Monday, August 29, 2011

  Tempahan terakhir sebelum hari raya, Salam Aidilfitri buat semua!

Kek merah baldu terakhir yang ditempah sempena menyambut hari raya oleh Dr Ariza.  Dengan selesainya misi kuih muih biskut raya dan siapkan tempahan kek, barulah umi lega dapat kemaskan dapur pula.  Wahh sungguh berkecah dapurku...esok dah nak raya!

Kepada semua pengunjung yang sudi ke dapuraulad, selamat hari raya  Aidilfitri, moga kegembiraan ini dapat kita kongsi bersama keluarga tersayang.  Di samping itu jangan kita lupakan mereka yang kurang berkemampuan, hulurkan bantuan seupaya mungkin.

Jumpa lagi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Selamat Ulangtahun ke 3 buat Syakirah & kek cepat dan sedap

Hari ini kakak Syakirah genap 3 tahun pada 28 Ogos.  Sempena hari istimewa ini, umi buat kek coklat cair menggunakan acuan ramekin (hadiah anniversary umi yang dihadiahkan oleh cik ida) yang baru tiba dari Jepun.  Ilham kek ini umi dapat dari dapur irma london yang kini sudah balik ke Malaysia.  Dah lama simpan resepi ni, cik ida pun dah cuba resepi ini guna ramekin.  Tapi umi ubahsuai sedikit resepi ini dengan menggantikan coklat nutella dengan cream cheese.  Jadi nama kek ni pun kita tukar jadi Cream Cheese Mug Cake.
 Untuk resepi asal boleh lihat sini.
Cream Cheese Mug Cake
oleh : umi of dapuraulad
salin dari : irma london
- umi buat 3 kali adunan ini menghasilkan 7 bekas ramekin
Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella - umi ganti cream cheese
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Aduanan cream cheese : sebatikan 50g cream cheese + 3 sb gula aising + sedikit whipped cream (boleh ganti susu segar)

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
2. Kacau rata sampai sebati. Masukkan dalam bekas ramekin. Umi paipkan adunan cream cheese di atas adunan coklat.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda). - umi masukkan dalam oven dgn suhu 160C selama 4 minit
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.

sebelum masuk oven
  Dah sedap sangat walau tanpa hiasan whipped cream.

sedapnya...

nampak tak lelehan coklat cair tu..?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 24, 2011

  Biskut nestum

Mood biskut raya sudah merebak.  Biskut ini mudah disedia, sedap dimakan bukan hanya untuk musim raya.  Maksu eni kalau teringin nak buat biskut, boleh cuba biskut ini, mudah dan ringkas bahan-bahannya.
 
Biskut Nestum
sumber asal: Kak Wan
salin dari : anymz mykitchen
Bahan-bahannya   
A: 260 gm mentega
    40 gm shortening
    100 gm gula kaster
    2 sudu teh esen vanilla
B:
    280 gm tepung rose
    40 gm tepung jagung
    100 gm nestum dikisar halus 
untuk hiasan: Kuning telur dan  sedikit Nestum (umi tak buat hiasan pun)

Cara membuatnya
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan tabur sedikit nestum diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25- 30 minit bergantung kepada oven anda.
  5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, August 22, 2011

  Hadiahkan Kesihatan Berpanjangan Untuk Insan Tersayang


Vivix adalah produk terbaru Shaklee (baru sampai ke pasaran Malaysia), merupakan produk anti penuaan yang hebat.
Memetik dari website Shaklee Malaysia:
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Apakah sebenarnya Vivix ini?
  1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
Tentang anti penuaan, mengambil Vivix bukan bermakna menolak untuk menjadi tua.. kita takkan muda selamanya, tapi menjaga diri kita agar tidak lapuk ditelan usia. Tengok saja Tun Mahathir, dah berusia tapi masih cergas dan cerdas. Tidakkah kita mahu menjadi seperti beliau?
Walau bagaimanapun, Vivix tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita hamil dan menyusukan bayi.
Dapatkan Vivix dan jadikan hadiah istimewa kepada ibu bapa anda, semoga hari-hari tua mereka dijalani dengan riang dan gembira.

