Friday, November 20, 2009

  Quiche Tuna

Semalam ada tetamu datang bertandang ke rumah.  Umi terfikir nak buatkan quiche tuna, bahan-bahannya semua dah ada.  Resepinya ambil dari blog Cik Mat Gebu.  Apalagi, jom..!

Bahan Pastri :-)
220 g tepung gandum
125 g mentega
(marjerin pun boleh)
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan Inti :
1 tin tuna - ditoskan
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 cawan mix vege (umi atak letak pun, ganti dengan lada benggala merah
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai bay leaf (umi ganti dengan daun bawang)
1/2 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"-( umi tak letak pun)
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang- hiasan
25 g parutan keju cheddar -untuk hiasan

Bahan Kastard :
3 biji telur
1/3 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
-semua bahan ini dibancuh sebati

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PASTRI: Gaul semua bahan dalam mangkuk  hingga menjadi doh yang tidah melekat di tepi mangkuk. Bungkus dengan plastik danmasukkan sebentar ke dalam peti sejuk (anggaran  20 mini).
  2. UNTUK INTI: Panaskan mentega dalam kuali, bila cair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan sayuran dan gaul rata. Masukkan ikan tuna, serbuk lada hitam dan susu. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan hingga kering. Angkat dan ketepikan sebentar.
  3. PENYEDIAAN QUICHE TUNA BERKEJU:-) Keluarkan doh, canai diantara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm.  Alihkan ke dalam acuan tart  yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan dan potong lebihan doh, cucuk permukaan doh dengan garfu.  Masukkan ke oven dan bakar sebentar anggaran 15 minit pada suhu 175C. 
  4. Keluarkan pastri tadi dari oven, ratakan inti dan tuang bahan kastrad. Tabur hirisan daun bawang dan parutan keju cheddar. Sambung membakar untuk 25 minit lagi hingga permukaan quiche menjadi kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan.



selepas dibakar.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti..roti...roti..


Macam-macam jenis roti boleh dihasilkan menggunakan adunan doh asas.  Resepinya umi dah letak sebelum ini (lihat di bahagian roti).  Kali ini umi bentukkan menjadi 'cheese plaited' pulak.  taburkan sedikit cheddar cheese dan gula di atas 'tocang' roti itu. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bawang goreng lagi..!

Seronok buat bawang goreng (onion ring) ni sebab sekejap sahaja dah licin, siapa lambat dia tak dapat!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Strawberry milk shake

Kakak Syaima' cuba nak buat 'strawberry milk shake', tapi takde buah strawberry.  Jadi umi cadangkan supaya dia guna sirap strawberry.  Bahan-bahannya mudah sahaja; susu segar, sirap dan sedikit air.  Masukkan semuanya ke dalam pengisar.  Kalau nak sedap lagi boleh letakkan sedikit ais krim vanilla atau ais krim perisa strawberry.  Jom minum...!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 17, 2009

  Kelas Modul 3

Ahad lepas telah berlangsungnya kelas Modul 3 yang dihadiri oleh 6 peserta.  Kelas kali ini mereka berpeluang belajar membuat puff pastry yang seterusnya dibentuk menjadi Apple Cinnamon Rolls dan Tuna Puffs.  Selain daripada itu mereka juga belajar teknik membuat tart shell seterusnya menghiasnya menjadi Bleuberry Cheese Tart dan Fruit Tartlets.  Jom tengok aksi mereka semua...!





 

  
Macam-macam corak yang dihasilkan


 
Tekunnya...

  
Sambil tunggu puff dibakar, jom kita melukis...


 
Seriusnya melukis..., sambil tu jemput la makan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, November 16, 2009

  Apple Pie

Sesekali kita minum petang ala Inggeris apa salahnya kan!  Kebetulan ada banyak lebihan buah epal hijau, umi cadang nak buat Pai Epal.

Mula-mula kita siapkan dulu intinya.

