Sunday, July 31, 2011

  Kek RVC saiz 6 inci

Biasanya umi buat kek red velvet bersaiz 8 inci.  Agak bimbang untuk melapiskan kek; umi buat dua loyang supaya tak perlu memotong kek kepada dua lapis.

Kali ini umi buat lagi kek RVC ini bersaiz 6 inci, kawan umi pn Rogayah tempah 2 biji. Alhamdulillah lebih mudah untuk memotong kek bersaiz kecil ini kepada 2 lapisan.  Umi pun lebih suka menggunakan resepi RVC kak zai ini, kek lebih padat dan senang diurus.  InsyaAllah will stick to this recipe.  Umi dah pernah poskan resepi kak zai di sini.

Hias kek dengan thousand color dan silver sugar. 
2 biji kek

tak berapa nampak  silver sugar ni..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 30, 2011

  Bantu anak mudah bersahur

Waktu bulan puasa nanti umi percaya ramai ibu yang menghadapi kesukaran nak pujuk anak bersahur.  Anak-anak umi pun memang agak liat nak bangun sahur, nak kejutkan mereka bangun dah satu hal, nak ajak makan sahur pun dah satu hal lain pula.

Jadi umi buatkan senarai menu bersahur yang mereka gemari.  Antara menu pilihan mereka biasanya mee udang, spageti, sup makaroni, tomyam dan seumpamanya yang berkonsepkan all-in-one.  Memang agak risau bimbang mereka tak cukup nutrient menghadapi puasa siang nanti.  Tambah lagi mereka ni agak kurang minum air.  Asyik minum air manis dan ais pun tak elok juga.  Minuman manis bukan sahaja memudaratkan kesihatan malah menyebabkan kita tambah dahaga bila berpuasa nanti.

Syukurlah sejak amalkan pengambilan makanan tambahan Shaklee ini umi dah tak berapa risau sangat tentang sahur anak-anak.  Meraka bukan sahaja gemar supplement ini, yang lebih penting mereka tambah bersemangat menghadapi bulan puasa.  Maklumlah anak-anak memang susah nak minum banyak air, mereka minum sekadar hilangkan haus shaja.  Tapi mampu kekal bertenaga hingga waktu berbuka.  Apa yang umi beri pada anak-anak waktu sahur?


Owh ya, keistimewaan Shaklee Meal Shake ini, selain daripada rasanya yang enak serta bau yang harum, anda boleh kongsikannya dengan ahli keluarga yang lain terutama untuk anak-anak berumur setahun ke atas yang cerewet dalam memilih makanan (fussy-eater). Sungguh sedap dibancuh bersama susu segar, serius!

Umi juga beri mereka minum Performance Drink, yang ni memang menjadi rebutan dan kesukaan anak-anak.

Jadi bantulah anak-anak supaya mereka mudah bersahur dan kekal cergas sepanjang berpuasa.  Jika nak dapatkan maklumat lanjut dan berminat nak mencuba produk di atas, boleh hubungi umi di 013-3623889.

Selamat menjalani ibadah puasa, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 28, 2011

  Tips untuk mudahkan urusan di dapur sempena Ramadhan

Tak sabar-sabar rasanya menunggu kedatangan Ramadhan yang penuh berkat, bulan ibadah yang dijanjikan Allah pahala berlipat ganda.  Amat rugi jika kita tidak mengambil kesempatan Ramadhan untuk memperbanyakkan amal soleh, melipatgandakan tilawah al-Quran, bersedekah dan sebagainya.  Ibarat orang berniaga, bila mana ada peluang jualan gudang atau 'SALE 90%' atau 'buy 1 free 1', begitulah untungnya kalau kita buat satu kebajikan tapi ganjarannya 10 kali ganda.  Tentulah kita tak mahu ketinggalan untuk merebut 'sale' yang Allah tawarkan ini.  Bukan selalu boleh jumpa tawaran hebat begini, setahun hanya sekali.  Apatah lagi dalam sebulan puasa tu, ada pula malam yang cukup istimewa yang ganjarannya melebihi seribu bulan.  Ada ke orang yang sengaja-sengaja tak mahu ambil peluang begini?

Menjelang bulan puasa kaum ibu mula sibuk membuat persiapan dengan stok makanan, menu berbuka dan seumpamanya yang berkaitan dengan makan-minum.  Tak kurang juga yang sudah mula mempersiapkan kelengkapan untuk menyambut hari raya!  Ohh ruginya kalau kita hanya sibuk dengan persiapan duniawi tanpa merancang pengisian untuk ukhrawi. 

Bagaimana ibu-ibu merancang 'domestic plan' supaya masa kita tidak banyak dihabiskan di dapur? Apa kata kita baca cadangan persiapan menghadapi Ramadhan ini.  Umi pernah poskan entry ini Ramadhan tahun lepas di sini, jika nak baca versi asal boleh juga klik sini.  Versi di bawah adalah olahan yang umi permudahkan untuk umi praktikkan.

