Wednesday, March 30, 2011

  Pau lagi...resepi Bagus

Lagi resepi pau.  Sejak dua menjak (bahasa apa ni?)ni suka pula umi nak bereksperimen dengan resepi pau.  Setakat ini dah cuba 4 resepi pau yang berbeza.  Kali ini nak kongsikan resepi yang umi dapat dari dapur NoorMasri.  Katanya resepi ini dari Bagus Bakery.  Resepi ini memang sesuai kalau nak buat niaga pau, cuma proses membuatnya agak cerewet.  Lagi satu pesanan penaja, sila jangan 'derhaka resepi' untuk mendapatkan kualiti yang optimum, tapi umi ada buat sedikit pengubahsuaian.  Apapun jom kita lihat resepi ni dulu ye!

Minta izin ye NoorMasri, umi salin resepi di sini pula. Resepi asal sila klik sini.
PAU BAGUS

Sponge (A)

250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)

250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder -umi kurangkan kepada 2st shj
5 g garam
30g shortening - takde stok, umi ganti marjerin
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya -umi guna inti kacang merah, beli readymade di bakeri

Cara membuat:

Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.

Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.

Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.

Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips:
Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau.
Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.

memang sangat gebu pau ni, kualiti kedai!
boleh juga cicah sambal bilis

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, March 29, 2011

  Hujung minggu yang padat aktiviti di dapur

Sabtu dan Ahad lepas umi terima tempahan yang sangat banyak (untuk seorang quarter time baker like me!) iaitu 160 blueberry cheese tart dan 300 fruit tartlet.  Asalnya umi sanggup terima 160 biji sahaja, last minute ada seorang regular customer tempah 300 pula, masa buat tempahan hari Khamis, nak ambil hari Sabtu, wah..macam mustahil rasanya!  Apalagi terpaksa buat kerahan tenaga, paksa rela anak-anak supaya membantu.

gotong royong

buat tart shell ini yang paling renyah

ready

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Aktiviti Bersama Keluarga - Menonton Koir Amal

Malam jumaat lepas kami sekeluarga (kecuali kakak Syaima' yg dok asrama) telah berpeluang menyaksikan persembahan istimewa oleh kanak-kanak OKU (orang kelainan upaya) yang kurang upaya pendengaran  dari Sekolah Pendidikan Khas Selangor.  Koir ini menggabungkan persembahan oleh pelajar UiTM sendiri dan pelajar-pelajar sekolah pendidikan khas ini.  Yang uniknya semua persembahan adalah dalam bentuk bahasa isyarat, ada muzik diperdengarkan untuk kita yang normal.


Banyak sungguh pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada umi, pertama kali bila diajak anak-anak untuk melihat koir ini.  Bila dah saksikan sendiri barulah mereka faham bagaimana rupanya interaksi menggunakan bahasa isyarat.  Sungguh unik dan indah ciptaan Allah, Maha Suci Allah yang menganugerahkan kita kebolehan mendengar dan bertutur.  Oleh itu kita mesti menggunakan nikmat Allah ini sebaiknya untuk perkara-perkara yang baik sahaja.


kualiti gambar kurang memuaskan, photographer (hakim) tak bertauliah

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, March 25, 2011

  Ketayap inti kelapa

Lagi menu minum petang (boleh juga buat sarapan pagi) menggunakan inti kelapa.  Inti ini umi buat stok banyak-banyak waktu balik kampung tempohari.  Itulah kerjanya tiap kali balik kampung, buat stok inti, stok daun pisang, stok daun kari dan segala macam yang boleh diangkut dari kampung.  Bila dah banyak inti yang belum habis ni, risau juga takut rosak.  Selain daripada dibuat inti pau, boleh buat inti kuih koci, kuih ketayap dan inti bun kelapa.   

Ini juadah sarapan, minum dengan air teh Arab.  Tapi Syakirah suka makan kulit ketayap aje (lempeng katanya), inti buang bagi kat umi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, March 22, 2011

  Talapia Masam Manis

Lagi resepi ikan talapia, kalau maksu eni tengok mesti terliur tak lena tidur nih!

