Thursday, June 30, 2011

  Kelas Penyusuan Susu Ibu - peluang berganda untuk menang!

Kredit kepada mommyLyna

Memandangkan lagi sebulan sahaja lagi kita bakal menikmati bulan puasa, ramai ibu yang menyusukan anak masing-masing mula risau; apa yang bakal berlaku nanti? Dan apa pula persiapan yang perlu?
Nah, anda tak perlu runsing memikirkannya seorang diri lagi sebab saya serta kawan-kawan yang lain bakal mengadakan kelas penyusuan ibu khas membincangkan persiapan kita sebelum bulan puasa! Kelas penyusuan ibu ini akan dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah, Pn Suhaily dari LittleBabyVille.

Maklumat Kelas Penyusuan ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Julai, 2011 (Ahad)
Tempat: ScriptoryBox, Puchong
Masa: 9.00am – 12.00pm


Namun tempat SANGAT TERHAD. Dalam apa jua keadaan, priority akan diberikan kepada pengguna VitaminSemulajadi.com (atau ShakleeTrialPack.com sebelum ni). Bukan sahaja priority, tetapi juga DISKAUN!
Anda akan menikmati diskaun 50% daripada harga asal kelas penyusuan jika anda membeli pek ekonomi Set B (Vitamin untuk ibu menyusu) bernilai RM80. Ini bermakna, anda hanya perlu membayar RM25 jika anda anda hadir bersendirian atau RM40 jika hadir bersama pasangan masing-masing.
Anda juga akan diberikan diskaun sehingga 60% daripada harga asal kelas penyusuan jika anda membeli full pack Set B yang bernilai RM362 (Call/SMS 013-3623889 sekarang kalau nak dapatkannya pada harga ahli). So, you only have to pay RM20 kalau pergi sorang-sorang atau RM35 bersama suami.

Last but not least, anda jimat sehingga RM40-65 dengan diskaun 80% jika anda membeli full pack Set B bersama Performance Drink, Energy Soy Protein & Osteomatrix bernilai RM592 (hubungi saya untuk harga super special). Anda hanya perlu membayar RM10! Atau RM15 bersama suami!
Macam la tawaran di atas ni tak cukup bagus, anda juga akan diberikan akses ke eBook “Tips Tambah Susu Ibu”. Dalam eBook ni, anda bakal mempelajari cabaran ibu menyusu, punca susu kurang serta bagaimana nak kembalikannya.
And the best part, you stand a chance nak menang iPad 2 bernilai RM1,499! Apa lagi yang lebih baik daripada cuba memberikan yang terbaik buat buah hati tersayang sambil boleh dapat gadget paling hangat masa kini tanpa perlu membayar apa-apa!


Let’s recap. Dengan pembelian tadi, anda boleh join kelas penyusuan khas tentang persedian sebelum puasa, akses ke eBook tambah susu serta peluang nak dapatkan iPad 2 PERCUMA! Hubungi umi sekarang untuk maklumat lanjut di 013-3623889.

Jangan jadikan stok susu anda seperti ini,


Tetapi, biarlah sebegini,

Tak paham graf di atas? Cepat baca artikel pasal Graf Perancangan Susu Ibu Sebelum Puasa… Sebelum anda menyesal tak sudah-sudah……

Jangan berlengah lagi. Daftarkan diri anda sekarang. Klik sini untuk isi borang pendaftaran.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 29, 2011

  Kes menghabiskan pulut

Niat di hati memang nak buat kuih serimuka sebagai sarapan pagi semalam.  Silap pula umi tanak pulut banyak sangat kali ni.  Dah buat seloyang kuih serimuka, masih berbaki pulut ni.  Nak buat apa ye?

--


--

--

--


--

--

--

Haa..jom kita buat kuih lopes de squiera  pulak..
kreatif tuh!
Ini dah kira kes terdesak, balut pulut dalam daun pisang, lepas tu ikat dengan rubber band aje.  Jadilah kan...?
Resepi kuih lopez ni umi ambil dari MyR sumbangan Hazel dan tulip77.  Nak tengok step by step cara balut lopes jadi segi tiga, boleh klik sini.

Cara umi buat:
1. Bentukkan daun pisang menjadi segitiga.
2. Masukkan pulut dan padatkan menjadi bentuk 3 segi.
3. Ulang sehingga habis.
4. Ambil 3 bungkus pulut tadi, ikat guna rubber band (tali getah)
5. Rebus sebentar dalam periuk selama 10 minit.
6. Biar sejuk.  Keluarkan pulut dan balut dengan kelapa parut.
7. Hidangkan bersama air gula melaka.

Dapat dua menu sarapan pagi berasaskan pulut: serimuka dan kuih lopes.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 28, 2011

  Air soya homemade

Antara juadah berbuka puasa yang jarang ditinggalkan... air soya.  Kali ini umi nak cuba buat sendiri air soya, dah jumpa resepi dari kak besah MyR.  Teringat masa dulu-dulu kat kampung, yang paling rajin buat air soya ni ialah cik Pi.  Resepi dia pun tak pakai sukat-sukat, semua pakai agak-agak aje.  Agaknya rajin lagi tak dia nak buat air soya untuk berbuka puasa nanti ye?

Jom kita cuba pula..! Umi hanya buat separuh dari resepi asal.

Air soya
oleh : umi of dapuraulad
asal : kak besah of MyR

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang soya
  • 2 jug air
  • 5 helai daun pandan- dibelah dan disimpul
  • gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh garam
  • blender, penapis teh (kain)
Cara membuatnya:
1. Rendam kacang soya beberapa jam hingga agak kembang. Umi rendam soya ni selama 6 jam.
2. Kisar kacang soya bersama air
3. Tapis guna penapis, buat dua kali tapisan supaya tiada serdak soya
4. Masakkan air soya dalam periuk bersama garam dan daun pandan atas api sederhana.
5. Kacau sesekali sehingga air mendidih.  Masukkan gula secukup rasa. Umi tambahkan sedikit gula melaka.


Banyak juga dapat air soya ni, memang berbaloi.  Lain kali tak payah beli, buat sendiri lagi puas minum. Buatnya pun tak susah, yang penting kita lebih yakin akan kebersihan makanan yang kita masak sendiri. 

Boleh diminum panas atau sejuk.
Jangan lupa mencuba ye!
ini umi punya, tambah 2 ketul ais

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, June 27, 2011

  Susu ibu bakal menyusut di Bulan Ramadhan - apa persediaan kita?

Kredit kepada mommyLyna

Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan dirinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!
Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa dan memberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuasa, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?

Let’s say,
  1. anda kini dah ada stok sebanyak 20 oz dalam Freezer
  2. jumlah pengeluaran susu yang di pam ialah 17 oz sebelum bulan puasa (kecuali hari minggu sebab boleh direct feeding sepanjang hari)
  3. bayi kesayangan anda cuma minum 15 oz saja sehari (bekalan ke Taska waktu anda bekerja)
  4. jumlah pengeluaran susu yang di pam di bulan puasa akan menyusut kepada 9 oz sehari
Jika situasi anda sama seperti di atas, carta berikut menunjukkan bekalan susu yang boleh anda jangka,

Yup, by 2nd weeks of Ramadhan, bekalan susu habis. Time ni kalau tak cukup susu, bayi boleh melalak kelaparan; terutamanya kalau anak lelaki.

