Thursday, April 28, 2011

  Berikan yang terbaik untuk anak

Susu ibu adalah makanan terbaik bayi.  Beruntunglah ibu yang dapat menyusukan anaknya secara direct feeding kerana itulah kaedah yang terbaik.  Bagaimana pula ibu yang bekerja, bolehkah kita terus menyusukan anak waktu bekerja?

Kebanyakan kita ibu yang bekerja jarang berkesempatan menyusukan secara direct pada waktu siang.  Ada kawan umi yang mengadu anaknya hanya menyusu badan waktu malam bila dia ada bersama bayinya, siang hari bayinya minum susu formula.  Jika keadaan ini berterusan, susu ibu akan kering dan habis.  Masakan tidak, hampir 10 jam jika tak dikosongkan payudara (direct feeding atau pam) susu akan kering dengan sendirinya.  Oleh itu kita perlu mengepam susu keluar dan mengosongkan payudara agar susu yang baru dapat dihasilkan.

Macamana nak pastikan susu ibu mencukupi?  Banyak panduan dan pengalaman ibu menyusu yang boleh kita kongsikan.  Rajinkan diri membaca, membelek majalah, menjelajah blog, mencari dan bertanya.  InsyaAllah kita akan temui jawapannya. Paling baik jika kita dapat join kumpulan sokongan ibu menyusu, banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan.

Prinsip penyusuan badan ini mudah; bekalan bergantung kepada permintaan iaitu lagi kerap baby menyusu lagi banyak susu akan dihasilkan.  Kerapkan direct feeding dan juga pam susu keluar, tujuannya supaya payudara dikosongkan bagi menghasilkan susu baru. Susu yang dipam ini boleh tahan sehingga 4 jam pada suhu bilik, 3 hari dalam fridge dan boleh disimpan beku sehingga 3 bulan dalam freezer.  Sebaiknya susu yang baru dipam disimpan dalam fridge dulu sebagai stok untuk esok hari.  Berikan stok susu ini secukupnya untuk dibawa ke nursery/pengasuh.  Jika ada baki yang telah diminum, buangkan sahaja lebihan tersebut kerana dikhuatiri telah dicemari bakteria dari air liur anak.  Sebaliknya jika ada baki yang belum diminum, boleh disimpan sebagai stok untuk keesokan harinya.  Selepas 3 hari jika masih berbaki dan belum digunakan, simpan sebagai stok beku di dalam freezer.  Susu yang segar baru dipam inilah yang sebaiknya kita berikan kepada baby, bukan disimpan sebagai stok beku.



Moga maklumat ini bermanfaat dan membantu ibu-ibu memberikan yang terbaik untuk anak.  Tiada yang lebih baik kecuali susu ibu (direct feeding), kita berusaha sehabis upaya memberikan yang terbaik untuk yang tersayang!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 25, 2011

  Yang ditunggu dah tiba..!

Sudah cukup seminggu umi order barang ini dari online store.  Kedai LittleWhiz.com ini pun tak jauh mana dari rumah, tapi disebabkan kesuntukan masa tambahan pula teknologi perniagaan atas talian lebih mudah jadi umi fikir lebih baik order online sahaja.  Lagipun sekitar Shah Alam tidak dikenakan postage fee.  Tapi cukup seminggu baru dihantar barang tu, jenuh menunggu!


Inilah dia barang yang ditunggu-tunggu (sampai terbawa dalam mimpi hehe..!).

Kenapa umi berhajat sangat nak beli breastpump yang baru ni, bukan ke dah ada?  Sebenarnya sejak dari menyusukan anak pertama (13 tahun yang lalu) sehingga ke anak ketujuh, umi hanya menggunakan jari jemari untuk memerah susu.  (Masa tu tak tahu pun ada teknik yang dinamakan teknik marmet nih!) Tapi sejak kelahiran Imran umi nekad untuk menggunakan pam samada manual ataupun electric pump.  Kenapa? Sebab jari jemari ku sudah penat, rasa macam cramp dah.  Setelah mencuba kedua-dua jenis pam (kepunyaan Pn Fairuz) ini, ada satu lagi masalah baru; susah nak buat tendem pumping.  Apa pula tandem pumping ni?