Selain dimasak menggunakan resepi tiga rasa, umi suka juga resepi masam manis begini kerana resepi ini lengkap 3 dalam 1 (sayur, ikan dan kuah).  Jadi resepi begini amat berguna di kala kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan makan yang lengkap dan berkhasiat.

Jom tengok bahan-bahan dan cara menyedianya!

Talapia Masam Manis
Bahan-bahan:
ikan talapia -bersihkan
1 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
2sb cili boh
1/2 c sos tomato
1/4 c sos cili
2 sb gula pasir
sedikit air
timun -belah dua dan hiris
tomato - potong baji
minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, goreng ikan biar garing.  Ketepikan sebentar.
goreng garing
 2.  Sediakan sos pula. Tumis bawang merah dan bawang putih biar biar wangi.
3.  Masukkan cili boh, biar naik minyak.  Masukkan pula bawang besar.  Kacau rata.
4.  Masukkan sos cili, sos tomato, air dan gula.  Biar kuah agak pekat.
5.  Masukkan timun dan tomato yang telah dipotong tadi.
6. Tutup api.  Curahkan sos ini ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
7.  Hidangkan.
1 hidangan lengkap 3-in-1

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, March 21, 2011

  Pau gebu

Jalan-jalan cari resepi kali ini menjelajah ke Finland pula, kali ini kita jenguk dapur Nieza intai resepi paunya yang kelihatan amat gebu itu.  Resepinya pun ringkas sahaja, rugi pula kalau tak cuba.

Nak tengok resepi asal? Klik sini ye.

umi buat saiz sederhana shj, saiz macam ni dapat 20 biji (1/2 adunan)
Resepi ini umi salin dari dapur Nieza, minta izin ye! 
Source: Fiza @ auntiesukitchen
Bahan: 
1 kg tepung gandum * saya guna tepung pau -umi juga guna tpg pau
11gm yis mauripan (=1 packet) 
200gm gula (=1 cwn) 
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn) 
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu) 

Cara: 
1. Gaul tepung dengan yis. 
2. Larutkan gula dalam air. 
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari. 
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal. 
5. Rehatkan adunan 10min - 15min. 
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan. 
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat. 
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau. 
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu. 
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan. 
*setengah aduanan yield about a dozen.


Umi buat hanya 1/2 adunan, dapat dalam 20 biji pau (pelbagai saiz ikut tangan yang membuatnya)
keratan rentas pau. Ini Azzam punya, dia tak suka inti banyak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, March 19, 2011

  Driver Bas Sekolah

Kami menggunakan sistem car pool menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah.  Umi bertugas untuk mengambil anak-anak balik dari sekolah.  Jadi hampir setiap hari (kecuali Isnin) umi akan keluar sekitar jam 2.30 petang untuk bertugas.

Bagus sungguh sistem car pool macam ni, bukan sahaja untuk jimat tambang bas sekolah tapi keselamatan anak-anak lebih utama.  Mereka pun bukan main seronok lagi setiap kali balik dari sekolah disambut oleh mak ayah sendiri.  Memang ambil masa juga nak keluar pejabat, pergi ke sekolah dan hantar mereka balik ke rumah.  Tapi umi gunakan waktu rehat tengahari sebaiknya supaya tidak mengganggu urusan di pejabat.

Bila musim cuti sekolah begini, driver pun bercutilah.  Akan kembali bertugas minggu depan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Apam Gula Merah

Banyak sungguh koleksi resepi yang umi kumpul, tak sempat nak buat lagi.  Waktu petang yang sejuk suram (hujan petang semalam) apa kata kita cuba buat apam gula merah?  Bahan-bahan semua dah ready, ajak Faisal pula untuk bantu umi.

Umi salin dari MyR, resepi asal oleh Rossitamz, boleh jenguk sini.
  • 25gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak

Cara-cara

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan. (umi glis dulu acuan dengan sedikit minyak)
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan). 
guna acuan kuih puteri ayu       


tambah kelapa parut pun sedap...