Apa perlu saya buat?
Mula banyakkan susu dari sekarang, jangan tunggu last minute atau yakin tak tentu hala. Dengan hanya meningkatkan pengeluaran susu yang di pam (untuk bekalan anak ke Nursery atau Taska) daripada 17 Oz kepada 20 Oz sehari (Ya, Cuma 3 Oz saja), bekalan susu anda dah cukup nak cover sampai akhir ramadhan. Tak caya tengok carta di bawah:


Kedua-dua kes di atas ni tak ambil kira kalau bayi atau nak kecil anda minum makin banyak & anda pun tak outstation ke mana-mana sehingga terpaksa menyediakan stock 2-3x ganda daripada biasa. Jika anda jangkakan kedua-dua perkara di atas bakal berlaku, saya nasihatkan cuba ikhtiarkan sesuatu sehingga boleh menambahkan pengeluaran susu sebanyak 25 Oz sehari sebelum masuk bulan puasa.



Jika anda berjaya menghasilkan 25 oz susu sehari mulai sekarang sebelum masuk bulan puasa, anda bakal menyimpan stok susu sebanyak 100 oz menjelang Syawal! Dengan jumlah sebegini, anda tak perlu lagi risau kalau tiba-tiba bos suruh outstation kerana urusan pejabat.

Macam mana nak banyakkan susu cara yang paling selamat?
Cubalah menggunakan produk semulajadi seperti Shaklee. So far, Set B (vitamin untuk ibu menyusu) yang paling berkesan. Selain boleh meningkatkan susu badan (jika anda mengikut nasihat & pesanan yang diberikan nanti), banyak juga yang gemar menggunakannya sebab badan tidak lagi lesu seperti dulu walaupun seharian bekerja.

Jangan berlengah lagi.  Ayuh kita buat persediaan sekarang. Harga runcit untuk Full Pack ialah RM296 (hubungi (Call/SMS 013-3623889) sekarang untuk dapatkan harga ISTIMEWA dan RM80 untuk pek ekonomi. Dan kebetulan kini sedang berlangsung cabutan bertuah untuk semua pembeli. Hadiah utama iPad 2 OK! Tawaran hanya sah jika anda beli di sini dan dari blog yang tersenarai.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Durian goreng? Apa kes?

Assalamualaikum semua.  Petang berangin sepoi-sepoi bahasa macam ni memang sesuai jika dihidangkan sepiring pisang goreng bersama teh O panas. Mmm..sesekali makan pisang goreng apa salahnya, lagipun yang digoreng di rumah lebih sihat dan berkhasiat daripada yang dibeli di gerai tepi jalan, betul tak?

Sambil dok goreng pisang  teringat pula baki durian dalam peti ais.  Agaknya kalau umi goreng durian ni ada tak yang sudi nak makan?  Tak pernah lagi makan durian goreng ni, jom kita cuba!

umi guna tepung rangup jenama Suri (ehh..promote pulak)
Boleh tahan juga sedap durian goreng ni.  Rasa lemak dan enak durian masih maintain walaupun digoreng, cuma bau durian agak berkurangan.  Jadi umi rasa durian goreng ni sesuai dihidangkan untuk orang yang teringin nak makan durian tapi tak tahan bau durian, contohnya macam mak long.  Hahaha... tak rugi mencuba, serius!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, June 26, 2011

  Persediaan ibu menyusu menghadapi puasa Ramadhan

Bulan Ramadhan bakal tiba. Walaupun sekarang ni baru nak masuk Syaaban, ibu-ibu perlu buat persediaan.  Bukan sahaja persediaan untuk menyambut hari raya (beli baju dan sebagainya), persediaan untuk berpuasa mesti difikirkan juga.

Bagaimana pula untuk ibu menyusu? Tentu risau jika susu merudum bulan puasa ni kan?  Umi nak kongsikan sedikit cadangan persediaan khusus untuk ibu yang menyusu.  Yang tak menyusu pun boleh ambil manfaat ilmu buat bekalan hari kemudian hehe..

Pernah dengar Performance Drinks(PD)?

Secara ringkasnya PD ini:
  1. Minuman anti dehidrasi seperti hundredplus tetapi kandungan gula & glukosnya kurang.
  2. Berperisa oren yang sedap dan digemari sekeluarga.
  3. Boleh dinikmati seisi keluarga.
  4. Semasa berpuasa tak perlu nak minum kembung2 semasa sahur, cukup minum sekadar hilang haus bersama segelas performance drink.
  5. Sesuai untuk ibu mengandung yang tak boleh minum banyak2 takut muntah.
  6. Amat bagus diberikan kepada anak-anak sekiranya mengalami demam.

Beberapa testimoni pengguna yang telah mendapat manfaat penggunaan PD ini:

Salam sayang

zaza (mom of syaura, baby dia baru 5 mons ++, fully breasfeed)"rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah lapan kali penat puasa time pregnant ok.saya pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudum takut letih sangat2 ke jadi saya pun membeli performance drink dari kak laila..saya start minum masa hari kedua yang saya tak puasa tu la sebab saya rasa masa tu saya dehydrate kot tu yang pening2mane taknye, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur,memang tak sempat nak minum air banyak2 alhamdulillah sejak tu saya rasa ok, dah tak berapa letih yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. hoh lembik macam sotong" (dicopy dari her blog)


note : zaza beli Performance drink hari ke-2 puasa, so mmg rasa perbezaannya.


Puan Saadiah (berniaga dibulan Ramadhan) "Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sgt tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan2"


Kunaz (mom of Irfan 3 mons - fully breastfeed baby)
Ok, sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal2 pregnant dulu (morning sickness teruk dowh). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Before pam, saya bese minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, abih pam jek saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali2 decide nak berbuka, dari kul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka. Pastu Kak Laila introduce performance drink dari Shaklee. Mende alah tue bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk keep us hydrated (ala2 100 plus) so that kite takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. So 1st 3 days puasa memang mantap abih aah.


Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat ok kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum performance drink hari2 and alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tue.

kredit kepada N, cery dan elaila

"....Shaklee Perfomance offers immediate hydration and sustained energy in a great-tasting, thirst-quenching Orange flavor. Just mix in water. Drink 8 ounces for each 15 to 30 minutes of activity for more energy, lasting stamina, and proper hydration.Shaklee Performance delivers that right amount of fluids, electrolytes, and carbohydrates so that it enters the bloodstream quickly and stays there longer. keeps your blood volume up, and your heart rate down, Equaling more stamina..."

Berminat? Hubungi umi di 013-3623889 atau emel kepada norasiah99@gmail.com untuk harga istimewa.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 25, 2011

  Kecil lagi dah pandai joging!

Hujung minggu jika tiada program IKRAM Subang Jaya biasanya kami akan keluar berkelah di kawasan tasik Seksyen 7.  Anak-anak akan bawa badminton masing-masing, kakak berdua ni nak jalan-jalan dan main di playground saja.  Jadi adik Imran pun join sama main gelungsur.


