Tuesday, June 29, 2010

  Cucur Udang

Hidangan petang ini umi sediakan cucur udang.  Selepas membancuh bahan-bahan cucur ini umi biarkan sebentar dalam 30 minit.  Tujuannya supaya adunan ini mengembang, jadi bila digoreng ia akan garing diluar dan lembut di dalam.  Cucur ini sedap dimakan bersama sos cili Thai.  

Bahan-bahan:
300g udang
3 c tepung gandum
1 1/2 st serbuk penaik (paking powder)
dauin kucai
taugeh
1 labu bawang besar - hiris
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak unutk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Sebatikan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali minyak.
2.  Biarkan adunan sebentar dalam 30 minit.
3.  Goreng menggunakan api sederhana besar.  Biar agak garing.
4.  Angkat dan toskan ke tisu dapur.  Sedia untuk dinikmati.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, June 28, 2010

  Homemade Kue Teow

Umi jumpa resepi ini masa 'blogwalking' ke dapur Azlina yang buka restoran Terminal Hijrah tempohari.  Alhamdulillah kali pertama umi cuba buat kue teow ini dan menjadi! Terima kasih kak Azlina!  Untuk resepi asal boleh rujuk sini.  Umi catatkan semula di sini mengikut cara umi membuatnya.  Jom kita semak resepinya...

Bahan-bahan:
350g tepung gandum
150g tepung beras
200ml air
1 biji telur - ambil bahagian putih sahaja
secubit garam
minyak masak
air rebusan secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Sediakan air rebusan, masukkan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan ini.
2.  Sebatikan tepung, air, telur dan garam dalam mangkuk besar. Uli sehingga menjadi doh.
3.  Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam mesin pasta dan putar pada no.1 sehingga nipis.
4.  Seterusnya lalukan pada no. 4-5 supaya adunan menjadi lebih nipis.
5.  Akhirnya lalukan pada pemotong pasta yang bergigi besar.
6.  Masukkan juraian kue toeow tadi ke dalam air yang sedang mendidih.  Biar seketika hingga ia timbul.
7.  Angkat dan toskan.  Tuang sedikit minyak masak pada juraian kue teow ini supaya ia tidak melekat.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Syaima' menghias cupcake

Lewat sambutan hari guru lepas kakak Syaima' berpeluang untuk menghasilkan hiasan buttercream cupcake nya sendiri.  Umi cuma bantu siapkan cupcake.  Proses membancuh warna, sediakan piping buttercream dan hias di atas cupcake dilakukan sepenuhnya oleh kakak Syaima' sendiri.  Macamana, ok tak?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, June 27, 2010

  Kek pisang berkacang

 Resepi kek pisang ini berguna terutama apabila kes nak kena habiskan pisang yang dah hampir 'expired'.  Umi guna resepi yang diambil dari dapur CMG.  Untuk mendapatkan resepi asal silalah ke sini. Resepi ini umi ubahsuai sikit mengikut bahan-bahan yang sedia ada di dapur.

Bahan-bahannya:
100 g mentega
90 g gula perang
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla
320g pisang + 1 camca besar jus lemon, dilecek halus (umi tak letak pun jus lemon)
125 ml yogurt biasa
1/4 c cincangan walnut - panggang sebentar (umi ganti dengan kacang hazel dan kacang tanah)
130g tepung gandum
60g tepung kek
1 st soda bicarbonate
1 1/4 camca teh serbuk kayu manis

Cara membuatnya:
  1. Ayak tepung gandum, tepung kek, serbuk soda dan serbuk kayu manis.
  2. Putar mentega dan gula perang  sehingga gebu, masukkan telur satu per satu dan putar lagi hingga kembang. Pada kelajuan sederhana, masukkan pisang lecek dan yogurt, putar rata.
  3. Perlahan speed dan masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Tuang ke dalam tin yang telah dilenser dengan sedikit marjerin.
  4. Taburkan cincangan kacang.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 55 - 60 minit atau sehingga kek masak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 26, 2010

  Tempahan Cupcake

Pn. Hani ada menempah cupcake untuk dibawa ke sekolah anaknya baru-baru ini.  Cupcake vanilla dan juga cupcake coklat ini umi hias menggunakan buttercream, hiasannya pun ringkas sahaja.  Moga Pn. Hani dan anaknya berpuashati, terima kasih ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 25, 2010

  Marbled Cheesecake

Sudah lama umi tak masak cheesecake.  Kali terakhir kalau tak silap ketika sambutan harijadi Syifa' dan Azzam Februari lepas.  Resepi kali ini umi ambil dari buku Delicious Cakes oleh Amy Heng.  Umi terjemahkan resepi asalnya di sini.  Jom semak resepi..