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Friday, March 18, 2011

      Sweetball...donat mini

    Jumpa resepi ini di dapur Maz Ilhamdapur, terus masuk dapur dan kerah kakak Syaima untuk tolong mengguli.  Bahannya pun ringkas sahaja, satu adunan ini umi dapat dalam 24 biji donat mini.  Jom semak bahan-bahannya!

    Minta izin ye Maz nak salin di sini untuk rujukan akan datang.
    Sweet Ball by ilhamdapur.blogspot
    Bahan-bahan
    • 1 3/4 cawan tepung serba guna (allpurpose flour) @ tepung gandum
    • 100ml air suam *
    • 2 sudu kecil yis kering - maz guna jenama mauripan *
    • 1 sudu besar gula *
    • 5 sudu besar susu tepung
    • 3 sudu besar minyak sayur
    • 1/4 sudu kecil garam
    • gula halus seckupnya - untuk salut pada donat (umi guna gula aising + sedikit shj gula halus)
    • minyak masak secukupnya - untuk mengoreng

      Cara-cara

      1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (2-3 minit), kemudian masukkan minyak sayur dan kacau sikit guna garfu.

      2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).

      3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau tuala dan biarkan selama 30-40 minit atau naik 1x ganda. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

      4. Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan susun dalam loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Bulatkan sampai habis, kemudian tutup loyang dengan towel/plastik dan rehatkan lagi sekitar 10-15 minit.

      6. Panaskan minyak dalam kuali dan amik doh yang dibulat tadi, goreng hingga sedikit keperangan sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Angkat dan toskan dan golek-golek dalam guna halus. Buat sampai habis. Siap..


      tiru macam maz, cucuk kat lidi sate mcm ni..

      Hasilnya sangat memuaskan hati, lembut dan gebu.  Sangat digemari ramai hehe..

      tak toleh dah...yum yum..!

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Thursday, March 17, 2011

      The Burnt Biscuits

    Waktu dinner malam tadi abi ada tanyakan Azzam pasal sayur yang digorengnya tu.  Kata abi; " sedap Azzam masak..!". Padahal sebenarnya sayur tu macam tak cukup masak, agak keras sikit lobak merah tu.  Namun abi tetap puji dan beri dorongan positif atas usaha Azzam yang rajin mencuba.

    Teringat umi pada satu artikel yang dihantar melalui emel di pejabat semalam, bertajuk The Burnt Biscuits.  Rasa terharu membacanya, walau telah berulangkali jumpa dan baca artikel seumpama ini.  Elok untuk kita amalkan dalam perhubungan kita seharian, moga kita sentiasa dapat baiki dan tingkatkan kualiti hubungan antara suami-isteri, anak-ibubapa dan sebagainya.

    Jom kita baca!

    When I was a kid, my mom would prepare special breakfast every now and then. And I remember one night in particular, after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and eat every bite!

    When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: Honey, I love burned biscuits.

    Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned.

    He wrapped me in his arms and said, Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone! You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else.

    What I've learned over the years is that learning to accept each others faults - and choosing to celebrate each others differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

    And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the feet of God. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a relationship where a burnt biscuit isn't a deal-breaker!

    We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or friendship!

    Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - keep it in your own.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Wednesday, March 16, 2011

      Sayur bersarak

    Menu untuk lunch hari ini ringkas sahaja.  Umi sudah siapkan bahan-bahannya, kali ni nak minta Azzam pula tolong gorengkan sayur ini.  Anak-anak masuk usia 9 tahun, umi biasakan mereka pegang senduk dan sudip tak kira lelaki atau perempuan semua mesti belajar memasak.  Jom tengok resepi mudah ini..