Sambil tu umi bawa Imran joging, ohh Imran pun pandai joging tau!
Dah penat bermain, jom kita sarapan pula.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 24, 2011

  Kenapa kita memerlukan vitamin B?

Beberapa fakta tentang B kompleks (kredit kepada cery):

Khusus untuk wanita:
1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita bekerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel-sel tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah antara punca mengapa ramai ibu yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.


2. Vitamin B membantu sebagai penenang. Ada ibu-ibu yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting. Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.


3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan B complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, ini menafikan dakwaan sesetengah orang tentang B complex.

Selain daripada itu, wanita juga sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension..


Secara umumnya setiap dari kita memerlukan B complex kerana:

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Malah ia perlu diganti setiap hari.


2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi tidak aktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang boleh dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.


3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.


4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih banyak B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang.  Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.


5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang sering memusnahkannya. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.


6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complex dengan mudah.


7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Golongan vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

Jika berminat untuk dapatkan vitamin ini, hubungi umi di 013-3623889 atau emel norasiah99@gmail.com untuk konsultasi dan maklumat lanjut.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 23, 2011

  Perkhemahan Musim Panas?

Tadika Si Cilik Pintar telah mengadakan proram perkhemahan tahunan minggu lepas iaitu 17-18 Jun 2011.  Bermula hari Jumaat pagi dan berakhir pada keesokan harinya.  Faisal memang tertunggu-tunggu program ini, sejak kali pertama menyertainya tahun lepas.  Kali ini umi lebih lebih yakin Faisal akan berseronok berbanding tahun lepas waktu dia baru 5 tahun.  Kali ni tak perlu risau dia menangis nak minum susu sebelum tidur, umi dah bekalkan susu kotak saiz kecil untuknya.

Ada banyak slot yang disusun oleh cikgu Tadika antaranya halangan komando, memang betul-betul 'ala komando' masuk lumpur!

Seronok berkhemah walaupun hanya di perkarangan tadika, sesekali belajar berdikari begini memang menjadi kenangan seumur hayat.

Kata Faisal dia tak menangis waktu nak tidur sebab umi dah bekalkan susu kotak.  Tapi bila dah lewat malam dia 'menangis sikit' sebab panas tidur dalam khemah.  Hahaha..kesian juga, maklumlah 'summer camp' memang panas kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sambal Kerepek Kentang

Jiran sebelah rumah beri kami sepeket besar ikan bilis segar dari Sabah.  Alhamdulillah dapat juga kami menumpang rezeki jiran yang pergi bercuti ke Sabah baru-baru ini.  Tanpa berlengah umi terus masuk dapur, siapkan bahan-bahan nak buat sambal menggunakan ikan bilis ni.

Anak-anak memang suka ratah sambal ni, mereka panggil sambal ni sambal kerepek kentang sebab rasanya macam crispy potato!   Jadi umi kena buat lebih supaya dapat dimakan untuk lunch nanti dan boleh juga beri pada jiran kami tadi tu.

Memang agak renyah nak membuatnya, kentang ni perlu hiris nipis dan digoreng garing.  Kalau harapkan Azzam menggoreng, banyak pula yang hangit.  Kalau cik Pi datang rumah, umi memang akan kerah dia bab goreng menggoreng ni sebab dia memang suka makan sambal kering begini.

Sambal Kerepek Kentang
Oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan:
4 biji kentang - kupas kulitnya dan dihiris nipis (guna penyagat kentang)
1 c ikan bilis - bersihkan dan tapis biar kering
2 labu bawang besar - hiris bulat
2 sb cili boh
sedikit gula pasir
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak.  Goreng hirisan kentang tadi biar garing. Angkat dan ketepikan sebentar.
2.  Goreng ikan bilis biar garing pula.  Angkat dan ketepikan.
3.  Panaskan kuali menggunakan minyak masak yang lain pula untuk menumis.
4.  Tumis bawang besar biar wangi.  Masukkan cili boh, boleh tambah jika mahu lebih pedas.
5.  Tambahkan gula. Kacau rata dan tutup api.
6.  Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi ke dalam sambal.  Gaul biar rata.


Senang aje kan? Boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi panas.
Selamat mencuba!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 22, 2011

  Vitamin yang mana sesuai untuk anda?

Setiap daripada kita, tanpa mengira tahap kesihatan dan umur pasti memerlukan vitamin untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang baik.   Berikut adalah cadangan beberapa vitamin yang sesuai untuk anda mengikut tahap umur:

Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah MESTI. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, bayi tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insyaallah susu yang terhasil lebih pekat dan bernutrisi serta mencukupi buat bayi.



2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega
 

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega
 

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E


Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega


Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega


Ibu menyusu : Set B, Soy Protein, OStematrix, Omega


Lelaki dewasa : Set A, Vita-E


Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon


Untuk imuniti : Nutriferon


Untuk antioksidan : Vivix

Bezakah Shaklee?
Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk lain di pasaran kerana:-



1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan-bahan penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.


2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan-bahan hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja.

3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.


kredit kepada mommylyna atas info ini.


Sudah pasti ada yang sesuai untuk anda. Hubungi umi di 013-3623889 atau emel norasiah99@gmail.com untuk konsultasi dan maklumat lanjut

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 21, 2011

  Sedapnya makan buah...

Berbagai jenis buah yang sesuai diperkenalkan kepada baby sebagai makanan pejal pertama.  Antara yang umi pernah cuba ialah pisang, betik, pear, apple, prune dan macam-macam lagi.

Semalam balik dari ceramah di IKRAM Shah Alam abi diberi suatu bakul penuh berisi buah-buahan.  Wah..rezeki Imran ni..!


Imran paling suka makan buah pear +apple yang dikisar halus.  Umi beri dia dua kali sehari, tengahari dan petang. 
senyum..yummy!

Nampaknya dia suka gabungan pear dan apple merah ni.  Betik, mangga dia kurang gemar; manis sangat agaknya.  Pisang pun boleh juga selang seli dengan buah pear ni.


(Imran tanya) naufal tengok ke ni?

Naufal suka makan buah apa?


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 18, 2011

  Pengalaman adalah guru terbaik

Sejak menyusukan anak pertama sehinggalah anak kelapan sekarang umi sentiasa mencari-cari ilmu tentang penyusuan serta makanan tambahan yang dapat membantu membanyakkan susu.  Macam-macam petua yang diberi umi amalkan.  Samada petua untuk banyakkan susu, petua supaya susu tak merudum dan sebagainya.  Ada yang cadangkan makan halba, minum sup lobak putih, daun betik, longan, tempe, soya dan segala mak-nenek resepi yang pernah umi amalkan. 

Dalam banyak-banyak amalan atau petua ini, yang paling umi suka adalah vitamin Shaklee iaitu set penyusuan.  Kenapa?  Sebab ia mudah, tanpa kesan sampingan yang memudaratkan, halal dan berkesan.  Bukan sahaja membanyakkan susu malah susu jadi lebih pekat dan baby cepat kenyang.  Bukan tak pernah dapat hasil sebegini waktu makan produk lain, tapi bila ada kesan sampingan yang umi tak tahan tu.  Contohnya kalau makan pil halba, badan juga turut berbau halba.  Nak makan nasi dagang tiap-tiap hari pun tak lalu juga.