Tandem pumping ini merupakan satu teknik mengepam susu sambil menyusukan anak.  Imran agak keberatan untuk memberikan kerjasama, habis tercabut semua wayar dan tiub pam ditariknya (tanda protes).  Agaknya dia mahu perhatian penuh waktu menyusu.  Oleh itu umi nak cuba pam yang menggunakan bateri (battery operated) supaya lebih mobile untuk menyusukan Imran.

Medela mini electric plus

Alhamdulillah suka sangat guna pam ini, walaupun bukan freestyle, tapi umi telah berjaya menjadikannya 'freestyle'! hehe..sangat jimat dan berbaloi-baloi!

InsyaAllah umi akan lebih kerap menulis mengenai penyusuan susu ibu sebagai motivasi dan rujukan.  Buat cik Ida yang sedang berusaha untuk relactation, umi doakan yang terbaik untuk Naufal.  Yakin boleh!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, April 24, 2011

  Lasagna yang lazatnya...

Sudah agak lama umi tak buat lasagna ini, gara-gara pernah terkecewa resepi tak menjadi.  Langsung tak mahu mencuba lagi.  Sehinggalah semangat untuk buat lasagna pulih kembali setelah berjalan maya ke dapur kawan blogger yang rajin memasak.  Nampak lasagna ini di dapur kak ida, nampak lagi di dapur atie, dapur hana, terus terpikat.  Tak rugi mencuba, kalau takut mencuba maknanya kita dah kalah sebelum bermula kan?  jadi umi kuatkan semangat untuk cuba resepi dari dapur hana pula.

Resepi ini mengikut versi umi pula. Untuk resepi asal sila ke dapur hana (di kuantan sekarang, bukan Jepun lagi)

Bahan-bahan:
12 keping lasagna ready to cook (tak perlu rebus)
300g daging cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
2 ulas bawang putih -cincang
1 botol sos spageti perisa tradisional -umi guna jenama Kimball
1 biji lobak merah - potong dadu
sedikit oregano
air minyak
garam secukup rasa
keju mozarella secukupnya

Sos putih:
1/2 c tepung gandum
2 1/4 c susu segar
3 keping keju cheddar
3 sb marjerin

Cara membuatnya:
1.  Tumis bawang putih biar naik bau. Masukkan bawang besar pula.  Biar wangi.
2.  Masukkan tomato, kacau rata biar tomato agak hancur.  Masukkan daging, lobak yang dipotong tadi
3.  Masukkan sos spageti, oregano dan garam secukup rasa. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
4.  Biar masak dan kuah agak pekat.  Angkat dan ketepikan sebentar.
5. Sediakan sos putih: Sebatikan semua bahan dalam periuk.  Masak di atas api kecil sehingga sos menjadi pekat.
6.  Glis loyang atau dulang pembakar yang sesuai.
7.  Susun kulit lasagna ini menutupi keseluruhan permukaan loyang pembakar.  Ratakan sedikit inti daging tadi.  Lapiskan pula dengan sos putih.
8.  Ulang langkah (7) ini sehingga menjadi 3 lapisan lasagna, daging dan sos putih.
9.  Lapisan teratas boleh ditaburkan parutan keju mozarella  untuk rasa yang lebih cheezy.
10.  Bakar di dalam oven 170C selama 30-40 minit.
lapiskan inti daging
letak cheese lebih
dah masak...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, April 23, 2011

