Tuesday, May 18, 2010

  Roti Tuna

Projek roti kali ini menggunakan resepi dari  noreen yang menggunakan water roux starter sebagai pelembut roti
Minta izin noreen utk salin resepi di sini ye.

Bahan-bahan (15-18 biji):
425gm tepung roti
60gm gula pasir
2/3 camt garam
3 camt yis
55gm (1 biji saiz sederhana) telur
128ml susu segar
125gm water roux starter - lihat resepi disini
33gm mentega

sedikit olive oil atau mentega - untuk sapuan atas roti
inti tuna/sardin secukupnya - inti ikut selera masing2

cara:
  • satukan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • setelah siap keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55/60gm (saiz bergantung pada kesukaan masing2)
  • ambil satu doh tadi dan bentukkan menjadi doh yang bulat
  • lakukan sehingga habis dan kemudian rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tangan
  • letakkan 1 camt inti dan tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat semula
  • susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas
  • selepas itu bakar pada suhu 180C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak bolehlah dikeluarkan loyang tadi dan sapukan permukaan roti tadi dengan sedikit olive oli/mentega supaya permukaannya sentiasa kekal lembut
catatan umi : boleh juga gantikan inti tuna dengan inti kacang merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Wednesday, May 5, 2010

      Jalan-jalan Putrajaya

    Kesempatan cuti yang lalu kami sekeluarga ke Putrajaya.  Kakak Syaima' gembira sangat sebab dapat peluang mempraktikkan skill photography.  Banyak pemandangan menarik dan bangunan indah di sekitar pusat bandar Putrajaya.  Antara tempat yang sempat kami kunjungi :-



     

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




     

    Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com