Monday, October 26, 2009

  Puff rangup

Suka makan puff rangup?  Umi ada jumpa resepi flacky currypuff di blog cikmanggis.  Seronok sangat membuatnya sebab bahannya ringkas dan mudah.  Umi tak buat inti kari, jadi puff ini kena tukar nama jadi cinnamon flacky puff.  Jom tengok bahannya!

Bahan-bahan:
400g tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st cream of tartar
1 telur
70g mentega
150ml air
sedikit garam
210g marjerin pastri (boleh dibeli di kedai bakeri)

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan kering (kecuali marjerin pastri) dan telur.
2. Masukkan air dan uli sebati.
3. Canaikan doh dalam bentuk segiempat tepat anggaran saiz kertas A4.
4. Letakkan marjerin pastri memenuhi 2/3 permukaan doh.
5. Lipat bahagian doh tanpa marjerin supaya menutupi 1/3 permukaan asal.
6. Lipat doh kepada tiga lipatan.



7. Canaikan doh kepada bentuk empat segi tepat semula dan ulangi proses lipatan untuk tiga kali lagi.
8. Boleh letakkan sebarang inti/filling yang sesuai.

Kali ini umi nak taburkan je gula perang, kismis dan sedikit serbuk kayu manis (cinnamon), jadilah cinnamon flacky puff...


Jelas kelihatan jalur-jalurnya kan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Buah tangan dari Jordan

Sempena kunjungan lawatan sambil kerja ke Jordan, abi tak lupa bawakan kami sedikit ole-ole yang popular dari sana iaitu Baklavah.  Pernah makan baklavah nih?  Rasanya manis, lemak dan berkacang. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti peach


Ketika berkunjung ke Jordan baru-baru ini abi bawa balik banyak buah peach. Menurut abi, di Jordan sekarang ini musim buah. Kali ini tak ada buah peach jenis hijau, yang ada semuanya merah dan kuning. Umi berkira-kira nak buat apa ye dengan buah peach yang banyak nih? Apakata kita buat roti peach? Umi gunakan resepi milky bun, ambil dari ros onigiri di Jepun.


Bahan-bahanya:

250 gram tepung roti
90 ml whipping cream
90 ml susu segar
2 sudu besar gula
4 gram dry yeast
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil garam

2 biji buah peach –hancurkan isinya

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan  dan uli hingga lembut.
2. Apabila doh dah tak melekat pada tangan, tutup doh dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
3. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh.
4. Masukkan isi peach yang telah dighancurkan tadi.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan biarkan sebentar anggaran 15 minit.
5.Masukkan doh tadi ke dalam sandwish loaf, biarkan selama satu jam supaya doh naik untuk kali kedua.
6. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 30minit, bergantung pada acuan dan keperangan permukaan roti.
7.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Setelah sejuk barulah dipotong.

Tekstur roti ini sangat lembut dan gebu.  Syakirah makan habis sekeping!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Majlis pertunangan Cik Ida

Ahad 11 oktober lepas telah diadakan majlis pertunangan Cik Ida, majlis berlangsung di Shah Alam. Meriah juga majlis ini sebab disekalikan dengan majlis hari raya, maklumlah masih dalam suasana hari raya. Macam biasa majlis dimulakan dengan salam dan pembuka kata oleh pihak tetamu dan disambut oleh tuan rumah serta perbincangan kedua pihak bagi mempersetujui beberapa perkara. Seterusnya berlangsunglah acara kemuncak majlis ini iaitu upacara menyarungkan cincin oleh bakal ibu mentua ke bakal anak menantunya. Para tetamu seterusnya menjamu selera dengan hidangan makan tengahari yang disediakan (caterer yang masak), umi cuma sediakan sedikit hidangan pencuci mulut (macam biasa mesti ada cupcake untuk anak-anak dan fruit tartlet). Ada juga kuih yang disumbangkan oleh jiran kami. Selepas tetamu dari pihak lelaki berangkat pulang, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya bagi meraikan jiran tetangga serta kawan-kawan abi dan umi.

Fruit tartlet

Juga cupcake sebagai buah tangan kepada pihak lelaki
cupcake hantaran

Untuk anak-anak disediakan cupcake saiz kecil
 




Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Pancake dengan sirap Hersey


Anak-anak suka sangat sarapan dengan pancake, kali ini umi nak cuba letak sirap perisa Strawberry jenama Hersey.  Enaknya...


Bahan-bahan:

2 biji telur
1 1/4 c susu segar
3 sb mentega/marjerin- dicairkan
1 1/2 c tepung gandum
3/4 st garam
2 st serbuk penaik
2 sb gula

Cara membuatnya:
1.  Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sebati.  Biarkan seketika anggaran 15 minit.
2.  Panaskan kuali tak melekat (nonstick pan) atau griskan sedikit marjerin peda kuali.
3.  Tuang 1senduk adunan dalam kuali, biarkan gelembung buih terbentuk dan pecah baru dibalikkan pancake tadi supaya kedua-dua belahnya masak.
4.  Apabila pancake sudah masak dan berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan tuangkan sirap kegemaran anda.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, October 23, 2009

  Tempahan cupcakes

Buat lagi kek cawan ini untuk tempahan kawan umi, saja untuk minum petang katanya. Umi siapkan dua perisa iaitu kek coklat lembap dan kek vanila.  Jom tengok gambar...


