Tuesday, August 31, 2010

  Sambal kentang

Bila sudah masuk minggu ketiga Ramadhan, mood memasak pun dah menurun.  Kadang-kadang buntu juga umi nak masak apa untuk juadah berbuka nanti.  Selalunya kami makan ringkas sahaja, cukup dengan sejenis lauk dan sedikit sayur yang berkuah.  Anak-anak suka lauk yang agak pedas dan kering seperti sambal bilis berkentang, daging blackpepper dan seumpamanya.  Agak jemu dengan sambal bilis, kali ini umi nak cuba buat sambal kentang pula.  Resepi ini mudah dan ringkas sahaja.
Bahan utama kentang yang dihiris dan digoreng terlebih dahulu.  Kemudian tumiskan bawang besar, cili boh dan sedikit gula.  Tambahkan kentang yang telah digoreng tadi, siap!  Senangkan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, August 30, 2010

  Ketupat sotong

Antara menu masakan Kelantan yang umi suka adalah ketupat sotong.  Tapi jarang buat masakan ini sebab takde yang minat kat rumah ni, alih-alih umi makan sorang.  Abi lebih gemar kalau ketupat sotong ni berperisa pedas (tapi kena tukar nama lain la kot!).  Jom semak resepi...

Bahan:
10 ekor sotong -umi guna yang jenis panjang (tak tau nama apa)
sedikit beras pulut -rendam 30 minit dengan santan cair dan sedikit garam
santan pekat - agak-agak separa tenggelam sotong
1-2 keping gula kerek
1 batang serai - diketuk
lidi secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Bersihkan sotong dan toskan.
2.  Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong anggaran separuh penuh, ambil bahagian kepala sotong dan masukkan ke perut sotong tadi serta cucukkan dengan lidi.  Tujuannya agar beras pulut tadi tidak melimpah keluar.
3.  Ulang hingga habis.
4.  Aturkan sotong tadi ke dalam periuk.  Masukkan santan pekat, gula kerek dan serai.
5.  Masak sehingga beras pulut masak (anggaran 20-25 minit).



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, August 28, 2010

  Pengat pisang

Macam-macam hidangan boleh dibuat menggunakan pisang; antaranya cucur, kek, muffin, popia, pengat dan lain-lain.  Antara bubur/pengat yang paling digemari oleh seluruh isi rumah ini adalah pengat pisang.  Umi menggunakan pisang nangka, nak guna pisang abu pun sedap juga.
Resepinya mudah sahaja, yang ini olahan umi sendiri untuk rujukan akan datang.

Bahan:
5-6 biji pisang nangka - dihiris serong anggaran 1 inci
1/2 c biji sagu - rendam sebentar
3/4 c santan pekat - umi guna santan kotak jenama Harmuni
1-11/2 c air
1/2 keping gula kerek (gula melaka)
4 sb gula pasir

Cara membuatnya:
1.  Didihkan santan bersama air, gula, gula kerek dan biji sagu.
2.  Masukkan potongan pisang tadi.  Biar didih seketika.
3.  Tutup api, hidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Pizza...

Dah agak lama juga umi tak buat pizza.  Maklumlah musim-musim puasa begini lebih enak berbuka dengan menu yang manis-manis dan sejuk.  Kebetulan cuti hari ini, Ammar minta umi buatkan pizza.  Umi pun nak bereksperimen dengan serbuk rempah yang dihadiahkan oleh pn Suzana ole-ole dari Greece baru-baru ini.

Resepi doh pizza ini menggunakan resepi basic doh, bahan topping pula menggunakan apa yang ada dalam stok sahaja.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 27, 2010

  Popia Pisang bersama Madu

Jumpa resepi ini ketika 'blogwalking' di dapur Zaty.  Resepi asal sila rujuk sini.  Umi guna pisang berangan, kebetulan ada banyak lagi pisang lebihan semalam.
Jom semak resepinya..