8 langkah perancangan untuk menghidupkan Ramadhan:

1. Panggil mesyuarat ahli keluarga.  Syaima' sebagai pencatat minit. Sebaiknya mesyuarat dibuat minggu terakhir sebelum Ramadhan.

2.  Sediakan cadangan menu iftar (berbuka puasa)

3.  Mulakan mesyuarat dengan hidangan juadah istimewa. Pilih menu yang digemari oleh semua ahli keluarga.  Maklumkan bahawa menu istimewa begini hanya dihidangkan sekali seminggu dan jika ada tetamu datang bertandang.

4.  Terangkan fadhilat dan keistimewaan Ramadhan, kenapa kita mahu bulan Ramadhan ini sebagai bulan khusus untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.  Bahagian ini akan dikendalikan oleh abi. Abi juga akan terangkan kepada semua bahawa bulan ini bukan untuk banyakkan makan, sebaliknya untuk banyakkan ibadah. Kurangkan masa di dapur untuk menyediakan makanan dan mengemas.



5.  Bincang menu untuk berbuka dan bersahur.  Setiap ahli (tak termasuk Imran yang belum pandai bercakap la kan?) akan beritahu menu yang dia suka.  Umi akan senaraikan dan pilih menu yang paling common to everyone, semestinya menu sihat dan mudah disedia!


6.  Bincang juga jadual penyediaan makanan, umi akan sediakan menu utama, 2 orang akan bantu untuk hidang, 2 orang lagi bantu untuk mengemas.  Jadual boleh digilirkan mengikut hari.


7.  Jadual tugas hidang dan kemas ini akan ditampal di dapur.  Ada upah menunggu kalau tugasan dilakukan dengan sempurna.  Bab upah ini akan ditentukan oleh abi pula sebab selalunya abi yang keluarkan  budget hehe...!

8.  Setiap ahli keluarga akan praktikkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas setiap sumbangan, kerjasama ahli yang lain dalam menjayakan tips Ramadhan ini.

Selamat berusaha ye ibu-ibu!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 27, 2011

  Hadiah yang cukup bermakna

Alhamdulillah minggu lepas sangat padat dengan pelbagai aktiviti, samada di tempat kerja mahupun di rumah.  Bermula dari Isnin hingga ke Jumaat, umi terlibat dengan program Infosys Campus Connect, ada pula program Team Building fakulti yang diadakan di Lumut Perak pada Sabtu dan Ahad.  Jadi agak sibuk sungguh hingga tak sempat nak jenguk blog kawan-kawan.

Walaupun sangat sibuk dan penat minggu lepas, umi rasa sangat gembira dan bersyukur kerana mendapat hadiah yang sungguh bermakna sempena ulangtahun kelahiran ke 38 ini.  Terima kasih dear hubby..

dapat awal pada 22hb

idamanku...
Umi nak kongsikan sedikit gambar kenangan kami di Marina Cove, Lumut Perak.  Peserta lain sibuk beraktiviti, anak-anak pun ber'teambuilding' juga sesama mereka.  Ohh ya, umi bawa semua ahli keluarga kecuali kakak Syaima' yang tak dapat balik dari asrama.

pemandangan dari apartment kami
tak turun laut pun, mandi kolam aje..
 Perjalanan balik ke Shah Alam kami melalui jalan Kuala Selangor.  Sempat meninjau kawasan sawah padi menghijau di sekitar Sabak Bernam.  Pemandangan segar sejuk mata memandang.  Anak-anak tak pernah lagi tengok pokok padi dari dekat begini, macam jakun sikit mereka ni hehe..

sawah padi di sekitar Sabak Bernam (snap dari dlm kereta)

banyak buah cempedak, pisang, jagung, mangga. ada juga jus manggis!

sempat beli sedikit buahtangan
 Minggu lepas dah mandi laut, jadi tak terkilan sangat tak dapat mandi laut kali ni.  Walaubagaimanapun kami lebih suka ke PD untuk aktiviti rehlah. Makanan di resort ini pun agak kurang menepati selera kami.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 22, 2011

  Wordless Friday

Sudah hampir seminggu kami ke Port Dickson, baru hari ini umi berkesempatan upload gambar-gambar rehlah keluarga ni.  Bersempena wordles friday hari ni (kurangkan bercakap, zikir banyak-banyak hehe..), jom tengok gambar yang sempat diambil.