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kuih Almond London

Koleksi kuih raya tempohari, lupa nak hantar posting jat sini.  lain kali boleh buat lagi, tak payah tunggu musim raya pun.

 

Bahan-bahan:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 st esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Hiasan:-
300 g coklat masakan
1/2 sb lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan(jika suka)
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, anggaran3/4 st dan salutkan doh tadi pada sebiji badam.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Celupkan sebiji biskut ke dalam coklat menggunakan chopstick, masukkan dalam paper cup . Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas.(jika menggunakannya )Buat seterusnya dan susuh rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kek keju berlapis

Nama glamour kek ini ialah chocolate cheese layered cake.  Resepinya sama dengan posting sebelum ini, cuma umi jadikan ia banyak lapisan iaitu selang-selikan lapisan coklat dan cheese beberapa kali.  Jom tengok gambar...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Tempahan marble cheese brownies

Kanak-kanak memang suka coklat.  Apalagi kalau digabungkan dengan keju, memang sesuai!  Untuk majlis harijadi anak jiran sebelah, ibunya telah menempah marble cheese brownies.  Tak lupa juga minta catatkan nama kak Teh sebagai kenang-kenangan sempena ulangtahunnya yang ke.. berapa ye?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kek coklat

Resepi kek coklat ini biasa sahaja.  Boleh guna mana-mana resepi kek coklat.  Cuma kali ini agak istimewa sikit sebab hiasan  topping menggunakan homemade coklat! (umi buat sendiri coklat truffle  dan praline ni tau!)  Kek coklat ini ditempah oleh kawan umi utk harijadi anaknya Habib.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kek mentega keju


Sesekali minum petang makan kek mentega keju pun seronok juga ye.  Minum pula air teh lemon panas, hm...segar.  petua orang kata kalau makan kek keju, kena minum teh panas (seeloknya teh Cina atau teh kosong tanpa gula) supaya kolestrol tak kekal dalam badan.


Bahan-Bahan:
170g mentega
125g cream cheese
250g gula (umi kurangkan ke 210g shj)
5 biji telur (asingkan putih dan kuningnya)
210g tepung serbaguna
1 1/2 st serbuk penaik
2 st esen vanilla
1/8 st cream of tartar

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 170 C.
2.Putar putih telur bersama cream of tartar hingga gebu dan keras.Ketepikan sebentar.
3. Dalam mangkuk lain, putar mentega dan keju hingga pucat warnanya.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan terus putar.
5. Masukkan kuning telur satu per satu hingga habis.
6. Perlahankan putaran, masukkan tepung dan esen vanilla.
7. Masukkan putih telur yang kental tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan secara kaupbalik.
8. Ratakan adunan dalam loyang beralas kertas minyak dan dilenser marjerin.
9. Bakar dalam oven selama 45 -60 minit atau hingga masak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Tart keju bercoklat

Selalunya umi buat tart keju dengan blueberry (blueberry cheese tart) tapi kali ini nak ubahsuai sikit, ganti dengan coklat.  Seronok kakak Syaima' melorekkan corak coklat menggunakan lidi sate, macam-macam corak jadinya.
 


 

Bahan-bahan:
Pastri
125g butter 

60g gula aising
1 biji telur
220g tepung gandum
15g tepung kastad
1 camt. esen vanilla

Isian Cream Cheese
300 gm cream cheese
80 gm gula aising
1 camt jus lemon
1 camt esen vanilla
50 gm whipped cream
25 gm tepung jagung (diayak)
2 biji telur gred A

Coklat masakan -dicairkan guna kaedah double boiler

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C
2. Ayak tepung dan gula aising. Masukkan ke semua bahan pastri ke dalam mixer. Pukul sehingga adunan sebati menjadi doh.
3. Masukkan telur dan uli menjadi doh. Simpan doh dlm peti sejuk sebentar (30 minit).
4. Keluarkan doh dari peti sejuk, ratakan dalam acuan mangkuk tart. Kemaskan doh di sekeliling acuan dengan pisau. Cucuk dengan garfu bahagian dasar untuk elak pastri menggelembung ketika dibakar.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar separuh masak, keluarkan dari oven.
6. Masukkan cream cheese filling. Paipkan sedikit coklat di bahagian tengah dan gariskan dengan lidi sate untuk membentuk corak.
7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Cara membuat isian cream cheese
1. Pukul cream cheese dan gula aising hingga berkrim.
2. Campurkan jus lemon dan esen vanilla.
3. Tambahkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan whip cream dan dipukul lagi.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung & digaul sebati.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com