Wednesday, September 29, 2010

  Oreo cheesecake

Sesekali makan kek keju macam ini boleh juga, tapi tak boleh makan banyak sebab cepat muak.  Resepi asal salin dari dapur kak ummi di Kuantan.  Senang sahaja nak buat kek ini rupanya, umi dah pernah buat dan poskan entry ummi):sebelum ini.  Nak tengok resepi asal di sini.  Apapun jika nak mencuba, resepi seperti berikut (minta izin salin resepi di sini ye kak!

Bahan:-

30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-


Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.



Umi buat 2 adunan dapat 2 biji kek untuk makan-makan raya ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, September 28, 2010

  Roti Telur Berkeju

Menu sarapan 3S (senang, sedap dan sihat), kegemaran anak-anak.  Umi pun suka buat sarapan macam ini, senang kerja.  Tapi kena makan panas-panas, masa keju tu sedang cair.  Resepi asal ambil dari hana yang duk kat Jepun tu, rujuk sini untuk resepi asal.

Mudah saja resepinya, anak-anak pun boleh cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 2 sudu minyak masak
Cara membuatnya:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk. 
  2. Ambil dua keping roti, potong bahagian tepi.
  3. Letak kepingan cheese di tengah-tengah 2 roti tadi. Belah kepada 2 bahagian. 
  4. Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur dan gorengkan di atas kuali.  Sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non-stick frying pan).
  5. Balik-balikkan roti tersebut.
  6. Sedap dimakan panas-panas.
Catitan: Boleh juga dipelbagaikan rasanya dengan menambah gula pada keju, atau salut dengan breadcrumb.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, September 27, 2010

  Kek Pisang wangi

Bila ada banyak pisang masak ranum begini, umi mesti buat kek pisang banyak-banyak dan beri pada jiran atau kawan pejabat. Anak-anak di rumah ini kurang gemar makan kek pisang, kalau buat pancake pun tak banyak menggunakan pisang.  Jadi cara paling mudah untuk menghabiskan pisang yang berlambak ni adalah dengan menukarkannya kepada kek pisang!

Resepi kali ini umi reka sendiri, ini dah kira kes malas nak belek buku resepi.. apapun alhamdulillah menjadi jugak kek pisang ni!

Bahan-bahan:
6 biji pisang - dilenyek
4 biji telur
11/2 c gula halus
1 c susu segar
1 biji lemon - ambil jus
150ml minyak jagung
21/2 c tepung naik sendiri
2 sb golden syrup
1 st esen pisang

Cara membuatnya:
1.  Sediakan susu masam dengan cara mencampurkan jus lemon ke susu segar, biarkan 5 minit
2.  Dalam mangkuk adunan, sebatikan telur dan gula halus.
3.  Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi.
4.  Tambahkan golden syrup, susu masam dan esen pisang.
5.  Gaul sebati tepung ke dalam adunan.
6.  Akhir sekali masukkan minyak jagung. 
7.  Tuang adunan ke dalam loyang dan dibakar pada suhu 160 C selama 45 minit atau sehingga kek masak.

Memang wangi harum semerbak bila kek ini masak (agaknya bau ni sampai ke rumah jiran sebelah tak ye?).

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, September 26, 2010

  Aktiviti raya di kampung

Anak-anak paling seronok jika beraya di kampung sebab dapat main bunga api sepuas hati.  Kalau di bandar ni susah sikit, nanti umi bising kena bersihkan laman rumah.  Sesekali boleh la ye anak-anak! Jom tengok aksi mereka...




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kenduri Doa Selamat

Majlis kenduri ini diadakan bagi meraikan maksu Eni yang akan berangkat ke Republik Czech baru-baru ini.  Jiran-jiran sekampung datang membantu dan memeriahkan majlis.  Acara masak-memasak bermula selepas solat zohor.  Antara hidangan kenduri di kampung yang sempat kami sediakan adalah kari kambing, asam rebus keladi, ayam masak merah, ayam goreng berempah, ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman.

'Cameraman' hari tu sibuk dok ambil gambar sekitar majlis kenduri, lupa nak 'snap' gambar lauk-pauk.  Antara aktiviti yang berlangsung: 










Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, September 25, 2010

  Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wm. wbt. buat semua pengunjung blog ini, rasanya belum terlewat untuk umi ucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin" kerana kita masih dalam bulan Syawal 1431H.  Di Malaysia ini puasa sebulan Ramadhan, raya pun kadang-kadang lebih dari sebulan!