Ada juga yang mencadangkan umi ambil pil herba tapi umi tak berapa setuju kerana kebanyak pil herba mengandungi kacip fatimah.  Sebagaimana maklum, kacip fatimah ini berfungsi sebagai detox yang menyahtoksid dari badan.  Toksid mungkin dirembeskan melalui peluh, perkumuhan dan tak mustahil juga melalui susu ibu.  Jadi sudah tentu kita tak mahu baby minum susu badan yang mengandungi bahan buangan tersebut, kan?

Memang mudah mengamalkan vitamin set penyusuan ini.  Hanya telan 5 biji sehari iaitu 1 biji vitamin C, B-complex, Vitalea dan 2 biji alfalfa.  Tak perlu bancuh, merenih, masak dan sebagainya, cuma telan sahaja.  Mudahkan?

Tapi pantang larang pun mesti dipatuhi, tak kira apa jenis vitamin yang kita makan, mesti minum banyak air supaya penyerapan vitamin dapat berlaku dengan optimum.  Bila kita makan vitamin, kepekatan darah akan meningkat.  Oleh itu kita perlu minum banyak air.  Kalau tidak, nanti mulalah rasa macam nak pening dan badan rasa panas semacam.  Di samping itu, elakkan minum air berkafein dan bergas kerana zat vitamin boleh termusnah.  Jadi, jangan salahkan vitamin kalau kita sendiri tak tahu cara makan yang betul!

Memanglah umi bukan pakar laktasi, apalagi pakar pemakanan nak bercakap tentang pemakanan yang sesuai untuk menambah susu.  Tapi pengalaman kan guru terbaik, malah pakar-pakar tu semua pun belajar dari pengalaman orang lain.  Betul tak?

Umi menyediakan pek kecil kepada mereka yang mempunyai kekangan untuk membeli vitamin.


Namun anda perlulah menghantar email kepada umi di norasiah99gmail.com dan boleh juga sms kepada umi di 013-3623889.

DISCLAIMER: Walaubagaimanapun semua tawaran dan pek kecil ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia. Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami.


Harap Maklum.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 17, 2011

  7 Standard Penyusuan

Artikel ini umi digest dari majalah Pa&Ma keluaran Mei 2011.  Sangat menarik untuk dikongsikan di sini.
Menurut Pn Rita Rahayu Omar Pakar Laktasi, seorang ibu yang menerapkan 7 Standard Penyusuan ini akan mengalami kelewatan dalam kitaran haidnya selepas melahirkan anak.  Untuk makluman, purata haid kembali bagi wanita selepas bersalin adalah antara 2 bulan hingga 42 bulan. Ini bermakna ibu yang mengamalkan 7 standard ini makin lambat kitaran haidnya akan kembali, dan ini adalah normal. 

Apa dia 7 Standard Penyusuan tu?
1.  Menyusukan anak secara eksklusif dalam 6 bulan pertama, tanpa sebarang cecair atau makanan pejal diberikan kepada bayi.
2.  Memujuk bayi menggunakan payudara, samada untuk menidurkan bayi ataupun supaya bayi kekal selesa.
3.  Tidak menggunakan botol atau puting kosong (pacifier)
4.  Tidur dengan bayi untuk menggalakkan penyusuan di waktu malam.  Kajian membuktikan bayi akan menyusu  3 kali lebih banyak berbanding bayi yang tidur berasingan.
5.  Ambil  peluang tidur ketika bayi tidur waktu siang.  Rehat sambil menyusukan bayi amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
6.  Kerapkan menyusu samada siang atau malam tanpa terikat dengan jadual penyusuan, susukan bayi mengikut kehendaknya.
7.  Elakkan apa jua amalan yang memerlukan ibu berjauhan dengan bayi.  Termasuklah menggunakan peralatan tertentu yang menggantikan peranan anda sebagai ibu.

Jadi para ibu semua, ayuh kita usahakan supaya penyusuan susu ibu sepenuhnya ini berjaya.  jangan mengeluh jika bayi asyik mengempeng sahaja terutama waktu kita ada bersamanya.  Penuhi segala keperluan penyusuannya, insyaAllah manfaatnya bukan sahaja kepada anak malah kepada ibu juga.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 16, 2011

  Biskut bekalan balik ke asrama

Setiap kali cuti panjang persekolahan kakak Syaima' akan request biskut ini sebagai bekalan untuk balik ke asrama.  Maklumlah duk di asrama menu makan agak terhad, tak boleh nak keluar beli jajan dan sebagainya.  Jadi bekalan biskut macam ni sangat perlu katanya.  teringat umi masa zaman duduk asrama dulu-dulu.  Kalau outing pun beli biskut murahan je, maklumlah zaman tu umi tak mampu nak beli biskut chipsmore mewah-mewah macam sekarang (waktu tu chipmore ni dah kira mewah sangat), dapat beli biskut Marie pun dah kira bersyukur sangat.

Tapi betullah kata abi, zaman dah berubah.  Yang penting kita makan dan beli mengikut kemampuan kita.  Tak mengapa beli yang mahal lebih sikit, asalkan kita tak kedekut, tak membazir dan tak rasa ujub dengan rezeki yang Allah beri.  Nikmat yang Allah kurniakan ini dapat kita kongsikan bersama orang lain yang mungkin tidak berpeluang nak merasa makanan sebegini.

Ok, cukuplah celoteh tu, jom kita lihat hasilnya.  Resepi boleh rujuk sini.

putar mentega dan gula
 
tambah choc chip je, takde kacang

gaul rata


lumayan kan?


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 15, 2011

  Projek cuti sekolah:Belajar buat bunga telur

Musim cuti sekolah cukup sinonim dengan musim kenduri kahwin.  Banyak sungguh jemputan kahwin yang perlu dipenuhi, banyak juga yang terpaksa tidak hadir kerana masa kurang mengizinkan.

Alhamdulillah cuti sekolah kali ini ada yang sudi menempah bunga telur dengan umi.  Sebenarnya umi memang tak ada kemahiran nak buat bunga telur ni, cuma berminat nak belajar seni kreatif melilit bunga, buat bunga dip dan sebagainya.  Jadi bila ada tempahan begini dapatlah kami tumpang belajar.  Pakar sebenar adalah teacher Saodah.  Kakak Syaima' pun memang suka bab seni kreatif ni.

warna biru pilihan Dr Noorizam ni memang cantik
Bunga pahar memang menjadi suatu kewajipan dalam majlis perkahwinan Melayu sebagai tanda ingatan buat tetamu yang bertandang.
100 kuntum semuanya

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 14, 2011

  Sikit yang banyak

Seringkali kita dengar, malah kita sendiri mengeluh 'saya sibuk sikit hari ni..'. Sibuk sikit je? Ohh kalau macam tu, taklah dikira sebagai sibuk sebab sibuknya hanya sedikit.  Tapi yang disebut itu tidak membawa maksud yang dihati, nak menggambarkan bahawa dia sebenarnya amat sibuk atau terlebih sibuk berbanding waktu-waktu sebelumnya.  Tapi kenapa menggunakan perkataan 'sikit', sepatutnya kita guna perkataan 'banyak' barulah tepat untuk menyampaikan maksud bahawa kita lebih sibuk sekarang ini.

