Saturday, February 27, 2010

  Kek fondant Cik Ida

Majlis perkahwinan Cik Ida telah berlangsung pada 31 Januari lepas, tapi umi baru saja dapat upload gambar ini.  Seperti yang diminta, umi telah siapkan 2 biji kek fondant saiz 6 nci dan 8 inci serta beberapa cupcake dengan tema warna yang sama iaitu peach.  Jom tengok pengantin potong kek!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, February 20, 2010

  Blueberry Cheesecake

Kek ini umi siapkan sempena jamuan ulangtahun kelahiran Azzam dan Syifa' baru-baru ini.  Sambutan ulangtahun kelahiran bukanlah budaya dalam keluarga kami, cuma diadakan secara ringkas sambil minum petang bersama rakan-rakan anak sahaja.

Kek keju memang menyelerakan tapi kena beringat akan kandungan kolesterolnya.  Jadi jangan makan banyak-banyak tau!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, February 19, 2010

  Syifa' dah 3 tahun!

Pejam celik, pejam celik rupanya sudah 3 tahun umur Syifa'.  Abang-abang sibuk minta umi buatkan kek untuk Syifa' makan bersama kawan-kawannya di Taska.  Oleh kerana Syifa' tak pandai nak 'demand' kek jenis apa, umi bagi cadangan buat kek coklat aje.  Lagipun kanak-kanak memang suka makan kek coklat kan?

Kek coklat ini namanya American Chocolate Cake.  Teksturnya halus dan kek ini agak padat, sesuai untuk ditutup dengan fondant.  Jom tengok kek Syifa'!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sweet Strawberry Cake

Teacher Ain dari Taska Si Cilik Pintar akan menamatkan perkhidmatannya minggu ini.  Jadi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari kami sekeluarga, umi siapkan kek Sweet Strawberry ini untuknya.  Moga Teacher Ain akan lebih berjaya di tempat baru nanti.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, February 17, 2010

  Makan di Al-Rawsha

Jamuan sempena hari jadi ini dibuat di restoran Rawsha yang terletak di Ampang.  Pihak restoran ada menyediakan bilik santai khusus di mana kita dapat 'privacy' makan bersama keluarga. Seronok makan-makan kat situ sebab anak-anak bebas bermain sambil menikmati hidangan.  Sajian utama restoran ini adalah makanan dan minuman Arab Lebanon seperti roti, nasi, kebab dan sebagainya. Antara makanan popular yang kami pesan adalah Nasi Mandy, Hummus, Falafel, teh pudina dan macam-macam lagi.

  

Jika teringin nak ke sana alamatnya :
Restoran Al-Rawsha
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel: +603-2143 9151

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Makan berjemaah

Dalam hidup ini banyak perkara yang perlu dilakukan secara berjemaah, antaranya solat dan makan berjemaah. Selain dapat merapatkan ikatan ukhuwwah, dapat juga menjimatkan tenaga membasuh pinggan ;-) betul tak? Contohnya seperti anak-anak umi ni memang suka makan ramai-ramai, meriah katanya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com