Marbled Cheesecake


Lapisan bawah (Base):
200g biskut digestive -dihancurkan
50g serbuk almond
120g mentega - dicairkan

Filling: (umi buat separuh adunan sahaja)
750g cream cheese
120g gula kastor
1 st esen vanilla
120g coklat masakan putih -cairkan secara double boiler
30g tepung jagung
300ml UHT whipped cream
3 telur - pukul sedikit

Topping:
50g dark coklat masakan -cairkan secara double boiler

Cara membuatnya:
1.  Panaskan oven 140 C.
2.  Sediakan lapisan bawah : Campurkan mentega cair dengan biskut dan almond, tekan pada tin kek 9" (loose base), simpan dalam peti sejuk sebentar.

3.  Sediakan filling : Putar cheese dan gula biar berkrim, masukkan coklat putih yang telah dicairkan.Masukkan esen vanilla dan tepung jagung.  Kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi.
4.  Tuangkan filling ini ke lapisan base yang disediakan tadi.
5.  Lorekkan topping dark coklat yang telah dicairkan ke atas adunan kek ini.
6.  Bakar secara bain-marie selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak.
7.  Biarkan sejuk.  Sebaiknya disimpan selama 6 jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 18, 2010

  Kek Fondant Carrot

Pn Azzah menempah kek fondant untuk majlis perkahwinan saudaranya baru-baru ini.  Katanya nakkan kek bertema warna ungu.  Kebiasaannya umi buatkan kek coklat, kek buah atau kek choc layered cheese sebagai asas, kali ini umi nak buatkan kek carrot pulak untuk disalut dengan fondant.  Hmm..wangi semerbak bau kek carrot ini selepas dibakar.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 17, 2010

  Tempahan Kek Perkahwinan

Tempahan kali ini diterima dari Pn Shima untuk majlis perkahwinan saudaranya yang berlangsung baru-baru ini.  Umi siapkan sebiji kek choc layered cheese dengan hiasan buttercream bertema warna biru.  Selamat Pengantin Baru dan kami doakan moga berbahagia dunia dan akhirat.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 16, 2010

  Blueberry cheese tart

Projek cuti sekolah baru ini kakak Syaima' bersama adik-adik menolong umi menyiapkan tempahan blueberry cheese tart.  Agaknya musim cuti begini ramai yang ambil kesempatan buat jamuan makan bersama keluarga, ramai juga yang tempah blueberry cheese tart ini untuk dibawa pulang ke kampung makan-makan bersama keluarga.

Kali ini umi nak letakkan gambar proses kerja membuat blueberry cheese tart ni.  Untuk mak teh yang jauh di Kemaman, kalau teringin nak makan bolehlah cuba buat sendiri.  Senang sahaja membuatnya, cuma makan masa sikit masa nak menyiapkan shell tart ini.
Mula-mula paipkan sedikit blueberry filling ke dalam shell tart.

Isikan adunan cheese.


Lorekkan sedikit filling blueberry di atas adunan cheese. Siap untuk dibakar..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 15, 2010

  Brownies

Resepi brownies kali ini menggunakan resepi dari resepidiana.  Umi ubahsuai sikit mengikut bahan yang ada di dapur.  Jom tengok bahan-bahannya..

250g mentega
11/2 c gula kastor
4 telur
2 st esen vanila
1/2 st baking powder
1 c tepung gandum - ayak bersama baking powder
3/4 c serbuk koko (umi ganti dgn coklat masakan)
1/2 c kekacang - potong kecil (umi letak 3/4 c)

Cara membuatnya:
1.  Cairkan mentega dan coklat masakan. Padamkan api
2.  Masukkan gula, kacau guna whisk.
3.  Masukkan telur dan esen vanila.  Kacau lagi
4.  Masukkan tepung yang diayak tadi.  Masukkan kekacang
5.  Tuang ke dalam loyang bersaiz 10" x 10" yang telah dialas kertas minyak.
6.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit atau hingga masak.