  Pentingnya sokongan keluarga

Seringkali juga umi dengar rungutan ibu-ibu menyusu yang terpaksa berdepan dengan ahli keluarga yang tidak begitu menyokong penyusuan susu ibu.  Antara yang berlaku adalah cabaran ibu, ibu mertua yang menyuruh kita mencampurkan penyusuan dengan susu formula.  Alasan 'anak tak cukup minum', 'stok susu tak cukup', 'susu beku dah basi', dan pelbagai lagi.  Tak cukup dengan itu, ada juga para suami yang terpengaruh dengan alasan-alasan ini.  Ye lah, kalau hari-hari disogok dengan cerita yang sama, siapa tak terpengaruh.  Asalnya si suami menyokong niat isterinya yang bersungguh-sungguh mahu menyusu badan sepenuhnya.  Namun dek beberapa cabaran yang mungkin berpunca dari kesilapan si isteri sendiri, ditambah ketidakpercayaan ahli keluarga terdekat, menjadikan niat suci tadi semakin pudar dan hampir berkubur begitu sahaja.

Kenapa ia berlaku?  Bagaimana menanganinya?

Antara perkara pertama yang perlu difahami oleh para ibu yang berniat untuk menyusu penuh ialah kejayaan penyusuan bergantung kepada 80% pada dirinya sendiri dan hanya 20% sokongan dari pihak lain.
Niat semata-mata tidak cukup.  Perlu usaha dan belajar kaedah penyusuan, bagaimana memastikan susu mencukupi, bagaimana menyimpan stok susu (bagi yang bekerja), dan sebagainya.

Kita tak boleh nak salahkan mereka yang tidak memahami ini kerana situasi dan zaman yang berbeza.  Niat mereka baik, mungkin kerana tak mahu anak kelaparan.  Jadi tanggungjawab kita untuk memberi maklumat tentang khasiat susu ibu, kenapa kita memilih untuk menyusu dan sebagainya.  Andaikata usaha kita ini tidak berjaya juga untuk mengubah persepsi mereka, biarkan sahaja.  Cubalah menolak campurtangan mereka dengan cara yang baik tanpa mengguriskan hati.  Jangan lupa doakan moga Allah bukakan hati mereka agar dapat memahami dan meyelami perasaan kita.

Pengalaman umi sendiri waktu menyusu anak pertama, walaupun tak berniat untuk menyusu penuh (kerana tak de ilmu penyusuan waktu itu), tapi kerana abi yang bersungguh-sungguh mahukan anaknya menyusu badan sepenuhnya tanpa susu formula.  Jawabnya umi terpaksa belajar menyimpan susu, belajar memerah susu dan menguruskan stok EBM.  Banyak kali juga umi hampir gagal kerana stok EBM waktu itu kais pagi minum pagi, kais petang minum petang! Banyak kali juga nenek bancuhkan susu formula kerana bimbang cucunya menangis kelaparan.  Tapi Allah Maha Kuasa, setitik pun susu formula tidak diteguk oleh anak kerana dia sendiri tak mahu.
Alhamdulillah skrg nenek sangat menyokong breastfeeding!


Bagi menangani cabaran ini, sokongan suami AMAT perlu. Ilmu penyusuan ini perlu juga diketahui dan dikongsi oleh para suami. Sokongan emosi, pengorbanan masa dan tenaga, membantu isteri bangun malam untuk mengepam susu, mendengar rintihan hati isteri waktu stok merudum, menguatkan semangat isteri, meneguhkannya ketika dikritik orang lain dan sebagainya.  Abaikan komen-komen pihak yang tidak mahu memahami, setiap kali mendengar cemuhan dan kritikan tidak membina, kuatkan hati dan tabahkan perasaan agar kita tetap teguh menghadapi cabaran ini.  Yakinlah bahawa niat yang ikhlas, usaha sehabis upaya dan dengan iringan doa kita pasti berjaya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Faisal yang rajin mengemas..sudah 6 tahun