    Sayur bersarak
    Bahan-bahan:
    Sedikit isi udang
    1 ulas bawang putih - diketuk
    kacang sepat -buang urat bahagian tepinya
    lobak merah - boleh buat bentuk bunga atau hiris memanjang anggaran 1 inci
    2 sb sos tiram
    1 biji telur -ambil putih telur sahaja
    garam secukup rasa
    sedikit air
    minyak untuk menumis

    Cara membuatnya:
    1.  Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang putih biar wangi.
    2.  Masukkan isi udang dan lobak merah.  Masukkan sedikit air.  Kacau rata.
    3.  Masukkan pula kacang sepat dan  sos tiram.
    4.  Masukkan putih telur, kacau cepat-cepat supaya putih telur tidak bergumpal.  Tambah garam.
    5.  Kacau sebentar, tutup api.  Hidangkan.
    Boleh pun Azzam masak sayur, umi yakin Azzam boleh buat.  InsyaAllah lepas ni boleh cuba buat menu lain pula, kena praktis selalu (macam kerahan tenaga je ni...)hehe..

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Monday, March 14, 2011

      Bercuti di Tambun

    Sempena cuti sekolah kali ini kami sekeluarga bersama nenek, atuk, amu Faroque sekeluarga dan keluarga Tok Cik telah berkunjung ke Tambun, Ipoh Perak.  Ini kali pertama kami bawa anak-anak ke sana, maklumlah cuti panjang begini baru berpeluang ke luar negeri (luar Selangor je hehe..).  Tok cik telah sewakan sebuah rumah di sana sepanjang penginapan kami selama 2 hari 2 malam.  Antara tarikan utama ke Tambun adalah:


    Taman tema ini dibuka pada pukul 10 pagi.  Awal lagi kami dah sampai, ramai juga yang berkunjung ke sini.  Tiket masuk untuk seorang dewasa (12 tahun ke atas) adalah RM38, manakala kanak-kanak pula RM32.  Syifa' dan Fawwaz (sepupu) adalah sebaya iaitu 4 tahun, tapi Fawwaz dikenakan bayaran kerana ketinggiannya lebih 90cm!  Ada hikmah juga anak-anak umi ni tak berapa nak tinggi (macam umi la ni..), jadi tak dikenakan bayaran masuk.

    Anak-anak bila jumpa air memang suka sangat, dari kolam kecil, kolam besar hingga ke kolam air panas semuanya mereka terjah.
    sebelum..

    selepas...

    Waktu malam kami buat barbeque di perkarangan rumah sewa tu.  Pendekata waktu bercuti begini asyik makan dan makan tak henti-henti. 

    Sebelum berangkat pulang, kami singgah ke gerai jual buah-buahan.  Semestinya buah ini yang menjadi buahtangan bekal balik nanti.
    limau bali yg sinonim dgn pekan Tambun

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Sunday, March 13, 2011

      Talapia Tiga Rasa

    Atuk di kampung ada membiakkan ikan talapia dalam kolam di tepi rumahnya.  Setiap kali pulang bercuti di kampung, anak-anak tak lepaskan peluang memancing ikan di kolam atuk ni.  Selain daripada ikan talapia yang memang dibiakkan dalam kolam tu, ada juga ikan-ikan lain seperti ikan keli, haruan, sepat dan beberapa jenis lagi (umi tak kenal sangat jenis ikan ni) yang datang menumpang masuk ke kolam ini (mungkin masuk ketika musim banjir tempohari).  Malangnya bila dah penat menggali tanah cari cacing, berpeluh tunggu pancing ikan, alih-alih ikan tu dilepaskan begitu sahaja ke dalam kolam semula.  Umi ingatkan nak bakar ikan hasil memancing anak-anak ni, akhirnya abi beli aje ikan talapia kat pasar untuk dimasak.  Kata mereka, tak sampai hati pulak nak makan ikan-ikan atuk ni.  Hm..macam-macam kerenah anak-anak ni!

    Hasil 'pancingan' di pasar...
    Resepi mudah saja.  tak sempat nak sukat bagai, main campak-campak je kali ni hehe..
    1.  Siang ikan, lumur garam dan kunyit, goreng.  Ketepikan dulu.
    2.  Bahan sos: Sebatikan sos tiram, sos cili dan sos tomato dalam anggaran 3sb setiapnya.
    3.  Tumis bawang kecil, bawang putih.  Masukkan cili boh (ikut kepedasan yang disukai), kacau biar agak garing.
    4.  Masukkan bawang besar pula.  Kacau sebentar. 
    5.  Masukkan ketiga-tiga sos tadi.  Tambah sedikit air. Masukkan potongan timun. Masukkan gula anggaran 2sb. kacau rata.
    6.  Pekatkan kuah dengan bancuhan 1/2sb tepung jagung.  Tutup api.
    7.  Aturkan ikan dalam pinggan hidang.  Curahkan kuah ke atas ikan tadi.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Saturday, March 12, 2011

      Bibik atau Taska?