Itulah antara salah guna perkataan yang sering kita lakukan.  Nampaknya kena tukarlah pula kepada 'minta maaf ye, saya sibuk banyak sekarang ni'.  What say you?

Kelapangan masa merupakan salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.  Wajiblah kita pandai manfaatkannya dengan betul agar nanti kita boleh menjawab soalan 'masa mu bagaimana kamu habiskan' di akhirat kelak.

Pesan nabi "peliharalah 5 waktu sebelum datangnya 5 waktu iaitu:
1. waktu muda sebelum tua
2. waktu sihat sebelum sakit
3. waktu kaya sebelum miskin
4. waktu lapang sebelum sibuk
5. waktu hidup sebelum mati

Moga kita sentiasa beringat dan manfaatkan masa sebaiknya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Waffle

Antara kegemaran umi sejak lebih 20 tahun lalu waktu belajar kat UM adalah makan waffle.  Tambah pula sejak kahwin (1996) dan tinggal di PJ umi sentiasa mencari peluang untuk mengunjungi restoran A&W semata-mata untuk menikmati sekeping waffle dimakan bersama sos strawberry dan ais krim vanilla.

Sekarang ni dah jarang ke A&W, tambahan pulak dengan bilangan ahli keluarga yang ramai begini, lebih ekonomi kalau buat sendiri waffle di rumah kan?  Lagipun anak-anak pun dah pandai bakar waffle ni sendiri, umi cuma sediakan adunannya sahaja.

Cuma masalah nak mendapatkan waffle yang serupa rasa enak, gebu dan garing seperti di A&W tu, umi kena mencuba banyak resepi dan buat beberapa kali eksperimen.

Kali ini nak bereksperimen dengan resepi yang umi ambil dari dapur Maz.  Resepi asal dari Allrecipes katanya.  Jom kita cuba...

Minta izin ya Maz nak letak resepi di sini pula.
Waffle
Sumber asal : Allrecipes.com

Salin dari :dapur Maz
Oleh : umi of dapuraulad
Ingredients (maz buat 1/2 rspi je)
  • 2 cups all-purpose flour
  • 4 teaspoons baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 1/2 cups milk
  • 6 tablespoons vegetable oil
  • 2 eggs, separated
  • 3 sudu besar gula halus - ni maz tambah sendiri, resipi asal tak letak
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla - pun sama maz tambah sendiri, resipi asal tak letak
Directions
1.Panaskan waffle maker. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan susu, minyak, gula, vanilla dan kuning telur. Kacau sebati.
2. Dalam bekas lain yang bersih, pukul putih telur hingga bertanduk (kembang). Dengan spatula masukkan putih telur dalam adunan no 1. Kaup balik perlahan-lahan.
2.Sapu mentega sedikit pada waffle maker (jika perlu) dan tuang 1 senduk adunan dan ratakan sekelilingnya. Masak sehinga berwarna keperangan.
3. Sedia untuk dinikmati panas-panas. (maz hidang dengan ais skrim vanilla dan sos stoberi - kisar buah stoberi segar dengan sedikit gula).

 Resepi ini menghasilkan 10 keping wafle seperti ini.  Terksturnya garing di luar, lembut di dalam.  Rasanya pula yumm...memang sangat sedap! Sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu wafle A&W hehehe..

Jadi maksu eni jangan lupa mencuba ye.  Sangat sesuai untuk breakfast, umi makan sekeping wafle dengan aiskrim raspbery (ais krim homemade ni tau!) ditabur dengan thousand color ni pun dah kenyang.

close-up sikit (motif supaya mak su eni terliur kikiki...)
 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Peluang untuk dapatkan iPad2 percuma..tak nak ke?

Tawaran menarik untuk pengguna dan bakal pengguna Shaklee.

Mudah sahaja caranya iaitu dengan setiap pembelian produk melayakkan anda untuk mnyertai cabutan bertuah ini.
Bilangan undi yang layak menyertai cabutan bertuah ini berdasarkan pembelian anda:

  1. 1 tiket = Pembelian Mana-Mana Pakej Trial Pack (Set A-J1)
  2. 2 tiket = Pembelian Mana-Mana Pakej Full Pack (Set A-J1)
  3. 3 tiket = Setiap Pembelian 1 Botol Vivix Shaklee
Lebih banyak undi jika anda bersedia membeli Full Pack atau Vivix Shaklee.

Malah bukan itu sahaja. Anda juga boleh mendapatkan extra 1 tiket jika pembeli produk  menyatakan nama anda bagi setiap pembelian. Jika ini berlaku, pembeli tersebut akan memperolehi bilangan undi berdasarkan kriteria di atas, dan anda juga akan dihadiahkan 1 undi sebagai ganjaran.

Tawaran ini hanya sah bagi tempoh Jun-Julai 2011 sahaja.  Jadi, jangan tunggu lagi...bertindak sekarang!

Ada lagi...khusus untuk ibu menyusu.  Setiap pembelian produk melayakkan anda untuk mendapat eBook 'Tips Tambah Susu Ibu' seperti ini:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi umi di 013-3623889

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, June 13, 2011

  Selamat Hari Bapa..

Sempena bulan Jun yang popular dengan sambutan hari bapa ini, umi juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di Malaysia (juga rakyat Malaysia di luar negara) semoga anda semua menjadi contoh tauladan untuk kami dan anak-anak semua.

Istimewa untuk abi, anak-anak sudah siapkan hadiah awal-awal lagi.  Umi pun tak tahu anak-anak beri hadiah apa untuk abi kali ni.  Semua ni diatur oleh kakak Syaima', umi tolong teman pergi kedai dan bayar sahaja.
semua kena sign kad ni, termasuk Imran;-)
Air teh lemon special untuk abi..

Juga kek merah baldu ni..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 11, 2011

  Bezakah vitamin set penyusuan Shaklee dengan vitamin lain di pasaran?

Kasihnya ibu tidak terperi, sanggup berkorban apa saja demi memastikan si anak mendapat yang terbaik.  Atas dorongan itulah setiap ibu menyusu berusaha mencari jalan untuk menambah susu. Pelbagai cara dilakukan samada melalui perubatan moden, pil-pil hormon, pil herba dan sebagainya  semata-mata untuk memperbanyakkan susu badan.

Kita memang berbeza
Agak mengecewakan apabila pilihan yang diambil tidak begitu menjadi sepertimana yang diwar-warkan.  Lalu si ibu tanpa putus asa terus berusaha mencuba pilihan yang lain pula.  Andai selepas mencuba kali kedua juga masih tidak berjaya, lalu si ibu menjadi stress dan mula menyalahkan pihak lain yang memperkenalkan pilihan tadi kepadanya.  Kesilapan yang berlaku di sini ialah si ibu tidak mencari punca masalah terlebih dahulu.  Satu perkara penting yang perlu difahami oleh setiap orang ialah tidak semua pil/produk/makanan penambah susu memberi kesan yang serupa ke atas semua orang.  Ada yang sesuai dengan halba, ada pula yang cukup dengan minum air rebusan daun betik malah ada yang langsung tak perlu ambil apa-apa makanan tambahan.  Jadi setiap daripada kita memang berbeza!