Dalam kita bergembira menyambut hari raya tanda kesyukuran di atas kejayaan kita menempuh ujian Ramadhan lepas, jangan kita lupakan mereka yang kurang berkemampuan, anak yatim dan fakir miskin.  Hulurkan bantuan dan sedekah bukan di bulan Ramadhan saja, sebaliknya kita teruskan amalan mulia ini sepanjang tahun.  Moga mereka juga dapat menikmati kegembiraan Aidilfitri.

Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w  ialah mengerjakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.  Agaknya ramai yang dah habis puasa 6 ye?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, September 4, 2010

  Bubur jagung bersama sagu

Enak sungguh berbuka dengan pemanis mulut macam ni.  Ini juga adalah antara juadah berbuka yang memang tak pernah dilupakan.  Banyak kali juga umi buat bubur jagung ini sebab Ammar selalu minta.  Jom semak resepinya.

Bahan:
5 tongkol jagung -hiris nipis isinya
1 c santan pekat - umi guna santan kotak jenama Kara
2-3 c air
1 c sagu - direndam sebentar
1/2 keping gula kerek
6 sb gula pasir
secubit garam

Cara membuatnya:
1.  Rebus isi jagung sehingga kembang.
2.  Masukkan santan, air, biji sagu dan gula kerek serta gula pasir.
3.  Masakkan sehingga sagu kembang.  Biar didih seketika.
4.  Tutup api.  Hidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, September 3, 2010

  Tomyam

Menu yang lengkap 'all 3 in 1' yang paling disukai anak-anak adalah tomyam seafood sebab ada sayur, lauk (udang/sotong) dan berkuah.  Umi dapat ilham nak masak tomyam ini ketika blogwalking ke dapur mamaFaMi.  Resepi asal boleh rujuk sini.  Dibawah ini versi umi pulak..

Bahan:
3 - 4 c Air
Serai
daun limau purut
1 inci lengkuas
1 biji limau kasturi -ambil jus
cili padi - jika suka lebih pedas
2 biji tomato - belah 8 bahagian
1 kiub pes tomyam -umi guna jenama maggi
udang/sotong

2 ulas bawang besar - hiris memanjang kepada 4 bahagian
sayuran -cauliflower, carrot 

Cendawan
garam secukup rasa


Cara membuatnya:
1.  Didihkan air bersama serai, lengkuas dan tomato.
2.  Masukkan pes tomyam, bawang besar.  Biar didih.
3.  Masukkan udang/sotong.
4.  Masukkan sayuran dan sedikit garam. Akhir sekali masukkan cendawan.
5.  Masukkan jus limau nipis dan koyakkan daun limau purut.  Tutup api.

6.  Hidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, September 2, 2010

  Daging blackpepper

Menu ringkas dan cepat, sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja tak cukup masa nak ke dapur.  Kali ini disebabkan kesuntukan masa, umi cuma menggunakan perencah jenama Maggi ini.

Bahan:-
500g daging batang pinang - potong anggaran seinci dan perap dengan kicap pekat
5 biji kentang - kerat baji kepada  6 setiapnya dan goreng, ketepikan
2 ulas bawang besar jepun (yang warna kuning ini lebih manis)
1 peket perencah daging blackpepper Maggi
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Masakkan daging tadi sehingga agak kering airnya.
2.  Tuangkan minyak masak.  Tumis bawang besar hingga wangi.
3.  Masukkan perencah daging tadi bersama sedikit air, kacau sebati.
4.  Masukkan hirisan kentang yang digoreng tadi.  Kacau rata.
5.  Hidangkan bersama nasi panas.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, September 1, 2010

  Sup Tulang Rusuk

Sup merupakan antara hidangan yang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa, samada makan tengahari, malam dan untuk orang sakit demam/ kurang selera makan.  Kali ini umi nak buatkan sup tulang rusuk.  Syakirah suka hirup sup, dia kurang gemar makan daging sebab asyik terselit kat celah gigi dia yang jarang-jarang tu!




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com