    Antara isu atau persoalan yang kerap diajukan kepada umi setiap kali sesi persekolahan bermula.  Tak kurang juga yang bertanya apabila melihatkan keadaan kami yang menghantar 4 orang anak ke taska.  Tak nak ambik bibik ke? Banyak bayar yuran taska ni, elok ambik bibik je. Buat apa bazir duit bayar taska mahal ni?.. serta pelbagai macam soalan lagi.

    Isu pengambilan pembantu rumah ini telah ditutup-bab dalam kamus hidup umi (setakat ini) kerana pengalaman lepas dan atas beberapa sebab peribadi.  Kami pernah mengambil khidmat pembantu rumah Indonesia selama setahun, waktu itu Faisal baru berusia 4 bulan. Alhamdulillah sudah hampir 4 tahun anak-anak di rumah ini hidup tanpa pembantu rumah.

    Benarkah kos taska lebih mahal dari kos pembantu rumah?  Ayuh kita buat sedikit kira-kira, bandingkan dua perbelanjaan ini:

    Ada pembantu rumah (tempoh 2 tahun)
    Kos proses pengambilan (mungkin lebih mahal sekarang) - RM6000
          RM6000/24 bulan = RM250
    gaji bulanan (anggaran) RM600
    Tadika (2 orang) RM460 (tetap hantar tadika walau ada maid, kan?)
    Jumlah kos sebulan = RM1310

    Hantar Taska
    4 orang anak (2 Tadika, 2 taska) - RM1100
    Diskaun diberi (kerana hantar lebih daripada 3 orang ke taska).



    Jadi dari kira-kira ringkas ini jelas kita nampak bahawa kos belanja menggunakan khidmat pembantu ini jauh lebih mahal sebenarnya.  Jangan lupa kos-kos tersembunyi yang lain (bil air, bil elektrik, bil telefon yang meningkat) jika ada maid di rumah.  Belum juga ditambah kos 'kecederaan jiwa' dan perasaan melihatkan perangai sebahagian maid yang ibarat 'tak sedar dek untung' (walau tak semuanya begitu). Umi akui memang ada di kalangan kita yang dikurniakan rezeki dapat maid yang sangat memuaskan hati, baik peribadi dan tingkahlaku, alhamdulillah.  Jika keadaan baik begini apa salahnya kita kekalkan maid ini di rumah, tak usah berkira sangat wang ringgit yang terlebih tu. 

    Apapun terpulang pada kita, kerana kita adalah pemerintah kepada diri kita sendiri.  Betul tak?

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Friday, March 11, 2011

      Ikan tongkol Masak kicap

    Resepi ikan ini umi jumpa di dapur HaSue yang tinggal di Sarawak tu.  Rajin sungguh dia masak, tiap hari ada saja resepi yang dipos ke blognya. Umi salin resepi tersebut kat sini untuk rujukan kakak Syaima', bila balik cuti nanti dia boleh cuba buat pula.

    Resepi Asal:Makyong@myresipi.com
    Diubahsuai: HaSue

    Ikan Tongkol Goreng Kicap


    Bahan-bahan ( - )

    * Bahan untuk rebus
    * 5 keping ikan tongkol (umi guna ikan tenggiri)
    * 3 sudu makan asam jawa(yang masih berbiji)
    * 2 cm halia atau lengkuas(hiris)
    * 1 sudu teh garam
    * sedikit manisan/gula melaka

    * Bahan untuk goreng kicap
    * 1 labu bawang besar-hiris
    * 2 ulas bawang putih- hiris
    * 5-10 cili padi- hiris(ikut tahap kepedasan)
    * 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
    * 2 sudu besar(atau secukupnya) kicap
    * 2 sudu besar(atau secukupnya) sos tiram

    Cara-cara

    1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng. (umi goreng ikan tenggiri ini )
    2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
    3. Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
    4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
    5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

     Seksyen 7 Shah Alam hujan renyai-renyai sejak pagi tadi, cuaca sejuk-suram macam ni memang best dapat makan ikan masak kicap ini dengan nasi panas..!

