Saturday, July 31, 2010

  Tempat makan baru..

Empire Shopping Gallery baru dibuka di Subang Jaya. Seorang kawan belanja umi makan roti di The Loaf. Boleh tahan sedap juga rotinya. Antara roti yang sempat umi rasa ialah bun cranberry cheese, bun kacang merah, mini cheesecake durian dan mini cheesecake oreo.
rotinya lembut dan sedap

kek mini yang comel

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 30, 2010

  Ramadhan is coming...!

Umi nak kongsikan satu emel yang umi dapat semalam.  Ada tips berguna macamana nak menjayakan Ramadhan dengan lebih baik tanpa pembaziran masa, tenaga dan kos.  Jom baca...!

Turn off that stove!
An eight-step Ramadan plan for sisters

Sister SoundVision Staff Writer

If you're in charge of cooking in your household, and it's usually women around the world who are, then you can feel like most of your Ramadan is spent over a hot stove instead of on a prayer mat.
I was once complaining to a friend of mine about how so many Muslim women seem to miss the blessings of Ramadan because of the overemphasis on great food at Iftar time. While I attributed this to a lack of consideration for the needs of women, my friend shared an interesting story.
She was originally from Egypt, and she recounted how her mother and the women in her neighborhood actually competed with each other in Ramadan over food. In other words, they vied for the title of "maker of the best Ka'k (cookies) this side of Alexandria." And this was despite the fact that male family members and even the Imam were encouraging women to share in the blessings of the month through prayer and mosque participation.
This Ramadan, let's remove our inner and outer obstacles to spiritual success.
At the inner level, let's start by ditching any feelings of guilt, competition or jealousy we may have for other sisters. You know who I'm talking about: the ones who can whip up a five-course Iftar plus dinner faster than you can say "what should I make for supper tonight?"The ones who can hold a full-time job, ferry their kids to extra-curricular activities and still hold grand Iftar parties at their homes.
Now we're ready to do something about the biggest outer obstacle to spiritual success every Ramadan: our families. We love them and yes, their demands for food high in fat, salt and sugar can be indulged once in a while in Ramadan. But doing this every Iftar seems to defeat the purpose of fasting in the first place. Remember, it's about self-control, even after we're allowed to eat.
Here is an eight-step plan to help you gain more time in Ramadan for spiritual success:
  1. Call a family meeting-today. We've got barely a week until Ramadan begins. Choose a day and time when everyone can be present.
  2. Serve a sample Iftar menu at the meeting (I'll explain why in point 3)
  3. Start off the meeting with the food. Then once everyone is comfortable, explain very kindly that you will only be making this food five times this Ramadan: once a week and once when guests are invited over.
  4. When the news has sunk in, explain further to your family that you would like Ramadan to be a time for becoming closer to Allah. You cannot do this if you have to spend most of your time cooking and cleaning up after everyone. Be firm but polite.
  5. Discuss the Ramadan meal plan. Ask everyone to share what kind of dishes they would like to eat that are healthy.
  6. Once all the ideas are in, establish a cooking and cleaning schedule so that everyone pitches in. Explain that while you will still be doing the main cooking, other family members will have to help either with pre-Iftar arrangements (setting table, calling everyone, etc.) or post-Iftar ones (washing dishes/loading dishwasher, wiping counters, sweeping, etc.).
  7. Enforce the schedule by rewarding children. For younger kids, a chore chart with a sticker for each day of help offered could work, as well as a small toy or gift at the end of every successful two-week period. For older kids, you could promise to spend a whole day with them doing something they enjoy after Ramadan or extend a privilege they have (e.g. access to the car if they drive).
  8. For husbands, express your appreciation verbally by saying thank you and explaining how the extra help is a real spiritual boost.
If this plan is successfully implemented, you can extend it to the rest of the year, thereby gaining more time to focus on your spiritual needs. But even if you get more time on your prayer mat than over your stove just one month out of the year, the one where our good deeds count for more, it'll be worth the effort.
So go ahead. Turn off that stove and call that meeting!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Durian Oh Durian...........