Bahan:
Pisang
Kulit popia
Margerin untuk menggoreng
Madu/ sos coklat

Cara membuatnya:

1. Buangkan kulit pisang kemudian balut pisang dengan kulit popia (umi kerat pisang ini kepada 2).
2. Panaskan margerin dan goreng popia pisang tadi hingga  kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan.
4. Hidangkan bersama madu atau sos coklat atau apa sahaja sos kegemaran anda.  Makan dengan sos cili Thai pun sedap juga!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 25, 2010

  Trifle dengan buah peach

Suka sangat buat trifle ni, sedap dan senang.  Ini adalah antara juadah dessert yang paling umi suka makan.  Kali ini nak cuba gantikan blueberry dengan potongan buah peach pula.  Bahagian atas topping pula ditaburi coklat rice warna warni kegemaran anak-anak.

Buat dalam bekas kecil begini boleh diberikan kepada jiran-jiran, senang nak simpan dalam fridge.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 24, 2010

  Marble choc cheese

Bulan puasa ini jarang umi terima tempahan kek.  Maklumlah musim kurang makan macam ni jarang orang nak buat majlis hari jadi dan sebagainya.  Jadi dapatlah kita manfaatkan waktu dengan sebaiknya bagi merebut bonus Ramadhan.  Namun begitu Pn Hani nak juga minta umi siapkan kek untuk dihadiahkan kepada guru anaknya, minta 2 biji kek pulak tu!

Jadi bila terima tempahan kek ini, umi kena tambah 1 biji lagi sebagai memenuhi tuntutan ahli rumah umi pulak.  Resepinya umi dah pernah pos sebelum ini di sini.




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Puding Sagu Gula Melaka

Antara juadah pemanis mulut (dessert) berbuka yang paling umi suka adalah puding sagu gula melaka.  Kali terakhir makan puding ini ketika menghadiri seminar di Grand Bluewave Shah Alam tempohari.  Balik rumah tak sabar-sabar nak buat lagi puding ini.

Untuk buka puasa semalam umi buat lagi puding ini, kali ini letak sedikit pewarna merah (saja nak eksperimen!).  Resepi ini umi ceduk dari myR hasil tangan syahmi, boleh rujuk sini untuk resepi asal.  Versi di bawah adalah olahan umi hasil eksperimen beberapa kali di dapur.

Bahan-bahan:
1 c sagu -rendam sebentar

3 c air
Pewarna makanan -jika suka
Sirap gula melaka ( gula melaka + air + gula pasir)
Pati santan + garam -panaskan sebentar

Cara membuatnya:
1.  Kacau sagu bersama air di dalam periuk di atas api yang sederhan hingga pekat dan berkilat.
2.  Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
3.  Keluarkan dari acuan. Tuang sirap gula merah dan pati santan.
4.  Sedia untuk di makan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, August 21, 2010

  Trifle dengan kek chifon pandan

Kali ini umi nak bereksperimen dengan kek chifon pandan pula.  Biasanya umi gunakan swiss roll sebagai lapisan bawah trifle, kali ni nak cuba guna kek chifon.  Ini gambar keratan rentasnya.
Nampak tak lapisan coklat yang agak tebal itu?  Sengaja letak coklat tebal sebab anak-anak suka.


Hasil eksperimen ini pada pendapat umi tak begitu sesuai guna kek chifon kerana tekstur kek yang agak ringan menyebabkan kurang terasa keknya.  Lain kali kita cuba eksperimen dengan kek coklat lembap pula..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 20, 2010

  Mee hailam

Waktu sahur memang cukup menguji kesabaran dan tahap kreativiti ibu-ibu dalam menyediakan hidangan untuk anak-anak.  Di rumah ini anak-anak mahukan masakan yang berkuah, tak mahu yang kering-kering dan yang penting mesti sedap.  Jadi untuk memenuhi permintaan mereka, umi senaraikan menu masakan yang ringkas, cepat disedia dan berkuah.  Antara yang jadi kegemaran anak-anak adalah mee hailam. 