Supaya tidak terlepas promosi hebat di dapuraulad, anda boleh  :-
  • Email ke norasiah99@gmail.com
  • Tinggalkan email anda di komen entry ini.
  • Jadi rakan umi di Facebook Norasiah Mohammad  untuk mengetahui update terkini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, August 20, 2011

  Ramai ibu yang mengambil ESP sangat berpuashati.

Umi baca banyak testimoni ibu-ibu menyusu yang mengambil produk ESP ini.  Tumpang gembira dengan kegembiraan ibu-ibu ini.  Ye lah, kita usahakan yang terbaik untuk anak.  Kasih ibu memang tak terbalas, sanggup bersusah payah, berusaha mencuba segala macam milk booster semata-mata untuk pastikan susu ibu mencukupi buat anak tersayang.

Jom kita baca apa kata ibu-ibu yang telah mencuba ESP:


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 19, 2011

  Jom sertai GA umi (bukan umi dapuraulad) laa..

Sudah agak lama umi tak join GA kerana masa tidak mengizinkan.  Tergerak hati nak sertai GA kali ni lepas jenguk blog Chik mimi.  Tuan punya GA ni tinggal di Perth Australia, ohh sama pula nama kita hehe..  Jadi umi of dapuraulad nak join umiyumi2, kawan-kawan apalagi jom lah!

Ada hadiah menarik, buku resepi macam ni memang umi suka!



Dalam buku ini ada resepi macaroon
pinjam dari pakcik google

ada juga resepi cupcake pelbagai perisa


ini pun pinjam
dan juga ada cake pop yang cantik manis
pinjam lagi...

Kata umiyumi2, tarikh tutup GA ini ialah pada 31 Ogos 2011 tepat 12 malam.  Jadi, apa tunggu lagi!
Silalah ke http://umiyumi2.blogspot.com/2011/08/book1.html

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 17, 2011

  Milk booster yang berkesan dan lebih jimat

Sambungan dari entri lepas berkenaan milk booster.

Ramai ibu yang mengambil makanan dan minuman berasas soya seperti tempe, tauhu, air soya dan sebagainya.  Umi sendiri memang amalkan minum air soya sebagai milk booster sebelum umi kenal satu produk istimewa Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP).  Apa itu ESP? ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protin. Ia adalah protin soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti freshmilk atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protin itu sendiri.

Ramai juga ibu yang mengambil inisiatif dengan memasak kacang soya untuk dibuat air.  Namun begitu air soya yang terhasil sudah tidak mengandungi khasiat protein lagi   Ini kerana protien tidak boleh dipanaskan pada suhu melebihi suhu badan manusia kerana suhu yang tinggi boleh merosakkan banyak asid amino yang ada dalam kacang soya itu sendiri. Shaklee menggunakan standard piawai yang tinggi dalam pemprosesan kacang soya untuk menjadi ESP demi menjaga kepentingan semua zat dan asid amino yang terkandung dalam kacang soya tadi.

 kredit to mommaMia
Benarkah ESP memperbanyakkan susu? 
ESP hanya membantu mempercepatkan penghasilan susuibu DENGAN SYARAT si ibu kerap kosongkan payudara melalui sesi perahan atau penyusuan langsung ( direct feeding). Selain itu, antara yang membantu dalam meningkatkan penghasilan susuibu ialah dengan menjaga pemakanan agar seimbang, kurang makan junk food, pengambilan air yang selari dengan keperluan badan, emosi yang stabil dan fikiran yang tenang.
Selain memperbanyakkan susu, ESP adalah breakfast yang bagus dan energy booster di sepanjang hari jadi sangat baik dibuat breakfast.
  
Sebagaimana maklum, protien sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita. Protien diperlukan oleh sel untuk membentuk sel baru. Sel yang sihat membantu menjana organ yang sihat seterusnya membantu kelancaran sistem tubuh badan.

Kita boleh amalkan makan ikan, telur dan daging untuk dapatkan protien namun kita tak dapat lari daripada kolestrol terutama masakan yang melibatkan minyak masak biasa. Kecuali kita memasak menggunakan minyak zaitun atau biji bunga matahari dan kos minyak ini setanding dengan khasiatnya. 