Masih di tempat favourite kami tiap kali ke PD iaitu Residence Desa Lagoon Resort, kali ini sewa apartment 2 tingkat yang ada 2 bilik hanya RM475 per night. Kami sewa 2 apartment untuk 4 keluarga (atok nenek, tok cik nek cik, amu sekeluarga) agak mahal sikit apartment ni sebab mengadap pantai.

kenal ke pokok ni?
buahnya bergugus macam buah anggur
bbq masak seafood, nenas celup coklat
2 orang chef malam tu..
banyak ikan bawah apartment kami
kolam mandi depan apartmen
ini la apartment yang kami sewa
adik duduk diam-diam, nak ambil gambar ni..!

ada seekor haruan besar..nampak tak?
kat atas tu ada cafe



lupa daratan...
berangan duduk kat villa tepi pantai....nampak tak?
Banyak lagi aktiviti yang kami buat di sana.  Sempat naik bot ronda lagoon, anak-anak naik jet ski.  Tapi tak sempat nak snap gambar sebab umi terpaksa bawa Imran balik tidur.  InsyaAllah lain kali datang lagi kat sini bawa atok nenek Jerantut pula.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, July 19, 2011

  Sesekali tukar ke fettucine pula

Antara hidangan ringkas yang lengkap dan digemari oleh seluruh rakyat rumah ini ialah spagetti bersama sos tradisional.  Kali ini kita tukar kepada fettucine pula.  Rupa dan rasa fettucine ini tak banyak beza jika dibandingkan dengan spagetti, cuma fettucine ini lebih lebar dan tebal.  Resepi masih menggunakan resepi yang sama seperti yang umi pernah pos dulu di sini.  Untuk memudahkan, umi salin semula resepi tersebut di sini dengan sedikit olahan.

Fettucine bersama sos tradisional
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan
500g fettucine
300g daging kisar
2 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 tin mushroom - buang airnya, hiris kecil
1 tin sos spageti tradisional jenama Kimball
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air







Cara membuatnya:
1.  Rebus fettucine dalam air panas biar kembang, toskan.
2.  Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kacau sebentar.
3.  Masukkan pula bawang besar, biar agak garing.
4.  Masukkan daging kisar dan sedikit air, biar daging masak.
5.  Masukkan lobak merah, sos spageti dan garam.
6.  Biar kuah agak pekat, tutup api.
7.  Hidangkan bersama fettucine tadi.
taburkan sedikit bawang goreng

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, July 18, 2011

  Berapa kali nak khatam Al-Quran


kredit kepada cikgu Nazri Samsudin

Ramadhan bakal menjelang, jom kita bersedia.

mengaji secara berjemaah

Dalam bulan Ramadhan ini, ramai orang berusaha untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran supaya dapat khatam sekurang-kurangnya sekali. Cuba kita lihat apa yang para ulama kita katakan tentang Khatam Al-Quran berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW dan amalan para sahabat baginda:

1- Khatam Al-Quran sebanyak 8 kali dalam sehari, iaitu 4 kali pada waktu siang dan 4 kali pada waktu malam. Khatam seperti ini tidak lojik dan tidak dapat diterima akal.

Ataupun, khatam 4 kali, 3 kali, 2 kali atau sekali dalam sehari. Khatam seperti ini tidak diiktiraf oleh para sahabat Nabi dan juga tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

Dalam satu hadis daripada Aishah RA, yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Daud daripada Muslim bin Mikhraq berkata:

Aku berkata kepada Aishah: “Sesungguhnya ada orang yang khatam Al-Quran dalam satu malam sebanyak dua atau tiga kali”

Lalu Aishah berkata: “Mereka telah baca tapi sebenarnya tak baca! Aku pernah bangun pada satu malam sepenuhnya bersama Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Baqarah, Ali-Imran dan An-Nisa’, baginda tidak sampai ke suatu ayat yang menceritakan khabar gembira melainkan baginda berdoa mengharapkannya, dan baginda tidak sampai ke suatu ayat yang menceritakan khabar menakutkan melainkan baginda berdoa memohon perlindungan darinya”.
2- Khatam Al-Quran sebanyak 2 kali atau sekali dalam masa 3 hari. Yang ini baik dan bagus.

Dalam satu hadis daripada Abdullah bin Amr (Marfu’) pula, Rasulullah SAW pernah berkata:
“Tidaklah orang itu memahami (Al-Quran) apabila dia membaca (khatam) Al-Quran dalam masa kurang dari 3 hari”[Direkodkan oleh Abu Daud (no. 1394), Tirmizi (no. 2950): Hadis Hassan Sahih dan Ibnu Majah (no. 1347)]
Manakala daripada Ibnu Mas’ud (Mauquf), Rasulullah SAW berkata:
“Janganlah kamu membaca (khatam) Al-Quran dalam masa kurang dari 3 hari”
Said bin Al-Munzir pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Ya Rasulullah, bolehkah aku baca (khatam) Al-Quran dalam masa 3 hari?” Baginda menjawab: “Ya, jika engkau mampu”.
3- Khatam Al-Quran sekali dalam masa 4, 5, 6 atau 7 hari (seminggu). Inilah jalan pertengahan dan sebaik-baik perkara, yang telah dilakukan oleh ramai para sahabat Nabi.