Bahan:
6 biji epal hijau - kupas kulit dan potong kecil

3/4 c gula perang
2 sb mentega
2 sb tepung jagung
sedikit serbuk cinnamon

Cara membuatnya:
1.  Masukkan potongan epal dan gula perang ke kuali.
2.  Masak sehingga gula mencair, masukkan mentega, tepung jagung dan serbuk cinnamon.
3.  Setelah sebati, angkat dan sejukkan.



Bahan pastri:

2 1/4 c tepung gandum
1/2 st garam
1/4 c shortening
1/2 c mentega
sedikit air ais

Cara membuatnya:
1.  Gaulkan semua bahan dalam mangkuk dan masukkan air sedikit demi sedikit.
2.  Uli sehingga doh menjadi licin.
3.  Masukkan doh yang telah diuli ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
4.  Uli doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi senipis 3mm.  Buat dua keping doh ini.
5.  Pindahkan sekeping doh nipis tadi ke acuan pai.  Trim tepinya supaya menutupi keseluruhan acuan.
6.  Cucukkan permukaan doh dengan garfu.
7.  Sendukkan inti epal tadi ke atas doh dan tutup dengan kepingan doh yang lagi satu.  Kemaskan tepinya.
8.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 30 - 40 minit.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Hari Ibu

Sebenarnya peristiwa ini sudah lama berlalu, umi terlupa nak hantar posting kat sini.  Sambutan hari Ibu bukanlah agenda penting dalam keluarga kami, sekadar mengambil peluang ini untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan merapatkan lagi ukhuwwah.  Walau bagaimanapun anak-anak tetap seronok bila ada 'event' makan-makan ni, malah mereka yang terlebih gembira.  Jom tengok aksi mereka...


 Hakim 'cup' buah ehh..!

 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 10, 2009

  Tempahan Blueberry cheese tart

Kawan umi ada buat 'house warming', jadi dia minta umi siapkan 200 biji tart (blueberry cheese dan fruit tartlets) untuk para tetamu.  Banyak juga kena buat ni, jadi kakak Syaima tolong umi sediakan semua tempahan ini.  Terima kasih Pn. Rozi atas kepercayaan pada kami! 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Sos Coney dog

Umi sediakan Coney dog untuk sarapan pagi ini.  Ammar terperanjat "hah, makan dog?' "Bukan makan dog la Ammar, bun ni dipanggil coney dog!". Sebenarnya umi pun tak tahu macamana asal-usul nama dia, elok kita tukar nama bun ini kepada : Sosej and minced beef bun!

Bahan-bahan
Bun secukupnya
Sosej secukupnya - rebus dahulu
Sos cili, sos tomato, mayonis dan mustard (jika suka)

Mula-mula kena sediakan bun.


Sementara tunggu bun siap dibakar, sediakan pula sosnya.

Bahan-bahan sos:
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - diketuk
3 biji tomato - potong dadu
300g daging hancur
1/2 c sos tomato
1/2 c sos cili
sedikit serbuk lada hitam, garam
sedikit air

Cara membuatnya:
1.  Tumis bawang putih biar wangi.
2.  Masukkan bawang besar, biar agak garing.
3.  Masukkan tomato, daging hancur dan sedikit air.
4.  Biarkan sehingga daging empuk, tambah sos, garam dan serbuk lada hitam.
5.  Masak lagi hingga adunan agak kering dan diangkat.

Bila semua dah siap, bolehlah kita buatkan 'Sosej and Minced Beef Bun ini.
Ambil sebiji bun, belah ditengah (jangan putus), letakkan sosej.  Kemudian tambahkan bahan sosnya, tambahkan pula sos-sos kegemaran anda.  Kemudian...siap! Jom makan!