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Thursday, March 10, 2011

      Sarapan yang ringkas dan sedap

    Waktu pagi merupakan waktu yang paling kritikal di rumah ini.  Nak kejutkan abang-abang bertiga tu, siapkan sarapan dan pastikan mereka bersiap untuk ke sekolah.  Jadi umi selalunya buatkan sarapan yang ringkas sahaja. Abi wajibkan anak-anak minum susu, ambil sarapan dan minum madu atau minyak ikan  (Scott's Emulsion) sebelum ke sekolah. 

    Antara sarapan yang umi suka buat ialah pancake menggunakan resepi pancake chef hajar ni, ringkas dan sedap!
    Boleh tambahkan sebarang topping yang disukai, umi suka sos strawberry yang dibeli di Cameron Highlands ni.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Wednesday, March 9, 2011

      Buah marjerin?

    Pernah dengar nama buah marjerin?  Umi nampak deretan pokok yang ditanam di sekitar kawasan perumahan di  Bukit Jelutong waktu ziarah kak Sakinah tempohari.  Ternampak banyak buah yang bergayut di dahan pokok ni, sekali pandang ingatkan buah peach.  Ish..tak kan kat Malaysia pun ada pokok peach?


    Kenapa dipanggil marjerin ye?  Tekstur dan rasa buah ni macam marjerin, sebab itu dipanggil buah marjerin (agaknya kalau umi kehabisan marjerin bolehlah kisar buah ni buat ganti marjerin ye).

    Menurut kak Sakinah buah ini akan gugur sendiri bila sudah cukup masak dan berwarna kemerah-merahan.  Kulitnya mempunyai bulu-bulu halus yang agak tajam, jadi kena berhati-hati nak pegang buah ni.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Tuesday, March 8, 2011

      Bagaimana nak pastikan stok EBM mencukupi - khusus untuk ibu menyusu

    Selain daripada masak-memasak, umi juga suka membaca dan mengumpul artikel berkaitan penyusuan anak.  Maklumlah sejak ada baby kecil Imran ni, fokus umi lebih banyak pada dia.  Hari ini umi blogwalking di sarakids  dan terjumpa artikel yang sangat-sangat umi cari (terima kasih farah!).

    Artikel khusus untuk ibu-ibu dan kaum bapa yang menyokong penyusuan, umi kongsikan di sini sebagai suatu motivasi supaya kita lebih menghargai kurniaan Allah yang tidak ternilai ini.