Daripada Abdullah bin Amr berkata: Rasulullah SAW telah berkata kepadaku:
“Bacalah (khatam) Al-Quran dalam masa sebulan” Aku berkata: “Aku mampu lebih dari itu”

Baginda berkata lagi: “Bacalah (khatam) dalam masa 10 hari” Aku pun berkata: “Aku mampu lebih dari itu”

Baginda berkata: “Bacalah (khatam) dalam masa 7 hari dan janganlah lebih dari itu”.
[Disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim]

4- Khatam Al-Quran sekali dalam masa 8 atau 10 hari, sebulan atau 2 bulan:
Daripada Makhul berkata: Bahawasanya para sahabat Rasulullah SAW yang hebat-hebat membaca (khatam) Al-Quran dalam masa 7 hari, ada yang khatam sekali dalam sebulan, ada yang khatam sekali dalam 2 bulan dan ada yang lebih dari itu.

5- Khatam Al-Quran 2 kali dalam setahun:

Berkata Abu Laith As-Samarqandi dalam kitabnya “Bustanul Arifin”:
“Hendaklah orang yang membaca Al-Quran itu mengkhatamkannya 2 kali dalam setahun, jika dia tidak mampu lebih dari itu”.

Direkodkan oleh Hasan bin Ziyad daripada Abu Hanifah, beliau berkata:
“Sesiapa yang baca (khatam) Al-Quran sebanyak 2 kali dalam setahun, maka dia telah menunaikan haknya, kerana Nabi SAW telah membaca (Al-Quran) bersama Jibril semasa tahun baginda diwafatkan sebanyak 2 kali”.

Ada yang mengatakan makruh menangguhkan khatam melebihi 40 hari tanpa uzur, kerana Abdullah bin Amr pernah bertanya kepada Nabi SAW:
“Dalam masa berapa (hari) khatam Al-Quran?” Baginda menjawab: “Dalam masa 40 hari”.
[Direkodkan oleh Abu Daud (no. 1395) dan Tirmizi (no. 2948): Hadis Hassan Gharib]

Kesimpulan:
Ini semua berbeza mengikut keadaan individu masing-masing. Ada yang mampu baca banyak dan ada yang mampu baca sedikit.

Bagi siapa yang mampu baca sedikit, biarlah ia dapat berterusan pada setiap hari walaupun khatam lambat. Bagi siapa yang mampu baca banyak, janganlah sampai ke tahap ada rasa bosan dan putus asa atau tergesa-gesa kerana hendak khatam cepat sehingga tidak memahami dan menghayati kandungan Al-Quran.

Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, seorang ulama Tafsir di Jordan, telah memberi panduan untuk kita sentiasa berada di bawah naungan Al-Quran, dengan mengamalkan 3 wirid harian Al-Quran:

1- Wirid Tilawah: Iaitu membaca Al-Quran dengan memelihara adab-adabnya dengan tidak kurang dari 1 juzuk pada setiap hari supaya dapat khatam sekali pada setiap bulan.

2- Wirid Hafazan: Iaitu hendaklah kita berusaha untuk menghafaz 1-3 ayat pada setiap hari, diulang berkali-kali agar teguh hafazannya, supaya tidaklah berlalu beberapa tahun melainkan kita sudah dapat menghafaz keseluruhan Al-Quran dengan baik sekali.

3- Wirid Tadabbur: Iaitu dengan kita meneliti terjemahan, maksud dan tafsir beberapa ayat Al-Quran pada setiap hari (1-3 ayat) supaya dapat menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Sumber:1) Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
2) Sunan Abu Daud, Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah
3) Al-Qardhawi, Yusuf, Kaifa Nata’amal ma’al Quranil ‘Azim? m/s 184-186, Dar As-Syuruq: Kaherah (Cetakan Kedua Tahun 2000)
4) Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, Mafatih lit Ta’amul ma’al Quran, m/s 62-63, Maktabah Al-Manar: Az-Zarqa’, Jordan (Cetakan Pertama Tahun 1985)


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 17, 2011

  Lagi-lagi RVC...

Kek merah baldu (RVC) ini begitu popular sekarang ini, hinggakan mereka yang tidak menggemari kek keju pun ikut teringin nak mencuba.  Hampir setiap minggu umi terima tempahan RVC ini.  Kadang memang sengaja tak nak poskan entry RVC ini sebab menu ulang tayang begini umi tak berapa gemar.