Anak umi yang nombor 5 ini memang rajin mengemas.  Antara kerja yang paling Faisal suka buat ialah menyapu dan menyusun buku-buku.
Hari ini 23 April adalah hari ulangtahun kelahirannya yang ke-6.  Rasa cepat sungguh masa berlalu, sudah 6 tahun rupanya waktu umi sakit nak melahirkan Faisal dulu.  Waktu tu umi dalam perjalanan menghantar tesis Master, sakit sudah semakin kuat tapi umi gagahkan juga pergi UKM pagi tu. Selesai sahaja urusan di sana, abi terus bawa umi ke hospital.  Alhamdulillah umi tak perlu tunggu lama, sempat solat zohor terus masuk labour room.  Tak sampai 30 minit anak umi yang diberi nama Mohamed Faisal selamat dilahirkan ke dunia.  Nama Mohamed Faisal ini pilihan Atuk PJ sebab Atuk berkenan sangat pada peribadi Raja Saudi waktu tu iaitu King Al-Malik Faisol.

Sempena hari istimewa ini Faisal request kek hitam (kek coklat la tu..!), dia nak ada hiasan Ben-10 pada keknya.  InsyaAllah kek coklat Ben-10 akan dihantar ke Tadika supaya Faisal dapat raikan bersama kawan-kawan tadikanya.  Umi buatkan sebiji kek lagi untuk kita makan bersama atuk dan nenek PJ. InsyaAllah lepas solat Asar ini kami akan ke PJ.

Fruity Chocolate Cake
Tak ada idea sebenarnya nak deco kek coklat ni, umi hanya menggunakan buah-buahan koktel dalam tin, kemudian tambah hirisan buah kiwi.  Nak bagi nampak ceria, umi tabur pula choc rice warna warni ini.  Sebenarnya Faisal tak tahu umi buat kek ini, pakat dengan Syifa' tadi buat senyap-senyap kemudian sorok dalam peti (saja nak suprise kat dia).
masih menggunakan resepi yang sama iaitu kek coklat kukus.  Resepi boleh rujuk sini.

Nak pantun sikit ehem..!

Hitam hitam si tampuk manggis
Walau hitam hati tulus suci
Kek ni hitam tapi manis
Untuk Ical yang rajin sekali!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Yummy donut..memang sungguh yummy!

Mula nampak donut ini di dapur MamaFaMi, kemudian izah pula buat.  Apalagi....jom kita cuba!

Sumber asal: Rima of bisous A Toi
Alihbahasa: umi of dapuraulad

Bahan A
500g tepung roti
100g gula - umi guna gula kastor
11g yis kering
4 kuning telur - umi guna 3 sahaja
200ml air

Bahan B
100g mentega -umi guna marjerin
1 st garam -umi tak guna garam sebab marjerin sudah agak masin

Cara membuatnya: (cara umi)
1.  Sebatikan bahan A
2.  Masukkan bahan B
3.  Uli biar doh jadi licin.  Umi uli guna tangan selama 15 minit.
4.  Rehatkan doh selama 10 minit.
5.  Canaikan doh setebal 1cm, terap guna acuan donut.  Biarkan seketika dalam 10 minit lagi supaya doh naik
6.  Goreng dalam kuali dengan api sederhana.
7.  Boleh disalut gula kastor, celup coklat dan sebagainya.  Umi biarkan sahaja donut tanpa salut gula atau coklat kerana donut ini sudah cukup manis.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 22, 2011

  Resepi terlewat - khas untuk cik Orked

Pagi ini waktu mengadap lappy tiba-tiba rasa sungguh berdosa kerana hampir terlupakan janji nak beri resepi permintaan cik Orked (harap cik orked tidak membebel lagi hehe..).

Resepi ini umi dapat dari nek Long Kelana Jaya, sejak turun temurun katanya.  Sejak 14 tahun yang lalu umi setia dengan resepi ini.  Inilah juga resepi kek yang selalu ditempah oleh kawan-kawan umi, jadi bila dah bagi resepi ni bolehlah bikin sendiri tak payah susah-susah nak tempah ye!

