Wednesday, April 28, 2010

  Jalan-jalan i-City Shah Alam

alam semua... lama tak kemaskini blog, sekarang ini sibuk sangat bak kata anak-anak umi sibuk tahap 'gaban' hahaha.. Banyak perkara yang perlukan perhatian segera menyebabkan umi terpaksa menangguhkan aktiviti blogging ini, tambahan pula kamera asyik bermasalah aje kebelangan ini.  Hm..nak tunggu kamera baru bila la agaknya ye..

Sebut pasal kamera, kakak Syaima' ni minat sangat fotography.  Pantang ada kesempatan dia akan mempraktiskan skill yang tak berapa nak mahir lagi tu!  Apapun jom kita tengok beberapa gambar yang sempat diambil ketika sesi jalan-jalan ke i-City baru-baru ini...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 21, 2010

  Daging Masak Lada Hitam

Umi jarang masak daging kerana anak-anak kurang menggemarinya.  Selalunya umi hanya gunakan daging dalam kuantiti yang sedikit sahaja sebagai perencah dalam masakan mee dan seumpamanya.  Kalau ada daging pun umi akan buat masak lada hitam.  Haa.. yang ini anak-anak suka. 

Bahan:
300g daging batang pinang - dipotong anggaran 1 inci, bersihkan dan ketepikan sebentar.
2 ulas bawang besar - hiris bulat
1 batang lobak merah - hiris bulat
1 batang seleri - potong serong
-boleh tambah sayuran lain seperti capsicum dsb
1/2 cawan kicap manis
serbuk lada hitam
garam
gula
4 sb minyak masak

Cara membuatnya:
1. Masukkan daging ke kuali dan masak dengan api sederhana sehingga kering air daging tersebut.
2. Apabila air daging sudah kering, masukkan minyak masak.
3. Masukkan bawang yang telah dihiris tadi, biarkan bawang agak garing.
4. Masukkan sayuran. Tutpkan kuali dengan penutupnya supaya wap air terperangkap dan sayur cepat masak.
5. Buka penutup tersebut, tambahkan kicap,garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6.  Kacau sebentar biar rata.  Tutup api.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Lasagna

Dulu umi pernah buat lasagna menggunakan resepi yang diambil dari Internet (lupa dah url nya).  Bila terjumpa resepi lasagna ini di blog yatie, rasa teruja nak mencubanya sebab nampak agak mudah menyediakannya berbanding resepi yang pernah umi cuba sebelum ini.  Untuk melihat resepi penuh, sila klik sini.

ini lasagna yang umi guna, tak perlu direbus terlebih dahulu - no precooking
setelah dibakar...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, April 20, 2010

  Cookies

Biskut choc chip ini memang popular di kalangan anak-anak.  Tak perlu tunggu musim perayaan, kalau boleh biskut ini mesti sentiasa ada untuk kudapan waktu petang.  Membuatnya pun tak renyah dan hasilnya memang memuaskan.

Bahan:
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan mentega, dicairkan
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)-umi guna kacang hazel dan almond

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Pukul mentega bersama gula perang sampai kembang dan sebati.
4. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga berkrim.
5. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
6. Masukkan chocolate chip dan kekacang, gaul menggunakan senduk kayu.
7. Sudukan adunan anggaran sebesar syiling 50 sen, leperkan sedikit  dan letakkan adunan ke atas dulang pembakar
8. Bakar biskut selama 15 - 18 minit atau sehingga berwarna keemasan.
9. Simpan di dalam bekas yang kedap udara apabila biskut telah sejuk sepenuhnya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 9, 2010

  Karipap Pusing - versi bakar

Dah banyak kali buat karipap pusing  menggunakan resepi dari Alex Goh.  Untuk melihat dengan lebih jelas langkah demi langkah membuat karipap lapis/pusing ini, boleh jenguk dapur CMG, tapi kali ini umi bakar di dalm oven.  Lebih mudah dibakar sebab masukkan semuanya ke loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, set masa anggaran 30 minit dan siap!  Kalau digoreng kerjanya agak renyah, kena ulang goreng banyak kali.  Cuma beza sikit dari segi kerangupan; yang digoreng lebih ranggup rasanya.  Kali ini hanya Azzam saja yang rajin nak tolong umi menyiapkan karipap ni, yang lain tunggu nak makan je..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 8, 2010

  Carrot Cupcake

Resepi asal adalah carrot pound cake dari dapur CMG tapi umi ubah suai jadi cupcake setelah baca coretan dari knor.  Alhamdulillah sedap sangat rasa kek ini dan gebu teksturnya.  Biasanya anak-anak kurang gemar kek yang ada sayur/buah ini, tapi kek lobak merah ini laris sangat, tak sampai 2 jam licin semuanya.  Minta izin CMG umi salin resepi kat sini ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) -umi tak letak pun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
  3. Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
  4. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.
  5. Umi bakar dalam acuan cupcake, dapat dalam 16 biji.  Bila dah sejuk umi hias dengan cream cheese topping.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 7, 2010

  Puding Karamel Lapis Coklat

Umi sukakan desert seperti puding dan seumpamanya tapi anak-anak kurang menggemari makanan sebegini.  Dah lama simpan resepi ini sebab memikirkan nanti tak de siapa nak tolong habiskan.  Resepi ini asal dari chef Hanieliza, umi jumpa di rumah kak Maz.  Seperti kata kak Maz, puding ini bukan sahaja sedap tapi cantik dipandang.  Silapnya umi guna loyang besar, lapisan puding jadi nipis.  Tapi umi buat tak secantik yang mereka hasilkan, kena cuba lagi nih.. Jom semak resepi..

Sumber Resipi : Kak Liza FP@ Chef Hanieliza
Bahan-bahan:

A
  • 1 tin susu cair
  • 5 sb gula
  • 3 biji telur A
  • 1 st esen vanilla
B
  • 1 tin susu cair
  • 5 sb gula
  • 3 biji telur A
  • 4 sb serbuk koko atau 1 st serbuk nescafe
C
  • 1 sb gula (untuk buat karamel)
Cara membuatnya:
1. Sediakan periuk kukusan.
2. Bancuh  bahan A dan bahan B di dalam 2 bekas yang berasingan. Tapiskan setiapnya.
3. Masukkan karamel ke dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Masukkan pula 1/2 cawan adunan B ke atas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Biarkan puding ini sejuk terlebih dahulu sebelum diterbalikkan ke dalam pinggan yang sesuai.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, April 6, 2010

  Air teh pudina

Kali pertama minum air teh pudina ini ketika makan-makan di restoran Rawsha.  Minuman ini popular dan banyak dihidangkan di restoran makanan Arab.  Biasanya umi tak gemar perisa pudina ini (sebab macam bau ubat gigi je..), tapi bila tengok anak-anak bersungguh sangat minum, umi pun mencuba.  Sedap rupanya air teh ini..rasa segar dan nyaman sekali.  Senang saja membuatnya, jom lihat bahan-bahan..!

Air panas secukupnya
1 uncang teh Lipton (brand ini yg paling menghampiri rasa teh Arab)
Gula secukup rasa
beberapa helai daun pudina
1 biji buah pelaga

1.  Mula-mula sediakan air teh iaitu rendam uncang teh dalam air panas dan larutkan gula.
2.  Biarkan ia seduh seketika, keluarkan uncang tersebut.
3.  Masukkan daun pudina dan buah pelaga.
4.  Air teh sedia dinikmati, sedap diminum panas-panas.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com