Tapi kali ini nak kongsikan resepi baru dari dapur kak zai pula.  Masih lagi resepi RVC, dengan sedikit perbezaan sukatan bahan berbanding resepi yang umi biasa guna. Minta izin nak salin resepi di sini pula ye kak zai.  Kali ini umi ikut betul-betul seperti mana yang kak zai buat.

RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Tempahan dari Dr Salwa untuk anak gadisnya Amirah.

Juga untuk kawan umi mommyLyna
dah lama tak praktis tulis atas kek, gigil tangan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 16, 2011

  Kalau teringin nak makan keropok lekor

Siapa kata tak ada keropok lekor kat oversea? Umi dah jumpa banyak keropok lekor ni di oversea, contohnya rumah TTM di Melbourne.  Wahh sungguh kagum dan bangga tengok keropok lekor made ini Australia ni.  Jadi kalau kat luar negara boleh buat keropok lekor, apalagi kalau dalam negara kan?

Jom kita cuba!
Resepi ini umi sudah lama peram dalam buku masakan ni, jumpa di MyR hasil kreatif minami133.  Nak tengok resepi asal boleh klik sini. 

keropok lekor perantau
asal : minami133 of MyR
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)- umi guna ikan kerisi (kes salah beli ikan)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto- umi tak letak pun
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air 
Cara membuatnya:
1.  Bersihkan ikan. Ambil isi ikan dan kisar biar lumat
2.  Gaul rata isi ikan dan tepung serta garam dan serbuk perasa (jika ada digunakan).
3.  Ambil sedikit doh ikan ini dan gentel di atas papan canai sehingga jadi bentuk keropok lekor
4.  Panaskan air dalam periuk.  Masukkan keropok ikan tadi ke dalam air panas.
5.  Angkat keropok setelah ia timbul iaitu bila sudah masak.
6.  Boleh digoreng atau dimakan begitu sahaja bersama sos pedas.


Cara membuat sos:
1.  Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dalam periuk dan kacau di atas api perlahan.
2.  Kacau sehingga mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

sekejap aje dah licin...

Sekarang dah tak payah susah payah pergi Terengganu kalau teringin nak makan keropok lekor, kat Shah Alam pun ada hehe...!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 15, 2011

  Dua item wajib ada untuk bulan puasa nanti

kredit to mommyLyna

Umi amat kagum dengan kecekalan seorang ibu bekerjaya, masih menyusu ketiga-tiga anaknya termasuk sikecil yang berusia 3 bulan.  Macamana mommyLyna mampu pastikan bekalan EBM mencukupi untuk anaknya dan pada masa yang sama mengekalkan kecergasan untuk bekerja.  Jom kita baca pengakuan sebenar mommyLyna yang umi salin dari blog beliau.
----------

Saya telah mengambil supplement Shaklee sejak mengandung anak pertama, dan meneruskannya hinggalah sekarang. Dan antaranya saya mengambil Energizing Soy Protein, sejenis minuman protin soya non-GMO dari Shaklee.
soy protin
Soy Protein (kiri) bersama adik tirinya, Performance Drink
Sekarang ni saya biasanya ambil soy protein di waktu malam. Walaupun ada tips rahsia untuk membanyakkan susu ***RAHSIA NI HANYA BOLEH DIKETAHUI BILA ANDA HUBUNGI SAYA JE*** tapi saya jarang buat.. sebabnya, saya tak suka bancuh2 air kat office (Sebab malas. AAK?), kemudian saya pernah le buat dulu.. 2 kali buat, 2 kali saya demam (demam susu sebab banyak susu tak ter-pam). So tanpa mengamalkan tips rahsia tu, OK je la susu saya hari2 pam dapat 24 oz.. iaitu 4 oz x 6 container. 4 saya letak dalam botol, simpan fresh dalam fridge; 2 lagi masuk freezer utk stock. Esoknya bekalkan Danny dengan 4 botol yang fresh to dengan satu frozen dari stok lama. So everyday saya ada extra 4 oz untuk stock.
Tapi, dalam 2-3 menjak ni susu perahan saya jadi bertambah banyak. Sampai tak cukup botol. Dan biasanya saya pam 30 minit untuk penuhkan kedua2 botol (saya guna pam double- Medela Freestyle).. tapi semenjak itu 15 minit dah melimpah ruah (serius melimpah ruah sampai basah kainkuuu). Dan dapat bekalkan 100% fresh milk tanpa usik bekalan untuk stash!
Tahu kenapa? Sebab saya ambil Energizing Soy Protein ni….***wah ada rahsia ni*** ni tak sama dengan RAHSIA yang kat atas sana tau. Kalau nak tahu apa dia rahsianya, dapatkan dulu satu canister Soy Protein Shaklee dengan harga istimewa. JIMAT RM11 dari biasa tau! Hanya untuk minggu ni je, cepat2 jangan ketinggalan!
Sama ke kalau ambil Soy Protein Shaklee ni dengan minuman soya lain, especially yang beli kat kedai tu. Jawapannya sudah tentu TIDAK. Saya dah pernah cuba, instead of minum Soy Protein Shaklee, saya minum soya lain… tapi Soy Protein Shaklee works wonder.
--------------

Ohh jadi tak mustahil rupanya untuk kita dapat hasil seperti mana yang diamalkan oleh mommyLyna.  Ayuh ibu-ibu, teruskan berusaha kerana tiada yang mustahil jika kita berusaha dan berdoa serta bertawakkal kepada Allah.  InsyaAllah umi juga akan amalkan mengambil ESP ini bersama PD.