Resepi ini umi tukil dari myR hasil tangan 'chef' terkenal di selatan tanahair kita, siapa tak kenal Mat Gebu!  Tapi umi ubahsuai sikit mengikut bahan yang ada di dapur.. Resepi di bawah adalah versi umi untuk rujukan akan datang.  Jika nak tengok resepi asal, boleh rujuk sini.  Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya!

Bahan-bahan:
400g mee kuning
15 ekor udang - bersihkan buang kulit dan kepala
sekeping dada ayam - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - diketuk
3 sb sos tiram
2 sb sos lada hitam
1 sb kicap pekat
3 c air
1 sb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
sedikit sayuran sawi, kobis bunga jika suka
sedikit cendawan shitake
garam secukupnya
daun bawang, bawang goreng - untuk hiasan
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Sediakan stok udang dengan merebus kulit dan kepala udang tadi bersama 3 cawan air.  Blend dan tapis air rebusan tersebut.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih biar wangi.
3.  Masukkan isi ayam, kacau sebentar.
4.  Masukka sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat.  Masukkan pula stok air udang tadi.  Biar mendidih.
5.  Masukkan udang, sayuran dan cendawan.  Kacau sebentar. 
6.  Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi, biar kuah agak pekat. jangan lupa garam secukup rasa.
7.  Masukkan mee, kacau sebentar dan tutup api.
8.  Hidang bersama hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, August 19, 2010

  Roti jala lagi...

Pak long bawa banyak buah durian dari kapung semalam, selepas diagih-agihkan kepada jiran terdekat, masih berbaki 3 biji.  Anak-anak agak kurang makan buah musim puasa macam ni.  Jadi umi kena pelbagaikan masakan menggunakan durian bagi memastikan buah durian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebelum ia rosak.  Apa kata kita buat roti jala dimakan bersama serawa durian. Jom...

Resepi roti jala ini umi ambil dari myR hasil nukilan tulip77
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
1 st garam
 
Cara membuatnya:
1.  Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar biar sebati.
2.  Biarkan sebentar anggaran 30 minit.
3.  Jala di atas kuali leper dengan api perlahan.
4.  Boleh dimakan bersama kuah kari, serawa durian dan apa jua yang sesuai dengan selera.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, August 18, 2010

  Blueberry Choc Cheese Trifle

Resepi trifle ini agak berbeza dengan trifle yang biasa umi makan.  Trifle ini penuh lemak berkrim dan mewah dengan coklat serta blueberry.  Kira tak begitu sesuai untuk orang yang sedang berdiet ni.  Resepi ini umi jumpa di blog  TTM yang duduk kat Australia sana.  Resepi asal boleh rujuk sini. 
Umi ubah suai sedikit resepi ini mengikut citarasa umi pulak, untuk mudah buat rujukan nanti.

Ok ini resepi versi umi:
Lapisan pertama
Swiss roll perisa coklat/mocha
- potong swiss roll dan susun dalam bekas yang sesuai


Lapisan kedua
1/2 peket serbuk agar-agar segera
2 c air
Blueberry filling
- sebatikan serbuk agar-agar dan air dan panaskan biar didih.
- tuang atas lapisan pertama.  Biar seketika.
- Letakkan blueberry filling secara rata di atas lapisan ini.
- boleh juga diganti dengan buah peach atau cherry


Lapisan ketiga
1/3 c tepung jagung
1/4 c gula kastor
1 - 11/2 c susu segar
150g dark cooking chocolate
- sebatikan tepung jagung dan gula dlm periuk
- tuang susu sambil dikacau perlahan-lahan
- masak dengan api sederhana hingga adunan menjadi kental, tutup api.
- masukkan dark chocolate dan kacau sehingga chocolate larut.
- tuang atas lapisan kedua
- sejukkan selama 15 minit


Lapisan keempat
250g cream cheese (agak tebal, kurangkan sikit lain kali)
150ml whipping cream
1/4 c gula
- putar cream cheese dan gula biar kembang
- masukkan whipping cream
- tuang atas lapisan ketiga tadi
- sejukkan 4-6 jam di dalam peti sejuk
- hias dengan taburan kekacang dan parutan coklat




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti jala

Sudah agak lama juga umi tak buat roti jala ni, sejak acuan roti jala hilang disorok dek Syifa' dan Syakirah.  Kali ini umi nak cuba menjala menggunakan botol mayonis pula.  Mungkin ramai terkejut dan tak percaya boleh menjala guna botol mayonis.  Ok, sebagai eksperimen jom kita cuba!

hmm.. boleh tahan juga guna botol ni.  First try memang ada cacat celanya kan?  Lain kali boleh cuba lagi.