Lepas demam Piala Dunia baru-baru ni, kita dilanda pula dengan demam musim durian. Bila dah banyak sangat, mesti golongan ibu pening nak buat apa la dengan durian ni kan? So, kali ni kita lupakan dulu tempoyak. Jom pakat cuba resepi durian baked cheesecake ni. Resepi ni umi ubah-ubah sikit dari resepi classic baked cheesecake.

Bahan-bahan:

BASE:
120g tepung
60g tepung naik sendiri
55g gula perang
1/2 sb jus lemon (ommited supaya tak jejas rasa durian)
80g mentega
1 biji telur

FILLING:
300g cream cheese
300g isi durian
100g mentega
70g gula kastor
30g tepung jagung
2 biji telur

Cara membuatnya:

Base:
1.  Masukkan semua bahan untuk base ke dalam mangkuk adunan.
2. Tambahkan mentega dab pukul pada kelajuan perlahan.
3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.

Filling:
1. Masukkan cheese, isi durian dan gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan tepung jagung, telur dan pukul sehingga rata.
3. Tuangkan adunan ke atas kek yang telah dimasak tadi.
4. Bakar secara 'bain marie' selama 1jam atau sehingga kek masak.
5. Sejukkan sebentar. Paipkan sedikit filling strawbery sebagai hiasan.
6. Sejukkan di dalam peti sebelum di hidang.


nyum..nyum..nyum..


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 29, 2010

  cream puff pula....

-Entry ini ditulis oleh maksu Eni-
Hah,setelah lama bertangguh akhirnya dapat juga post resepi  ini hari ni..buat sesiapa yang menunggu resepi ni, bolehlah mencuba resepi ini nanti..

bahan-bahan:
125g tepung naik sendiri
100g butter
250ml air
1sb gula
3 biji telur

cara membuatnya:
1. Panaskan air, gula dan butter. biar hingga mendidih.
2. Tambahkan tepung dan kacau sehingga adunan tidak melekat lagi pada kuali.
3. Sejukkan.
4. Kemudian masukkan telur satu per satu dan gaul menggunakan mixer.
5. Paipkan atas loyang. Gunakan nozzle bintang besar (kalau ada)
6. Spray air atas doh.
7. Bakar pada suhu 200 C selama 30 minit.
8.  Setelah sejuk, gunting sedikit cream puff.
9.Paipkan sedikit filling kastad atau sebarang filling yang digemari.

inilah rupanya sebelum kena bakar
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
                                       DAN HASILNYA..jeng..jeng..jeng..
sedia untuk dimakan
Selamat mencuba!!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Renungan Nisfu Syaaban


Nifsu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI tiada amalan khusus pada hari tersebut. 

Editor : Bro_aiman - http://ibnu-qayyim.blogspot.com/ / http://As-Syafi'e.Com
Rujukan : Institut Al- Imam Syafiie (INTIS)


Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir yang ma’thur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban.

Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.


Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya'ban

Tiada amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya'baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.


Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya'baan:

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ke atas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :“

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)


Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya'baan

(1) Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra:

(Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)
ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :

(Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’.
(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).

ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:

(Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya).
ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih.

Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.
Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.


Ulasan tokoh-tokoh Hadith


Al-Hafiz al-Iraqi berkata:

(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.


al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).
(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).


Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:

(Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).


Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.

Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:

(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Sumber : http://ibnu-qayyim.blogspot.com/

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  ~chessy and nutty fruit cake~


Bila cheese cake di'combine' dgn fruit cake,hsilnya mmg superb.. tambah-tambah lagi bila dimakan waktu minum petang.