Marble Choc Cheesecake
Bahan A
250g mentega
3 sb serbuk koko

Bahan B
170g gula kastor
2 biji telur

Bahan C
130g tepung naik sendiri
1 st serbuk penaik

Bahan D
250g cream cheese
120g gula kastor
1 biji telur
50ml susu segar -umi tambah

Cara membuatnya:
1. Cairkan bahan A di atas api perlahan.  Ketepikan
2. Putar bahan B, masukkan dalam bahan A tadi.
3.  Masukkan bahan C ke dalam adunan, kacau biar sebati.
4.  Putar bahan D, ketepikan.
5.  Gris loyang bulat 8" dan lapik kertas minyak.
6.  Tuangkan  separuh daripada adunan coklat ke dalam loyang, lapiskan adunan cheese pula dan akhiri dengan baki adunan coklat.
7.  Lorekkan dengan lidi untuk menghasilkan corak marble.
8.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170C selama 40 minit.

boleh buat banyak lapisan macam ni..
atau cuma corakkan marble di bahagian atas sahaja

Jangan lupa mencuba ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 21, 2011

  Mengapa tidak menyusukan anak?

Ramai juga ibu-ibu zaman moden ini yang tidak mahu menyusukan anak mereka.  Selain alasan kesihatan yang tidak mengizinkan, kita sebenarnya dengan sengaja telah menolak rezeki kurniaan Allah yang tidak ternilai ini.  Mungkin agak terkejut dengan pandangan umi ini?  Ya, sengaja umi lontarkan persoalan ini dengan nada yang agak luar dari kebiasaan supaya ibu-ibu tidak semudah dan sesenang-senangnya mengabaikan pemberiaan berharga ini.  Ketahuilah para ibu (juga para bapa) sekalian, tiada yang dapat menandingi khasiat susu ibu.  Biar betapa canggih teknologi yang ada hari ini, masih tidak mampu dan TIDAK akan sesekali mampu menandingi susu ibu yang hanya diberi Allah kepada para ibu.

Betapa banyak iklan komersial di TV dan di akhbar serta majalah yang memaparkan kehebatan khasiat susu formula; kononnya kaya DHA, Omega3, SA, dan segala AA lagi; tetap tidak setanding susu ibu.  Mengapa?  Jom kita baca beberapa fakta yang sempat umi kompil dari beberapa sumber:


1. Susu ibu hanya muncul sebaik sahaja bayi lahir (mungkin telah ada awal lagi sebelum kelahiran)
2. Susu ibu dapat menampung segala keperluan pemakanan bayi, cukup segala khasiatnya
3. Susu ibu mudah dihadam oleh bayi
4. Dapat kurangkan risiko mendapat allergi
5. Membantu ibu mendapat kembali bentuk badan asal sebelum mengandung
6. Membentuk ikatan kasih sayang antara anak dan ibu.
7. Susu ibu kaya antibodi yang diperlukan oleh tubuh anak, mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit
8. Susu ibu percuma, tidak perlu dibancuh, disteril, tersedia bila-bila masa di mana sahaja bila bayi perlukan
9. Susu ibu kaya pelbagai perisa mengikut apa yang ibu makan, tidak terhad kepada perasa coklat atau vanilla sahaja (bandingan dgn susu formula berperisa)
10. Anugerah Allah yang tidak ternilai, tiada mesin/teknologi yang dapat menghasilkan susu seumpamanya

bahagianya dapat menyusukan Imran
Ayuh para ibu, sahutlah cabaran untuk terus menyusukan anakmu.  Walau dunia sedang berontakan, berkecamuk dan huru-hara di merata-rata, ibu tetap tenang tatkala menyusukan anaknya.  Bukankah itu indah?

sudah pandai gigit jari, gatal gusi agaknya..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, April 19, 2011

  Award dari kak Noor

Minta maaf lambat gantung award ni, bukan tak sudi tapi masa yang amat mencemburui..
Terima kasih kak Noor atas ingatan ini, moga ukhuwwah yang terjalin di alam cyber ini berpanjangan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 18, 2011

