Tuesday, September 29, 2009

  Marble Cheese Brownies

Khusus untuk mak uda (Ila) yang berada di Kuantan dan juga untuk mak teh yang selalu minta resepi brownies, umi dapat resepi ini masa rewang-rewang kat fp rinnchan.  Resepinya mudah, tak renyah membuatnya.  Cuma umi ubahsuai sikit supaya rasa coklatnya lebih bersari.

Bahan-bahan:
250 g mentega
1 c serbuk koko (umi ganti dengan coklat masakan)
1/2 c susu cair
1 1/2 c gula halus
3 biji telur 
1 1/2 c tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla

Bahan Cheese:
250 g cream cheese
1 c gula halus
1 biji telur


CARA MEMBUATNYA :-
  1. Griskan loyang berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin.  Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Brownies:Cairkan mentega dan coklat (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair  dan kacau hingga rata. Kacau gula halus dan telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko dan gaul rata. Masukkan susu cair dan esen vanila, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Ambil sedikit adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak di atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Topping: Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapatkan corak marble. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak.
  4. Biarkan brownies betul-betul sejuk sebelum dipotong.  Seeloknya biarkan sejam di dalam peti ais.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kek cawan lagi..

Sempena menyambut hari raya baru-baru ini, umi siapkan tempahan kek cawan perisa vanilla dan coklat yang ditempah oleh rakan sepejabat.  Untuk juadah hari raya katanya. Terima kasih kepada Pn Ariza yang sudi menempah kek cawan (regular customer nih..).
Yang ini adalah kek cawan coklat.


Manakala untuk kek cawan vanilla pula, umi buat design yg paling simple.



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Karipap pusing


Suka makan karipap? Anak-anak memang suka makan karipap, tapi intinya mesti yang tak pedas. Kali ini umi ajak Hakim dan Azzam buat karipap pusing pula. resepi ini ambik dari dapur cik Mat Gebu. Jom tengok bahan-bahannya!





Bahan-bahan pastri:
A.
260 g tepung gandum
50 g marjerin
20 g gula halus
1/4 st garam
140 ml air

B.
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)

Cara membuatnya
  1. Sediakan inti mengikut citarasa.  Selalu umi buat inti kari kentang sahaja.
  2. Sediakan pastri: Satukan semua bahan A  kecuali air.Tambah air sedikit demi sedikit sambil menguli doh sehingga licin dan tak lekat di tangan. Ketepikan.
  3. Satukan pula bahan B dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan kedua-dua doh selama 20 minit.
  4. Kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian biar sama besar.  Ambil 1 bahagian doh A, leperkan sedikit, letak atasnya doh B, kemudian balut hingga menutupi doh B tersebut.  Ulang untuk 1 bahagian doh lagi.
  5. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan kepada tiga lipatan. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
  6. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian.  Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Ulang sehingga siap.
  7. Goreng hingga kuning keemasan menggunakan api sederhana sahaja. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Roti kentang

Sedapnya sarapan dengan roti kentang cicah dengan air milo, apatah lagi kalau roti yang dibuat sendiri! Resepi ini dari onigiri of MyR, mesti cuba tau!

 

Bahan-bahan:
135 ml air ais (umi guna susu segar)
3/4 st garam
30g marjerin
1/2 telur
60g ubi kentang (rebus dan dilenyek)
300g tepung roti
3/4 sb susu tepung (umi tak masukkan ini)
50g gula halus
2 st yis kering

Hiasan:
tepung kastad segera (instant custard powder) dibancuh dengan sedikit air.

Cara membuatnya:
1.  Gaul sebati semua bahan kering.
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh hingga licin.
3.  Masukkan marjerin dan terus uli sehingga doh tak lekat di tangan.
4.  Perapkan doh di tempat yang agak suam dan biar doh mengembang sehingga 2x ganda (anggaran 1 jam)
5.  Tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin dan uli selama 1 minit.
6.  Bentukkan doh menjadi bebola kecil (anggaran 12 biji) dan susun di dalam loyang bergris.
7.  Biarkan doh mengembang untuk kali kedua (anggaran 30 - 45 minit).
8.  Paipkan kastad ke atas doh.
9.  Bakar roti dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 165 C selama 20 minit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, September 16, 2009

  Happy birthday Musa!