Apa beza set penyusuan Shaklee dengan vitamin lain di pasaran?
Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan, supaya ibu-ibu tidak lagi tercari-cari supplement yang sesuai untuk ibu menyusu.  Set ini mengandungi 3 vitamin asas dan 1 vitamin yang bertindak sebagai penggalak susu (milk booster).

Vita-lea Iron Formula (lengkap dengan Iron)

Multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh. Antara khasiatnya:
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Formula lengkap dengan zat besi
  • Mempercepatkan proses pencernaan pemakanan kita seharian.

Vita-C (500mg)
  • Penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan. Juga membantu untuk:
  • Untuk kecantikan kulit
  • Mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah.
  • Penting untuk pembentukan kolagen
  • Bersifat anti oksida
  • Fungsi sustain release berfungsi secara perlahan dan berkuasa selama 24 jam dalam badan kita.
  • Membantu meningkatkan taraf sistem pertahananbadan.
  • Membina kolagen (bahan pelekat) dalam membina sel-sel badan.
  • Diperlukan dalam proses penyembuhan luka dan kudis
  • Memulihkan selesema
  • Bertindak sebagai anti kimia terhadap racun nitrat dan nitrit
  • Perokok, perokok sekunder, mereka yang selalu stress dan lesu memerlukan lebih vitamin C
  • Sebagai pelindung sel dalam menghadapi serangan radikal bebas

B Complex (lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B)
Mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu. Ibu menyusu perlu mood ceria dan tenang supaya susu mudah terhasil. Antara fungsinya:
  • Untuk kecergasan dan kecantikan dalaman
  • Penting untuk memperbaiki dan melancarkan peredaran darah dan urat saraf
  • Membantu meninggikan system pertahanan badan
  • Membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang
  • Membantu mengatasi kelesuan
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegahkemurungan
  • Membantu pelepasan tenaga dari makanan
  • Pengambilan gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
  • Menukarkan gula kepada tenaga

Alfalfa (milk booster)
Digunakan sejak zaman-berzaman di negara Barat sebagai penambah susu . Malah, Alfalfa turut mempunyai 1001 kelebihan lain seperti melancarkan haid wanita, merawat athma dan alergik, resdung, keputihan di kalangan wanita, melawaskan sistem perkumuhan dan banyak lagi. Antaranya:
  • Melancarkan system perjalanan tubuh badan
  • Kaya dengan sumber mikronutrien sayur-sayuran
  • Sebagai milk-booster bagi ibu yang menyusukan bayi.
  • Membantu dalam hal kewanitaan terutama kepada mereka yang mempunyai masalah keputihan.
  • Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantitiyang mencukupi
  • Mengandungi klorofil
  • Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya dengan protein
  • Secara tradisi diambil untuk mengatasi sakit sendi dan alahan
  • Mengandungi trace minerals lebih banyak berbanding tumbuhan lain
  • Digunakan sebagai penggalak susu ibu
  • Mengandungi kalsium yang tinggi

Bukan sekadar tambah susu
Set penyusuan Shaklee bukan sekadar fokus untuk memperbanyakkan susu ibu, malah membantu si ibu memperoleh zat dan nutrisi yang secukupnya serta meningkatkan taraf kesihatan si ibu.  Dengan itu si ibu akan lebih berjaya di dalam penyusuannya.

Kesan sampingan yang positif
Apabila kesihatan ibu berada pada tahap yang baik, susu ibu juga akan bertambah dari segi kuantiti dan kualiti. Susu akan menjadi lebih pekat dan nutrisi susu ditingkatkan.  Si anak akan lebih mudah kenyang dalam waktu penyususan yang singkat, dapat tidur lebih lama, si ibu kurang stress dan sentiasa gembira walaupun penat kerja seharian samada di rumah mahupun di pejabat.  

Semudah itu?
Ya, memang mudah mengamalkan set penyusuan ini.  Hanya makan sebiji vitamin (setiapnya) dan 2 biji alfalfa sehari.  Namun ada 4 amalan yang tidak boleh ditinggalkan iaitu:
  1. Minum sekurang-kurangnya 3Liter sehari
  2. Kosongkan payudara setiap 3 jam sekali (samada direct feeding atau pumping)
  3. Amalkan pemakanan berkhasiat dan seimbang
  4. Banyakkan berdoa dan bertawakkal
AWAS!
Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik atau berasaskan perangsang yang mana hari ini makan terus nampak hasilnya dan susu terus bertambah jadi 30oz!  Sebaliknya vitamin atau makanan tambahan semulajadi (natural supplements) memerlukan masa untuk bertindak dan menyesuaikan diri dengan tubuh kita.  Oleh itu teruskan berusaha dan bersabar serta banyak berdoa kepadaNya.  Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha sedaya kudrat yang ada(itupun kalau sabar berusaha), selebihnya hanya Allah yang tentukan rezeki hambaNya.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 9, 2011

  Vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu

Dua minggu kebelakangan ini umi kerap menulis mengenai penyusuan.  Maaflah jika anda tidak tergolong dalam golongan ibu menyusu, bapa yang mempunyai anak menyusu dan seangkatannya.  Ambillah maklumat ini sebagai panduan dan ilmu yang mungkin berguna untuk masa depan, boleh juga disebarkan kepada mereka yang berkenaan.


Ok, back to the topic; ramai juga yang bertanya: 'perlukah ibu menyusu ambil supplement', 'apa vitamin yang patut diambil oleh ibu menyusu' dan sebagainya.

Apa yang perlu diambil?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ibu menyusu memerlukan khasiat dan pemakanan yang tidak jauh beza dengan ibu hamil. Bagaimanapun ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori berbanding ibu hamil.  Secara umumnya ibu menyusu perlukan 2000 hingga 2200 kalori sehari.  Khasiat yang mesti ada dalam pemakanan ibu-ibu adalah :

(maklumat ini umi digest dari UCSF Nutrition Counseling Center)
1.  Protein
Sebanyak 2-3 hidangan sehari.  Saiz satu hidangan adalah 3-4 oz daging, ayam atau ikan.
Antara sumber utama protein boleh didapati melalui daging, ayam, telur, susu, keju dan kekacang.


2.  Kalsium
Ibu-ibu memerlukan 1300mg kalsium sehari.  Antara sumber utama kalsium adalah seperti susu, yogurt, keju, tauhu.


3.  Zat besi
Ibu perlukan 9mg zat besi sehari.  Antara makanan yang kaya zat besi seperti daging, makanan laut, kekacang, kuning telur.


4.  Vitamin C
Kita perlukan 120mg vitamin ini sehari.  Vitamin C boleh diperolehi melalui buah-buahan sitrus seperti oren, kiwi.  Manakala buah-buahan tempatan yang kaya vitamin C seperti jambu batu, belimbing.  Sayuran seperti brokoli, sawi , kobis bunga, tomato juga kaya vitamin C.

5.  Air dan mineral
Badan kita memerlukan air utnuk berfungsi dengan baik.  Oleh itu disarankan supaya meminum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari.  Sebaik-baiknya air kosong.  Selain dari itu boleh ditambah jus, susu, sup dan sebagainya.