Jika berminat nak dapatkan kedua-dua produk ini jangan lupa SMS umi di 013-3623889 atau emel norasiah99@gmail.com

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 14, 2011

  Buahtangan dari Czech

Banyak buah tangan yang maksu eni bawa dari Czech, ada coklat, t-shirt, baju, teh berperisa, kek, biskut, batu kristal dan macam-macam lagi.  Yang paling banyak dan senang dibawa untuk hadiah adalah fridge magnet dan key-chain.  Kata maksu, makanan rugi orang-orang Czech ni kebanyakan berasaskan tepung seperti roti dan seumpamanya.  Yang wajib ada dalam setiap hidangan mereka adalah 'pork and beer'.  Jadi memang agak 'sakit' nak merasa makan daging halal di sana.  Hinggakan maksu kata sejak duduk di Czech tak pernah sekalipun mereka beli dan makan daging.  Ikan segar juga susah nak cari, kalau ada pun sangat mahal dan kebanyakan diimport dari luar kerana bumi Czech jauh dari lautan.

Umi nak kongsikan di sini beberapa 'benda pelik' (kata cik wa) yang tak ditemui di Malaysia.  Antaranya:

macam-macam perisa, ada perisa karamel!

juga kek madu ni, nampak macam 'so sweet' tapi tak manis sangat dan sedap lemak berkrim!
macam kek lapis, sangat gebu


yang ini perisa coklat, ada juga perisa walnut

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 13, 2011

  Kek untuk perantau yang pulang...

Hari ini 13 Julai maksu eni pulang bercuti ke tanahair selama sebulan.  Seronoknya sebab sudah hampir setahun sejak maksu merantau ke Czech, baru kali ni dapat peluang bercuti.  Alhamdulillah kami tumpang gembira bila dapat tahu maksu eni dah lulus exam tempohari, memang perit pengalaman belajar di perantauan terutama di bumi yang minoriti Muslim ini.

Sempena hari istimewa ini umi buatkan kek untuk maksu eni.  Umi namakan kek ini Strawberry yogurt cheesecake.  Resepi istimewa umi reka sendiri ni tau!

Strawberry yogurt cheesecake
sumber: umi of dapuraulad

Bahan-bahan:
200g biskut (apa-apa biskut cream cracker) -Hancurkan biskut sehingga lumat.
1/2 c mentega
1/3 c gula perang
300g cream cheese
1 c gula aising
2 sb gelatin halal
1/2 c air panas mendidih
11/2 c whipping cream
150g yogurt perisa strawberry
sedikit pewarna merah jambu dan pes strawberry

jadi 3 lapisan

Cara membuatnya:
1.  Sebatikan biskut, gula perang dan mentega di atas api sederhana panas. Kacau sehingga mentega mencair.
2. Tekan adunan biskut ke atas loyang springform saiz 8" sehingga padat.  Sejukkan sebentar dalam peti sejuk
3.  Larutkan gelatin bersama air panas sehingga sebati.  Sejukkan sebentar.
4.  Putarkan cream cheese bersama gula aising sehingga lembut.
5.  Masukkan larutan gelatin tadi.
6.  Masukkan whipping cream dan yogurt.  Putar laju sehingga adunan menjadi agak kental.
7.  Bahagikan adunan cream ini kepada 2, satu bahagian ditambah pewarna merah jambu dan pes strawberry dan satu bahagian lagi dibiarkan plain.
8.  Ratakan adunan plain ke atas lapisan biskut.  Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
9.  Ratakan adunan strawberry ke atas adunan tadi.  Sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dihidangkan.

nampak tak cebisan strawberry?
Alhamdulillah sangat sedap kek ini (tested by maksu eni dan cik pi), cik Ida jangan jealous ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 9, 2011

  Kek Pisang atau roti pisang?

Sejak Imran mula makan buah sebagai makan pejal pertama ni, umi beli banyak buah-buahan terutama pisang.  Bimbang juga kalau pisang ni cepat sangat ranum, jadi umi simpan dalam peti sejuk. Selepas hari ke-5 masih ada baki pisang. Abang kakak semua tak mahu makan pisang yang disimpan dalam fridge ini sebab warna kulit pisang dah bertukar jadi gelap dan lebam walhal isinya masih elok lagi..  Kesian kat pisang-pisang ni, tak siapa sudi nak makan lagi..