Sukatan bahan-bahan ini menghasilkan 2 biji kek (1 loyang bulat 8" dan 1 loyang segiempat 5")
Bahan-bahan:
250g cream cheese
280g marjerin
140g gula perang
140g gula kastor
6 biji telur
320g tepung naik sendiri
1sb pes orange
100g buah campuran
50g kekacang (dibakar dan ditumbuk kasar)

Cara membuatnya:
1. putar gula,marjerin dan cheese sehingga kembang.
2. masuukan telur dan pes orange dab pukul sebentar. (yang ni umi guna sunquick mandarin)
3. masukkan tepung, buah campuran dan kekacang yg telah dibakar td.
4. bakar pd suhu 180 c sehingga masak.
5. da siap!!




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, July 28, 2010

  Lamb lagi..

Makan malam yang ringkas dan disukai anak-anak, terutama Syakirah dan Syifa'.  Seronok tengok mereka berdua ni makan, tak toleh kiri-kanan. 


Umi nak tunjukkan sos lada hitam yang sedap yang selalu umi gunakan bila masak lamb ini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 16, 2010

  Saya suka Citarasawan kerana..






Sudah jadi kemestian kalau pun tak dapat setiap hari, umi pasti akan jenguk blog kawan-kawan blogger terutamanya blog masakan kakwan ini.
Apa yang istimewa sangat dengan blog kakwan ni? Jangan tak tahu...kak wan ni pakar masak-memasak pelbagai jenis kuih, dessert, kek dan macam-macam lagi.  Tapi yang paling umi suka sekalai blog kak wan ni selain ada pelbagai resepi, kak wan tak kedekut kongsikan tips dan petua dalam bidang masakan.  Jadi kalau tengok resepi yang kak wan beri tu, kita tak teragak-agak nak mencuba; insyaAllah menajdi jika ikut betul-betul langkah-langkah seperti yang dinyatakan dalam resepi tu.

Jadi pada kesempatan mempromosi blog seperti yang kak wan cadangkan ini, umi nak ucapkan terima kasih banyak pada kak wan yang rajin menurunkan ilmu masakannya.  Kepada kawan-kawan yang suka mencuba, jangan ragu dan bimbang untuk mencuba resepi di blog kak wan ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 11, 2010

  Kek terlewat

Ulang tahun kelahiran Faisal 23 April sebenarnya dah terlepas, banyak program yang mendadak sehinggakan terpaksa menunda buat kek untuk Faisal.  Tapi dia tak kecil hati pun sebab kami memang tak menjadikan sambutan ulangtahun ini sebagai satu budaya.  Cuma sesekali melayan kehendak anak-anak yang request kek tertentu pada masa tertentu.  Jadi sebagai memenuhi permintaan Faisal yang minat Upin Ipin ini, umi siapkan kek marble oren dengan hiasan buttercream sempena ulangtahun ke -5 ini.  Kek ini dimakan kat rumah nenek, kebetulan harijadi sepupunya Ameera (Iya) juga pada bulan yang sama.

Resepi kek marble ini umi pernah poskan di sini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 10, 2010

  Syakirah kalau merajuk...

Macam-macam gaya anak-anak ni bila merajuk, ada yang kaku jadi 'batu', ada yang menangis tak berlagu.  Tapi Syakirah ni ada 'fesyen' baru pulak, bila merajuk dia akan tutup muka dengan tangan dan pekupkan ke lantai.  Suatu hari waktu dia merajuk tu tak sempat nak 'landing' kat lantai, kat kaki meja pun jadi....!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 9, 2010

  Dadih

Umi sukakan dessert yang ringkas, sejuk dan manis.  Seperti dadih ini dan diletakkan sedikit buah-buahan seperti potongan pic.  Untuk berbuka puasa Isnin lepas umi sediakan dadih ini.  Boleh disediakan dalam acuan dadih yang kecil atau dimasukkan dalam mangkuk besar seperti ini.