Hakikatnya
Mampukah kita untuk pastikan pengambilan makanan seharian kita mengandungi cukup vitamin dan khasiat seperti yang sepatutnya? Contoh mudah, berapa banyak buah yang perlu kita makan sehari untuk pastikan badan mendapat Vitamin C secukupnya?  Berapa kilo sayur perlu diambil?  Persoalan lain: Adakah bahan mentah (sayur, daging contohnya) diproses dengan betul supaya zat dan vitamin tidak hilang?  Dan pelbagai persoalan lagi yang perlu kita fikirkan. Tambahan pula dengan batasan masa dan gaya hidup moden sekarang ini kadang kala memaksa kita 'makan sekadarnya' tanpa menitikberatkan kuantiti  apatah lagi kualiti khasiat makanan yang kita ambil.  Golongan ibu menyusu pula terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih berat; memastikan badan sendiri mendapat khasiat secukupnya dan pada masa yang sama nak pastikan susu mencukupi dan berkhasiat untuk si anak.  Besar sungguh pengorbanan ibu-ibu ni ye..!

Cadangan penyelesaian
Realiti gaya hidup sekarang yang 'serba mudah', 'serba ringkas' dan 'segera' ini sukar untuk ditolak.  Oleh itu kita perlu mencari sokongan dan makanan tambahan (supplement) bagi menampung kekurangan zat vitamin yang sepatutnya diambil oleh tubuh.  Antara pilihan yang ada adalah dengan mengambil vitamin semulajadi yang diperbuat dari bahan semulajadi dan tidak meninggalkan kesan mudarat kepada tubuh.  Contohnya vitamin Shaklee.  Apa dia Shaklee?  Betul ke Shaklee vitamin semulajadi? Hmm...nanti umi kongsikan dalam entry akan datang pula ye.
Untuk ibu menyusu, umi cadangkan supaya mengambil set B yang mengandungi Alfalfa, Vitamin C, Vitamin B complex dan Vitalea (multivitamin)


Kesan pengambilan Vitamin
Tindakbalas vitamin ke atas badan adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.  Bagi mereka yang sudah dibiasakan dengan pengambilan vitamin, penyerapannya lebih mudah berbanding individu yang jarang-jarang sekali ambil vitamin.  Oleh itu jangan cepat mengeluh jika sudah seminggu ambil vitamin tapi masih kekal dengan tabiat pemakanan lama, suka 'junk food', suka minuman bergas atau ais, rehat tak cukup, minum air sekadar hilang haus sahaja.  Badan perlukan masa untuk membaiki tisu-tisu yang rosak, sebelum menghasilkan output sepatutnya.  Selain dari itu pastikan ibu-ibu tidak ambil minuman atau makanan berkafein seperti kopi, teh dan kebanyakan minuman bersoda.  Kafein merupakan musuh vitamin yang boleh memusnahkan vitamin dalam badan.

Antara perubahan yang berlaku pada tubuh selepas pengambilan vitamin adalah seperti:

1. Healing crisis - badan rasa lemah, lesu, mungkin demam kerana proses nyahtoksin sedang berlaku.
Jika ini berlaku, banyakkan minum air sekurang-kurang 3Liter sehari, sabar dan berdoa. 
2. Badan rasa semakin cergas dan kurang lesu.
3. Kulit menjadi lebih licin dan cantik
4. Rambut juga semakin kurang gugur
5. Lebih bijak mengawal emosi dan rasa lebih tenang


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 8, 2011

  Minggu pertama cubaan untuk makan

Imran baru masuk bulan ke -6 minggu ni.  Memang dia sudah tak sabar nak makan nampaknya.  Jadi umi mulakan dengan puri buah dulu.  Cubaan pertama bagi dia rasa mangga manis, terkulat-kulat mukanya sambil tergoyang bahu menahan geli.  Agaknya manis sangat buah ni, maklumlah deria rasa dia agak terkejut sebab tak pernah menerima rasa manis sebelum ni hehe..
(tak dapat rakam gambar dia terkulat-kulat ni..)

cakk!
Ramai yang tak percaya Imran baru 6 bulan.  Malah saiz badannya lebih besar dari baby berumur 8 dan 11 bulan di taskanya.  Alhamdulillah berkat susu ibu insyaAllah anak sihat dan ceria!

Ok, sempena hari 'testing food' hari ni umi nak nyanyikan lagu khas untuk Imran (tak dapat nak upload video utk mak su eni).  Dengar (nyanyi sendiri la) ye...

Pok amai-amai
belalang kupu-kupu
Imran Syakir budak pandai
rajin baca buku!

Buai tinggi-tinggi
sampai cucur atap
Imran belum tumbuh gigi
sudah pandai baca kitab!
(ikut rentak irama pok amai-amai)

Doa melaui lagu nih!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 7, 2011

  Membeli sambil beramal

Selain kegembiraan dengan promosi  Jun, kemeriahan ditambahkan lagi dengan setiap pembelian trial pack, RM1 akan didermakan kepada FameKids. 

Apa itu FAMEkids?
FAMEkids adalah kumpulan sokongan anak-anak istimewa, ditubuhkan untuk menjadi suatu platform untuk FAMEparents berhubung dan untuk mempromosikan FAMEkids kepada masyarakat. Gabungan 2 wanita yang berjiwa kuat iaitu MommyLina dan Watie telah menubuhkan kumpulan sokongan ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Blog FAMEkids : http://famekids.net/
Fanpage : http://www.facebook.com/famekids




Sedikit info mengenai FAMEkids:

FAMEkids adalah kumpulan sokongan anak-anak istimewa, ditubuhkan untuk menjadi suatu platform untuk FAMEparents berhubung dan untuk mempromosikan FAMEkids kepada masyarakat.
FAMEkids berpusat di Puchong, Selangor secara aktif melakukan perbincangan dan aktiviti di online untuk mempromosikan kepada orang ramai tentang anak-anak istimewa FAMEkids.

Ayuh semua mari kita sertai kempen Membeli Sambil Beramal hari ini juga. Pembelian Trial Pack anda akan membantu meringankan mereka yang memerlukan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, June 6, 2011

  Alasan untuk tidak mengepam susu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sudah agak lama umi tidak menulis mengenai penyusuan susu ibu.  Kesibukan yang melanda sekarang ini mematikan niat setiap kali nak menulis(menaip di keyboard).  Walaupun begitu, umi rasa sangat terpanggil untuk menulis (menaip la umi!) di sini kerana ada kawan umi yang mengadu stok EBM nya hampir pupus gara-gara kurang disiplin dalam mengepam susu.  Kasihan anaknya, kata kawan umi tu ibarat pam pagi minum pagi, pam petang minum petang!  Memang sungguh berjimat cermat membekalkan susu untuk sikecilnya di nursery.  Amalan berjimat cermat ini memang bagus, tetapi bukan dalam bab membekalkan susu utnuk anak ye ibu-ibu, kesian kat anak tu..

Apa sebenarnya yang menyebabkan para ibu tidak mengepam susu mengikut jadual sepatutnya?  Sibuk? Malas? Tiada pam yang sesuai?  Jom kita teliti sebab musabab ini satu persatu, moga-moga dapat menjawab segala persoalan dan kekusutan yang melanda.