Jom kita tukarkan pisang-pisang ini kepada sesuatu yang lebih menyelerakan, contohnya kek pisang atau roti pisang!

Umi jumpa resepi ini dari pensyarah Fakulti Perhotelan UiTM Pulau Pinang. Nampak ringkas sangat cara penyediaannya.  Kata Azli resepi ni roti pisang ala ala kek, teksturnya tak segebu kek.  Resepi asal dari anak muridnya Mazlina.  Nak tengok resepi asal boleh jenguk  dapur azli.

Minta izin umi salin semula di sini untuk rujukan akan datang.

Roti Pisang ala ala Kek
dari :dapur azli
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan
5 Biji (500gm) pisang montel-Lenyekkan - umi guna pisang emas 10 biji
1/3 cawan/ 75gm/80ml mentega cair (biarkan sejuk sebentar) - umi guna minyak jagung
3/4-1 cawan gula kaster
1 biji telur
1 sudu teh vanilla esen
1 sudu teh baking soda
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuat
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah celsius
  2. Dengan menggunakan mixer atau sudu kayu bancuh pisang dan gula sehingga sebati dan gelap.
  3. Kemudian masukkan telur dan vanilla dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam acuan pembakar 4 segi yang bersaiz 4x8 inci yang telah dilengserkan dengan mentega.
  6. Bakar selama 45 minit-1 jam. Uji kemasakan dengan mencucuk dengan lidi pencucuk kek. Jika tidak melekat boleh keluarkan dan sedia untuk hidangan.
Umi guna loyang 9" jadi dapat roti yang agak nipis. Rasa roti ala kek pisang ni memang sedap.  Lain kali boleh buat lagi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 8, 2011

  Kelahiran

Penantian ini amat memeritkan
tanpamu di sisi dunia terasa sepi
haruskah aku terus begini
menanti yang tak pasti
aku bungkam, kaku dan terkedu
apakah ini hanya ilusi atau igauan di siang hari..?

tapi kau terus menyepi
membisu tanpa kata pasti

kelahiranmu merobek tembok pemisah
duniaku kini tiada batas
siang atau malam, barat utara timur ke selatan
saban waktu tiap detik bersama
di dada blog juga facebook
persidangan maya bukan lagi mimpi
dari meja direktor hingga ke anak kecil
antara keperluan dan kemegahan
tiada kompromi...

di sini aku masih setia menunggu
datanglah kepadaku
oh ipad2...

“Entry (penuh emosi) ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh fazya nisa'"

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 6, 2011

  Bagaimana mengenal vitamin semulajadi?

kredit kepada mommyLyna

Gaya hidup serba ringkas dan serba pantas hari ini memaksa kita mengambil supplement atau vitamin tambahan bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik.  Atas desakan kesedaran ini juga menyebabkan ramai orang terlepas pandang tentang perlunya kita mengambil vitamin yang semulajadi, bukannya sintetik.  Vitamin semulajadi yang paling asli semestinya boleh didapati daripada makanan yang lengkap, namun bagaimana pula dengan vitamin semulajadi dalam bentuk pil? Di manakah buktinya ia adalah vitamin semulajadi?

Jika kita rajin membaca label yang terdapat pada botol vitamin, tentu kita akan nampak senarai bahan (ingredient) yang terkandung dalam vitamin tersebut.


Secara amnya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat vitamin Shaklee adalah seperti berikut:
B COMPLEX – yis, bran, beras, kacang soya
VITAMIN C – rosehips, grapefruit, beri acerola, buah2 sitrus
VITAMIN D – ikan, yis
VITAMIN E – minyak sayuran, minyak dedak gandum, tocopherols, d-alpha tocopherols

Jika anda rajin membeli dan mengambil vitamin yang banyak dijual di farmasi, tentu anda biasa jumpa gel silika ini.

Apa itu gel silika?
Silica gel adalah sejenis ‘desiccant’ iaitu ia berfungsi untuk menyerap lembapan. Sebab itulah ia berada dalam kotak kasut kulit bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. Dalam kotak barang elektrik, silica gel diletakkan juga untuk menghalang lembapan merosakkan alatan tersebut.
Ini antara bentuk silika gel yang boleh ditemui dalam beg tangan baru, kasut baru dan vitamin sintetik.

Bagaimana nak pastikan vitamin ini semulajadi?
Pastikan bahan-bahan ini tiada dalam kandungan vitamin yang kita ambil iaitu:

  • pewarna- artificial colours, mengapa perlu ada pewarna? Apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
  • perasa – artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.
  • pemanis sintetik-mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan.  Bukankah kita mengamalkan makanan kesihatan untuk mengoptimumkan kesihatan?
  • vitamin E -alpha penting untuk kita belajar mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak beri kesan yang betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana “I” atau “dl” adalah vitamin sintetik manakala “d” adalah asli. Asalan pengeluar menggunakan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.
  • silika gel-Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.