Walaupun bulan puasa, umi Musa tetap nak sambut ulangtahun kelahiran Musa yang pertama kali ini jatuh dalam bulan puasa. Jadi walaupun puasa, sambutan diteruskan juga (Musa kan tak puasa!). Dua biji kek ditempah iaitu Nutty Banana dan Marble Choc Cheese. Hm..banyaknya Musa makan, boleh habis ke ni? Rupanya kata umi Musa, 1 kek itu dibawa ke Tadika tempat Musa selalu bertandang.
Tulisan 'Selamat hari jadi' dlm bahasa Arab dan juga dlm bahasa Inggeris ni..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Hiasan kek berperisa


Baru-baru ini umi ada buat satu kek mentega keju. Biasa sahaja kek ni sebab sudah banyak kali umi buat untuk pelbagai sambutan (majlis hari jadi, hadiah dsb). Tapi yang istimewanya kali ini umi buat topping kek ini ada perisa peppermint! Jom tengok gambarnya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Biskut semperit


Ketika cuti sempena peperiksaan UPSR yang lepas, umi ajak kami tolong buat kuih semperit.
Senang saja buatnya. Adik-adik pun pandai buat. Kali ni Faisal nak jadi model. Nak tahu macam mana? Jom tengok...

BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega
150 g gula aising
2 kuning telur
1 st esen vanilla
240g tepung gandum
100g tepung jagung
160g tepung kastard

CARA MEMBUATNYA :
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut semperit. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Tat nenas mak teh



Nenek dan abi paling suka makan tat nenas. Jadi untuk hidangan raya kali ini mesti buat tat nenas. Macam-macam resepi tat yang umi dah cuba, resepi kali ini sumbangan mak teh (Nurul) pun best juga.



Bahan-bahan
:
250g mentega
100g gula aising
1 kuning telur
400g tepung gandum
3sb tepung kastad
3sb tepung jagung

Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula aising biar kembang dan gebu.
2. Masukkan telur, putar lagi.
3. Ayak semua tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega.
4. Sebatikan doh biar lembut.
5. Terap guna acuan tat atau gunakan acuan seperti acuan semperit. Letakkan inti nenas secukupnya dan gulung.
6. Gliskan dengan sedikit kuning telur jika suka.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 15 minit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, September 15, 2009

  Tat buah-buahan

Kakak Syaima sudah lama teringin nak buat tat buah ini. Suatu hari tu umi bukak buku resepi, terus belek cari resepi tat buah. Ini hasilnya...
bahan-bahannya ringkas saja, cuma proses membuatnya agak remeh. Mula-mula kena siapkan kulit tat ini (tart shell), kemudian sapu sedikit coklat supaya kulit tat tak cepat lemau, lepas itu paipkan krim segar. Akhir sekali baru susun buah-buahan. Kalau nak lebih cantik dan buahnya nampak segar, gliskan dengan piping jelly.


Bahan-bahan:
200g mentega
100g gula aising
1/4 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
420g tepung


Cara membuatnya:

1. Putar mentega dan gula aising hingga lembut. Masukkan esen vanila dan telur. Putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan tepung dan gaul hingga doh yang lembut dan licin.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Kek Coklat Lapis Keju


Setiap kali Hari Raya semua kaum kerabat Keluarga Mohd Noor akan berkumpul di rumah Pak Long di Kg Tunku. Mak Long mesti hidangkan kek ini. Memang kegemaran semua anak-cucu nih..