Resepi roti jala beserta kuah kari umi akan poskan kemudian ye.  Hari ini nak bereksperimen dulu..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, August 17, 2010

  Penutup sebelum puasa...

Tempahan terakhir sebelum menyambut Ramadhan Kareem...
Puan Shima tempah blueberry cheese tart ini untuk makan-makan bersama keluarga, maklumlah bila dah masuk Ramadhan jarang nak kumpul ramai-ramai dengan sanak saudara semua.  Kali ini umi nak cuba lorek corak baru pulak.  Orang lain dah lama buat corak ini, umi baru nak mencuba-cuba.  Hmm..tak begitu menjadi, kena praktis lagi ni..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Pra Ihya Ramadhan Aulad

Pada 28 Syaaban lalu telah diadakan program pra Ihya Ramadhan Aulad di Kelana Jaya.  Antara objektif utama adalah untuk menanamkan rasa kecintaan dan persiapan bagi menyambut kedatangan Ramadhan ke dalam diri anak-anak.  Seramai lebih 44 orang aulad berusia 6-11 tahun terlibat dalam program ini.  Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program yang berlangsung dari jam 9 pagi dan tamat sekitar 12.30 tengahari itu.  Antaranya :
tayangan video

tazkirah

kraftangan membuat 'Countdown Ramadhan'

asyiknya mendengar cerita...

kreatif kan anak-anak ni..

anak perempuan pun tak kurang hebatnya...

teacher Fara dibantu oleh kakak fasilitator

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 13, 2010

  Kek Upin Ipin lagi..

Ramai yang berminat dengan gambar kartun Uoin Ipin ni, anak-anak terutamanya.  Sempena ulang tahun kelahiran kawan umi baru-baru ini dia juga menempah sebiji kek untuk majlis di rumahnya.  Pada masa yang sama turut menempah kek untuk anaknya.  Terima kasih  kepada Pn Anis atas tempahan.

untuk anak

untuk mak

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, August 6, 2010

  Iklan sekejap...part 2.

Sambungan...........................
7. ASBABUNNUZUL (sebab turun ayat)
  Penyusunan Asbabunnuzul ini mencakupi hal-hal berikut:


 i) Disusun berdasarkan lembar dari salah satu ayat atau beberapa ayat yg berkait.
ii) Mengutamakan periwayatan yg lebih tepat, dengan memperhatikan matan dari kandungan riwayat-riwayat tersebut.
iii) Sumber rujukan utama penyusunan Asbabunnuzul ini adalah kitab 'Lubabunnuqul Fi Asbabinnuzul' karya Jalaluddin As-Suyuti dan kitab 'Asbabunnuzul' Al-Wahidi.
iv) Sumber lain ialah:
  •  Kutubu Tis'ah (Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa'i, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, MAlik dan Ad-Darimi).
  • Jalaluddin Al Mahalli dan Jalaluddin As-Suyuthi, "Tafsir  Jalalain" Darul Fikr, Beirut.
  • Imamuddin Abu Al-Fida' Ismail Ibnu Katsir "Tafsir Al Qur'anul Al 'Adzim", Darul Fikr, Beirut.
  • Musthafa Ahmad Al-Maraghi, "Tafsir Al-Maraghi" Darul Fikr, Beirut.
  • Imam Qurthubi, "Tafsir Al-Qurthubi" Darul kutub Al-Arabiyah, Cairo.
  • Abu Ja'far Muhammad bin Jarir At-Thabari, "Tafsir At-Thabari" Mustafa Al-Halabi, Cairo.
  • Ibnu Hajar Al-Asqalani, "Fathu Al-Bari" Mustafa Al-Halabi, Cairo.
  • An-Nawawi Al-Baghadi "Syarah Muslim' Al-Mishriyah, Cairo.
8. DOA-DOA DALAM AL-QURAN
  Al-Quran ialah kalam Allah sebagai pedoman bagi manusia. Di dalamnya mengandungi doa-doa yg diajarkan langsung oleh Allah untuk kita. Syaamil Al-Quran telah menandainya agar memudahkan anda bagi mengamalkan doa-doa tersebut.