Jika dibandingkan dari segi kos $ ternyata produk Shaklee lebih menjimatkan.  Sekiranya kita mengambil minuman soya sebagai milk booster, katakanlah air kotak soya jenama Yeos berharga RM3 sekotak.  Sehari sekotak, sebulan dah 30 kotak bersamaan RM90 (jangan lupa kesan pengambilan gula, susutnilai protein dalam air soya tu). Tetapi ESP dengan harga RM150 sahaja boleh digunakan sehingga 2 bulan, bukankah lebih jimat tu?  Bukan itu sahaja, banyak lagi khasiat ESP ini yang berguna untuk kesihatan tubuh kita.  Memang berbaloi!
(untuk harga istimewa, sila SMS umi di 013-3623889 ye!)





Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 16, 2011

  Tart nenas


Hidangan wajib musim raya
biskut kegemaran abi
resepi? nanti dulu lah..waktu puasa begini dilarang menulis resepi
boleh kurus pahala puasa hihi..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, August 13, 2011

  Mencari milk booster yang sesuai

Kebelakangan ini semakin ramai ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri anaknya.  Kesedaran tentang kepentingan dan khasiat susu ibu semakin meningkat.  Kalau 20 tahun lalu amat jarang kita jumpa ibu menyusukan anak ketika berada di public, sekarang ini Nursing In Public (NIP) bukan lagi perkara asing malah menjadi kebanggaan para ibu dapat menyusukan anaknya walaupun berada di tempat awam.

Kerajaan juga mengambil langkah positif dengan mengadakan polisi sokongan ibu menyusu di hospital rakan susu ibu, juga menerbitkan iklan penyusuan susu ibu dan pelbagai lagi.
Ibu-ibu hari ini lebih terbuka fikirannya dan lebih banyak meneroka, bertanya, belajar untuk menjayakan penyusuan susu ibu.  Syabas buat ibu-ibu yang mahu menyusukan anak, umi turut berbangga dan menyokong penyusuan susu ibu!

Rentetan kesedaran yang meningkat ini, ibu-ibu berusaha bagi menambahkan kuantiti dan kualiti susu badan melalui pengambilan milk booster.  Apa itu milk booster?  Milk booster juga disebut galactagogue untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Milk booster boleh jadi dari sumber semulajadi seperti longan kering, alfalfa. 
Rangsangan terbaik untuk meningkatkan production susu ibu secara semulajadi ialah bayi kita, iaitu melalui direct feeding dan kerap. Selain daripada direct feed ini, ada beberapa jenis makanan yang dipercayai boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kesan milk booster pada setiap individu berbeza –beza bergantung kpd tahap penerimaan badan seseorang pada makanan tersebut.
Ini antara makanan yang dipercayai boleh menambah susu ibu antaranya:-
1.      Segala produk tenusu
2.      Halba
3.      Kurma
4.      Vitamin
5.      Jus pegaga
6.      Jantung pisang
7.      Lobak putih
8.      Kurma
9.      Madu
10.  Sayuran hijau
11. Longan kering
12.  Habbatus sauda'
13.  Barli
14.  Produk soya
15.  Pil ASI dan seumpamanya

serta banyak lagi. Untuk baca lebih lanjut lagi tentang milk booster boleh klik sini

Tiada alasan untuk tidak menyusukan.  Anugerah Allah yang tidak ternilai ini dikurniakan kepada ibu untuk anaknya.

kredit kepada Azrina

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 12, 2011

  Hidangan berbuka yang ringkas dan sedap

Assalamualaikum semua.  Sudah masuk 12 Ramadhan hari ini.  Sudah hampir separuh bulan Ramadhan kita lalui, cepat sungguh masa berlalu.  Elok juga kita imbas balik amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang 12 hari Ramadhan, bagaimana bacaan Al-Quran kita, terawikh, sedekah dan sebagainya.  Moga belum terlewat untuk kita lipat gandakan amalan-amalan ini kerana kita yakin bahawa Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda hanya pada bulan mulia ini.