Bahan-bahan:

18 c air
sebungkus agar-agar strip
2 c susu segar
1 tin susu cair
perisa kegemaran
2 1/2 c gula pasir

Cara membuatnya:
1.  Panaskan agar-agar bersama air di dalam periuk besar sehingga agar-agar larut.
2.  Masukkan gula, kacau sekali sekala sehingga gula larut.
3.  Masukkan susu segar dan susu cair.  Biar adunan mendidih sebentar dan bolehlah ditutup api.
4.  Isikan adunan ini ke beberapa bekas lain dan tambahkan perisa yang digemari.
5.  Sejukkan adunan dadih ini ke dalam acuan yang sesuai.  Biarkan dadih ini sejuk sebentar dan elok disimpan di dalam peti sejuk.
6.  Sedap dihidang sejuk bersama potongan buah pic, strawberi dan apa-apa buah yang disukai.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 8, 2010

  Lamb Chop 3S

Anak-anak sukakan makan malam yang ringkas dan sedap.  Contohnya seperti Lamb Chop ini, umi panggil Lamb Chop 3S( Senang, Sedap dan Sihat).  Untuk menyediakannya pun mudah saja, bahan-bahan pun ringkas dan yang penting sekali semua suka! 

Bahan-bahan:
10 keping lamb - bahagian bahu (shoulder)
2 labu bawang putih - racik halus
5 biji kentang - basuh bersih, tak perlu buang kulit, hiris nipis anggaran setebal 1cm
sos lada hitam secukupnya
2 sb gula
Salad
Yogurt perisa asli

Cara membuatnya:
1.  Aturkan lamb atas kuali tak melekat.  Taburkan bawang putih yang diracik tadi.  Kemudian aturkan pula hirisan kentang di atasnya.
2.  Masak di atas api perlahan anggaran 10-15 minit.
3.  Alihkan kentang tadi ke pinggan, terbalikkan lamb tadi.  Taburkan bawang putih lagi.  Aturkan kembali kentang yang dialihkan tadi.  Masak lagi sehingga kedua-dua belah lamb tadi agak garing.
4.  Sediakan sos lada hitam.  Umi gunakan ready-made sos lada hitam jenama Puteri, tambahkan gula dan dipanaskan sebentar di atas api perlahan.
5.  Hidangkan lamb chop tadi bersama sos lada hitam, salad kegemaran anda dan sedikit yogurt.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, July 4, 2010

  Kue Teow Goreng

Bila dah berjaya buat kue teow sendiri ini, senanglah sikit nak makan kue teow goreng.  Abi memang suka makan kue teow goreng ini, tapi mesti campur kerang dan pedas.  Anak-anak pula tak gemar kerang dan kurang pedas.  Jadi umi kena masak 2 versi, pedas berkerang dan satu lagi tanpa kerang.

Bahan-bahan:
400g kue teow - homemade (bersih dan halal!)
2 ulas bawang putih - diketuk
2 sb cili boh -ikut tahap kepedasan
2 sb sos tiram
1/4 c kicap
300g udang
100g kerang -jika suka
3 biji telur
daun kucai
taugeh
garam,gula secukup rasa
minyak untuk menumis
bawang goreng, hirisan cili merah - hiasan

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak di dalam wok (kuali besar)
2.  Tumis bawang putih hingga naik bau.  Masukkan cili boh biar agak garing.  Masukkan sos tiram dan kicap.
3.  Masukkan udang dan kerang (jika guna), kacau biar udang masak.  Pecahkan telur dan kacau rata.
4.  Tambahkan garam, gula secukup rasa.
5.  Masukkan kucai dan taugeh, kacau sebentar.  Masukkan kue teow dan kacau rata.
6.  Matikan api.  Kue teow siap untuk dihidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, July 3, 2010

  Berkelah di Taman Negara

Hujung cuti persekolahan lepas kami berpeluang ke Taman Negara.  Nenek dan atuk pun ikut sekali, tak ketinggalan mak usu, cik Ida dan amu Faizal.  Macam-macam bekalan yang kami bawa; maklumlah anggota rombongannya 14 orang jadi kena bawa banyak
Saved
bekalan.  Antara makanan yang kami sempat sediakan untuk perkelahan ini ialah nasi impit, serunding daging, kuah kacang, bihun goreng, pulut kelapa bersama ikan kering, buah-buahan (betik, kuini pun ada!), air panas dan sejuk, dan yang penting sekali bekalan susu Syakirah!  Sebab apa umi kata penting?  Makanan lain kalau tertinggal atau tak cukup, boleh beli di kedai sekitar Taman Negara tapi bekal Syakirah ini susah nak cari apatah lagi kat Taman Negara tu semuanya mahal berdengung!