9. MUKJIZAT AL-QURAN DAN SAQAFAH ISLAMIYAH
   Bukti-bukti kemukjizatan Al-Quran yg dijelaskan secara sederhana sebagai kemudahan bagi anda umtuk memahami keagungan Al-Quran.

  Saqafah Islamiyah pula berisi penjelasan khusus mengenai ayat-ayat tentang ibadah, hukum-hukum, tanda-tanda kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh dan wawasan keislaman.

10. INDEKS AL-QURAN ALFABETIK
   Indeks Al-Quran ini disusun berdasarkan berikut:
  •  Susunan Indeks Alfabetikmenggunakan metod penyusunan kamus bahasa.
  • Pencarian kata berdasarkan pada kata asal. Contohnya, anda mencari kata "menggali", maka anda dapat mencarinya pada kata "gali".
11. ATLAS AL-QURAN
   Atlas ini merupakan kumpulan peta atau tempat bersejarah yg diesebutkan di dalam Al-Quran. Ini memudahkan anda dalam memperoleh gambaran besar mengenai kebenaran Al-Quran. Dijelaskan dengan perbandingan nama-nama daerah tersebut sekarang dan pada masa lampau.

12. KISAH PARA NABI
   Kisah-kisah penuh hikmah di dalam Al-Quran dijelaskan secara sederhana untuk kemudahan anda. Dimulai dari perjalanan Nabi Adam a.s sehingga nabi Muhammad s.a.w. yg dilengkapi dengan kisah-kisah lain diletakkan berdampingan dengan atlas dan analisisnya.

13. ZIKIR AL-MA'SURAT
   Al-Ma'surat merupakan kumpulan wirid yg terdiri dari ayat-ayat pilhan dan lafaz-lafaz dari hadis Rasulullah s.a.w. yg biasa beliau amalkan dalam wiridnya.
   Tuntutan doa dan zikir yg baik tenrulah seprti yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana zikir -zikir di dalam Al-Ma'surat ini sanagt sesuai diamalkan oleh setiap muslim.
   Anda akan memperoleh manfaat dari aktiviti zikir dan doa Al-Ma'surat ini antaranya dengan zikir kita akan selalu mengingati dan berkomunikasi dengan Allah serta sentiasa merasakan kewujudan-Nya. Hal ini dikuatkan lagi dengan firman Allah, "kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu. "(QS Al-Baqarah, 2:152)


14. INTISARI AYAT
   Intisari ayat berisi penekanan penting salah satu ayat dari setiap halaman yg anda baca. Hal ini akan memberi kemudahan kepada anda bagi memperoleh gambaran denagn cepat mengenai halaman yg sedang anda baca.

15. LINKS TO RELATED ARTICLES
   Petunjuk-petunjuk untuk mempelajari lebih dalam tema pembahasa pada halaman yg sedang anda baca sebagai kemudahan untuk anda memahami dengan lebih mendalam.
  Berisi kitab-kitab rujukan yg dapat anda gunakan untuk memperoleh penjelasan yg lebih komprehensif. Dilengkapi pula dengan link ke halaman peta.
Add caption

Harga di pasaran ialah antara RM230-RM300 senaskhah.
Tetapi harga kami hanya RM180 sahaja!
Tempah sekarang sebelum kehabisan stok.

 Sila hubungi umi: 013-3623889
                       ida: 013-2083224
                      eni: 014-5002987

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, August 5, 2010

  Iklan sekejap...part 1.