Umi nak kongsikan quote yang umi dapat di FB tadi (tq Dr Fauziah): Moga jadi iktibar agar kita tidak sia-siakan masa yang ada.
" Yesterday is HISTORY ( learn from it ), Tomorrow is MYSTERY ( plan for it ),
Today is the GIFT ( make the best of it ), that's why it's called PRESENT "
Hidangan berbuka di rumah kami ringkas sahaja.  Anak-anak dan abi berbuka di surau. Biasanya mereka hanya akan balik selepas terawikh, kadang kala dilanjutkan sehingga lepas tadarrus di surau (hujung minggu).  Sekitar 11 malam baru balik anak-anak ni, masing-masing dah tak kesah nak makan di rumah sebab sudah kenyang berbuka dan moreh di surau.  Jadi umi hanya sediakan juadah ringkas berbuka untuk umi sahaja bersama kakak berdua tu, kak teh dan kak chik belum berpuasa lagi.  Lepas solat maghrib baru umi makan malam yang agak berat seperti nasi dan seumpamanya.
Antara hidangan ringkas yang umi suka ialah cendol, makan bersama air gula merah dan santan masak.

umi kisar ais dan tambahkan dalam cendol

Boleh cuba buat sendiri cendol ni, umi guna resepi dari MyR sumbangan kakbesah.  Kalau tak sempat nak buat cendol, boleh juga beli yang siap pek ada jual di pasaraya.  Kemudian masakkan air bersama gula melaka, juga sediakan santan masak bersama sedikit garam.  Hidangkan cendol tadi bersama air gula dan santan.  Boleh tambah beberapa ketul ais jika suka.

Ohh ada yang terliur ye tengok gambar cendol waktu puasa macam ni? ok la kita tengok muka orang tak puasa pula ye...

saya tak puasa hihi...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 10, 2011

  Sahur makan pancake, boleh?

Ada ke orang nak makan pancake untuk sahur?  Kalau dah tak selera nak makan nasi awal pagi macam ni, apa kata kita cuba pancake pula.  Cepat disedia, sedap dan mengenyangkan juga.  Jom kita cuba!

Resepi hentam saja, dah banyak kali buat cuma baru kali ini nak letak resepi untuk rujukan akan datang.  Mak su eni kalau tak sempat nak prepare untuk sahur, makan pancake macam ni pun sedap tau!

Pancake gebu
oleh : umi of dapuraulad

Bahan:
3/4c tepung naik sendiri
1/2 st serbuk penaik

1 telur
1/2c susu segar
3 sb gula pasir
1sb mayonis
1/4 c minyak jagung (boleh juga guna mentega dicairkan)


Cara membuatnya:
1.  Sebatikan semua bahan.  Umi masukkan semuanya ke pengisar dan kisar biar rata.
2.  Panaskan kuali tak melekat.  Gris sedikit marjerin. Pastikan api perlahan.
3.  Ambil 1/3 cawan adunan tadi dan tutup kuali tadi dengan penutup periuk supaya pancake masak rata
4.  Bila dah masak, pindahkan ke kuali yang lebih besar supaya dapat jimat masa masak pancake yang lain pula dalam kuali tadi.
5.  Hidangkan segera.  Enak dimakan panas-panas.

Makan cicah susu pekat manis pun sedap, serius!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 9, 2011

  Minuman jus untuk berbuka

Bulan puasa tahun ini kami masih mengekalkan tradisi untuk 'tidak-ke-bazar-Ramadhan' seperti tahun lepas.  Oleh itu umi sediakan bekalan jus untuk minuman waktu berbuka.  Memang sungguh jimat dan lebih sihat rasanya bila tak perlu beli minuman 'manis dan sejuk' di luar.  Minuman yang paling sihat waktu berbuka seeloknya minuman panas, tapi faham sajalah anak-anak waktu berbuka mesti cari minuman sejuk.  Jadi umi pun tak adalah strict benar tak bagi mereka minum ais.  Raikan juga selera mereka ni mudah-mudahan mereka seronok berpuasa dan tak rasa terbeban dengan ibadah puasa.