1.  Sibuk
Jika kita boleh habiskan masa hampir 2 jam di FB, tak kan tak boleh luangkan sedikit masa untuk mengepam dalam setengah jam sahaja.  Boleh juga mengepam sambil melayari Internet (macam yang umi selalu buat), perlu sedikit  kreatif untuk melakukan kedua-dua task ini.  Fikirkan manfaat untuk anak setiap kali ingin mengepam.  Ingatlah bahawa masa yang kita laburkan ini bakal memberi pulangan yang tidak ternilai harganya buat anak dan juga manfaat untuk si ibu sendiri.

2.  Breast rasa tak bengkak
Kesilapan yang selalu kita lakukan adalah menunggu breast bengkak dulu baru nak mengepam.  Fahami konsep 'supply on demand' di mana susu akan terhasil setiap kali breast dikosongkan.  Oleh itu ibu-ibu perlu kerapkan direct feeding kepada anak atau mengepam sehingga breast terasa kosong.  Perlu pam secara konsisten setiap 2 atau 3 jam sekali sebagai isyarat kepada otak bahawa badan perlu hasilkan lebih banyak susu.  Breast akan cepat terasa bengkak jika ibu-ibu banyak mengambil makanan berprotein tinggi seperti telur, susu, keju dan sebagainya.  Masalahnya jika banyak sangat makan telur, keju ni lebih mudah kolesterol dan lemak berkumpul dalam badan.  Susah juga nanti dapat pelbagai penyakit lain pula.  Untuk lebih sihat, umi amalkan makan ESP dan alfalfa yang kaya protein tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.


3. Minum air berkafein
Kafein merupakan musuh vitamin kerana ia boleh memusnahkan vitamin B dan vitamin C dalam badan.  Kesannya badan jadi lesu, cepat letih, mudah moody.  Ibu menyusu amat perlukan vitamin B, ia bukan sahaja perlu untuk tenaga malah boleh membantu ibu mendapatkan mood ceria.  Bila ibu ceria dan gembira, susu lebih banyak terhasil.

4. Minum air bergas atau ais
Satu lagi jenis minuman yang mesti dielak oleh ibu menyusu (juga yang tidak menyusu) ialah minuman bergas dan minuman berais.  Rupa-rupanya minuman sebegini boleh mengganggu kelancaran aliran darah.  Oleh kerana susu berpunca dari darah, logik kalau kita katakan penghasilan susu akan terganggu.  Minuman berais juga boleh melambatkan proses pencernaan badan kita.  Jadi elok sangat kalau kita hentikan pengambilan kedua-dua minuman ini untuk kesihatan kita.

Umi kira 4 point ini dah cukup untuk kita check balik sebab musabab kenapa susu merudum.  Apapun, kita berhak mencipta alasan kerana kita adalah pemerintah kepada diri kita sendiri.  jadilah pemerintah yang adil dan jujur pada diri sendiri.

Segala usaha yang para ibu lakukan mestilah dilakukan bersungguh-sungguh, tanpa jemu dan tanpa putus asa.  Mohonlah dengan Allah kerana hanya Allah yang Maha Pemberi Rezeki.  banyakkan berusaha dan berdoa moga rezeki untuk anak tidak putus.  Biasanya jika ada masalah, kita cepat mengadu dengan manusia, kadang kita lupa untuk mengadu dengan Yang Maha Pencipta.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 2, 2011

  Jaulah Ke Kuantan

Kembara sempena cuti sekolah kali ini kami ke Kuantan.  Program Jaulah Keluarga anjuran IKRAM Subang Jaya ini merupakan program tahunan yang dinanti-nantikan setiap kali cuti panjang persekolahan.  Perjalanan dari Shah Alam ke Kuantan memakan masa hampir 3 1/2 jam ini memang agak memenatkan, apalagi dengan soalan 'bila nak mandi laut ni', 'jauh lagi ke nak sampai hotel' dan macam-macam aksi lagi.

Namun begitu kami berhenti di 2 tempat sebelum ke Kuantan iaitu Deerland Park di Lanchang dan Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah.

sedapnya makan ubi keledek ni...


Rusa ini dari Indonesia.  Rupanya di Deerland ini bukan sahaja ada rusa, tapi ada berbagai jenis haiwan lagi seperti kancil, arnab, cerpelai, beruang (sunbear), pelbagai jenis burung, kucing, ular dan macam-macam lagi.  Umi tak sempat nak ambil gambar beruang sebab Imran dah merengek nak tidur.
Errr...umi ngeri sangat nak pandang gambar ni, apalagi nak masuk dekat.  Berani sungguh anak-anak ni, tak macam umi hehe..
Ishh.. apalagi yang anak-anak ni nak buat dengan ular tu, cukup la tu..!

penuh badge/stiker kat tudung
Syifa' pun geli nak masuk dekat.  Jom Syifa', kita tengok arnab pulak.  Kata abi, arnab pun pandai makan berjemaah ramai-ramai dalam bekas makanan tu.  Sayangnya umi lupa nak snap gambar 'arnab berjemaah' tu.
Di Kuala Gandah pula.  Cuaca waktu ini panas terik, nak tengok gajah pun tak larat rasanya.  Lebih baik umi temankan Imran tidur (boleh umi rehat kejap).
Hakim, Azzam dan Ammar dah pernah ke sini 2 tahun lepas.  Jadi mereka tak kesah sangat nak tengok gajah mandi atau menunggang gajah kali ini.  Lagipun cuaca sekarang memang panas, tekak cepat haus.  Jadi kami tak lama kat sini, tak sabar-sabar nak makan tengahari pula.

Lepas lunch dan solat jamak Zohor& Asar, kami teruskan perjalanan ke destinasi. Syukurlah sepanjang perjalanan ini Imran baik aje, langsung tak meragam.

 mandi pun nak snap gambar ke?(kata Imran)
Apalagi...Imran pun tak ketinggalan berendam laut sambil 'menghanguskan kulit'.

macam biasa je..kakak lagi suka ABC (sambil nyanyi A..B..C..)
Makan-makan di Beserah, Kuantan.  Kak Chik nak cuba Ais Jagung.

Abang pula nak minum air kelapa segar tanpa ais slurrppp...

Tapi yang ini yang terbaik... sotong celup tepung. Yum yum sedap sangat, daging sotong rasa kenyal dan segar, cicah pula dengan sos pedas+manis ni....sedap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 1, 2011

  Muffin Pandan wangi

Waktu cuti sekolah macam ni merupakan waktu yang paling sesuai untuk memupuk bakat dan minat memasak anak-anak.  Kali ini umi nak minta anak-anak buatkan muffin pandan pula.  Resepi dah siap sedia, bahan-bahan umi dah siapkan awal-awal lagi.  Sorang tukang timbang/sukat bahan-bahan, sorang lagi tukang bancuh, sorang lagi tukang aturkan acuan muffin.  Jom kita lihat hasilnya.


Resepi asal umi ambil dari blog irma yang dulunya duduk di London, sekarang dah balik ke Malaysia.

Untuk rujukan masa depan, umi salin semula resepi tersebut kat sini:

Muffin Pandan
Sumber: blog Irma
Oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan :

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikabonat 1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung2 biji telur*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) *1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :

*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.

5. Bakar selama 20minit.
 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com