Thursday, January 21, 2010

  Pizza..pizza...

Anak-anak memang suka makan pizza, terutama yang dibuat sendiri.  Oleh itu umi akan siapkan doh pizza dan minta mereka sendiri yang sediakan isian (filling).

Bahan Doh:
  • 500g tepung roti
  • 6 sb gula kastor
  • 3 sb mentega
  • 2 sb susu tepung
  • 3 st yis kering
  • 1 telur
  • ½ st garam
Sos pizza:
  • 6 sb sos cili
  • 3 sb sos
  • 2 sb sos tiram
Bahan isian atas:
  • Sosej dihiris bulat
  • Cendawan butang
  • Cili benggala (merah, hijau, kuning)
  • Cheddar Cheese
  • Mozarella cheese

Cara membuatnya:
  1. Uli semua bahan sehingga tidak melekat di tangan
  2. Perapkan doh sehingga mengembang 2x ganda
  3. Tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar
  4. Bentukkan doh menggunakan rolling pin
  5. Sapukan permukaan doh dengan sos pizza
  6. Taburkan cheddar cheese menutupi permukaan doh
  7. Susun bahan-bahan isian ( sosej, sayur dan lain-lain)
  8. Parutkan mozarella cheese di atas pizza
  9. Taburkan sedikit serbuk oregano
  10. Biarkan sebentar sehingga doh naik untuk kali kedua
  11. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 170 C selama 20-25 minit






belum dibakar...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Almond Peach Pie

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang masih sudi menjenguk ke sini, walaupun sudah agak lama juga umi menyepikan diri.  Di celah kesibukan yang sentiasa menghambat ini, umi cuba mencuri-curi masa memenuhi permintaan yang datang.

Tanpa berlengah lagi, hari ini nak kongsi satu resepi yang diminta oleh Hazila, moga berkesempatan untuk mencubanya ye.

Bahan-bahan untuk pastri manis:
  • 90g gula aising
  • 100g mentega
  • 1 telur 
  • 250g tepung gandum

    Cara membuatnya:

    1. Putar mentega dan gula aising biar sebati.
    2. Campurkan telur dan tepung.  Uli lagi hingga membentuk doh.
    3. Tekan di dalam acuan pai bersaiz 9".

    Bahan isian peach:
    • 110g mentega
    • 95g gula aising
    • 2 telur
    • 50g tepung gandum
    • 100g ground almond
    • 300g buah peach - dihiris nipis
    • 150g kepingan badam - untuk hiasan

    Cara membuatnya:

    1. Putar mentega dan gula biar rata.
    2.  Masukkan telur, ratakan.
    3. Campurkan tepung dan serbuk almond.
    4. Tuang isian ini ke dalam doh pai tadi.
    5. Susun buah peach di atas permukaan doh tadi mengikut kreativiti anda.
    6. Taburkan kepingan badam.
    7. Bakar pada suhu 180 C selama 40-45 minit.

    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Thursday, January 7, 2010

      Zebra choc cheese cake

    Kek coklat cheese ni menggunakan resepi yang sama dengan resepi ini cuma umi corakkan sedikit supaya ia berbelang-belang.


    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




      Peach Pie

    Hidangan minum petang, sesuai juga dihidangkan pada tamu yang datang berkunjung.  Senang dan cepat menyediakannya.   Selalunya anak-anak korek ambik buah peach, keraknya bagi kat umi.


    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




      Bun Topi

    Anak-anak suka roti atau bun tanpa inti, tapi suka juga kalau tambahkan sedikit mayonis dan sos kat atas bun tersebut.  Kali ini umi menggunakan resepi bun dari blog noreen, kemudian biarkan anak-anak menggubah bun ini mengikut kreativiti masing-masing.  Bun ini mereka panggil bun topi.

    Bahan-bahan (10 biji):
    250gm tepung roti
    50gm tepung gandum
    50gm gula pasir
    1 biji telur
    1/2 camt garam
    1 camt susu tepung
    1 camt yis
    1/4 camt bread improver - optional
    160ml air
    25gm shortening - umi gantikan dengan marjerin


    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




    Monday, January 4, 2010

      Makan Aiskrim

    Seronoknya anak-anak makan aiskrim, kali ini tanpa sebarang peraturan; boleh makan sepuas hati dan secomotnya. Contohnya macam Syakirah ni...


    Kakak dan abang-abang sopan sikit la, tapi masih comot juga!


    Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




     

    Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com