  Menguruskan stok EBM

Setiap hari Imran memerlukan 16-20oz waktu tinggal di taska.  Oleh itu umi bekalkan dia stok susu sebanyak 4 botol ++. Kadang kala habis licin, kadang masih berbaki waktu umi ambil Imran balik dari taska. 



tanda no.1 - guna yg ini first

Untuk memudahkan pengasuh menjaga Imran, umi labelkan setiap botol dan sertakan juga arahan bagaimana menguruskan stok susu tersebut.  Maklumlah, pengasuh di taska ini kebanyakannya bujang belaka, belum ada pengalaman menguruskan anak kecil apatah lagi menguruskan susu perahan ibu/ expressed breat milk (EBM).  Jadi arahan ini perlu diberikan kepada mereka supaya khasiat susu ibu tetap terpelihara.

Antara perkara penting yang perlu pengasuh tahu ialah:
JANGAN cairkan frozen EBM pada suhu bilik, hanya lalukan pada aliran air paip.
JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu. JANGAN masak EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.Ini pula arahan yang umi tampalkan di bekas bekalan susu Imran untuk rujukan pengasuhnya.

CARA MENYEDIAKAN SUSU EBM:

1.Isikan mangkuk dengan air paip.
2.Rendam botol berisi EBM dalam mangkuk tersebut selama 1-2 minit.
3.Goyangkan botol perlahan-lahan supaya lapisan lemak dan lapisan air susu bercampur semula.
4.Isikan mangkuk dengan air panas pula.Rendam botol EBM dalam mangkuk air panas selama 3-5 minit.

Doakan umi berjaya dalam misi full breasfeed Imran ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, April 17, 2011

  Fruit tartlet - white coating

Biasa umi gunakan coklat masakan sebagai coating iaitu lapisan dalam kulit tart (tart shell).  Kali ini nak cuba guna white cooking chocolate pulak.
tempahan Pn Ariza
Nampak ada perbezaan tak?
ini baki untuk ahli rumah

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, April 16, 2011

  Award dari Izah dan Love



Memanjangkan tali silaturrahim, award ini dari Izah yang asalnya dari Love.  Terima kasih Izah atas ingatan persahabatan di alam maya ini.  Siapa tak kenal Izah ratu muffin tu?  macam-macam perisa dan resepi muffin dia buat, boleh tempah kat Izah kalau nak rasa muffin durian, chocolate chunk, chocolate chips, prune, labu, banana choc chip, yogurt dan macam-macam lagi. (Terasa lapar pula bila sebut muffin banyak kali nih!)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 15, 2011

  Kembar lain tahun

Kakak Syifa' dan Syakirah ini memang seperti kembar tapi berlainan tahun.  Apa sahaja yang dibuat oleh Syifa' akan ditiru Syakirah; baik percakapan, mainan, makanan malah kasut pun mesti sama warna dan fesyen.  Sebab itu setiap kali merancang nak belikan kasut atau botol air, mesti cari yang serupa (kasut saiz berbeza).


Dulu umi pernah berangan-angan inginkan anak kembar, sekarang sudah merasa betapa penatnya kalau ada anak kembar.  Rupanya umi tak mampu sabar nak kendalikan anak kembar, itulah juga hikmahnya Allah tak beri kami anak kembar.

tak boleh duduk diam
senyumlah sikit..!

Semalam Syakirah meragam nak pakai kasut sukan (umi tak pernah belikan lagi utk dia), disarungnya kasut lama abang dia, macam kapal besarnya!
Petang itu juga umi belikan dia (dan belikan untuk Syifa juga) kasut sukan, maklumlah Sabtu 16 april ini ada sukan tahunan tadikanya.

sukan nanti pakai kasut ni

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 14, 2011

  Lagi menu inti kelapa

Masih ada sedikit lagi baki inti kelapa.  Bun kelapa sudah, pau inti kelapa sudah, kuih ketayap pun dah buat.  Hmm..apalagi ye nak dibuat dengan inti kelapa ni?