Ramadhan hampir menjelang. Bagaimanakah persediaan kita untuk menghadapinya?Seperti mana yang kita tahu, pada bulan inilah pahala amalan kita dilipatgandakan. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, marilah kita bersama-sama menghayati Al-quran dengan penuh tartil dan menyeluruh.

MEMPERKENALKAN SYAAMIL AL-QURAN THE MIRACLE 15 IN 1

didatangkan dengan 3 pilihan warna yg menarik
1. AL-QURAN TERJEMAH PER KATA
    Terjemahan per kata berfungsi sebagai Al-Quran tarbiyyah, mengenalkan anda terhadap bahasa Al-Quran,membimbing dan memudahkan anda dalam menguasai bahasa Al-Quran.

  Kelebihan yang kan anda perolehi adalah anda akan cepat memahami terhadap erti-erti ayat demi ayat yg dibaca.Malah, Al-Quran per kata sudah dilengkapi pewarnaan tajwid yang pasti akan membantu melalui warna-warna tajwid tersebut.

2. PENTERJEMAHAN JABATAN AGAMA
  Versi terbaru terjemah Al-Quran secara rasmi oleh Jabatan Agama RI sebagai rujukan utama penterjemahan Al-Quran. Terjemahan ini ditashih secara cermat dan teliti oleh Kumpulan Lajnah Pentashih Mushaf Al-Quran yang dikeluarkan pada 2004. Terjemahan ini memberi kemudahan kepada anda untuk memahami makna dari setiap ayat yang dibaca.

3.TAJWID SISTEM QUANTUM READING QURAN
  Metod pewarnaan tajwid yg digunakan Syamil Al-Quran merupakan metod yg praktikal dan sistematik kerana:
 i) Menggunakan Khat Resam Uthmani yg bagus dan rapi yg disesuaikan mengikut standard Jabatan Agama RI.
 ii) Pewarnaan tajwid menggunakan 4 warna utama iaitu biru, merah, hijau dan hitam.

 iii) Setiap warna mempunyai fungsi yg berbeza dalam membantu anda membaca Al-Quran secara tartil.
 iv) Dengan kesekataan warna, ini memudahkan bacaan sesuai dengan hukum tajwid.
 v) Pewarnaan tajwid menggunakan prinsip Quantum Learning.

4. PANDUAN HUKUM TAJWID
  Panduan hukum tajwid diletakkan pada setiap halaman. Ini akan memudahkan anda melihat kembali aturan tajwid Quantum Reading Quran sehingga anda dapat membaca Al-Quran secara tartil seperti Rasulullah s.a.w.
5. VCD TUTORIAL SISTEM QRQ
  Quantum Reading Quran (QRQ) merupakan metod belajar terbaik yg paling prkatikal pada masa ini. Di dlam VCD ini anda akan menemui:
  i) Bagaimana cara agar anda konsisten dengan pembacaan mad dan ghunnah.
 ii) Bagaimana cara agar anda fasih dalam pengucapan huruf-huruf hijaiyah,sesuai dengan makharijul khuruf.
iii) Bagaimana cara agar anda boleh menguasai dan melafazkan ayat-ayat gharibah(ayat langka) secara baik dan benar.

6. TAFSIR AL-MUYASSAR
  Tafsir ini memiliki karakteristik penafsiran berikut:
 i) Menggunakan penafsiran bil ma'sur dengan memilih riwayat yg sohih.
ii) Memilih kata dan bahasa yg praktikal dan mudah difahami.
iii) Padat dan ringkas serta tiada pengulangan bahasa.
iv) Merujuk kepada Qira'ah Hafs bin Asim.
 v) Tanpa mewujudkan perbezaan qira'at mahupun perbezaan struktur bahasa(i'rab).
vi) Membiarkan kata-kata baku yg tidak dapat diterjemahkan.
vii) Menunjukkan kaitan kandungan ayat-ayat dengan peraturan dan hukum keislaman.



Berminat??
Sila hubungi umi : 0133623889
eni: 0145002987
ida: 0132083224

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com