Macam-macam perisa yang ada.  Umi beli secara borong melalui kawan umi Pn Norehan, jadi dapatlah harga lebih murah berbanding kalau beli di kedai luar.  Kalau tak silap umi jus jenama Caesar ini ada dijual di kebanyakan restoren makanan Arab berharga RM9 setiap satu.

Ada guava, apple, pineapple, mango, grape, peach dan macam-macam lagi.

Jus fruit cocktail ini paling laris kat rumah ni.  Jusnya memang pekat, tambah sedikit air dan beberapa ketul ais, nyaman...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, August 8, 2011

  Indahnya Sedekah Ramadhan


Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa menyediakan makanan berbuka bagi orang berpuasa, nescaya ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun. (Hadith riwayat Ahmad dan An-Nasai serta dinyatakan sahih oleh Al-Albani)

Wahai si kaya jangan kau mabuk sendiri
Hartamu kurniaan dari Ilahi
Dalam masa yang tak sampai sedetik
Kau mungkin jatuh tersungkur ke bumi

Nyanyian Herman Tino juga menyebut:
Harta bukan milikmu
Untukmu hanya rezeki
Terkurang himpun lagi
Terlebih memberilah...

Kerana kita saling memerlukan
Si kaya perlukan si miskin untuk akhiratnya
Si miskin perlukan si kaya untuk dunianya

Sepertimana solat 1000 ganda di Masjid Nabi
Rebutlah peluang berganda Ramadhan ini
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Indahnya sedekah Ramadhan
Kau bakal...
  • Dimurahkan rezeki di dunia : Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)

  • Terselamat dari bala bencana : Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)

  • Dipanjangkan usia dan dicegah kematian yang buruk: Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)


Walau segalanya perlukan duit
Yakinlah bahawa
Duit bukan segala-galanya

Bersedekah selagi ada
Berbakti selagi nyawa dikandung badan

Kerana
Kita datang ini
Kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti
Bawa dosa bawa pahala...


 “Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh fazya nisa’ & Adam Mohamad dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bulan kedua makanan pejal Imran

Bulan ini masuk bulan kedua umi bagi Imran makan makanan pejal selain makanan rujinya iaitu susu ibu.  Umi beri Imran makan bubur nasi bersama puri jagung.
Sekarang ni umi lebih suka beri Growell, mudah disedia dan yang penting Imran suka sangat!

2-3 sudu makan sudah memadai untuk sekali hidang
Makanan bayi Growell ini seperti bubur nasi, diperbuat daripada beras melukut.  Produk ini keluaran EraEdar, boleh didapati di Farmasi Heal n Care Seksyen 7 Shah Alam.

Bubur ini mudah sahaja disediakan, cuma bancuh dengan air mendidih.  Tapi umi lebih suka masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga ia pekat.  Boleh juga tambah bahan-bahan lain seperti puri jagung, puri lobak merah dan puri labu manis.  Setakat yang umi dah cuba, Imran paling suka bubur nasi ini bersama puri jagung.

2 ketul puri ini untuk setiap hidangan
Inilah dia puri jagung kegemaran Imran.  Umi hanya ambil isi jagung manis, rebus kemudian kisar biar lumat.  Kemudian tuang ke bekas ais (icebox) dan biarkan dalam freezer hingga beku.  Boleh buat berbagai jenis puri lagi seperti puri lobak merah, brokoli dan sebagainya mengikut selera anak. 

Setiap kali umi masakkan bubur untuk Imran, umi hanya pilih puri yang telah dibekukan tadi untuk dicampurkan ke dalam buburnya.  Jadi Imran dapat makan pelbagai jenis bubur nasi dengan perisa yang berbeza setiap minggu. Mudah bukan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, August 4, 2011

  Peluang menangi keahlian percuma dan banyak lagi

Kongsikan kisah anda  bersama Shaklee dan menangi keahlian PERCUMA serta Cek tunai RM30.