Bahan-Bahan
:
A
250g mentega
3 sb serbuk koko

B
500g cream cheese
200g gula kastor
2 biji telur
(umi kurangkan 1/2 adunan B ini )
C
150g gula kastor
2 biji telur

D
130g tepung naik sendiri
1 st serbuk penaik
1 st esen vanila

Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar ke 160 C.
2. Cairkan bahan A.
3. Putar bahan C hingga sebati dan masukkan dalam adunan mentega.
4. Masukkan bahan D yang telah diayak.
5. Dalam bekas lain, putar bahan B hingga sebati dan berkrim.
6. Griskan loyang 9 inci. Tuangkan separuh adunan coklat ke loyang, kemudian tuangkan adunan cheese pula. Akhirnya tuangkan pula baki adunan coklat tadi.
7. Lorekkan bahagian atas adunan menggunakan lidi supaya corak marble terhasil.
8. Bakar dalam ketuhar selama 45 - 60 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong (elok dimasukkan dalam petiais dulu).

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Muffin Pisang dan chip coklat


Antara makanan ringan yang menyenangkan dan senang disediakan adalah muffin. Anak-anak memang suka mempelbagaikan rasa muffin dengan menambah hirasan buah dan cip coklat. Ada satu resepi muffin yang sedap dan sihat yang telah diolah oleh Mak Lang, jadi umi pun tanpa berlengah lagi terus capai mangkuk dan whisk!

Sumber: Allrecipe.com

Bahan -bahan :

1 3/4 c tepung gandum
2/3 c gula kastor
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
1/2 st garam
1 biji telur
1/2 c minyak masak(atau minyak jagung)
1/2 c yogurt asli (boleh juga guna perisa lain)
1 st esen vanilla
4 biji pisang -dilenyek
3/4 c chip coklat

Cara Membuatnya :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C selama 15 minit)
2. Ayak bahan kering (tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam). Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
3. Di dalam bekas lain, satukan telur, minyak masak, yogurt dan esen vanilla.
3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
menggunakan whisk.
4. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
6. Bakar selama 15 hingga 20 minit hingga muffin masak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Banana Crumb Muffin

Umi suka mencuba resepi muffin. Baru -baru ini singgah kat blog MamaFaMi, jumpa resepi ni.
Sumber : Allrecipes.com







Bahan-bahan
:


1 1/2 c tepung gandum
1 st soda bikarbonat

1 st serbuk penaik
1/2 st garam

3-4 biji pisang -dilenyek
3/4 c gula kastor

1 biji telur
Hiasan (crumb)
1/3 c mentega - dicairkan
1/3 c gula perang
2 sb tepung gandum
sedikit serbuk kayu manis
1 sb ment
ega

Cara membuatnya :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C.

2. Di dalam mangkuk besar, masukkan bahan kering iaitu tepung gandum,soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam(ayak terlebih dahulu ye).
3. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan pisang, gula, telur dan mentega cair. Kacau sebentar.
4. Tuangkan adunan pisang ke dalam bahan-bahan kering dan kacau hingga sebati.
5. Sudukan ke dalam cawan muffin.

5. Untuk hiasan: satukan gula perang, tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan masukan mentega. Gaulkan mengguna hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Taburkan di atas adunan yang telah disudukan ke dalam cawan muffin.
6. Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, September 4, 2009

  Tauhu sumbat


Umi selalu dapatkan bekalan tauhu buatan Muslim dari Hj Manan (Kelana Jaya). Jarang beli di pasar sebab yang dijual di pasar kebiasaannya tak pasti keluaran mana. Jadi bila beli banyak ni (tak banyak mana pun cuma 15 ketul je..) Sebahagian dah digunakan untuk masak mee kari tempohari, ada baki 5 ketul ni umi pun dah takde idea nak masak apa. Hmmm.. apakata kita buat tauhu sumbat! Tapi sos untuk cicahnya mesti 'special' kena buat sendiri.

Bahan-bahan:
5 ketul tauhu
Timun (dihiris memanjang anggaran 11/2 inci
Tauge secukupnya
6 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 sb cuka makan
1 c sos cili
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Goreng tauhu dengan api sederhana.
2. Toskan dan biarkan seketika.
3. Belah tauhu menjadi 2 bahagian segitiga (potong pada penjuru) dan masukkan timun serta tauge.