Topping coklat:
250g coklat masakan, 1 sb mentega, 2 sb susu pekat manis dimasak secara double boiler hingga coklat cair.  Tuangkan ke atas brownies yang telah sejuk.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, June 14, 2010

  Bun Berinti Jem

Menggunakan doh bun manis, kita boleh pelbagaikan filling atau isiannya.  Selain daripada menggunakan inti kelapa, kaya dan kacang merah, kali ini umi nak cuba guna jem strawberry.  Proses nak masukkan filling ini agak renyah kerana jem ini agak cair dan senang meleleh keluar.  Tapi Syakirah suka pulak bun dengan inti jem macam ni!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Tempahan Kek Fondant

Musim cuti sekolah ini ramai yang ambil peluang mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan dan pelbagai majlis lagi.  Umi juga menerima tempahan dari puan Hani untuk menyiapkan sebiji kek fondant sebagai hantaran majlis pertunangan anak sedaranya. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, June 13, 2010

  Kek kiwi

Ini adalah entry tertangguh yang dah lama umi simpan. Kali pertama belajar deko menggunakan whipped cream, umi buat kek kiwi.  Kek sponge vanilla dibelah menjadi 2 keping dan dilapisi filling kiwi bersama whipped cream, tapi filling tu nipis sangat; lain kali kena letak lebih baru terasa masam-masam kiwinya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 12, 2010

  Pancake lagi...

Kali ini menggunakan resepi pancake gebu dari Chef Hajar lagi.  Resepi boleh rujuk di sini.  Boleh dimakan begitu saja atau ditambah sirap maple seperti ini...


atau dengan filling blueberry seperti ini...hmm yummy!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 11, 2010

  Gelagat Adikku

(Entry ini ditulis oleh Syaima')
Amboi,berseleranya Syakirah makan! Syakirah ni memang suka makan. Semua makanan yang diberi  dia akan makan tanpa memilih. Tapi walaupun makan banyak, badan Syakirah ni 'slim' sahaja macam baru berumur satu tahun. Padahal dia ni dah nak masuk dua tahun.
Dah habis...Nak lagi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Plaited Cheese Bun




Berbagai topping dan perisa boleh digunakan untuk menghiasi roti/bun.  Kali ini umi menggunakan idea dari Chef Alan Ooi untuk membuat tocang pada bun.  Umi taburkan sedikit hirisan almond pada roti yang telah ditocang dan diisi dengan cheese.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Apam Blossom

Sudah sekian lama umi menyimpan resepi ini sampai terlupa sumbernya dari mana.  Bila jengah kat dapur kak Am-Flora yang rajin masak apam tu, terus bersemangat nak cuba resepi apam ni.  Tapi yang umi buat ni tak secantik yang kak Am punya (mana boleh lawan tauke apam.. kalu nak order boleh hubungi dia).  


Bahan-Bahan

3 biji telur
275g tepung gandum
220g gula kastor
150g susu segar
3 st baking powder
1 st ovallete


Cara-cara

1. Panaskan periuk kukusan.
2. Masukkan semua bahan  ke dalam mangkuk adunan dan pukul pada kelajuan tinggi selama 7 minit.
3. Keluarkan adunan dan tambahkan pewarna yang disukai.
4. Gunakan piping bag untuk masukkan adunan ke dalam acuan yang sesuai.
5. Boleh juga masukkan sedikit inti jika suka.
6. Kukus di dalam periuk kukusan selama 15 minit.



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 10, 2010

  Layered Choc Cheese Cake

Rupanya sudah lebih sebulan umi tak update blog ini, rindu sangat rasanya..tapi apakan daya masa amat terbatas untuk aktiviti ini.  Terima kasih buat pengunjung yang tetap sudi bertandang dan menjenguk.

Kek ini umi buat atas tempahan dari Pn Fairuz sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com