang pun mesti makan sepinggan dua juadah yang pastinya mengandungi lemak, kolesterol dan ohh pelbagai lagi... (takut nak sebut banyak-banyak).

Kena lakukan sesuatu untuk kembali ke berat badan asal, jika terlambat nanti lemak-lemak tu semua sudah 'berumah di badan' memang ambil masa nak pulih.  Jadi sebelum terlambat, mari kita ambil lecitin Shaklee.  Nak tahu kebaikan lecitin Shaklee ni?  Jom kita baca..!

kredit kepada izan ( yang berjaya turunkan 10kg dalam masa 4 bulan)
Baca pengalaman beliau di sini.

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN

1.     PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
·        Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
·        Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan      meningkatkan kolesterol baik (HDL)  
·        Membantu mengawal paras triglycerides
·        Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
·        Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2.     PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
·        Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
·        Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
·        Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3.     UNTUK KAUM TUA
·        Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
·        Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4.     UNTUK PENGHADAMAN
·        Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5.     UNTUK SEL
·        Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
·        Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh  badan kita

6.     UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
·        Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat  Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
·        Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
·        Lecithin daripada soyabean  berkesan memecahkan deposit kolesterol
·        Lecitin daripada telor  boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE
·        Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
·        Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
·        Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
·        Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
                   78 mg phosphatidycholine
47 mg phosphatidylinositol

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, September 8, 2011

  Awet muda dan kulit lembut berseri

kredit kepada mommyLyna
Semua orang inginkan kecantikan, terutama pada kulit wajah dan penampilan. Wajah yang segar, ceria, bukan saja menyenangkan empunya diri tapi juga orang sekelilingnya.
Oleh itu kami menyediakan set wajah berseri Shaklee bagi menadpatkan wajah yang segar, ceria, licin dan kurang masalah. Set D ini terdiri dari:
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
Vita-C dan Vita-E adalah gabungan antioksidan yang powerful, bermanfaat untuk menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E menjadikan seseorang nampak muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan.
Gabungan vitamin-vitamin di atas berguna untuk mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam.
Sekarang ni kalau kita tengok di mana-mana… heboh orang menyebut-nyebut tentang kolagen, vitamin C, vitamin E anti-oksidan, dan sebagainya.

Apakah kolagen?
Kolagen adalah rangkaian protein semulajadi utama yang terdapat dalam tubuh mamalia. Ia memberi kekuatan dan kekenyalan kepada otot. Kulit kita juga mengandungi kolagen yang membuatkan ia anjal dan tegang. Kolagen yang berkurangan menyebabkan keanjalan seamakin kurang dan kulit mula berkedut.
Kolagen ni umpama spring tilamlah. Tanpa spring tilam akan melendut ke bawah. Tanpa kolagen, struktur protein dalam badan kita menjadi lemah. Contoh paling senang dilihat ialah pada kulit. Senang nampak kusam, sagging dan berkedut kan?
Untuk menjadikan kolagen kuat stabil, vitamin C pula diperlukan.
Vitamin C dan Vitamin E bergabung sebagai antioksidan bagi memastikan radikal bebas dalam tubuh dibunuh, menghasilkan sel yang sihat, sekaligus mencantikkan penampilan.
Bagi menjaga kelembapan dan pembinaan sel kulit, vitamin B complex pula mengambil bahagian.
Oleh itu Set D (wajah berseri @ skin care) disusun dengan rangkaian vitamin-vitamin B complex, vita-C dan vita-E bagi memberikan sepenuhnya vitamin keperluan untuk kulit yang sihat dan cantik. Sekiranya anda memerlukan lebih, anda boleh mengambil Energizing Soy Protein sebagai tambahan untuk menyokong pembentukan kolagen, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, gebu dan putih berseri.

Umi nak kongsikan pengalaman dan resepi untuk kulit berseri yang diberi oleh seorang kawan di FB.
Wahh.. ada resepi face masker lagi! Jom kita cuba...!
Hubungi umi di 013-3623889 atau emel ke norasiah99@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, September 7, 2011

  Anak kurang selera makan?

Cuti raya baru-baru ini kami pulang ke Jerantut.  Seronok bercuti dapat jumpa nenek, atok, mak long sekeluarga, mak uda dan sepupu semua.  Memang meriah bila berkumpul ramai-ramai begini.  Yang paling seronok mestilah anak-anak, bila dah lama tak jumpa sepupu mereka; sakan mereka bercerita sambil bermain.  Tapi umi nampak perbezaan bila anak-anak sudah meningkat besar ni, cara percakapan dan pergaulan mereka dah bertambah baik.  Bila bercakap pun bunyi macam sopan segan silu gitu!  Maklumlah, semuanya dah besar panjang, dah segan nak terjerit-jerit macam budak kecil kan?

Cuma agak terkejut bila tengok Aiman (anak mak long) yang agak kurus cekeding, kaata uminya Aiman liat nak makan.  Masa puasa tempohari kadang dia tak sahur tapi masih tetap nak puasa.  Waktu berbuka pun makan sikit sangat.  Kasihan uminya susah hati tengok Aiman ni macam tak ada selera nak makan.  Umi cadangkan Aiman ambil mealshake (kebetulan umi bawa sekali pulang ke kampung), biasanya untuk Syakirah umi bancuh sekali dalam minuman susunya.  Untuk Aiman, umi cuba bancuh mealshake dengan air suam aje, Alhamdulillah Aiman kata sedap! Ohh kita tunggu bulan depan tengok Aiman dah bertambah berat badan tak?

Syukur sangat bila tengok Aiman suka minum mealshake tu, mudah-mudahan ekzema Aiman juga akan cepat pulih.  Mealshake ni memang bagus untuk anak-anak berusia setahun ke atas, ia mengandungi multivitamin yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan badan anak-anak.  Dengan kandungan multivitamin yang mencukupi, masalah berkaitan allergik dan ekzema juga dapat dikurangkan.

Umi nak kongsikan juga di sini beberapa testimoni oleh ibu-ibu yang gembira dengan perkembangan selera makan anak mereka setelah mengambil mealshake.

Ibu-ibu sekalian macamana? Hubungi umi di 013-3623889 atau emel ke norasiah99@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com