Sos
1. Potong cili dan bawang putih. Masukkan ke dalam pengisar dan dikisar hancur( masukkan sedikit air ye).
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk kecil dan renih atas api yang kecil.
3. Masukkan cuka makan, gula dan garam serta sos cili. Kacau rata sehingga sos agak pekat.
4. Tutup api, sos sedia untuk dinikmati bersama tauhu.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Donat berkhasiat

Ada banyak resepi donat dalam koleksi umi. Umi suka gunakan resepi ini sebab ia lebih sihat dan berkhasiat. Resepi asal sumbangan skyblue of MyR.

Bahan-bahan:
3 1/2 st yis segera
11/2 c susu segar suam (panaskan kejap)
1/2 c gula halus
1 st garam
2 biji telur
1/3 c mentega
5 c tepung gandum
minyak secukupnya -untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Gaul rata semua bahan kering
2. Masukkan telur dan susu, uli sebati.
3. Uli sehingga doh licin dan tidak melekat di tangan (20-25 minit).
4. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar 10 minit.
5. Terap doh menggunakan acuan donat.
6. Biarkan donat tadi mengembang 2x ganda saiz asal.
7. Goreng menggunakan api sederhana.

Syifa' dan Faisal pun suka uli donat ini, mereka berdua ni nak buat donat Patrick starfish dan Spongebob!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, September 2, 2009

  Juadah minum petang


Waktu petang yang berangin dan hujan gerimis macam ni memang sesuai kalau kita duduk minum teh sambil makan pau goreng kan? Pau goreng ni memang banyak dijual digerai-gerai tepi jalan, tapi umi tak berapa gemar membelinya (sebab kadang-kadang minyak yang diguna untuk menggoreng tu macam dah season sikit). Lagipun senang sahaja membuatnya, kakak Syaima' pun dah boleh buat sendiri (dengan bantuan umi jugak la..). Resepi pau goreng ini umi dah pernah pos kat MyR.

Bahan-bahan:
  • 500g tepung gandum
  • 260 ml air
  • 6 sb gula halus
  • 3 sb marjerin
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2 sb yis kering
  • 1 telur
  • 1 st baking powder
  • sedikit garam
  • utk Inti : Inti kacang merah secukupnya (beli ready-made ada jual kat kedai kek)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. Rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng.
  6. Untuk mendapatkan pau yang tak berkedut kulitnya, goreng dengan api sederhana.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Bun ikan bilis



Sungguh enak bersarapan pagi dengan sebiji bun dan secawan milo/teh panas kan? Anak-anak memang suka makan roti apatah lagi bun ikan bilis, terutamanya Faisal. Cuma dia hanya makan bun kosong tanpa inti. Selalunya bila buat bun, umi akan buat 2 biji tanpa inti khusus untuk Faisal. Jom buat bun ikan bilis!

Bahan doh:

260 ml air
500g tepung roti
1 telur
6 sb gula kastor
3 sb marjerin/mentega
2 sb susu tepung (guna susu tepung Faisal!)
11g yis kering
1/2 st garam

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan kering
2. Masukkan bahan cecair (air, telur) sedikit demi sedikit sambil diuli rata
3. Masukkan marjerin/mentega.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan( anggaran 25-30 minit)
5. Perapkan doh ditempat yang agak suam sehingga doh menjadi 2x ganda saiznya (45-60 minit)
6. Bila doh sudah mengembang 2x ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
7. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan setiapnya.
8. Rehatkan doh yang telah dibulatkan tadi dalam 10 minit.
9. Ambil seketul doh tadi, leperkan dan masukkan inti/sambal ikan bilis secukupnya. Ulang untuk semua doh sehingga habis.
10. Tutupkan doh dengan baik dan pastikan tiada ruang yang terbuka untuk mengelakkan inti meleleh keluar.
11. Biarkan doh yang telah siap dimasukkan inti tadi di tempat suam, biarkan ia mengembang untuk kali kedua (30 minit).
12. Bakar doh tadi dalam oven dengan suhu 150 Celsius selama 20-25 minit(oven dipanaskan 15 minit terlebih dahulu).
13. Sebaik sahaja bun telah siap dibakar, sapukan dengan sedikit mentega supaya ia kekal lembap dan nampak berkilat.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com