Ting! Idea..idea..haa..apa kata kita buat pulut inti pula? Jom..
Inilah hasil buat sarapan pagi.  Daun pisang tu pun 'import' dari Jerantut, mahal tu..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Jadual mengepam EBM

Umi menulis entry ini atas permintaan beberapa ibu menyusu yang sedang berusaha gigih untuk menyusu penuh anak kecilnya (anda tahu siapa anda).

Setiap hari umi tetapkan target untuk mengumpul stok susu EBM sebanyak 20-25oz.  Jadi jadual mengepam yang umi buat adalah seperti berikut:

1. pagi sebelum pergi kerja sekitar 6.30-7.00 pagi
'paksa' Imran buat tandem pumping, Imran tak berapa suka style ni, dia suka minum sambil baring pejam mata dan genggam tangan umi.  Hasil kadang banyak kadang sikit bergantung kepada keadaan. Kadang umi 'umpan' Imran supaya hisap dulu, bila mula rasa Let Down Reflex (LDR), cepat-cepat umi pam pula.  Kalau buat macam ni dapatlah 5 - 7oz.  Kemudian baru bagi Imran direct breastfeed pula untuk kosongkan breast.

2. 9.30-10.00 pagi di pejabat
Umi guna pam elektrik, pam sambil buat kerja pejabat.  Tapi awas jangan menelefon masa ni sebab bunyi bising pam akan menimbulkan curiga (bunyi apa lak tu?).

3. 12.30 - 1.00 di pejabat
pam lagi sekali sebelum makan tengahari.  Kadang memang agak lapar waktu ni, biasa umi ambil snek seperti biskut, roti, coklat dan kuih-muih.  Yang penting memang wajib minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari  Air manis pun minum juga sebagai tambahan, tidak termasuk 3 liter ini.

4. 4.30 - 5.00 petang di pejabat
sebelum balik rumah umi pam lagi sekali.  Petang begini kadang hasil EBM lebih pekat dan banyak.  Mungkin hasil makan tengahari tadi.  Ibu menyusu jangan ingat nak diet, mesti jaga makan supaya susu lebih banyak dan berkhasiat.  Jangan risau takut gemuk kerana penyusuan sendiri sebenarnya membantu kita mendapat bentuk badan dan berat yang ideal.

5. 6.30 - 7.00 malam di rumah
kadang pam, kadang miss juga.  Umi biasanya tengok keadaan dan mood Imran.  Kadang bila balik dari taska ni dia agak meragam minta didukung, ajak borak.  Maklumlah hampir seharian dia tinggal kat taska tentu dia rindu kat umi kan?

6. malam di rumah
waktu mengepam di rumah agak berbeza, ikut kesesuaian.  Biasanya umi tidurkan Imran (kadang umi tumpang lena sekali), kemudian ajar Hakim, Azzam, Ammar mengaji.  Faisal dan Syifa mengaji dengan abang-abang pula.  Kemudian umi akan tidur awal sebaik lepas solat Isya'.  Tujuannya supaya umi larat bangun malam nanti untuk mengepam.  Tidur dan rehat secukupnya juga penting ye ibu-ibu! Kalau terlebih rajin dapatlah umi buat 2 kali sesi mengepam ni.
jangan lupa labelkan setiap EBM

Begitulah lebih kurang jadual umi mengepam.  Ketabahan dan kesabaran amat perlu supaya jadual yang dirancang tidak sekadar tinggal perancangan, disiplinkan diri untuk rajin mengepam.  Ingat ye, lagi kerap mengepam dan direct breasfeed, lagi banyak susu akan terhasil. Jangan tunggu rasa breast engorge baru nak pam.

guna bekas dadih untuk jimat ruang

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 13, 2011

  E-book percuma edisi terhad


Umi memang suka mencari, mencuba resepi roti hasil olahan sifu roti ini, siapa tak kenal Rosmarlina Abd Gani atau dikenali sebagai ros jintan manis ni!
Buat peminat roti (yang suka buat roti dan juga yang suka makan roti), berita baik untuk anda semua kerana ros ada menawarkan e-buku resepi roti dan cara membuat roti secara percuma.  Umi dah download awal-awal lagi kerana memang menantikan e-book yang istimewa ini.  Jadi jangan berlengah lagi kerana tawaran ini hanya sah sehingga 21 April 2011 ini sahaja.