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kelas Modul 2

Kelas Mini Pizza and Buns kali ini dihadiri oleh 5 orang peserta cilik.  Mereka berpeluang menguli dan membentuk doh menjadi pizza, sosej bun, red bean bun dan juga cheese plait.  Umi terlupa nak minta kakak Syaima' snap aksi peserta, sebab sibuk menunjuk ajar adik-adik ini.  Jadi tak banyak yang dapat dirakam dalam kelas kali ini.  Walaubagaimanapun, jom tengok hasil tangan adik-adik ini...

Pizza




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Gegelang bawang

Makan bawang untuk awet muda, betul ke?  Umi tak pasti betul ke tidak tentang perihal makan bawang ni, yang pasti anak-anak gemar sangat makan gegelang bawang ini atau nama popularnya 'Onion Rings'.  Oleh kerana tak boleh beli makanan dari McD, umi cari resepi macamana nak hasilkan onion rings ini, alhamdulillah jumpa di MyR.  Cuma umi ubah sikit supaya lebih ranggup dengan menambahkan tepung jagung.

Bahan-bahan:
2 labu bawang besar (jenis kuning lebih sedap) - bersihkan dan potong membulat
4 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
sedikit garam, lada sulah, serbuk perasa
sedikit susu segar
minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.  Bancuh semua bahan dalam mangkuk.
3.  Sesuaikan sukatan susu segar supaya adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
4.  Celupkan potongan bawang tadi ke dalam adunan dan goreng sehingga garing.
5.  Angkat dan toskan ke tisu dapur.
6.  Boleh dicicah dengan sos kegemaran anda.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, November 4, 2009

  Jamuan kelas


Kumpulan pelajar dari kelas ITC430/CSC510 ada buat jamuan sebagai mengakhiri kelas bagi semester ini.  Banyak juga makanan yang mereka bawa; ada bihun, puding karamel, cookies, keropok, kek dan macam-macam lagi.  Umi cuma sempat sediakan choc brownies dan blueberry cheese tart untuk jamuan ini.  Jom tengok gelagat mereka...




Ada lagi...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 3, 2009

  Blueberry cheese tart

Dah lama umi tak buat blueberry cheese tart ini, kali ni buat untuk makan-makan di rumah.  Jom tengok bahan-bahannya!

Bahan-bahan doh:
125g butter
60g gula aising
1 biji telur
220g tepung gandum
15g tepung kastad
1 camt. esen vanilla

Isian Cream Cheese
300 gm cream cheese
80 gm gula aising
1 camt jus lemon
1 camt esen vanilla
50 gm whipped cream
25 gm tepung jagung (diayak)
2 biji telur gred A

Cara membuat isian cream cheese
1. Pukul cream cheese dan gula aising hingga berkrim.
2. Campurkan jus lemon dan esen vanilla.
3. Tambahkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan whip cream dan dipukul lagi.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung & digaul sebati.

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C
2. Ayak tepung dan gula aising. Masukkan ke semua bahan pastri ke dalam mixer. Pukul sehingga adunan sebati menjadi doh.
3. Masukkan telur dan uli menjadi doh. Simpan doh dlm peti sejuk sebentar (30 minit).
4. Keluarkan doh dari peti sejuk, ratakan dalam acuan mangkuk tart. Kemaskan doh di sekeliling acuan dengan pisau. Cucuk dengan garfu bahagian dasar untuk elak pastri menggelembung ketika dibakar.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar separuh masak, keluarkan dari oven.
6. Isikan blueberry filling dan masukkan cream cheese.
7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan.



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Program Qurban dan Aqiqah

Tak lama lagi Aidiladha bakal menjelang.  Tahun 1430H kali ini abi dan rombongannya akan ke Kemboja bagi menyempurnakan program Qurban dan Aqiqah di sana.  Bagi memudahkan anda yang mungkin tercari-cari contact-person untuk dihubungi, disertakan di sini salinan pamplet yang mengandungi maklumat program tersebut.


Boleh hubungi mereka untuk urusan/pertanyaan:


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com