Kami menyusuri Sungai Pahang untuk sampai ke Taman Negara.  Ini kali pertama Syakirah naik bot, dia takut sangat sehingga tak bersuara dan tak buka mata! Tapi bila Cik Ida halakan kamera cepat-cepat dia bangun!

Atuk, nenek and the boys..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, July 2, 2010

  Roti Puri Kembong

Nenek selalu buat roti puri ini kat kampung.  Biasanya nenek hanya gunakan bahan asas tepung, garam, air dan sedikit marjerin.  Tapi resepi yang umi jumpa di dapur izahdaut ini menggunakan yis.  Umi tak sabar-sabar nak mencuba resepi ini.  Sebaik sahaja tiba kat rumah balik dari kerja, umi mulakan operasi dibantu oleh Ammar. 

Bahan-bahan:
2 c tepung gandum
1 st yis segera
1/2 st garam
1 sb gula
175ml air panas
3 sb minyak masak
40-50ml air
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Panaskan garam, gula dan air panas sehingga gula hancur
2.  Sebatikan tepung dan yis.  Masukkan campuran yang dipanaskan tadi.
3.  Tambahkan air dan uli biar menjadi doh.
4.  Perapkan sebentar anggaran 30 minit (umi perap sekejap sahaja nak cepat)
5.  Bahgian doh kepada 12 bahagian.  Canai nipis anggaran setebal syiling 50sen.
6.  Panaskan minyak dan goreng roti ini sekeping demi sekeping.

Nenek beri petua supaya roti ini naik kembong ketika mengoreng iaitu dengan mengetuk perlahan-lahan dengan hujung senduk.  Alhamdulillah roti ini memang digemari anak-anak.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kuah kari.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, July 1, 2010

  Marble Pandan Cake

Umi mencari-cari resepi kek yang sedap dan senang (2 S).  Sambil meninjau dapur kawan-kawan blogger, umi singgah di dapur Azita Zain.  Tanpa berlengah umi terus mulakan operasi sebaik sahaja balik dari dari kerja petang semalam.  Kebetulan bahan-bahan semua ada, apalagi...jom semak resepi.  Nama asal resepi ini Marble Coffe Cake, umi ubahsuai sedikit dengan menggantikan pes pandan maka terhasillah Marble Pandan Cake.

 Bahan-bahan:
250g tepung naik sendiri
180g gula kastor
4 telur gred A
1 sb ovalette
1 st serbuk penaik
3 sb susu pekat
5 sb susu cair - umi guna susu segar
1/2 buku mentega (125g) - dicairkan
1 sb coffee emulco - umi guna pes pandan
sedikit pewarna kuning - umi guna pewarna merah jambu

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven suhu 180 C selama 15 minit.
2. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair, pes pandan dan pewarna.  Putar dalam mangkuk pemutar dengan kelajuan maksima selama 7 minit sehingga ia putih dan pekat.
3.  Masukkan mentega cair dan kacau adunan supaya sebati.
4.  Bahagikan adunan kepada 2, satu bahagian ditambah pes pandan dan satu bahagian lagi diwarna dengan pewarna merah jambu.
5.  Tuang adunan ke dalam loyang secara bergilir-gilir; 2 sb adunan pandan kemudian 2 sb adunan merah jambu. Ulang sehingga habis.
6.  Bakar di dalam oven selama 40 minit atau sehingga kek masak.

Tak sempat sejuk, separuh kek sudah habis dimakan dalam masa kurang 10 minit! 

3 keping ini sahaja umi sempat selamatkan untuk mak teh dan mak su eni.  Tak cukup? Hehe..nampaknya kenalah buat sendiri pulak ye!  Cubalah...kek ini gebu dan sedap sangat. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com