Silalah ke website beliau :http://jintanmanis.com/keluarga/472-ebookresepijintanmaniscom

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 7, 2011

  Mestilah special sebab...

Ramai yang bertanya: kenapa ye Hakim dapat pizza, lepas tu dapat kek lagi untuk birthday ni? Sebenarnya umi tak punya jawapan tepat untuk semua soalan tersebut, lebih mudah umi kata itu semua rezeki masing-masing.  Kebetulan masa birthday Hakim kali ni umi 'terlebih' rajin agaknya.  Lagipun apa salahnya bagi special sikit kan..untuk anak umi yang semakin rajin membantu urusan kain-baju, sejak kakak Syaima masuk asrama, Hakim lah yang tolong sidai, tolong lipat kain..

     
lipat dan susun









faisal pun tolong juga...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 6, 2011

  Kek Marble Choc Cheese untuk Hakim

Ahad lepas kami buat jamuan ringkas sekeluarga sempena Hakim meningkat usia 11 tahun.  Hakim sebenarnya peminat tegar kek coklat (kek hitam katanya), tapi bila dah besar sikit ni dia dah pandai request kek macam-macam.  Susah juga umi nak decide nak buat kek yang mana, banyak sangat pilihan resepi yang best dan sedap.  Akhirnya umi pilih kek marble choc cheese ini.  Selalu sangat buat kek ini, jadi tak rasa macam special sangat, tapi tetap digemari oleh seisi rumah.    Jadi supaya nampak lebih istimewa, umi hias kek ini dengan fresh cream dan sedikit buah strawberry.

tak nampak pun cheese nya..

ada kat dalam rupanya...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 1, 2011

  Pizza sempena Hakim 11 tahun

Dek kerana tergoda melihatkan pizza di dapur kak NoorMasri yang sungguh menawan itu, balik rumah Khamis semalam terus kerjakan pizza ni.  Gigih sungguh umi nak buat ni, sampai terlupa nak buatkan kek Hakim yang menyambut ulangtahun ke 11 pada 29 Mac lepas.  Janji (janji mulut sebelum masuk tidur) kalau sempat umi buatkan kek untuk Hakim pada hari Khamis, tapi dah bertukar menu jadi pizza pulak.  Hakim, kali ni umi buat pizza je la ye? Ala ...pizza  je ke umi?(kata Hakim). Syukurlah ada juga pizza untuk Hakim, daripada takde langsung kan?  Tapi kesian pulak nak tolak permintaan anak teruna sulung yang rajin tolong umi sidai kain baju di ampaian ni, jadi umi buat janji lain untuk buatkan kek hujung minggu nanti.  Idea? belum fikir lagi kek apa, ..tengok la nanti macamana.

Tapi umi tak buat Hawaian Chicken macam tu, umi guna ini: 
hiris nipis memanjang      

Resepi doh pizza di sini.

close-up sikit (biar mak su eni terliur hehe..)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Trifle Blueberry lagi..tabur serbuk milo

Mak uda datang ke rumah bersama keluarga baru-baru ini, bersama 3 orang puterinya yang ala-ala Jepun pun ada, gaya puteri Korea pun ada! (nanti umi upload gambar mereka berdua, opss bertiga ni ye)

Mak uda ada request cheesecake, tapi umi hanya sempat sediakan trifle ini sahaja.  Umi sengaja buatkan trifle ni untuk mak uda sebab dia belum pernah rasa lagi makanan macam ni, agaknya dia suka tak?

Resepi dah pernah pos sebelum ini di sini, resepi asal ambil dari dapur TTM.  Kali ini takde kekacang semua, jadi umi taburkan serbuk milo sahaja sebagai penyeri topping trifle simple ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com