Tawaran ini sangat bermanfaat bagi:
  1. Pengguna Shaklee yang belum jadi ahli. Anda boleh jadi ahli hanya sekadar untuk penggunaan sendiri sebab tiada komitmen pembelian bulanan. Di samping dapat harga ahli, anda juga bakal dibayar komisen seperti rebat tunai bagi setiap pembelian.
  2. Pengguna Shaklee yang ingin berniaga. Anda boleh mendapat komisyen tambahan setiap kali anda kongsikan kebaikan vitamin Shaklee bersama keluarga dan kawan-kawan.
  3. Tak pernah guna Shaklee tapi berminat nak jadi pengedar. Bila lagi nak cuba, kalau sebelum ini hanya pandang dan dengar sahaja, kali ini anda bukan sahaja dapat kebaikan vitamin malah dapat jana pendapatan sampingan.
Cara menyertai
Ada 2 cara untuk menyertai peraduan ini samada:
  1. Beli produk Shaklee dari blog dapuraulad sepanjang Ogos 2011 ini (tiada had minima dikenakan) dan sertakan slogan : Saya ingin menyertai SHAKLEE  ___________________________________(tidak melebihi 20 perkataan)

ATAU

  1. Kongsikan kisah/testimoni anda bersama Shaklee di blog atau facebook anda.  Entri boleh ditulis mengikut format bebas, samada menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.  Akhiri entri anda dengan “ Entri ini ditulis kerana saya ingin memenangi keahlian Shaklee PERCUMA dari dapuraulad. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini.
 3 hadiah utama disediakan.
Jangan lepaskan peluang! Tawaran berakhir sehinga 31 Ogos ini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 3, 2011

  Latih anak berpuasa

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman.  Sudah masuk hari ketiga Ramadhan hari ini. Pejam celik pejam celik dah 3 hari, cepat sungguh masa berlalu.  Moga Ramadhan kali ini tidak kita sia-siakan.  Andainya Ramadhan terdahulu kita agak lagha dan leka dengan urusan duniawi, marilah kita perbaharui tekad untuk menjadikan Ramadhan kali ini sungguh berbeza, sungguh bermakna buat kita.  Kurangkan masa berbual kosong, off kan TV, banyakkan membaca dan tadabbur al-Quran, banyakkan sedekah  serta amalan sunat yang lain.

Ramadhan kali ini juga membuka lembaran sejarah baru buat Faisal kerana tahun ini dia berumur 6 tahun, jadi baru belajar untuk berpuasa penuh.  Tahun lepas dia cuma berjaya puasa sekerat hari dan juga puasa makan (tak makan cuma minum susu sahaja).  Syifa' dan Syakirah belum umi galakkan berpuasa, cuma mereka diajar adab-adab puasa supaya mereka sama-sama merasai bulan ibadah ini dengan menghormati orang-orang yang berpuasa. Tak boleh minum atau makan depan orang puasa (terutama abang Faisal kerana dia sangat terliur walaupun adiknya hanya minum air kosong depan dia).

Umi akan pastikan Faisal bangun sahur walaupun kadang agak lewat sahurnya.  Pagi tadi pun dia sahur pukul 7 pagi.  Yang penting dia berusaha untuk berpuasa. Ibu-ibu kadang agak 'high expectation' dalam bab mengajar anak berpuasa.  Umi fikir tindakan kita tu agak keterlaluan, maklumlah anak yang baru belajar puasa begini memang akan ada gagal dan jatuh bangun sebelum dia pandai menahan rasa lapar.  Kalau anak dah sampai nak menangis minta air, apa salahnya kita bagi dia minum, lepas minum tu dia puasa balik semula.  Tak mengapa asalkan dia ada usaha nak puasa, jangan kita terlalu mendesak supaya dia puasa sempurna macam orang dewasa.  Mungkin ada anak orang lain sebaya umur anak kita yang mampu berpuasa sempurna, namun kita tak boleh jadikan itu sebagai kayu ukuran supaya anak kita juga mampu buat begitu.  Bertolak ansurlah dengan anak, mudah-mudahan dia akan mudah faham dan rasa seronok berpuasa.


Menu sahur anak-anak mesti ada Performance Drink ini, mereka panggil air 'power' hehe..  Alhamdulillah kami semua minum air ini waktu sahur dan masih bertenaga sehingga petang.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com