Shaklee tidak mempunyai silica gel dalam mana-mana produknya, kecuali produk untuk kanak-kanak kerana dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan yang basah dan bakal merosakkan vitamin tersebut.  Tapi silica gel dalam Chewable Vitamin C dan VitaLea for Children ni memang unik, ia tak sama macam silica gel yang biasa datang dalam botol supplement lain.
Jadi berhati-hatilah apabila anda membeli vitamin yang datang bersama silica gel.

Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita…

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, July 4, 2011

  Hidangan lengkap yang paling digemari

Laksa johor merupakan antara menu kegemaran umi.  

letak sikit sambal untuk lebih 'kaw'
Resepi ini umi dapat hasil belajar dari nenek abi, iaitu moyang kakak Syaima'.  Laksa johor moyang ni sangat masyhur dan terbukti kesedapannya, maklumlah moyang sejak muda meniaga laksa ini.
Hidangan ini lengkap dengan segala nutrien yang diperlukan, kuah ikan, ada sayur-sayuran dan protein. Juga sesuai dihidangkan samada untuk sarapan pagi, makan tengahari malah umi juga hidang untuk makan malam.  Agak renyah menyediakannya, tapi hasilnya memang cukup berbaloi.  Serius.
Jom semak resepi, janji lepas ni kena try ye!

Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 peket spageti - rebus biar lembut dan toskan
Kuah:
1kg ikan kembung
1 ekor ikan parang
3 labu bawang besar
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia tua
1/2 inci lengkuas
125g serbuk kari ikan (umi guna kari ikan Baba's) - bancuh dengan sedikit air
1 plastik santan -beli di pasar
asam keping
1/2 tongkol gula melaka
1 ikat serai - dlm 5-6 batang
kerisik
sedikit belacan dibakar sedikit -jika suka
gula dan garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis.

Ramuan tambahan:
Secekak daun selasih
secekak daun kesum - racik kedua-dua daun ini
timun - kupas kulit, kupas membulat dan dihiris nipis
tauge
limau nipis - belah 2
bawang besar - hiris bulat
sambal belacan

Cara membuatnya:
1.  Bersihkan ikan, rebus dan ambil isinya. Kisar isi ikan ini bersama belacan (jika digunakan) dan ketepikan dulu.
2.  Mayang bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas serta serai.  Kisar semua bahan ini biar halus.
3.  Panaskan minyak masak ke dalam periuk yang sesuai.  Tumiskan serbuk kari biar naik minyak.
4.  Masukkan bahan kisar iaitu bawang, serai dan halia tadi.  Kacau biar wangi.
5.  Apabila kuah tadi mula menggelegak, masukkan santan, kacau lagi biar sebati.
6.  Masukkan isi ikan yang dikisar, kerisik, asam keping.
7.  Biar kuah agak pekat.  Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
8.  Tutup api.  Angkat dan hidangkan.

Cara menghidangnya mudah saja, ambil secekak spageti tadi masukkan ke pinggan yang sesuai. Curahkan kuah dan ulam-ulaman tadi beserta sedikit sambal belacan jika suka. Kalau kakak Syakirah cukup dengan sedikit kuah dan tauge saja, sayur lain semua dia kutip buang.

Antara hidangan untuk jamuan hari raya ni!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 1, 2011

  Pengat pisang juadah berbuka

Jiran kami Dr Haryani memang sering memberi pisang hasil tanaman di kawasan rumahnya.  Tiap kali dapat pisang begini, tiada lain yang umi fikirkan kecuali buat pengat atau pun digoreng.

Enak juga buat juadah berbuka ni ye.

Resepi pengat pisang dah pernah pos sebelum ini.  Walaubagaimanapun, umi rajin nak salin balik kat sini buat rujukan maksu eni dan cik ida moga-moga rajin buat pengat pula walaupun takde gula melaka hihihi..

Pengat pisang bersagu
oleh : umi of dapuraulad

Bahan:
5-6 biji pisang nangka - dihiris serong anggaran 1 inci (pisang abu, pisang awak, pisang saya pun boleh juga)
1/2 c biji sagu - rendam sebentar
3/4 c santan pekat - umi guna santan kotak jenama Harmuni
1-11/2 c air
1/2 keping gula kerek (gula melaka)
4 sb gula pasir

Cara membuatnya:
1.  Didihkan santan bersama air, gula, gula kerek dan biji sagu.
2.  Masukkan potongan pisang tadi.  Biar didih seketika.
3.  Tutup api, hidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com