    Rahsia Stok Susu Banyak

    Bila baca tajuk ini, saya tahu, bermacam yang bermain di fikiran yang membaca.
    Saya saja buat tajuk ni :-)
    Ramai yang selalu tanya, bagaimana saya boleh mengumpul stok susu terlalu banyak.
    Mungkin mereka tak tahu, ada yang laaggiii banyak dari saya.
    Blog ini bukan saja diikuti oleh ibu2 muda, malah bapa2, adik2 yang masih belum berkahwin dan makcik2 yang telah berusia.
    Ada yang pernah tanya mama saya “mcm mana ye cikyong (nama panggilan manja di rumah) tu boleh simpan susu banyak mcm tu. Memang susu dia banyak kot.”
    Tak kurang “dia kaunselor laktasi, boleh la simpan banyak2″
    atau “anak dia baby lagi, mmg susu tgh banyak”
    atau “dia mmg jenis susu banyak”
    dan mcm2 lagi.
    Saya terima setiap pendapat semua :-)
    Tapi tahukah anda saya juga seorang ibu dalam erti kata lain manusia seperti semua?
    Jadi, kita serupa. Kita dikurniakan kelenjar susu yang sama. Mungkin saiz kita berbeza, tapi proses fisiologi kita sama. Secara anatomi nya sama.
    Apa yang membezakannya?
    Teknik kita. Mind Set kita. Pemahaman kita. Dan yang lain2.
    Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:
    1) Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.
    2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.
    3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.
    4) Lihat gambar di bawah:
    Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
    Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.
    Antara contoh Let Down Reflex.
    1-2 oz boleh dapat. Sayangnya kalau kita biarkan ianya basah di baju begitu saja. 1 oz kalau di kumpul 3 kali, bukankah dah lengkap utk sekali penyusuan untuk anak?
    Ini sewaktu kami keluar bersiar2. Saya susukan adik adrian di sebelah kiri dan di sebelah kanan, saya menakung susu semasa Let Down reflex. Indah betul ciptaan Allah, mmg tak boleh nak cerita! Dan bila saya menyusukan anak, saya takkan sampai hati nak buang begitu saja. Saya akan simpan.
    Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya :-)
    5) Displin dalam penyusuan.
    Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).
    Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.
    6) Pengurusan EBM yang betul
    Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.
    Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.
    Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.
    Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:
    Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.
    Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan :-)
    2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!
    Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.
    Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.
    Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini :-)
    ** Kdangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu  itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.
    Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun. :-)
    7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
    8) Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
    9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.
    10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita :-)
    Sebelum ‘re-packaging’. Moga dapat menaikkan semangat ibu2 semua.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




      Pulut serikaya

    Sudah lama umi mencari-cari resepi pulut serikaya ini.  Ternampak di dapur citarasawan semalam, tak sabar-sabar nak cuba buat.

    Menurut kak wan, resepi ini sepatutnya menggunakan telur itik supaya tekstur bahagian atas menjadi mantap.  Jika menggunakan telur ayam, harus ditambah sedikit tepung gandum untuk mendapatkan tekstur yang serupa.  Jom kita semak resepi, agak-agak bahan-bahan semua ada di dapur, apalagi..jom masak! (kerah anak-anak semua untuk ikut sekali membantu)

    Umi salin resepi ini dari dapur kak wan, minta izin ye!

    Lapisan Bawah
    250gm beras pulut (rendam 2-3 jam)
    150ml santan KARA
    100ml air
    1 sudu teh garam halus
    1 helai daun pandan di simpul (umi tak letak pun, takde stok)

    Lapisan Atas
    120gm gula merah / gula melaka
    50gm gula pasir
    60ml air
    200ml santan KARA
    50gm tepung beras
    5 biji telur - dipukul ringan (umi guna 3 biji telur itik)
    1 sudu teh esen vanila
    1/8 sudu teh garam halus

    Loyang 7" atau 8"-umi guna loyang 4 segi 9"

    Cara-cara :
    1.  Lapisan Bawah :  Toskan pulut, gaul bersama santan dan garam.  Masukkan daun pandan.  Kukus selama 30 minit.  Angkat, keluarkan daun pandan dan gaul pulut hingga rata.  Kemudian masukkan dalam loyang lain yang telah dileser sedikit minyak atau di alas dengan plastik.  Tekan hingga padat dan ratakan.
    2.  Lapisan Atas :  Masak gula melaka, gula dan air hingga larut.  Biarkan sejuk dahulu.
    3.  Satukan santan, tepung beras, esen vanila, garam dan telur, gaul hingga sebati, kemudian masukkan sirap gula melaka, gaul hingga rata dan tapis ke dalam periuk.  Masak di atas api sederhana hingga naik wap sahaja.
    4.  Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit atau hingga lapisan atas mengeras.
    5.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.



    Alhamdulillah memang sangat sedap kuih ni, sekejap aje dah habis kami makan.  Lain kali boleh buat lagi guna resepi yang marvellous ni, terima kasih kak wan!

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Monday, March 7, 2011

      Naufal dah kembali...sekejap cuma!

    Setelah lebih dua minggu balik Johor, sekarang Naufal dah kembali ke rumah kami.  Tapi hanya untuk sementara sebab hujung bulan Mac ini dia akan ke Jepun bersama ibu dan ayahnya.
    (amboi Naufal punya baju title 'I've arrive' la!)




    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




     

    Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com